30.10.15

Hadiah Pengomen Pening Suku ke-3 2015

dulu dalam entri Pengomen Pening Suku ke-3 2015, aku ada tawarkan hadiah kepada top 10 pengomen tegar bagi suku ke-3 tahun ini. hadiah simple je, sekadar top-up.


tapi masih ada yang belum tuntut. tak pe, take your time. cuma sekarang hadiah aku terpaksa ubah sikit. bukan saja-saja nak tukar, tapi ikut keadaan dan situasi.

Hadiah Pengomen Pening Suku ke-3 2015


1. yang pakai line post-paid, tak boleh la nak bagi hadiah top-up prepaid. untuk yang ni, aku mintak alamat je dulu. bila aku jumpa hadiah yang sesuai, nanti aku pos yer.

2. yang mana pakai prepaid, yang dah dah bagi nombor, aku dah top-up macam biasa.

3. yang mana aku ada kesempatan jumpa face-to-face, aku bagi hadiah by-hand je la. contohnya macam kat bawah ni. hadiah disampaikan selepas kami ber-seol garden setelah seharian kepenatan naik bas Penang Hop-On Hop-Off.

Amanina



dan yang belum respond lagi, aku setia menunggu respond korang.. hehehe... sila respond di PM inbox FB page Hikayat Budak Pening, (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening)

bagi yang tak tersenarai, kalau ada rezeki nanti, ada la untuk suku ke-4 pulak. tapi gadjet "Pengomen Pening Oktober-Disember 2015" tu sekarang macam problem je... tak tunjuk apa2 pun. hmm..


29.10.15

Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off

hari tu aku dah buat entri Prelude | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off. kali ni entri Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off pulak. sakan betul kan geng #BloggerUtara ni?

blogger utara, budak pening, pha is,
Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off by #BloggerUtara
picture credit to Penang Hop-On Hop-Off City Tour

Teaser Fam Trip Fun Ride with Penang Hop On Hop Off


kali ni just teaser je dulu.. next baru full review.. saja nak bagi suspense.. hehehe..

tapi, dalam teaser kali ni, aku nak bagi spoiler alert sikit. korang nak rasa pengalaman naik bas Penang Hop-On Hop-Off ni secara FREE tak? nak dapat HADIAH tiket bas ni tak? nak merasa jalan-jalan makan angin pusing tempat-tempat menarik kat penang secara PERCUMA tak?

kalau NAK, tunggu next full review tentang  Penang Hop On Hop Off ni, sebab ada hadiah menanti korang!

nak? tungguu....

blogger utara, penang hop-on hop-off
#JanganCakapAbangTakPayung

anyway, sekarang bas Penang Hop-On Hop-Off ada buat promosi untuk harga tiket. untuk maklumat lanjut, lihat entri Prelude | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off

23.10.15

Rutin Hujung Minggu



Suatu petang di tempat kerja...

Reka : Pha Is, ahad ni U ada pergi kenduri kahwin tak?
Aku : tak ada. Kenapa?
Reka : kalau tak ada, saya nak mintak tukar duty dengan U ahad ni. Saya tengok U ni tiap2 hujung minggu asyik pergi kenduri kahwin je. Takut U tak free..
Aku : (-_-‘)

[dalam hati] : rutin aku tiap2 hujung minggu memang hanya untuk pergi kenduri kahwin je..

Kawan Kahwin : leftenan Hazwan dan Nabila.


Banyaknya kenduri kahwin yang aku pi sejak dua menjak ni, sampai rakan sekerja aku rasa macam tiap2 hujung minggu dia syik Nampak gambar kenduri kahwin je kat wall fb aku. Contohnya baru-baru ini aku ada menghadiri kenduri kahwin kawan sekolah menangah aku, leftenan Hazwan dan pasanganya Nabila.

Pha Is, Perkahwinan Tentera,

Tahniah aku ucapkan buat Leftenan Hazwan dan pasangan. Semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

kalau tahun-tahun yang lepas, aku selalu mengenangkan nasib diri yang masih single tatkala melihat kawan-kawan sebaya yang lain yang sudahpun mendirikan rumah tangga. tapi sekarang, aku dah tak rasa apa-apa.


mungkin sebab aku dah immune.. atau mungkin juga sebab aku dah matang? hmm...

21.10.15

Prelude | Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off

InsyaAllah, 25 Oktober 2015 ni geng #BloggerUtara telah dijemput ke program Fam Trip, Fun Ride with Penang Hop-On-Hop-Off. Kami dijemput untuk merasai sendiri pengalaman menaiki bas Penang Hop-On-Hop-Off ni. Tak sabar pulak rasanya nak tunggu ahad ni.

Fam Trip Fun Ride with Penang Hop-On Hop-Off by #BloggerUtara


PENANG HOP ON HOP OFF (Penang HOHO) 
The Original Double Decker Tour of Penang

Bas Penang Hop-On-Hop-Off ni antara tarikan terbaru kat Penang ni. kalau nak naik, ada 2 laluan berbeza. 1 laluan dalam kawasan Bandar dan 1 lagi laluan tepi pantai. sehari suntuk jugak ambik masa tuh. so, kira dah macam Pusing Penang la lebih kurang.


harga tiket Penang Hop-On-Hop-Off


Kalau korang nak try, harga tiket bas Penang Hop-On-Hop-Off ni bagi yang walk in atau beli terus ialah RM19 bagi Dewasa dan RM12 bagi Kanak-kanak/OKU/Pelajar.


TAPI sekarang ada promosi tau! 1 tiket bas Penang Hop-On-Hop-Off ni hanya RM5, sah sehingga 30hb November 2015 bagi semua pemegang MyKAD (percuma untuk kanak-kanak berumur 5 tahun). Tapi untuk promosi ni korang kena beli tiket secara online.


Boleh tempah tiket kat sini : BORANG DAFTAR PENYERTAAN PROMOSI TIKET RM5,
atau untuk maklumat lanjut, boleh ushar laman sesawang rasmi diorang, Penang Hop-On Hop-Off Official website

Review Penang Hop-On Hop-Off


So, kalau nak tau best atau tak naik bas ni, nantikan full review dari kami geng #BloggerUtara nanti...

... to be continued... 

19.10.15

Antara Jodoh Dan Makan Tak Habis

tak ramai yang tahu, walaupun dalam kalangan kawan-kawan aku sendiri, yang aku ni kalau masa makan, pantang makan tak habis. hanya mereka yang selalu keluar makan dengan aku je yang mungkin tahu. tu pun tak ramai yang perasan.

Makan Tak Habis


contoh 1 : masa aku makan Nasi Air kat kedai Mak Su Nab Nasi Air, Kota Bharu Kelantan, pada tahun 2013

contoh 2 : masa aku makan Nasi Goreng Wau kat Restoran Wau, Kota Bharu, Kelantan

sampai tahap, aku jarang sangat letak lauk ikan atau ayam dalam pinggan nasi aku setiap kali aku makan nasi kat kedai, sama ada kedai nasi campur mahupun kedai nasi kandar. sebab ikan dan ayam ada tulang! tulang kan tak boleh makan. so, secara otomatik, kira makan tak habis la.

contoh 3 : masa aku makan Nasi Lemak kat kedai Ajihs Nasi Lemak 80sen, Kota Bharu, Kelantan

Antara Jodoh dan Makan Tak Habis


satu hari, sedang aku makan dengan Lala dan Ehsan, (rakan sekerja), kami sembang pasal kereta. pasal keperluan sebuah kereta dalam keluarga. lantas, aku lontarkan pandangan aku pasal hal ni.

Aku : kereta ni, nanti nak dekat kahwin, baru aku ingat nak beli. sekadar keperluan je. tapi kereta tu nanti aku nak bagi bini aku pakai je. aku kalau dah ada moto, dah cukup dah. (lihat entri Aku, Moto, dan Kereta untuk cerita penuh)

Ehsan : ha, Lala, kahwin la dengan Pha Is, nanti dapat kereta sebiji!

Lala : nak buat apa? aku dah ada kereta dah..

Aku : tak mau la aku dengan Lala. dah la makan tak habis. (sambil tunjuk pinggan Lala yang masih berbaki nasi walaupun dia dah cuci tangan).


sekian...

p/s : kenapa semua tempat makan kat KB? sebab masa aku buat attachment kat Hospital USM kubang keriang selama hampir 3 bulan, aku banyak buat review makanan kat sana. lihat entri Makan2 Klate | Rumusan untuk cerita penuh.

10.10.15

Pengomen Pening Suku ke-3 2015

seperti yang dijanjikan dalam entri 'Siapa Nak Hadiah?', kali ni aku akan berikan hadiah kepada top komentator a.k.a pengomen tegar a.k.a pengomen pening kat blog Hikayat Budak Pening ni. mereka yang berjaya merangkul gelaran top komentator bagi suku ke-3 tahun ni, dari bulan Julai hingga September 2015 adalah:


Pengomen Pening Suku ke-3 2015


1. Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com/)


2. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)


3. ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH (http://aryshafayyadh.blogspot.com/)


4. Amanina Mads (http://sukasamko.blogspot.com/)
5. Siti Yang Menaip (http://sitiyangmenaip.blogspot.com/)
6. Muhammad khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)
7. Qaseh Abadi (http://syidamenulis.blogspot.my/)
8. Dunia Zumal (http://duniazumal.blogspot.com/)
9. Paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)
10. Zai Zamree (http://storymoryluahanku.blogspot.com/)

tahniah buat yg tersenarai. seperti yang dijanjikan, kali ni aku berhajat nak bagi hadiah kepada para pengomen pening aku. tapi sampai sekarang tak ada idea nak hadiahkan apa. last2 aku putuskan untuk bagi hadiah topup je..

so, kepada pengomen pening suku ke-3 yang tersenarai, sila PM inbox FB fanpage Hikayat Budak Pening (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening) dan perkenalkan diri, cuma nak tau yang mana satu. sebab kadang-kadang nama FB lain, nama dalam blog lain. kemudian nyatakan no. telefon untuk di-topup.

tarikh tutup? hmm.. tak kisah bila-bila.. asalkan jangan lambat sangat sampai tahun depan baru nak PM, sudah la.. hehehe.. okay..?