29.9.15

Bila Orang Berkenan

suatu hari di tempat kerja, aku disapa oleh rakan sekerja yang aku susah anggap sepeti seorang kakak. dia memang peramah. selalu bertegur sapa kalau terserempak di tempat kerja.


Berkenan


"faiz ni kahwin tak lagi?" soal kakak tu.

"belum lagi... bujang senang, kak.."

"awek dah ada?" soal kak tu lagi.

"awek pun tak ada. kak ni tanya macam-macam ni, ada apa-apa ka?"

"bukannya apa, kalau hang tak ada sapa-sapa lagi, kak boleh tolong rekemen kan.."

"siapa orang tu? anak jiran ke? ke, anak sedara?"

"tak de la, adik kakak. kak berkenan la nak ambik hang jadi adik ipar.."

"berkenan? hahaha.. tak apa la kak. saya target nak kahwin lagi 3 tahun. lambat lagi.."

"tak apa la, budak ni pun baru masuk U. elok la tuh. dia grad nanti, kahwin la.."

"budak U?, ha, bleh bleh..."



p/s 1 : sebenarnya, cerita tu tergantung. last2 aku tolak hasrat kak tu. sebab lambat lagi aku nak kahwin.

p/s 2: agak lama jugak menyepi tak ter-update.. ni cerita lama. saja aku tulis dan peram entri ni in-case tak de idea dan mood untuk menulis, macam sekarang ni..  tapi, ekceli lebih kepada kekangan masa, internet, dan kepenatan bekerja. kalau ada banyak masa terluang, beban kerja kurang, n internet pun laju, mood bloging aku mesti okay punya..

hmm....

14.9.15

Kenduri Pasangan Silat

Pada 12 September yang lalu, aku berkesempatan menghadiri majlis Kenduri Pasangan Silat, kenduri kahwin kawan sepersilatan masa aku kat U dulu di Pasir Gudang, Johor. So far,ini kenduri kahwin paling jauh yang pernah aku pergi. siap berkonvoi, berkumpul dari KL.

hari tu dah pergi 4 kenduri kahwin dalam 1 hari. kali ni pergi kenduri kahwin paling jauh plak. dari penang ke johor. walaupun agak kalut, jumaat kerja, sabtu pergi johor, ahad kerja balik kat penang. fuh...


Kenduri Pasangan Silat


Tahniah buat hafizul dan pasangannya aisyah. Smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga. Dua2 ahli silat. Jodoh bertemu dalam kelas latihan silat. Nampak tak permaianan diorang disitu.. hehehe..


Tengok kad jeputan pun dah bertemakan silat. Gambar doodle pengantin berpakaian uniform silat. Comel kan? Dua-dua ahli silat. Ni kalau gaduh ni, mesti parah. bukan stakat pinggan mangkuk je yang terbang. silap2 dengan parang sekali melayang. hehehe.. gurau je..  jangan marah..

Aku masa bersilat dulu tak pandai macam diorang. Tau bersilat je, tak pandai cari jodoh sekali. Tu yang sampai sekarang membujang senang. Hmm..


sekian, hikayat seorang pendekar sepi.

p/s : masa hari kenduri tu, geng #BloggerUtara ada buat even ke Penang Ghost Museum. sedih sebab tak boleh nak join sekali. nak buat macam mana, tak ada rezeki.. hmm..  

7.9.15

Siapa Nak Hadiah?

sebenarnya, perkara ni aku dah mula fikir sejak beberapa bulan yang lalu. tambah plak, kemudian aku terbaca cadangan dari Cik Misstree ni, lagi menguatkan hajat aku ni.







aku ingat bermula hujung bulan september nanti, aku nak bagi hadiah bagi top 10 pengomen tegar kat blog ni. hadiahnya buat masa sekarang aku tak sure lagi.. sedang mencari idea. tapi aku rasa kalau tak ada idea sangat, aku bagi hadiah top-up je la..

tapi kita tengok nanti macam mana.. kalau aku ada jumpa hadiah lain yang lagi sempoi, mungkin aku akan tukar.


Siapa Nak Hadiah?


so, siapa nak hadiah, meh la komen banyak-banyak. kalau nak tengok senarai top komentator buat masa sekarang, boleh tengok widget "Pengomen Pening" kat sidebar sebelah kanan tu..

3.9.15

Ekspedisi Kenduri Kahwin

Tarikh : 30 Ogos 2015
Hari :  Ahad

Kenduri  1

Bermula jam 12.30 tengah hari, aku mulakan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri walimatul urus jiran sebelah rumah aku, yang pengantin perempuannya merupakan bekas rakan sekelas aku di sekolah rendah.

Disebabkan aku datang terlalu awal, pengantin pun tak sampai lagi. So, tak sempat nak bergambar. Apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Amira Rashid dan pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.

Kenduri 2

Selepas itu, aku teruskan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja aku di hospital, Anis Suraya dan pasangannya Syamil, di kawasan Bukit Mertajam. Datang sembang-sembang kejap, makan dan bergambar dengan pengantin. Lepas tu terus bergerak ke lokasi kenduri seterusnya.

dari kiri : nasrul, syamil, anis, dan nazariah

Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan kepada anis dan pasangan. Smoga kekal berbahagia hingga ke syurga. dan tahniah juga buat nasrul dan nazariah kerana baru meninang cahaya mata.

Kenduri 3


Kemudian, aku bergerak ke Batu Uban untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekelas sekolah menengah aku, Fikrir Sarur dan pasangannya. Disitu lama jugak aku lepak bersembang dengan kawan sekolah menangah aku dulu.

sempat bersilat dengan pengantin.

Tahniah dan selamat pengantin baru buat Fikri Sarur buat pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.

Kenduri 4


Lepas tu, aku teruskan ekspedisi aku ke masjid jamek Batu Uban, tak jauh dari situ untuk menghadiri kenduri kahwin yang juga rakan sekelas sekolah menengah aku. Hari yang sama! Tempat pun tak jauh, sekadar 3 minit perjalanan.


Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan buat Abdullah Umar dan pasangannya. Semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

Kenduri yang lain

Dengan itu, tamatlah ekspedisi kenduri yang aku hadiri untuk hari itu. Walaupun sebenarnya, ada lagi 3 kenduri kahwin yang aku tak sempat pergi untuk hari tu.

1. Jemputan kenduri kahwin orang kampung sebelah yang aku kurang kenal

2. Kenduri kahwin kawan satu team nasyid Universiti di Alor Setar, kedah. Tahniah buat Zulhilmi dan pasangan dan sory tak dapat hadir. Smoga korang berdua juga berbahagia hingga ke syurga.


3. Kenduri kahwin rakan sekuliah farmasi di Kuala Kangsar, Perak. Tahniah buat Sadiq dan pasangan dan sory tak dapat datang. Semoga korang juga berbahagia berkekalan ke syurga.

total 7 jemputan kenduri kahwin dalam masa 1 hari! fuh..  mengahdiri kenduri kahwin dengan penuh ketabahan.. hehehe..

p/s : masih belum terlambat untuk jom GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com by kak Sha, banyak hadiah menanti untik 30 PEMENANG! jom join ramai2! (tarikh tutup 10 september jam 12 tengah hari)