30.8.15

#BloggerUtara

baru-baru ni, aku ter-join group blogger yang baru ditubuhkan, group Blogger Utara. best giler group ni. baru ditubuhkan, terus ada buat event. aktif betul kan? kat bawah ni logo #BloggerUtara tu..

#BloggerUtara


#bloggerutara,

lepas aku masuk group, terus join majlis iftar dengan diorang. buka puasa ramai2 dengan geng blogger utara di hotel Vistana Penang. untuk info lanjut berkenaan iftar tu, boleh tengok entri ini : Buffet Ramadhan Di Vistana Hotel Bersama Blogger Utara

#bloggerutara,

ada banyak lagi event dalam group ni, tapi tak dapat aku nak join semua. kebanyakannya sebab kekangan masa. dulu aku ingat lepas dah kerja, dunia blog ni aku nak senyap kejap. tapi dah join group Blogger Utara ni, tak boleh nak senyap sangat la.. hehehe..

antara ahli group ni termasuklah:

Siti Yang Menaip | Arz Moha | Yanty Lee | Cik Ash | Dunia Zumal | Cik Pin |
Zai Zamree | Husna Zahidi | Emi Izzeyda | Shahida Dzulkafli | Siti Nurzafirah |
Aryshafayyadh | Murni Alysa | Nusha | Alia Farhan | Mia Zain | 
Farah Wahida | Timm Bill | Syakira Yaakub | Farah | Siti Sharini | 
El Darwena | | Tasha Aqisha | Intan Berlian | Pha Is | Amanina |
Yun Sing | Kokna | Zarul Farhana | Zafirah Nazri |

jom ikuti dan sertai kami di Facebook Page Blogger Utara dan hashtag Blogger Utara (#bloggerutara) di instagram..

dan lagi satu, jom ramai-ramai join GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com by kak Sha, salah seorang ahli group #BloggerUtara. banyak hadiah menanti untik 30 PEMENANG! jom! (tarikh tutup 10 september jam 12 tengah hari)  

24.8.15

Cadangan Superbike

sejak bulan lepas, aku dah beberapa kali masuk ke kedai-kedai yang menjual superbike, sekadar survey harga-harga moto superbike di pasaran. target aku? masih lagi dengan Yamaha XJ6N. naked bike 600cc dengan enjin 4 silinder.


Cadangan Superbike


tapi, bila aku sembang dengan taukey-taukey kedai moto, banyak yang rekemen kat aku motosikal lain. antaranya Kawasaki Z800. naked bike 800cc dengan injin 4 silinder.

tapi aku takut sebenarnya nak angkat moto ni. sebab klau aku jadi beli, ini adalah superbike pertama aku. kalau aku terus 'jump' angkat jentera cc tinggi dengan HP mantap, takut nanti susah aku nak jinakkan beast ni. tengok rupa pun dah gerun. hehehe...


selain tu, ada jugak yang sungguh-sungguh rekemen aku angkat Kawasaki ER6N. naked bike 600cc dengan injin 2 silinder. walaupun bagi aku moto ni sangat lawa dan berpatutan, tapi aku kurang berkenan dengan bunyi 2 silinder dia, untuk moto naked.


tapi, ada seorang taukey ni rekemen kat aku moto Yamaha MT-09. naked bike 847cc dengan enjin yang agak rare, 3 silinder. so, sama kes macam Kawasaki Z800, malas nak kacau jentera berat lagi. lagipun, enjin dia agak rare. takut nanti sparepart dan maintenance tinggi.


hmm.. ada cadangan lain tak?

huh, berangan panjang plak. lesen B Full pun tak ada masa nak ambil lagi. hmm..

entri berkaitan :
Enjin Motosikal | In-Line VS V-Twin : Kelebihan Dan Kekurangan
naked bike
tips memilih superbike






20.8.15

Laluan ke Farmasi

baru-baru ini, aku telah ditanya melalaui ruangan komen dalam entri "Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi" tentang laluan dalam bidang farmasi bagi lepasan SPM yang berminat dalam bidang ini.

Road to Pharmacy



ada banyak cara sebenarnya kalau nak ambik course farmasi. tapi aku tak tau semua jalan. terutamanya kalau nak pergi over sea. yang program dalam negara ni pun tak semua aku tau.

setakat yang aku tau, jalan "mainstream" kalau dari spm, selalunya melalui salah-satu yang berikut:

matrikulasi
asasi sains
asasi farmasi
diploma farmasi
STPM

then, sambung ambik degree dalam farmasi. sekarang IPTS pun dah banyak yang tawarkan kursus farmasi. tapi tu dalam negara la. ada lagi jalan lain, tapi aku sendiri tak beberapa tahu.

Program Degree Farmasi Luar Negara


hmm.. macam tak menjawab soalan kan? macam yang aku cakap tapi, aku tak beberapa pandai sangat bab ni sebenarnya. aku dulu masa buat decision masa nak belajar pun, cuma guna kaedah "follow the flow" je.. tak macam sesetengah orang lain yang jenis pandai cari peluang.

so, sebagai tambahan, aku bagi link blog rakan sekerja aku yang merupakan bekas graduan farmasi dari luar negara. better tanya beliau.. hehehe..

rujukan : 
1.Pha Is. (2013). Kelayakan Minimum Ke Program Ijazah Farmasi. Hikayat Budak Pening
2. Ikhwan Yusuff. (2015). Syarat Kelayakan Ke Pusat Asasi UIAM. Ikhwan Yusuff's Blog. dipetik dari http://duniakita94.blogspot.com/2015/03/syarat-kelayakkan-ke-pusat-asasi-uiam.html

16.8.15

Naik Superbike Kena Tonggek?

pada suatu hari, adik aku ada kritik pilihan moto aku bila dia dapat tau aku sedang kumpul duit untuk beli superbike. dia kata, nanti kesian kat bakal bini aku terpaksa "tonggek" kalau dia nak naik moto dengan aku.

Tonggek naik superbike


awek, cun, sexy, naked bike,
tonggek naik superbike
gambar sekadar hiasan. mohon jangan pandang lama-lama...

tapi motosikal pilihan hati aku sekarang jenis naked bike. dan secara teorinya, naked bike ni tak de la nak kena tonggek sangat, biasa saja. tak seperti sportbike, yang memerlukan posisi yang lebih menunduk. dalam erti kata lain, lebih menonggek.

contoh macam dalam gambar kat bawah ni. perbezaan antara cara tunggangan motosikal KTM390 Duke (naked bike) dan KTM RC390 (sport bike). tapi rasanya orang belakang nanti akan kena tonggek jugak sikit, walaupun untuk naked bike.


Superbike Tanpa Tonggek


so, antara perancangan aku bila dah kahwin nanti, aku angkat satu motosikal spesis "softtail". jenis ni lebih relax. yang tunggang pon relax, yang bonceng pun relax. angkat yang murah-murah sudah la. sekadar nak jalan-jalan weekend dengan bini. hehe..

contoh, macam Kawasaki Vulcan S ni. tapi yang ni tak de la murah sangat. hmm...


p/s : untuk keterangan lanjut mengenai jenis2 superbike (sport, touring, naked, dual purpose, moped, etc..) boleh lihat entri ini : Tips Memilih Jenis Superbike

10.8.15

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Yamaha Y15ZR vs Suzuki Belang R150 | akhirnya, masuk jugak motosikal "LC 150" ni dalam malaysia . ramai jugak yang dok sebut-sebut dari dulu tentang kewujudan moto LC 150 ni, masa dilancarkan kat indon dan thailand. ingatkan tak nak masuk malaysia.

dah masuk malaysia, dia tukar nama plak. kalau kat tempat lain dipanggil Exciter 150 FI atau Jupiter MX King. kat malaysia, jadi Yamaha Y15ZR. nak bagi nama sama hebat dengan Yamaha Y125Z dan Yamaha YZF R25 katanya.

Yamaha Y15ZR vs Suzuki Belang R150


mungkin Yamaha Y15ZR ni bakal jadi pesaing terhebat motosikal Suzuki Belang R150 kot. so, aku pun teringin nak banding-bezakan antara dua motosikal ni. nak tengok yang mana lebih berbaloi.

cekidaut..

gambar

lc150, moped, superbike, 150cc

Yamaha Y15ZR




moped, superbike, 150cc

Suzuki Belang R150

 

spesifikasi


Model
Yamaha Y15ZR
Suzuki Belang R150
Enjin
Single silinder
SOHC
4-stroke,
4-valve
liquid-cooled
Single silinder
DOHC
4-stroke,
4-valve with PAIR system,
air-cooled
Bore x stroke
57.0 x 58.7 mm
62.0 x 48.8 mm
capacity
149.7cc
147 cc
Compression ratio
10.4:1
10.2:1
Max HP
15.4 HP @ 8,500RPM
16.9 HP @ 9500RPM
Max torque
13.8Nm @ 7,000RPM
not known
Fuel delivery
fuel injection system
Carburetor
Fuel capacity
4.2 L
4.9 L
Gear
5-speed
6-speed
Dry weight         
115 kg
108kg
Harga
RM8000.00 (harga asas termasuk GST, insurans dan cukai jalan)
RM8,211.70 OTR cash 1st party all rider
Top speed
130km/j
140km/h (equivalent to Yamaha 135LC at 180km/h)

Ulasan dan kesimpulan


kalau ikutkan kat atas ni, bagi pendapat aku la, rasa macam nampak gayanya berbaloi lagi Suzuki Belang. lebih banyak biru (kelebihan) daripada merah (kekurangan) bagi Suzuki Belang R150 berbanding Yamaha Y15ZR

tapi lain orang lain pandangan, lain citarasa. maybe bagi yang pentingkan keselesaan atau perjalanan jauh, mungkin fungsi "liquid cooled" yang tahan panas dan "fuel injection" yang menjimatkan penggunaan bahan api seperti yang terdapat dalam Yamaha Y15ZR tu lebih diperlukan.

kesimpulannya, pilih lah mana yang berkenan dihati.


sumber dan rujukan
1. Eddy.(2015 Aug 8). Gallery: 2015 Yamaha Y15ZR Launched at Berjaya Times Square – RM8,000-ish incl GST. Motomalaya.net.
dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2015/08/08/gallery-2015-yamaha-y15zr-launched-at-berjaya-times-square-rm8000-ish-incl-gst/
2. Eddy.(2010 July 1). 2010 Suzuki Belang R150 Technical Specifications. Motomalaya.net.
dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2010/07/01/2010-suzuki-belang-r150-technical-specifications/ 
3. Eddy. (2015 Aug 9). Gallery: Official 2015 Yamaha Y15ZR Studio Pictures – Red, Black and Blue – RM8,000 incl GST. Motomalaya.net.
dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2015/08/09/gallery-official-2015-yamaha-y15zr-studio-pictures-red-black-and-blue-rm8000-incl-gst/