Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2015

Kenduri Kahwin di Hotel

baru-baru ni, aku berkesempatan meraikan kawan aku yang baru sahaja menamatkan zaman bujang di majlis walimah beliau di Grand Alora Hotel, Alor Setar. kenduri kahwin di hotel macam annual grand diner. ini first time aku pergi kenduri macam ni.

Grand Baq Ang...!


so, dikesempatan ini, aku nak ucapkan Tahniah buat Muhammad Ehsan Zahir dan pasangan Hanisah Haron. Barakallahu lakuma wa baraka a'laikuma wa jamaa' bainakuma fil khair. semoga berbahagia berkekalan berpanjangan bersama hingga ke syurga. amiin...

untuk pengetahuan korang, pengantin perempuan tu junior U aku, ehsan ni plak senior aku. nampak tak permainan diorang kat situ? hehehe

Kenduri Kahwin di Hotel
bila mak aku tau yang aku nak pi kenduri kahwin dekat hotel, laju je mak tanya : "hang nanti tak mau buat kat hotel jugak ka?"

hmm.. tak kot.. lari bajet..! hehe..


setiap orang ada majlis perkahwinan impian dengan citarasa masing-masing. ada yang nak buat kat dewan, ada yang nak buat kat rumah je, dan ada yang n…

Farmasi Gaji Tertinggi?

baru-baru ni agak ramai ahli farmasi yang share sebuah keratan akhbar tempatan yang mendakwa kononnya gaji bagi graduan farmasi yang baru bekerja adalah yang tertinggi. RM3640.00!


Farmasi Gaji Tertinggi?
dulu, pernah jugak keluar "data" yang sama dari jobstreet, yang jugak mendakwa gaji fresh graduate farmasi yang tertinggi di malaysia. mengalahkan doktor plak tu..! doktor nombor 4. budak medic yang baca ni mesti geram. hehehe.. 

tapi sebenarnya indah khabar dari rupa jauh panggang dari api. macam mana entah boleh terlebih. bukan sikit, tapi jauh nau bezanya. diorang silap terkira sekali dengan elaun kot...
Berkhidmat Bukan Kerana Gaji
dulu, sebab utama kenapa aku berminat nak belajar farmasi bukan kerana gaji. tapi sebab dorongan cikgu kimia kat sekolah aku yang berjaya membuatkan aku minat kimia dan minat farmasi.
jadi, kalau ada yang terbaca pasal data atas tu dan terus rasa minat nak ambik kos farmasi, abaikan je la minat tu. pergi main jauh-jauh. pergi ambik kos lain.
m…

Tips Menjaga Jam Tangan

dulu agak lama aku tak pakai jam tangan. kali terakhir aku beli jam tangan, aku beli jam tangan speedometer a.k.a jam tangan RPM. saja beli sebab style. beli online sebab member jual. lagipun, kena dengan jiwa moto aku. hehe...


tapi walaupun jam tangan ni style, susah aku nak tengok jam ni masa naik moto, sebab nak kena tekan, baru tau jam pukul berapa. lagi satu, baru pakai 6 bulan, bateri dah habis. last-last aku biarkan macam tu je lepas bateri habis.

silap aku jugak, tak jaga betul-betul jam tangan tu. so, kat sini aku nak share Tips Menjaga Jam Tangan dengan betul. baru jam tangan boleh tahan lama.

Tips Menjaga Jam Tangan

Tips 1
Simpan jam tangan di dalam kotak jam tangan yang khas. Jangan letak bersepah-sepah atau di tempat yang tidak sepatutnya. Ini bagi mengelakkan risiko daripada jam tangan tersebut jatuh dan pecah. Selain itu, risiko kehilangan jam tersebut juga berkurangan.


Tips 2
Selalu mengelap cermin jam tangan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang bersih dan tidak berh…

Jom Puasa Enam

Salam Syawal.. bulan ramadhan dah pun pergi meninggalkan kita. kalau sebulan kita boleh puasa direct berturut-turut, jom teruskan momentum kita dengan puasa enam hari di bulan syawal plak. besar fadhilatnya..


Jom Puasa Enam Syawal
Sabda Nabi s.a.w:

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ، كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ
“Sesiapa yang berpuasa ramadhan, kemudian dia susulinya dengan enam hari dari Bulan Syawwal, maka ia bagaikan puasa sepanjang masa (tahun)”  (Riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi, Ibn Majah dll).
*hadis ini dianggap sahih oleh majoriti ilmuwan hadis. Walaupun Sa’d bin Said bin Qais mempunyai sedikit masalah, tetapi hadis ini ada mutaba’ah (jalur rawi yang lain) seperti Sofwan bin Sulaim dan selainnya. Maka hadis ini sahih dari segi ilmu hadis. (Dr. MAZA, 2015)


sumber dan rujukan :
1. Dr.MAZA. (2015 July 17). Facebook Status. dipetik dari https://www.facebook.com/DrMAZA/posts/10153534314402990


Salam Aidilfitri 2015

Salam Aidilfitri. selamat hari raya buat semua pembaca blog Hikayat Budak Pening ini. hari raya nak kena pi beraya rumah orang. nanti bila ada masa aku pi "beraya" kat blog korang plak yer..

Salam Aidilfitri 2015
semoga keberkatan Ramadhan
agar kemuliaan Syawal
dapat manjadi mahar seorang hamba
untuk melamar cinta Tuhannya

salam aidilfitri
maaf zahir dan batin..

ikhlas dari,
Pha Is dan isteri

Pengomen Pening April-Jun 2015

okay, seperti yang aku dah kabor dalam entri Pengomen Pening jan-Mac 2015, rasanya mulai tahun ini aku maybe cuma dapat up-kan entri dalam seminggu 1 entri je, disebabkan kekangan masa dan priority aku sekarang lebih kepada kerja.

tapi, entri penghargaan pengomen tegar tetap aku nak buat jugak, cuma tak bleh nak buat secara bulanan macam tahun lepas. so, aku buat secara suku tahun, 3 bulan sekali.

Pengomen Pening April-Jun 2015
so, jom tengok sapa yang rajin komen kat blog ini bagu suku kedua tahun 2015, dari bulan april hingga jun tahun ini. mereka adalah:


1. Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com/)


sis, JM ni rasanya bukan kat blog ni je beliau ratu komen. dah banyak blog-blog lain yang aku jumpa asyik-asyik sis JM ni jugak la yang teratas dalam senarai top komentator. hehehe.. so, memang terbukti. ramai orang cakap, dia memang laju komen. hehehe..

2. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)


kak Paridah ni pun memang dari dulu lagi rajin komen kat sini. tapi yang…

Buffet Ramadhan Di Vistana Hotel Bersama Blogger Utara

Alhamdulillah, minggu lepas buat julung kalinya, aku berjaya join gathering blogger, dalam Buffet Ramadhan Di Vistana Hotel Bersama Blogger Utara.. dah lama teringin nak join mana-mana gathering, tapi selalunya mesti ada kekangan jarak dan masa. tapi program Buffet Ramadhan yang ni dah alang-alang dekat, masa pun kebetulan ada, bajet pun ada (dah keje), bleh la join dengan aman..

Buffet Ramadhan Di Vistana Hotel Bersama Blogger Utara
dalam Buffet Ramadhan ni la first time aku dapat jumpa bersua muka dengan blogger yang sebelum ni hanya dapat baca kisah-kisah mereka di laman blog. walaupun ada yang tak beberapa nak kenal, tak pe la. boleh jadi ini 1st step dalam nak menambah kenalan baru. kan?


#BloggerUtara
mereka yang join antaranya:
1. Izzeyda
2. Cik Siti
3. Nina Ahmad
4. Siti Nurzafirah
5. Arz Moha
6. Siti Yang Menaip
7. ArY+ShA=AmZaRFaYyAdH

malas nak letak gambar banyak-banyak. dua ni cukup la kot. kalau nak tengok gambar-gambar lain dan situasi semasa di tempat kejadian, boleh te…

Kad Raya GA by Nina

klik baner untuk join Kad Raya GA by Nina atau ke SINI sebelum 7 Julai 2015 jam 11.58pm
rasanya dah 3 tahun berturut-turut aku pos kad raya kat member-member fb dan blog. tapi tahun ni aku rasa macam tak berkesempatan nak buat disebabkan kekangan masa.

sekarang banyak urusan aku kat tempat-tempat yang beroperasi pada waktu pejabat yang aku tak sempat nak pergi, antaranya bank, (problem dengan online banking), JPJ (tukar lesen motor B full), dan termasuklah pejabat pos (pos kad raya)

so, dah tak dapat nak pos kad raya macam tahun-tahun lepas, tahun ni aku join GA kad raya orang lain je la. hehe..

jom sama-sama join GA ni.. GA dibawakan khas kepada anda oleh blogger Nina Ahmad pemilik blog Kisah Seiring Usia. GA ni akan tamat pada 7 Julai 2015, 11.58 pm.

#BloggerUtara

WW #124 | Pasangan Blogger