Sunday, June 28, 2015

Kahwin Hanya Dengan Orang Yang Suka Kita?


pernah kan dengar quote yang se-spesis dengan quote kat atas ni? Kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka.. antara quote lain yang aku pernah dengar yang hampir sama maksudnya:


kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka



memang betol, kalau kita seorang je yang terhegeh-hegeh nak kat seseorang tu, tapi dia tak hargai kita, lebih baik tinggalkan. kalau kita je yang berusaha make effort tapi dia buat kita macam sampah, memang orang yang macam tu tak berbaloi untuk kita 'kejar'. not worth it.

tapi aku rasa quote tu tak boleh nak di-aplikasikan dalam semua situasi. ada kalanya dalam keadaan tertentu, dia tak suka kat kita pun, tapi dah jodoh, last-last kahwin jugak. kalau dah jodoh, nak buat macam mana. kan.

mana tahu, walaupun masa mula kahwin, dia tak suka kat korang pun, tapi lama-lama lepas kahwin, dia jatuh hati dengan korang. ala, macam bajet dalam drama melayu sekarang ni la. kahwin mula-mula tak suka, lama-lama romantik sweet nak mampuih..

puih.. (bukan ludah sebab menyampah, tapi sebab nak buang sisa makanan sahur tadi yang ada lagi tersekat celah gigi)

lagipun, hati manusia ni kan mudah berbolak balik, dan hanya Allah sahaja pemilik segala hati. so, kalau dah terjodoh dengan orang yang tak suka kat kita, berdoalah kepada Dia. agar dibalikkan hati dia kepada kita.

bercinta dengan orang yang kita kahwini


dan pegangan aku :

"bercinta dengan orang yang kita kahwini lebih penting dari berkahwin dengan orang yang kita cinta"

so, tak kisah la masa mula-mula kahwin dulu, siapa suka siapa. tapi yang penting bila dah kahwin, kena la terima pasangan masing-masing seadanya. both ways, tak kira lelaki atau perempuan.

tapi kalau dah berusaha, tak bleh nak suka jugak, nak buat macam mana kan.. Islam pun ada bagi 'jalan keluar'. terpulang...


idea asal dan sumber gambar:
1. Fasha N. (2015 June 27). Marry a Man Who Loves You. Corat Coret Nusha; dipetik dari http://nusha1706.blogspot.com/2015/06/marry-man-who-loves-you.html
2. gambae ehsan google
READ MORE- Kahwin Hanya Dengan Orang Yang Suka Kita?

Saturday, June 20, 2015

Geng Plastik Hitam

pernah dengar tak pasal geng platik hitam.? ni bukan geng kongsi gelap, tapi geng tak puasa masa bulan ramadhan. diorang pergi kedai makan, beli makanan, then bungkus dalam plastik hitam supaya orang tak nampak.

Geng Plastik Hitam



baru 3 hari puasa, dah ada kes kena tangkap. hmm.. buat malu betul. area kawasan rumah aku plak tuh. tak pasal kepala batas masuk tv.. hahaha...


menyorok guna topi keledar masuk kedai makan, pastu bungkus bawak balik pakai plastik hitam. hmm..

anyway, ini first entri untuk bulan puasa ni. so, nak ucap selamat berpuasa...



READ MORE- Geng Plastik Hitam

Monday, June 8, 2015

Kerja Dan Masa

bila dah start kerja, baru aku betul-betul rasa dan faham apa yang orang kata berkenaan beza 3 peringkat umur dalam hidup kita.

pelajar, pekerja, tua, remaja, dewasa

pertama, zaman jadi pelajar. masa ada, tenaga ada, duit je tak ada.
kedua, zaman dah bekerja. duit ada, tenaga ada, tapi masa pula yang tak ada.
ketiga, bila dah pencen. masa ada, duit pun ada, tapi tenaga dah tak ada.

Kerja Dan Masa



sekarang, bila aku balik kerja, ada ja benda yang nak kena sambung siapkan kat rumah. ada ja report nak kena tulis, ada ja benda nak kena study. balik kerja tapi macam still kerja. hujung minggu pun lebih kurang je.

macam tak ada 'life' rasanya. macam hidup ni untuk kerja je.. tapi, aku bukan nak menrungut, cuma aku risau memikirkan masa depan aku nanti.

Masa Bersama Keluarga


sekarang aku tak kisah lagi. sebab hidup bujang, tak kacau sapa-sapa. tapi angan-angan aku bila dah kahwin dan dah ada anak nanti, kalau boleh waktu kat rumah aku nak maximise-kan betul-betul masa aku dengan keluarga.

balik kerja, malam nak ajar anak mengaji, sambil-sambil tu ajar tentang agama, lepas tu tolong anak buat kerja sekolah, etc.. kalau aku kat rumah sibuk dengan kerja yang disambung dari waktu siang, bila masanya aku nak buat semua tu?

fuh, panjang jugak angan-angan aku ni.. dah pikir pasal anak. bakal bini, rupa pun tak nampak lagi. hahaha...
READ MORE- Kerja Dan Masa

Wednesday, June 3, 2015

WW #123 | jodoh vs maut

rahsia Allah,

sumber gambar : FB sahabat

READ MORE- WW #123 | jodoh vs maut

Monday, June 1, 2015

Doa Naik Kenderaan

aku rasa doa simple ni ramai yang dah tau. tapi aku nak share doa naik kenderaan versi aku. err.. aku bukan buka mazhab baru, cuma nak share beberapa doa pilihan yang aku baca masa nak naik moto.

orang kata, malang tak berbau. sekurang-kurangnya selain usaha memandu dengan berhemah, kena jugak disertakan doa dan tawakkal. yer dok? tambah plak aku sekarang ni pergi-balik keje atas moto hampir 2 jam.

Doa Naik Kenderaan


1. basmalah



maksud : Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

*nak doa apa-apa pun mesti la mulakan dengan bismillah. kan? (kecuali doa masuk dan keluar jamban)

2. basmalah 2 / Doa keluar rumah



maksud : Dengan nama Allah, aku bertawakkal kepada Allah. dan tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah

*selalunya bila naik kenderaan, antaranya mesti baru nak keluar dari rumah. so, aku baca sekali doa ni dalam koleksi doa aku tu. walaupun tak keluar dari rumah (balik dari kerja contohnya), aku baca jugak doa tu sebab maksudnya yang amat sesuai dengan keadaan. kita naik kenderaan, selain usaha, kena ada tawakkal..

3. bismillah 3


maksud : Dengan nama Allah yang segala sesuatu di langit mahupun di bumi tidak akan memberikan apa-apa mudharat selama bersama dengan namaNya. Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."

*Daripada Uthman bin Affan (RA): Mana-mana hamba Allah (SWT) yang membaca tiap-tiap pagi dan petang hari (bacaan di atas) sebanyak tiga kali insyaAllah tidak akan ditimpa keatasnya bahaya.(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

4. doa naik kenderaan


maksud : maha suci (Allah) yang memudahkan (kenderaan/perjalanan) ini bagi kami. dan tiadalah kami berkuasa menggunakannya tanpa kurni dariMu. dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah akan kami kembali.

*lepas 3 kali bismillah, baru aku baca doa naik kenderaan.

4 doa ni aku baca sekali setiap kali memulakan perjalanan. selamat beramal.. :)
READ MORE- Doa Naik Kenderaan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...