Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2015

1092 Hari mencari Cinta

Sebagai seorang yang single dan bujang bila dah masuk pertengahan usia 20-an ini, soalan yang paling popular ditanya tentulah “bila nak kahwin?” atau bila pergi kenduri kahwin, “hang bila lagi?”

Alhamdulillah, kini aku dah jumpa jawapan bagi soalan tu. Sekarang setiap kali ditanya soalan tu, aku tak perlu lagi tersengih-sengih membisu mencari jawapan dan alasan macam selalu. Kerana sekarang, aku ada jawapannya.

Jawapan aku, “InsyaAllah, kalau ajal tak datang dahulu, aku akan kahwin paling awal pun, tahun 2018.” Kenapa tahun 2018? Saja... Sebab aku target nak kahwin semasa berumur 28 tahun. Lagi 3 tahun la lebih kurang.

3 tahun x 364 hari setahun = 1092 hari mencari cinta (tak bleh blah kan.?)

1092 Hari mencari Cinta

Macam yang pernah aku cakap dalam entri "Bolehkah Bercouple?" aku sebenarnya malas nak cari calon sekarang ni. sebab plan aku, aku nak cari duit dulu. Dah cukup duit, baru cari calon.

dan aku rasa 3 tahun tu waktu yang munasabah untuk aku masih kekal hidup membuj…

Johor Dan Gayong

dalam dua bulan lepas, aku sebenarnya telah berkesempatan pergi jalan-jalan melancong ke negeri Johor dengan 2 orang kawan. kenapa negeri Johor? sebab Johor paling jauh dari Penang. nak pi sabah sarawak, tambang flight dah lari bajet. hehehe..

antara kawasan yang sempat kami singgah termasuk Tangkak, Muar, Rengit, Tanjung Piai, Johor Bharu, Kota Tinggi, Mersing, dan sampai la ke Endau. dan dari pemerhatian aku, antara perbezaan yang dapat aku lihat kat negeri johor ni adalah jamban di sini banyak yang guna Gayong (cibuk). susah nak cari yang ada paip getah.


serius. sebab aku dah terbiasa kalau berak, basuh guna paip getah. dah lama tak pakai cibuk. sebab tu aku dapat rasa sangat perbezaan tu. paling ketara, bila kami sampai sempadan antara endau dan rompin (pahang). masa berhenti kejap kat endau, tandas disana masih guna gayong.

tapi bila dan sampai je kat rompin, singgah isi minyak, saja aku buat lawatan pi tandas kat situ. bila tengok, baru jumpa tandas yang menggunakan paip getah. …

Contoh Teks Doa

dulu kalau kat U, aku ni antara orang yang akan dicari untuk 2 perkara. pertama, bila nak cari AJK teknikel dalam sesuatu program. Kedua, bila nak cari orang untuk tukang baca doa.

dan bila dah jadi pelajar akhir tahun dahulu, aku dah mula 'bersara' dari handle 2 benda tu. tapi kadang-kadang junior aku ada mintak tolong aku tunjuk ajar dalam 2 perkara tersebut, terutamanya bab doa tu. paling kerap, diorang mintak teks doa yang pernah aku baca.

tapi, aku tak pernah simpan teks2 doa aku dulu. tapi kat bawah ni aku nak share contoh teks doa yang aku pernah dapat dari budak PMI, masa aku dijemput untuk baca doa untuk salah satu program diorang kat U dulu.

bagi sesiapa yang mencari, semoga bermanfaat. edit-edit la sikit, ikut kesesuaian..



CONTOH TEKS DOA MAJLIS PERASMIAN 1
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami dengan penuh rendah diri menadah tangan pada malam ini, di Majlis  …

aku, lipan, dan dia...

Sedang asyik aku menyiapkan slide power point presentation aku berkenaan Diabetes Mellitus, tetiba muncul kelibat seekor lipan (eh, lipan ada ekor ke?)melintas depan aku dengan lajunya. Agak sejengkal jugak panjang lipan tu. Bak kata pepatah, kalau lipan panjang sejengkal... eh, silap2...

Dulu kata mak aku, kalau musim kemarau panjang, lipan ni suka keluar. Bila hujan dah lama tak turun, diorang akan keluar untuk cari air. Sahih atau tidak hypothesis ini, aku tak pasti.

Kisah aku dan lipan

Dulu masa aku berumur dalam lingkungan 5 tahun macam tu, aku pernah diketit* lipan. Agak dewasa lipan yang ketit aku masa tu. Ketit di jari telunjuk masa aku tidur, tapi keesokannya 1 tangan aku bengkak.

Sejak tu, aku mula perasan setiap kali aku kena sengat/ketit serangga yang lain, aku jarang sangat bengkak. Mungkin sengatan lipan yang aku kena masa aku umur 5 tahun tu dah buat aku immune dengan bisa serangga yang lain.

Itu Cuma hypothesis aku.

Kisah lipan dan katak
Suatu hari, abang aku pernah ce…

1st Segmen Kerjaya Blogger IPT by NJiheam

segmen ni sebenarnya dah tamat, tapi aku tertarik dengan cara pengisian segmen ni. dan disebabkan puan penganjur kata kalau segmen dah tamat pun masih boleh hantar penyertaan entri segmen, aku pun buat la entri ni.

sekadar nak share pengalaman sebagai bekas student U, terutamanya sebagai ex-student farmasi so, tak menang pun tak pe.. bukan hadiah yang aku kejar, cuma pengalaman yang aku nak share.. :)

lagipun aku tengok antara objektif segmen pihak penganjur ni supaya pengalaman ni dapat dikongsi terutamanya bagi budak2 lepasan spm yang tak tau nak masuk kos apa kat Uni.

lets cekidaut...

Segmen Kerjaya Blogger IPT
1. Kursus yang diambil masa uni.

aku dulu pernah ambik ijazah sarjana muda sains farmasi kat USM penang.

2. StudyPlan (kalau ada)

study plan aku? huh, kalau orang lain target nak skor, aku cuma target nak grad je. sebab susah kot. tu pun merangkak-rangkak nak grad pun. sampai kena extend.. hehehe..

3. Pandangan masyarakat tentang kursus tu dan apakah sebetulnya?

so far yang aku…

Malam Pendekar 2015

insyaAllah pada 1 Mei 2015 nanti, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Universiti Sains Malaysia (PSSCMUSM) dengan kerjasama Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang (PSSCMCPP) akan menganjurkan program Malam Pendekar.

Malam Pendekar PSSCMUSM 2015

malam pendekar ini merupakan satu persembahan demonstrasi dari pelbagai silat melayu dan dari seni bela diri yang lain. maklumat program Malam Pendekar 2015 ini dalah seperti berikut :

Tarikh :  1 Mei 2015
Hari : Jumaat
Masa : 8:00 malam
Tempat : Dewan Tunku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains malaysia Pulau Pinang.
Harga Tiket : RM10



Posted by Malam Pendekar, Kolokium & Makan Malam - MPKM 2015 on Wednesday, March 18, 2015


kalau Malam Pendekar sebelum ni (Malam Pendekar 2012), aku terlibat secara langsung dalam buat persembahan demonstrasi silat. tapi tahun ni, insyaAllah, cuma dapat jadi penonton je.. hehehe..

so, sesiapa yang berdekatan dan berkesempatan, boleh la datang tengok. jom..

Pegawai Farmasi PRP

Alhamdulillah, sekarang aku sudahpun melapor diri untuk bekerja dia Hospital Pulau Pinang sebagai seorang ahli farmasi PRP (Provisional Registered Pharmacist) 2 minggu lepas. Sudah mula melangkahkan kaki ke alam pekerjaan.

Dan sekarang, setelah 2 minggu bekerja, aku rasa mungkin aku tak dapat aktif berblog macam dulu-dulu. Agak sibok dan penat dengan kerja. Pagi keluar lepas subuh merempit ke hospital (dalam pulau) dari rumah (seberang). Petang pun sama. Malam lepas isyak dah penat dan mengantuk.

Dulu lepas grad aku kurang aktif berblog sebab kekangan line internet. Sekarang mungkin bertambah kekangan masa. So, maybe blog akan lebih terabai. Kesian blog. Kurang perhatian.

Nak membalas kunjungan pun, maybe tunggu hujung minggu je. Tu pun kalau cuti. Biasa la, mula-mula kerja ni kan..

Apa-apa pun aku harap korang tak berkecik hati kalau aku dah kurang menjenguk blog korang semua. Semoga perkenalan kita dalam dunia blog ni tak hilang begitu sahaja..


Dan tolong doakan aku agar menjadi ah…

Pengomen Pening Jan-Mac 2015

kalau tahun lepas, aku ada buat entri penghargaan untuk pengomen tegar blog ini secara bulanan. tapi, tu pun tak semua bulan aku sempat buat. dan memandangkan tahun ni bilangan entri aku tak banyak, hanya 2-3 entri sahaja seminggu, aku rasa macam tak 'meriah' kalau buat entri penghargaan ini secara bulanan.

so, aku rasa tahun ni, aku nak buat entri penghargaan ini setiap 3 bulan sekali. maksudnya, dalam setahun 4 kali. bagi suku pertama tahun ini (januari - mac), dengan ta'zimnya aku membawakan kepada anda senarai top10 pengomen tegar pening di blog Hikayat Budak Pening ini.

Top 10 Pengomen Pening Suku Pertama 2015
mereka-mereka yang dimaksudkan adalah :


1. Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com/)



2. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)


3. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


4. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)
5. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)
6. Sya Nadia (http://sweetlittlemom.bl…

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mei-Jun 2015 by CN
Pencarian bloglist bagi bulan Mei-Jun 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 1 April 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 30 April 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.Syarat-syaratnya :

Tips Kenduri | Peta kad kenduri

Sebagai seorang yang dah terbiasa dengan peta dalam aplikasi google earth, aku selalu keliru bila tengok peta yang dilukis pada kad kenduri. Sebab kadang-kadang, peta yang dilukis pada kad kenduri sangat berbeza dengan geografi lokasi yang sebenar.


Peta kad kenduri Mengelirukan
Kadang-kadang, peta dalam kad kenduri tu boleh mengelirukan, terutamanya bagi mereka yang tak pernah datang ke rumah pengantin atau tak biasa dengan kawasan kenduri tu.

Sebabnya :

1. jenis jalan

Kalau dalam peta kad kenduri, selalunya tak ada beza antara jalan raya, lebuh raya, jalan utama, dan lorong kecil. Selalunya aku tengok semua dilukis dengan cara yang sama.

2. skala

Pasal skala ni banyak kali dah aku seolah ‘ditipu’. Tengok dalam peta, macam dah separuh perjalanan tapi rupanya jauh lagi. Contoh : lepas simpang terus nampak sekolah tapi next simpang jauh lagi, tapi dalam peta lambang sekolah tu kat tengah-tengah perjalanan.

Peta Kad Kenduri Ideal
Kalau nak lebih tepat, copy paste terus google map, letak…

WW #122 | Malam Pendekar 2015