Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2015

Resepi | Kuah Rojak Homemade

Buat julung kalinya, aku tulis entri pasal resepi. Hahaha.. saja, dah tak tau nak update apa. Lagipun, sekarang ni kat rumah aku buah pelam dah mula berbuah. Waktu yang paling heaven bila aku ada kat rumah, adalah bila pelam epal kat rumah aku berbuah.

So, kali ni aku nak share resepi aku sendiri sebagai seorang yang gila mencicah buah pelam. Senang je nak buat kuah mencicah ni.

Resepi Kuah Mencicah

Bahan-bahan :

1. bahan-bahan asas dalam membuat sambal belacan (cili, garam, bawang, belacan, etc..)
2. gula
3. kicap

Caranya.

1. buat sambal belacan. Kali ni aku tak spesifik macam mana nak buat sambal belacan. So, buat ikut citarasa sendiri. Kalau rajin, tumbuk. Kalau malas, blender. Ikut suka hati kalau nak tambah apa-apa bahan lain asalkan jadi sambal belacan.

Tapi kalau ikut selera aku, aku prefer sambal belacan dari cili kering dan ditumbuk! Aku tak nak blender, sebab aku akan tumbuk tak hancur 100%. Tinggal sikit bahagian cili yang tak ditumbuk. Baru rasa umph bila makan nanti.

2. b…

Tips Kenduri | Speaker

Sekarang kalau pi kenduri kahwin, merata orang pakai DJ. Nak bagi suasana majlis perkahwinan tu lebih meriah la katakan. Member aku sorang ada buat bisness DJ Islamik di area Pulau Pinang. Kalau nak tempah boleh tengok kat sini : DJ Islamik Pulau Pinang. (ops... ter-promot plak)

Tapi bila ada Dj ni, atau bila pasang lagu guna speaker kat majlis perkahwinan, kadang-kadang speaker tu kuat sangat, sampai tetamu nak bersembang pun terpaksa nak kena berjerit-jeritan.

Speaker Kenduri Bising
Masa kenduri kahwin ni la nak jumpa saudara mara. Masa ni jugak la kadang-kadang masa yang ada untuk buat reunion sesama budak sekolah, budak U, dsb.. So, masa ni mesti ada banyak benda yang nak dibualkan.

Tapi bila speaker pasang lagu kuat sangat, macam tak syok bersembang la plak. Kita buat kenduri nak hebahkan perkahwinan, sambil rapatkan silaturrahim. Bukan sekadar datang makan sambil dengar lagu in-team ‘Nur Kasih’ je.. (lagu cliché masa kenduri kahwin)

So, peringatan untuk diri aku sendiri nanti, …

Filem Biografi

Korang layan tak filem-filem genre biografi? Filem-filem kisah benar dari sejarah atau kisah hidup seseorang tokoh. Sebagai contoh, tahun lepas ada keluar filem pasal kisah hidup Stephen Hawking yang bertajuk ‘The Theory of Everything’.


Senarai Filem Biografi
Contoh-contoh filem genre biografi yang lain yang pernah aku tengok antaranya:

Dragon: The Bruce Lee Story (1993) – Bruce Lee
The Imitation Game (2014) – Alan Turing
October Sky (1999) – Homer Hickam
Ip Man (2008), Ip Man 2 (2010), The legend Is Born – Ip Man (2010), Ip Man: The Final Fight (2013), The Grandmaster (2013) – Ip Man
Fearless (2006) – Huo Yuan Jia
Alexander (2004) – Alexander the Great
Fighter in the Wind (2004) – Masutatsu Oyama
Catch Me If You Can (2002) – Frank Abagnale
A beautiful Mind (2001) – John Nash
The Wolf Of Wall Street (2013) – Jordan Belfort
The Blind Side (2009) – Michael Oher

Dan banyak lagi filem-filem genre biografi ni yang agak popular yang aku tak pernah tengok lagi. Contohnya macam filem The Soci…

Tips kenduri | Pelamin

Sekarang kalau kenduri kahwin tak ada pelamin tak sah, kan. Kalau dulu, pelamin digunakan untuk bersanding. Tapi sekarang Alhamdulillah, adat bersanding, merenjis apa semua tu dah jarang orang buat.

Baguslah. Adat yang bertentangan dengan agama tak perlu kita ikut. kata pepatah, Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah*.

Dan sekarang, pelamin Cuma jadi tempat bergambar je. Yer la. Dah pakai cantik-cantik, kamera mahal-mahal, tak kan nak bergambar kat tepi tempat bentara* basuh pinggan. Yer dok?

Tapi bila cakap pasal pelamin, setiap kali aku pi kenduri perkahwinan sahabat handai, ada satu je yang kadang-kadang aku tak berkenan dengan rekaan pelamin tu. (pasal pelamin pun aku nak komen lebih. Banyak songeh plak aku ni.).

Pelamin Berlampu
Aku kurang berkenan kalau pelamin tu ada lampu, terutamanya kalau lampu tu berada kat bahagian belakang pengantin. Sebabnya, walaupun bila pandang dengan mata kasar nampak lawa, tapi bila bergambar tanpa flash, gambar jadi tak lawa. Lagi-lagi ka…

Kabel Besar

“eh, dulu bukan masa interview dia tak lepas ke? Kenapa boleh dapat kerja pulak?”
“owh.. sebab pak sedara dia orang besar kat situ..”
“owh.. pakai kabel la ni..”

Apa pendapat korang tentang “kabel” ni? paham kan maksud aku? Bila seseorang tu dapat kelebihan atau dipilih hanya kerana dia ada kenalan/saudara yang tolong dia, bukan kerana usaha mahupun kerana ‘kekuatan’ pada diri dia sendiri. Dan dalam masa yang sama, membuatkan orang yang lebih layak tak dipilih.

Contoh scenario, macam kat atas sekali tu. Bila si A dapat kerja bukan sebab usaha dan kelebihan dia yang tersendiri (pengalaman kerja, soft skill, pointer, etc) tapi sebab dia ada ‘kabel besar’. Hanya kerana dia ada saudara yang menjadi 'orang dalam' dapat ‘seludup’ dia masuk kerja kat situ. Dan dalam masa yang sama, orang lain yang lebih layak tak dapat kerja tu.

Kabel Orang Dalam

Mungkin pada sesetengah pandangan orang, benda ni normal. Perkara yang lumrah yang ramai orang buat. Malah, ada yang berbangga kalau dia ad…

Ayat Mengorat Pelajar Farmasi

Alkisah, seorang pelajar farmasi tahun akhir datang memberi talk kat sebuah kolej matrikulasiyang pernah dimasuki beliau suatu ketika dahulu, tentang kursus farmasi di universiti beliau.


Pharmacy Student's Pick-up line
perbualan 1

Adik manees ; Abang nak tanya macam mana yer life jadi student farmasi?

Abang hensem : Adik, kalau nak cerita, panjang la.

Adik manees : La ye ke, kalau boleh nak tau jugak.

Abang hensem : Macam ni la adik, ni nombor fon abang, ni akaun ig abang, adik follow pastu boring-boring nanti adik Whatsapp la abang, tanya buat apa, ada kat mana so indirectly tau la macam mana life student pharmacy. haha."



perbualan 2

Adik cumel : Encik nak tanya sikit pasal kos farmasi boleh?

Abang hensem : Jangan panggil encik, panggil abang sudah la. hehe.

Adik cumel : Oh, ok abang, nak tanya kalo nak masuk pharmacy memang kene 4flat ke abang?

Abang hensem : Kalau nak peluang cerah kene 4flat la sebab sekarang competition kuat. Tambah plak adik ni perempuan.

Adik cumel : Ala…

WW #121 | Cinta Pandang pertama

Dengan Sekali Lafaz

Sekarang ni wedding dimana-mana. Aku masa cuti CNY hari tu sampai dapat 5 jemputan kenduri kahwin dalam 2 hari berturut-turut. Hari pertama, sorang kat perlis, sorang kat penang, dan sorang lagi kat Pahang. Memang tak dapat la nak penuhi jemputan semua. Nasib baik hari kedua tu ada 2 kenduri, dua-dua di penang.

Dan bila pi kenduri kahwin ni, antara soalan popular yang selalu ditanya kepada pengantin lelaki antaranya “berapa kali sebut lafaz akad nikah?.” sekadar nak tahu. Sekarang ni kan sikit-sikit orang sebut “dengan sekali lafaz, bla bla bla...”

dengar macam hebat je. sekali lafaz. ingat nak lafaz akad nikah ni senang? jadi aku pun nak jugak tanya pengalaman. sebelum tiba giliran aku nanti untuk sebut lafaz nikah tu..


Dengan Sekali Lafaz
Aku : tahniah Ali (pengantin lelaki - bukan nama sebenar),.. Hang sekarang dah jadi laki orang dah pun. Sory semalam tak sempat nak pi majlis akad nikah.

Ali : terima kasih. Tak apa, dapat mai kenduri ni pun, dah cukup dah..

Aku : Eh, semalam (akad…

Nurse Cantik

Ramai kawan aku sekarang sudahpun bekerja di hospital sebagai pegawai farmasi. Susah betol nak jumpa diorang sebab masing-masing sibuk bekerja di hospital. Satu hari, aku berkesempatan sembang dengan salah seorang daripada mereka.


Aku : hang dok mana sekarang ni? ulang-alik dari rumah, atau duduk rumah sewa?

B : aku dok kat rumah sewa je sekarang ni. Housemate aku budak nurse.

Aku : owh..

*dalam hati aku bersangka baik. Nurse lelaki la kot. Tak kan la member aku ni duk serumah dengan nurse perempuan. Sekarang kan dah ada nurse lelaki. Bukan perempuan je.

B : tapi nurse kat situ cantik tau...!!!

Aku : hah.!!! Hang biar betol..! Nurse housemate hang tu ka?

B : eh, bukan la... nurse housemate aku tu lelaki. Yang aku kata cantik tu, nurse-nurse kat hospital sana...

Aku : owh... lain kali cakap biar terang. Aku dah fikir pelik dah tadi...

Kawan Kahwin | Amir Hariz dan Nadia Syukur

Bulan lepas aku berkesempatan ke majlis perkahwinan rakan sekuliah aku, Amir Hariz dan pasangannya Nadia Syukur. Dua-dua rakan kuliah aku semasa study farmasi di USM. memang kami rakan sekuliah semua cuma tunggu masa je diorang berdua ni nak kahwin.

Amir Hariz dan Nadia Syukur

kenduri sebelah perempuan diadakan di Alor Setar. sebut pasal Alor Setar ni, aku teringat perbualan aku dengan mak suatu ketika dahulu. Perbualan tentang "Gadis Alor Setar".

Gadis Alor Setar
Mak : oghang Alor Setar ni, susah nak jumpa yang kulit putih. Tapi kalau kulit depa putih, memang putih betoi-betoi

Aku : awat? Orang lain kalau kulit depa putih, putih depa tu putih tak betoi ka mak?

Mak : dak aih. Dulu kan orang Alor Setar tanam padi. Depa dah besa dok tengah panaih memukoi padi. Dah la rumah pun tengah bendang. Kalau tara hari-hari dok tengah panaih lagu tu pun kulit boleh putih, tu maknanya kulit depa memang putih betoi la.

Aku : owh..

Mak : Sebab tu kalau orang belah Baling (salah satu daerah …