kat bawah ni aku share sebuah status FB yang telah ditulis oleh seorang kawan aku dari usm. so, peringatan siap-siap, ini bukan penulisan aku. cuma sesuatu yang aku rasa menarik untuk kita renungkan bersama.
Perempuan | Menggoda, Digoda Dan Tergoda?
Terbaca satu komen di laman sosial : "
Hawa dicipta untuk menggoda, digoda dan tergoda" Betul ke macam tu?
Bila belek2 nota2 kelas pengajian dalam satu kitab namanya Kitab Muhimmah, Nabi saw sebut ada 6 jenis perempuan yang wajib dijauhi. Tapi aku cuma nak sentuh salah satu daripada 6 jenis yang Nabi SAW sebut iaitu
Basaqah, perempuan yang menghabiskan banyak masa dengan bersolek sehinggakan sebenarnya masa itu boleh digunakan kepada perkara yang lebih penting..
Ya atau tidak, percayalah kebanyakan perempuan memang suka bersolek. Tak salah bersolek, tapi bersoleklah ala kadar. Ala kadar tu bukan maksudnya sememeh, tak kemas. Ala kadar tu cukup lah sekadar nampak kemas dan tak terlampau.
Dengan bulu mata palsunya, celak matanya, gincunya, blushernya, contact lens nya, bedaknya. Tu baru muka, belum pakaian lagi. Kadang-kadang hampir 1 jam hingga 2 jam malah ada yang lebih lagi memperuntukan masanya hanya menghias mukanya dicermin supaya nampak cantik.
Aku rasa 30min tu pun dah lama, ni kan pulak 1 jam.
Kita peruntukkan masa yang banyak hanya untuk nampak cantik pada muka dan anggota kita tapi kita selalu terlupa ambil masa yang lama untuk mencantikkan hati kita,
Dalam hati cakap, "Cantik nya...jap nak amek gambar." Dengan mata bulat ber-contact lens berwarna, mulut digayakan secomel mungkin, bulu mata palsu lebat melentik, pipi kemerahan dengan blusher dan lilitan tudung yang menarik, upload dalam FB.
"Ini design tudung terbaru saya, siapa berminat boleh order dah.."
"Penat nya kelas hari ini, time tu relax now.."
" 1 jam lagi nak masuk dewan exam, semoga Allah permudahkan.."
Serius weh kalau aku laki yang tengok ni bukan aku tengok kau penat ke, nak exam ke, nak jual tudung ke tapi aku tengok muka korang. First aku akan cakap dalam hati:
"Perghh cantiknya dia ni, perghhh bulat nya mata dia, perghh gebunya kulit dia." Lupa dah pasal dia nak jual tudung rupanya. Lupa dah pasal dia nak bgtau yang dia penat nak relaks. Lupa dah pasal dia nak exam 1 jam lagi.
Kadang2 aku pikir dia ni nak jual tudung ke nak jual muka? Aku tengok gambar muka dan mata yang comel lebih over frame dari nak show dia penat atau nak jual tudung atau nak exam.
Timbul persoalan dalam diri aku, Betul ke hawa ini dicipta untuk
menggoda, digoda dan tergoda?
Adakah
menggoda tu bila mereka bersolek sehingga laki terpegun dan menatapnya?
Adakah
digoda tu bila laki mula komen, cantiknya awak, awak pakai produk apa?
Adakah
tergoda tu bila dapat pujian dari orang lain kepada kecantikan kita?
dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 29). Facebook Status.
https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1024531974241598