19.1.15

Kedekut Papan Tanda

Aku seorang yang suka jalan2 dengan moto tanpa arah tuju sekadar suka-suka. Selalunya aku bila mula perjalanan aku, aku tak tengok sebarang peta, Waze atau mana-mana aplikasi GPS yang lain. Aku sekadar jalan2 berpandukan arah dari papan tanda penunjuk arah jalan. Dari situ, baru la adventure.

Bila dah balik rumah, baru aku buka google earth, lepas tu tengok balik kat mana dah yang aku dah sampai, jalan mana yang aku dah lalu.

Sejak tu, aku terperasan sesuatu tentang papan tanda kat tepi jalan raya ni. kalau nak dibandingkan antara negeri Pulau Pinang, kedah, dan Perak (sebab 3 negeri ni je yang aku selalu jalan2 dengan moto aku tu), aku rasa negeri Perak ni paling kedekut papan tanda.

contoh papan tanda
gambar sekadar hiasan
sumber[1]

Perak Kedekut Papan Tanda


Kalau aku jalan-jalan kat perak, mesti aku akan terperasan yang perak tak banyak papan tanda penunjuk arah kat setiap simpang. Bila jumpa 1 simpang, selalu buat aku tertanya : Kalau masuk simpang ni, keluar ke mana? Simpang ni pulak menghala ke mana?

Aku tak kata penang dan kedah semak dengan papan tanda arah jalan. Tapi sekurang-kurangnya, aku ada idea kemana simpang ni akan bawak aku pergi, setiap kali aku tiba kat mana-mana simpang.

Mungkin pandangan aku ni akan kurang reliable sebab perak dan kedah besar negerinya. Aku Cuma dapat jelajah kat area yang berdekatang dengan penang je. Sedangkan penang area seberang perai selatan pun banyak lagi aku tak redah.

Nak redah jauh-jauh, kena tunggu angkat superbike la. Ada yang tu baru sedap kalau nak travel jauh-jauh. Nak tunggu angkat superbike, nak kena kerja dulu. Pastu takut nanti dah kerja, tak ada masa plak. Hmmm...

sumber gambar:
[1] Fadhil Kasim. (2014 Apr.) Jenis Papan Tanda: Papan Tanda Arah. Kepentingan Mematuhi Papan Tanda Jalan Raya. http://blogfadhilkasim.blogspot.com/2014/04/jenis-papan-tanda-papan-tanda-arah.html

16.1.15

Kawan kahwin | Husni

pada 20 Disember yang lalu, aku berpeluang menghadiri kenduri kahwin sahabat sekuliah aku si Husni dan pasangannya yang juga merupakan rakan sekuliah kami, Izzati di kawasan kubang rotan, Alor Setar.

dapat jugak jadi pengapit simpanan. ambik berkat
masa ni pengapit utama tengah sibuk makan bubur gandum

senyap2 je diorang. kami rakan sekelas tak tau pun diorang ni berpasangan. tau-tau dah kahwin. apa2 pun, tahniah buat korang berdua. smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

ni siap duduk sebelah pengantin atas pelamin lagi. kalau berkat pengantin tak lekat jugak, tak tau la.

kenduri kali ni sangat simple, tapi grand. kenduri seperti zaman aku budak-budak dulu dalam kawasan kampung. makanan dimasak secara gotong royong sesama orang kampung. lepas tu ada 'team basuh pinggan' oleh budak2 kat tepi khemah.

juadah pun ala-ala tradisional. ulam-ulam, sambal belacan, ikan kering, dan yang special-nya, ni first time aku pi kenduri makan buah putat..! ko hado..?

grand sebab ada perarakan pengantin dengan diiringi kumpulan Nobat*. lepas tu, siap dengan persembahan silat. bukan satu dua persembahan je. at leat 5 persembahan kalau tak silap aku. antara yang aku perasan, ada persembahan dari silat gayong fatani. gendang dan serunai silat plak pakai muzik live..!

simple, tapi grand..

p/s : kalau dulu bila ke kenduri kahwin member, mula la meroyan bila mengenangkan nasib diri yang masih solo. tapi sekarang dah tak heran dah. dah immune..


kosa kata :

nobat :
1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian;
2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah;
3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara;

naik nobat :
a) ditabalkan menjadi raja;
b) Mn menjadi pengantin (kahwin);

(sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4)

14.1.15

WW #118 | K-pop Haram?

tarbiah sentap



tarbiah sentap

Sumber dan rujukan :
Adnin Roslan, Shukery Azizan. (2015 Jan 12). 6 sebab kenapa KPOP haram?. Tarbiah Sentap; dipetik dari http://www.tarbiahsentap.com/2015/01/6-sebab-kenapa-kpop-haram.html

12.1.15

Azam Blog 2014 Gagal

alhamdulillah.. sekarang dah masuk tahun baru, tahun 2015. dan aku sudahpun masuk umur 25 tahun. umur kahwin. sebab nabi kan berkahwin dengan Khadijah masa baginda umur 25 tahun. just sayin'...

okay, berbalik kepada tajuk. tahun lepas aku ada anjurkan segmen azam blog 2014. segmen yang memerlukan peserta menyenaraikan azam untuk blog masing-masing untuk tahun 2014. jom kita tengok azam blog 2014 aku, mana yang dah tercapai, mana yang belum.

Azam Blog 2014 Gagal



1.  apply adsense sampai dapat
malangnya, tahun lepas aku langsung tak apply google adsens. tak tau kenapa. malas kot.

2. domain sendiri
dan url aku pun sampai sekarang masih lagi ber-[dot]blogspot[dot]com. tak ada mood nak tukar nama domain lagi.

3. follower mencapai 3k google friend connect dan 2k untuk G+
follower blog semasa entri ini ditulis : 1848 (tak mencapai)
follower G+ semasa entri ini ditulis : 2499 (alhamdulillah, tercapai)

4. unique visitor minimum 300 daily
yang ni bergantung kepada counter mana yang aku pakai. kalau pakai nuffnang punya counter, alhamdulillah, secara puratanya boleh dikatakan mencapai.

banyak betul azam yang tak tercapai. aku rasa sebab utamanya kerana kekangan internet. sejak bulan ogos tahun lepas, aku cuma dapat online dalam seminggu sekali je. masa tu la aku gunakan untuk tulis entri untuk di-auto published-kan dan masa tu jugak la aku gunakan untuk BW, mana yang sempat je.

tahun 2015 ni, tak tau lagi macam mana. tengok dulu lepas aku dapat kerja kat hospital nanti macam mana. kalau aku tak sibuk dan minat berblog aku masih ada, baru aku akan tumpu balik kepada blog ni.

hmmm...


8.1.15

Pengomen Pening Sepanjang 2014

tahun 2014 sudah pun berlalu. banyak jatuh bangun aku dalam dunia blog sepanjang tahun lepas. tapi, semua tu tak akan bermakna kalau tak ada orang datang singgah dan komen kat blog aku ni. jadi di kesempatan ni, aku nak list-kan senarai pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening ni sepanjang tahun 2014.

jutaan terima kasih yang tak terhingga aku ucapkan buat korang. dan thanks jugak kepada mereka yang selalu ke sini tapi tak tersenarai. maybe next year... hehehe...

tanpa korang, siapa la aku.. :)


1. Cik Misstree

2. Muhammad Khairuddin Lim


3. Faizal Mohamad Twon Tawi 


4. Akif Imtiyaz 


5. RDZ Z


6. Khir Khalid 


7. paridah


8. Azlealee Bashir


9. Ahmad Zu Mal Md Rayi


10. Cikna





14. Vee Sandi - cetusanmind.blogspot.com

15. Bin Muhammad - relakssminda.blogspot.com

16. aizamia3 - aizamia3.blogspot.com

17. Sylarius Yusof - anakaskarpencen.com

18. Amanina Mads - sukasamko.blogspot.com

19. ikhwan yusuff - duniakita94.blogspot.com

20. husna zahidi - husnazahidi.blogspot.com

5.1.15

Cerita Genius


Aku seorang yang agak suka cerita-cerita yang berkisarkan seorang watak yang genius. Tak kisah sama ada filem, cerita bersiri, mahupun anime. Asalkan cerita tu pasal orang genius, aku akan tengok.

Antara cerita yang aku dah tengok antaranya :

Siri


tv series, bbc

Leverage
Burn Notice
Sherlock (BBC)
Prison Break

anime


anime, genius, kira

Code Geass
Death Note
Initial D (Takahashi Ryosuke)
Naruto (Nara Shikamaru)

Filem

prison, genius

21 (2008)
Colombiana (2011)
Death Note Trilogy
Dragon (Swordsmen) aka Wu xia (2011)
Escape Plan (2013)
Flypaper
Jack Reacher (2012)
Law Abiding Citizen (2009)
Limitless (2011)
Beautiful Mind
Sherlock Holmes Duology (2009, 2011)

Hmm.. Apa lagi yer..? korang ada suggestion lain?