Tarikh : 30 Ogos 2015
Hari : Ahad
Kenduri 1
Bermula jam 12.30 tengah hari, aku mulakan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri walimatul urus jiran sebelah rumah aku, yang pengantin perempuannya merupakan bekas rakan sekelas aku di sekolah rendah.
Disebabkan aku datang terlalu awal, pengantin pun tak sampai lagi. So, tak sempat nak bergambar. Apa-apa pun, tahniah dan selamat pengantin baru buat Amira Rashid dan pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.
Kenduri 2
Selepas itu, aku teruskan ekspedisi aku dengan menghadiri kenduri kahwin rakan sekerja aku di hospital, Anis Suraya dan pasangannya Syamil, di kawasan Bukit Mertajam. Datang sembang-sembang kejap, makan dan bergambar dengan pengantin. Lepas tu terus bergerak ke lokasi kenduri seterusnya.
|
dari kiri : nasrul, syamil, anis, dan nazariah |
Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan kepada anis dan pasangan. Smoga kekal berbahagia hingga ke syurga. dan tahniah juga buat nasrul dan nazariah kerana baru meninang cahaya mata.
Kenduri 3
Kemudian, aku bergerak ke Batu Uban untuk menghadiri kenduri kahwin rakan sekelas sekolah menengah aku, Fikrir Sarur dan pasangannya. Disitu lama jugak aku lepak bersembang dengan kawan sekolah menangah aku dulu.
|
sempat bersilat dengan pengantin. |
Tahniah dan selamat pengantin baru buat Fikri Sarur buat pasangan. Smoga berbahagia hingga ke syurga.
Kenduri 4
Lepas tu, aku teruskan ekspedisi aku ke masjid jamek Batu Uban, tak jauh dari situ untuk menghadiri kenduri kahwin yang juga rakan sekelas sekolah menengah aku. Hari yang sama! Tempat pun tak jauh, sekadar 3 minit perjalanan.
Tahniah dan selamat pengantin baru juga aku ucapkan buat Abdullah Umar dan pasangannya. Semoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.
Kenduri yang lain
Dengan itu, tamatlah ekspedisi kenduri yang aku hadiri untuk hari itu. Walaupun sebenarnya, ada lagi 3 kenduri kahwin yang aku tak sempat pergi untuk hari tu.
1. Jemputan kenduri kahwin orang kampung sebelah yang aku kurang kenal
2. Kenduri kahwin kawan satu team nasyid Universiti di Alor Setar, kedah. Tahniah buat Zulhilmi dan pasangan dan sory tak dapat hadir. Smoga korang berdua juga berbahagia hingga ke syurga.
3. Kenduri kahwin rakan sekuliah farmasi di Kuala Kangsar, Perak. Tahniah buat Sadiq dan pasangan dan sory tak dapat datang. Semoga korang juga berbahagia berkekalan ke syurga.
total 7 jemputan kenduri kahwin dalam masa 1 hari! fuh.. mengahdiri kenduri kahwin dengan penuh ketabahan.. hehehe..
p/s : masih belum terlambat untuk jom
GA 1st Year Blog Anniversary | aryshafayyadh.blogspot.com by kak Sha, banyak hadiah menanti untik 30 PEMENANG! jom join ramai2! (tarikh tutup 10 september jam 12 tengah hari)