Monday, June 8, 2015

Kerja Dan Masa

bila dah start kerja, baru aku betul-betul rasa dan faham apa yang orang kata berkenaan beza 3 peringkat umur dalam hidup kita.

pelajar, pekerja, tua, remaja, dewasa

pertama, zaman jadi pelajar. masa ada, tenaga ada, duit je tak ada.
kedua, zaman dah bekerja. duit ada, tenaga ada, tapi masa pula yang tak ada.
ketiga, bila dah pencen. masa ada, duit pun ada, tapi tenaga dah tak ada.

Kerja Dan Masa



sekarang, bila aku balik kerja, ada ja benda yang nak kena sambung siapkan kat rumah. ada ja report nak kena tulis, ada ja benda nak kena study. balik kerja tapi macam still kerja. hujung minggu pun lebih kurang je.

macam tak ada 'life' rasanya. macam hidup ni untuk kerja je.. tapi, aku bukan nak menrungut, cuma aku risau memikirkan masa depan aku nanti.

Masa Bersama Keluarga


sekarang aku tak kisah lagi. sebab hidup bujang, tak kacau sapa-sapa. tapi angan-angan aku bila dah kahwin dan dah ada anak nanti, kalau boleh waktu kat rumah aku nak maximise-kan betul-betul masa aku dengan keluarga.

balik kerja, malam nak ajar anak mengaji, sambil-sambil tu ajar tentang agama, lepas tu tolong anak buat kerja sekolah, etc.. kalau aku kat rumah sibuk dengan kerja yang disambung dari waktu siang, bila masanya aku nak buat semua tu?

fuh, panjang jugak angan-angan aku ni.. dah pikir pasal anak. bakal bini, rupa pun tak nampak lagi. hahaha...

41 comments:

  1. adalah tu tak lama lagi. dok menyeru-nyeru lagu ni.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. BILA KITA DH BERADA DLM SITUASINYA KITA AKAN TAHU CARA MENGURUSINYA SEBAIKNYA XYAH DUK PENING2 FIKIRKANNYA.

    ReplyDelete
  3. Selagi tak melaluinya selagi tu kita takkan tahu keadaan sebenar..

    ReplyDelete
  4. Bila tiba masanya, in shaa Allah boleh adjust.

    ReplyDelete
  5. bagus la dah fikir psl masa hadapan...

    ReplyDelete
  6. bagus ni perancangan awal.. cuba siapkan kerja waktu kerja ajalah (kalau sempat)..

    ReplyDelete
  7. bagus ni perancangan awal.. cuba siapkan kerja waktu kerja ajalah (kalau sempat)..

    ReplyDelete
  8. Betul ke blm ade calon ni... hihiii.
    Btw i singgah sini ya...lama tak nmpk btg hidung i kan.. hihi

    ReplyDelete
  9. salam jumaat bro, nnti dh tua berumur, duit ade masa banyak, tp tenaga nak tukar minyak hitam pun takde., huhu nice quote bro

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu kalau tukar minyak itam sendiri la.. aku hantar kedai je.. hehehe

      Delete
    2. tu kalau tukar minyak itam sendiri la.. aku hantar kedai je.. hehehe

      Delete
  10. Oleh itu pandai-pandailah kita membahagikan masa ya!

    ReplyDelete
  11. Sabo klu dh setiap n3 Ade crte anak bini mmg xlama LA tu.....;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. setaiap entri banyak citer pasal anak bini sebeb kuat berangan.. bukan ada maksud lain pun.. hehehe

      Delete
  12. berangan tu penting pha is ... barulah ada semangat berusaha nak cari calon.

    bila dah tahap old, tak semestinya takde tenaga. ramai je yg dah pencen start tarvel sana sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu kalau diberi izin Allah untuk simpan lagi kekuatan bila dah tua.. hehehe

      Delete
  13. memang begitulah keadaan manusia.cuma,kalau dari segi masa, kena pandai-pandai cari ruang la.in shaa Allah kalau Pha Is dah berkeluarga nanti,pasti ada masa untuk keluarga.

    ReplyDelete
  14. angan2 tu perlu ada Pha Is...tapi pelaksanaan tu yg susah...tapi jika ada kemahuan past iada jalan..masa mmg x bertambah...pandai2 lah uruskan nya mesti cukup

    ReplyDelete
  15. Betul. Bila dah berkeluarga..lagilah kena pandai manage time. Tapi tak apa..ikut aje flow nye nanti. Apapun, moga semua urusan dipermudahkan.. :D

    ReplyDelete
  16. Insya Allah adalah jodoh tidak lama lagi teruskan berdoa

    ReplyDelete
  17. Assalam pha is,
    tersenyum2 akak baca ur entry hokeyh
    kalo akak ada adek memang akak rekemen dah tau2 :P

    Pstt : tapi memang betul, kerja sampai bila takkan abes, duit pun sampai bila takkan cukup...SEDERHANA...masa kerja & masa dengan keluarga lena ada border line tau3

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAHAHAHA... kak tak rekemen, kat tempat keje saya pun dah ada sorg akak ni dah pun rekemen saya kat adik dia.. hehehe.. nasib baik saya tak nk pikir pasal kahwin lagi..

      Delete
  18. Begitu la kitaran hidup kita Pha Is, ada masa, tak ada wang, ada wang, masa pula hilang... Apa pun moga dipermudahkan setiap urusan.

    ReplyDelete
  19. Zumal tag Pha Is kat sini http://duniazumal.blogspot.com/2015/06/ga-raya-2015-blog-jaket-biru.html
    Ada masa join la yer :))

    ReplyDelete
  20. huuurm kalo ikut Islam.. patutnya masa muda kita banyak bramal..
    sbb dah tua nnt kita x larat..

    ReplyDelete
  21. sejujurnya sy rindukan masa belajar saya...tak byk duit tapi gembira...haha bila msuk alam kerja baru paham makna "life" tu...tskk ;p

    ReplyDelete
  22. sama laaa pha is.. skrg asyik fikir kerja2. smpai bawa balik rumah.
    harap2 bila dh kahwin ada masa utk keluarga :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau stakat bawak balik rumah x pe.. ni sampai terbawak-bawak dalam mimpi.. hahaha

      Delete
  23. Yang dah pencen tu.tak.berapa nk stuju.aboh ekin.tetap berkerja lps dah pencen duit pencen yg dpt stil.xckp utk kegunaan belanja.. brang kan mahal sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. mana dengan GST lagi.. hehehe

      Delete
  24. Saya setuju dgn entri ini. Dalam sesetengah perkara demi menyelesaikan 'hutang' saya dengan Allah s.w.t. saya berkorban untuk tidak bekerja dalam tempoh tertentu selepas saya tamat PhD, keperluan diri saya sendiri hanya ditampung menggunakan wang simpanan saya; saya tidak tahu umur saya sampai bila, jika saya dipanjangkan umur sehingga mencecah usia tua, saya rasa tidak mampu untuk menyelesaikan 'hutang' saya dengan Allah s.w.t. atas faktor tenaga yang dah tak ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.. bagus la kalau macam tu.. segerakan tanggungjawab kepada Tuhan dulu..

      Delete
  25. hah..baru tau camne keje..hehe..lama-lama dah jadi PRP makin bekeng la..lepah tu bile jadi pegawan jgn bekeng-bekeng tau..stress but still relax ya

    ReplyDelete