Skip to main content

Kahwin Hanya Dengan Orang Yang Suka Kita?


pernah kan dengar quote yang se-spesis dengan quote kat atas ni? Kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka.. antara quote lain yang aku pernah dengar yang hampir sama maksudnya:


kahwin dengan orang yang suka kita, bukan dengan orang yang kita suka



memang betol, kalau kita seorang je yang terhegeh-hegeh nak kat seseorang tu, tapi dia tak hargai kita, lebih baik tinggalkan. kalau kita je yang berusaha make effort tapi dia buat kita macam sampah, memang orang yang macam tu tak berbaloi untuk kita 'kejar'. not worth it.

tapi aku rasa quote tu tak boleh nak di-aplikasikan dalam semua situasi. ada kalanya dalam keadaan tertentu, dia tak suka kat kita pun, tapi dah jodoh, last-last kahwin jugak. kalau dah jodoh, nak buat macam mana. kan.

mana tahu, walaupun masa mula kahwin, dia tak suka kat korang pun, tapi lama-lama lepas kahwin, dia jatuh hati dengan korang. ala, macam bajet dalam drama melayu sekarang ni la. kahwin mula-mula tak suka, lama-lama romantik sweet nak mampuih..

puih.. (bukan ludah sebab menyampah, tapi sebab nak buang sisa makanan sahur tadi yang ada lagi tersekat celah gigi)

lagipun, hati manusia ni kan mudah berbolak balik, dan hanya Allah sahaja pemilik segala hati. so, kalau dah terjodoh dengan orang yang tak suka kat kita, berdoalah kepada Dia. agar dibalikkan hati dia kepada kita.

bercinta dengan orang yang kita kahwini


dan pegangan aku :

"bercinta dengan orang yang kita kahwini lebih penting dari berkahwin dengan orang yang kita cinta"

so, tak kisah la masa mula-mula kahwin dulu, siapa suka siapa. tapi yang penting bila dah kahwin, kena la terima pasangan masing-masing seadanya. both ways, tak kira lelaki atau perempuan.

tapi kalau dah berusaha, tak bleh nak suka jugak, nak buat macam mana kan.. Islam pun ada bagi 'jalan keluar'. terpulang...


idea asal dan sumber gambar:
1. Fasha N. (2015 June 27). Marry a Man Who Loves You. Corat Coret Nusha; dipetik dari http://nusha1706.blogspot.com/2015/06/marry-man-who-loves-you.html
2. gambae ehsan google

Comments

  1. Kalau dah jodoh tak ke mana kan Pha Is, elak2 pun akhir bersatu... tak gitu?

    ReplyDelete
  2. Betul tu, nanti takde la dia tinggalkan kita. hehe. Nanti slow-slow la kita sayang kat pasangan kita tu plak. hehe

    ReplyDelete
  3. tak berus gigi ea tadi sahur.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang2 cerita, tu je yg dia nampak? hahaha

      Delete
  4. Hehe... abah pernah cakap hati perempuan lain sikit.. at first maybe tak suka.. tapi, nanti lelama boleh suka.. iolls kan hati kerak nasik.. haha

    ReplyDelete
  5. Klu Cikna biar 2 2 tu suka sama suka, baru seimbang..,.;-)

    ReplyDelete
  6. kalau dah jodoh pasti Allah akan hadirkan cinta insyaAllah...

    ReplyDelete
  7. BAGUSS :D teruskan share entry yg baik :)

    ReplyDelete
  8. betol betol.. setuju.. kita ja sayang dia nanti x guna..
    dia bleh tinggal kita bebila je..

    ReplyDelete
  9. betol2xx..... teringt dgn kata pujangga ni.. "jgn pernah tinggalkan org yg kita syg untuk org yg kita suka,sbb org yg kita suka akan tingglkn kita untuk org yg mereka sayang..jadi harga apa yang kita ada... boleh jugk kaitkn kat2 ni dgn post ni bro..hihihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh2.. lebih kurang la maksud tu...

      Delete
  10. personal opinion pasal quote ni: perempuan kalau kahwin dengan lelaki yang dia tak suka, takpe, sebab hati perempuan ni lembut dan generally perempuan ni setia. lelaki kalau kahwin dengan perempuan yang dia tak suka, sangat bahaya. sebab lelaki ada kuota empat. tak suka satu, boleh isi lagi 3. erkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. aku tak terfikir plak sampai nak masuk bab poligami nih.. hahaha

      Delete
  11. lagi bagus kawin dengan orang kita suka, at least dah tahu isi hati masing2 kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kahwin dengan org yg kita suka, tapi kalau dia tak suka kita, x jalan jugak.. hehehe

      Delete
  12. Lelaki yang baik hanya untuk wanita yang baik...begitu juga sebaliknya..

    ReplyDelete
  13. kdg kt suka org, org xsuka kt.. tp kt kawhin dgn org lain.. itulah jodoh..
    so cintai yang ad dihadapan/bersama dgn kt seadanya.. wahhh gitu..hihiih

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la maksud yang hendak saya sampaikan.. :)

      Delete
  14. sy kwen dgn org yg suka kt sy atau dlm erti kata yg lain dah jodoh sbb yg mn dok cintan cintun tu lmbt sgt nk menunggu...smpai naik kertu dh pon...hihihi...

    #BloggerUtara

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi.. sedihnya, menunggu tapi x kesampaian la kiranya ni.. hehehe

      Delete
  15. bergantung pada situasi la..hehe kawin dgn org yg kita suka pun ok...sbb dh kenal hati memasing wlpn org kata hati manusia tu boleh berubah..kawin dgn yg yg sukakan kita pun boleh jika ada org yg suka lah..kan?;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. yer ke dah kenal..? mana tau masa hangat bercinta tu dia berlakon je.. dah kahwin, nampak la habis belang dia.. hehehehe....

      Delete
  16. kalau dah jodoh.. camna pun bersanding sama jgk.. hehe

    ReplyDelete
  17. "bercinta dengan orang yang kita kahwini lebih penting dari berkahwin dengan orang yang kita cinta" Ayat nie win..

    ReplyDelete
  18. kalau da kahwin lama2 suka dan syg punya lah.. hehe kasih syg tu mmg boleh disemai sama la mcm mak ayah kita zaman dulu kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. teddiiaa.. kata2 dari org yg dah ada pengalaman berkahwin.. hehehe

      Delete
  19. mcm setuju je..kalau dah jodoh tak ke mana

    ReplyDelete
  20. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  21. Eh, janganlah meludah sisa nasi tu.. Sampai ke sini kena tempias, lain kali telan je.. haha.. well my cousin pun cakap cuba sayang orang yang sayang kita. Tak berbaloi sayang orang macam nak mampuiihh tapi orang buat kita mcm melukut di tepi gantang je. Hi2 bye2 jela..

    ReplyDelete
  22. ohhh.. kerang lekat celah gigi.. hahaha
    tak juga.. jodoh kita belum tentu lg. cuma syg tu boleh dipupuk selepas kahwin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak habis2 dengan kerang.. (-_-')
      hahaha

      Delete
  23. Jodoh ditanganNYA tapi kalau tak usaha dan berdoa tak dapat jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2..usaha kena ada. lepas tu doa dan tawakkal..

      Delete
  24. lau dah cinta katakan cinta
    lau dah suka katakan suka
    hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau padi katakan padi
      tidak kami tertampi tampi
      kalau jadi katakan jadi
      tidak kami ternanti-nanti.

      ewwah.. hehehe

      Delete
  25. kalau dia cinta kita..kita cinta dia boleh kan..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh apa nih..? x boleh buat apa2 lagi, kena menikah dulu, baru BOLEH... hehehe

      Delete
  26. hmmmm semoga pha is dipercepatkan dan dipermudahkan bertemu dengan orang yang mencintai Pha Is atau kata lain jodoh....

    ReplyDelete
  27. so...Pha Is...apa lagi nak cari yang Pha Is suka atau yang suka Pha Is melebihi dari Pha Is menyukai nya...ehh...apa ayat aku ni hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. berbelit-belit.. tapi x pe, saya faham...

      Delete
  28. paling utama...cari yang BERAGAMA..then kalau dah JODOH...suka ke tak suka ke..in shaa Allah akan wujud perasaan tu yg penting mesti pandai tackle 'hati' masing2....wujud kan suasana mesra dan rmantik..saling sayang menyayangi..

    ReplyDelete
  29. ishh..x sbar nk tahu siapa jodoh Pha Is kan...nk pegi kenduri hihihih

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan kak JM dgn kak Sha je.. saya pun x sabar nak tahu! hahahaha

      Delete
  30. Assalam pha is,
    patutla ghser macam akak pernah komen untuk topik ni
    ghopernya dalam blog yui he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebelum ni pun dah pernah komen.. hehehe

      Delete
  31. InshaAllah ada jodoh nanti...

    ReplyDelete
  32. mungkin ada betulnya
    tapi kalau hati dah tak suka even orang tu suka kita pun tak boleh nak kata apa juga kan
    tanya hati sendiri kot. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ikut hati orang jugak.. rambut sama hitam, hati lain2.. eheheh

      Delete
  33. kalau orang yang suka kan kita dia berusaha sehabis baik nak menang hati kita, lambat laun hati yang keras boleh cair jugak umpama kerak nasi yang direndam dengan air. Gituuuuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. nila katanya hati kerak nasi tu.. tadi siti dah sebutdah kat atas tu tapi saya x paham.. hehehe

      Delete
  34. kwn dan sepupu sis yg berpangkat makcik juga pesan benda yg sama ... cari org yg suka kat kita . itu berdasarkan pengalaman mrk lah . bagi sis yg dah berumur dan dah melalui mcm2 cinta , mmg kena pilih org yg suka kita . hati kita pun senang . klu ada something pd dia yg kita tak suka , dgn rela hati dia akan ubah mcm mana yg kita mahu . bila dah kahwin , of coz tanggunjawab kita kena belajar cinta pasangan ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut nanti dia ubah kejap je.. bila dah kahwin dia balik ke perangai asal.. hehehe

      Delete
  35. ciri-ciri wanita piliahan pha is camne ye?

    ReplyDelete
  36. Setuju dengan pegangan Pha Is "bercinta dengan orang yang kita kahwini lebih penting dari berkahwin dengan orang yang kita cinta".

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal