11.5.15

Taste Aku Tinggi?

sedang asyik aku dan Kamal makan tengah hari pada waktu rehat di kedai makan sekitar perkarangan hospital, tetiba dia bersuara:

"Nurse yang dok makan kat tepi tu boleh tahan cun"
"mana?" soal aku. sekadar ingin tahu.
"tuu.. belah kiri hang tu.." jawab Kamal sambil dijelingkan matanya sebelah kanan
"hmm.. biasa ja.." jawab aku, kemudian sambung makan nasi yang masih berbaki.
"uih.. tinggi giler taste hang. macam tu pun hang kata biasa ja..? patut la sampai sekarang hang tak ada awek.."

aku agak terpukul dengan kata Kamal tu. high taste sangat ke aku nih? hmm..

awek hospital lawa
gambar sekadar hiasan, ehsan google

Aku High Taste?


maybe bila aku aku tengok awek cun, aku rasa biasa ni sebab aku dah set dalam kepala otak yang aku tak nak 'pandang' sapa-sapa dalam setahun dua nih. sebabnya, macam yang aku dah cakap dalam entri #1092HariMencariCinta, aku target nak tamatkan zaman bujang aku lambat lagi. sekurang-kurangnya lagi 3 tahun.

so, waktu sekarang ni tak guna pun kalau aku nak 'ushar' aweks-aweks kat tempat aku keje ni. memang tak ada niat lagi nak berbini dalam masa terdekat. jadi aku 'tundukkan pandangan' je buat masa sekarang. lagipun, kalau aku ushar pun buat tambah dosa je. hehee..

tunduk pandangan
lower your gaze

jadi bila sambil makan aku nampak awek cun lalu, aku tak de rasa apa-apa pun. aku buat bodo je la. tak de la nak terbeliak mata sambil kata dalam hati "alangkah indahnya hidup if she's the one". aku just buat tak tau, pastu sambung makan balik. macam tak ada apa-apa yang berlaku.

Tapi sebenarnya aku rasa taste aku tak de la tinggi mana pun. lagipun, kalau nak pilih pasangan hidup tak semestinya dengan paras rupa sahaja. banyak lagi aspek lain yang nak kena 'pandang'. betol tak?

hijab


maka, jawapan aku kepada persoalan kamal tadi, "taste aku sebenarnya bukanlah tinggi mana pun, tapi maybe sebab pandangan mata aku dah ter-hijab bila pandang perempuan." betol.! contoh macam dalam entri ini : Pandangan Mata lelaki


p/s 1 : kamal ni pun satu hal, dah bertunang dah pun, dok ushar nurse2 dan doktor2 kat hospital.
p/s 2 : kamal tu bukan nama sebenar.







31 comments:

  1. hehehe...tp bila dah terbekenan...biasanya datang sendiri jer....

    ReplyDelete
  2. bagus, menjaga pandangan.. sama ngan kawan I, dah bertunang pn sibuk nak pandang mamat kacak.. katanya suka2.. hurm.. takut setan tambah gula ngan garam ja nanti..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. nampaknya laki dengan perempuan lebih kurang je la yer..

      Delete
  3. Bagus. Betul. Tak kisah lah orang nak kata apa pun. Yang penting kita tak ada niat lagi nak kahwin, mencari pun tak guna.

    ReplyDelete
  4. Hahah. tunggu dan terus tunggu kan. Nanti ada lah tu :D

    ReplyDelete
  5. Muda lagi, kumpul harta dan bahagiakan keluarga dahulu. Cinta pasti akan datang..

    ReplyDelete
  6. Bagus lah macam tuh bro... kalau betul niatmu ikhlas, Allah akan jumpakan bro dgn insan yg juga ikhlas menerima...

    pandang yg caantik ? Cantik aja yg dpt..pandang lah agamanya, nescaya dpt semua... bak kata owg, in package.. :)

    *Janji Allah itu pasti.. ^^

    ReplyDelete
  7. Bukan taste tinggi, tetapi setiap orang ada penilaian tersendiri apabila menilai cantik...

    ReplyDelete
  8. org kata sedap kat mata kita hehehehe

    ReplyDelete
  9. setuju dengna Pha Is..setuju apa? cari calon isteri yg boleh bawa ke syurga...kala ubole hjgn cari calon seperti pakaian dalam gambar...hanya sekadar pandangan

    ReplyDelete
  10. Xsabar plak nak tgk sape bakal isteri......;-)

    ReplyDelete
  11. Betul jgk tindakan pha is tu.. bila dah betul2 sedia then find the right one.. kapel lama2 pun kalau bkn jodoh tak ke mana gak, buang masa, tambah dosa. Kalau dah berkenan, apalagi terus masuk meminang. hehehe.. tapi mungkin juga cantik/hensem tu subjektif. Lain orang lain pandangan.

    ReplyDelete
  12. Bagus sikap mcm tu.. menundukkan pandangan, menjaga diri dan menjauhkan zina.. in shaa Allah, akan beroleh yg teman hidup yg terbaik nanti... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  13. Nak beli motor besaq dulu
    Nak beli motor besaq dulu
    Nak beli motor besaq dulu
    Nak beli motor besaq dulu
    hehehe

    ReplyDelete
  14. HAHAHA . Betul tu . Kadang-kadang ushar awal-awal pun tak guna . Hmmm ;)

    ReplyDelete
  15. Insya-Allah.... semoga bertemu dengan "she is the one" apabila tiba masanya... :)

    ReplyDelete
  16. Biasalah tu... lelaki.... (Aku pun lelaki)... Memang sukar untuk jaga hati,perasaan dan terutama sekali iman.. Sebagai lelaki..jom sama2 berusaha ke arah yang lebih baik... Salam.. Along balas kunjungan anda... Done follow, dari blog : http://www.rahimaim.com/

    ReplyDelete
  17. No komen dalam bab ini... Tapi yang baiknya jaga pandangan

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  19. BIAR APA SAJA TANGGAPAN ORANG PHA IS ASAL HATI TETAP PENDIRIANNYA.

    ReplyDelete
  20. biaq la org nk ckp apa pun.. pompuan pun kena juga mcm tu. haha
    dh tunang, kawen pun suka usha2 lg

    ReplyDelete
  21. bagus3x.tunduk bukan bererti takut kat perempuan,tapi takut pada Allah.Nanti ada rezeki,tak sempat tunduk dah berjodoh.Salam singgah dari catwalk giveaway.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. "tunduk bukan bererti takut kat perempuan,tapi takut pada Allah"
      ayat ni win..!!! ta

      Delete
  22. Assalam pha is,
    ish3
    baguihnyaaaaaaaaaa
    naka sapa la ni :)

    ReplyDelete
  23. Bagus Pha Is ni, tundukkan pandangan mata :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la bagus sangat.. kadang2 tergelincir jugak.. hehehe

      Delete