Tips Kenduri | Peta kad kenduri


Sebagai seorang yang dah terbiasa dengan peta dalam aplikasi google earth, aku selalu keliru bila tengok peta yang dilukis pada kad kenduri. Sebab kadang-kadang, peta yang dilukis pada kad kenduri sangat berbeza dengan geografi lokasi yang sebenar.

gambar sekadar hiasan

Peta kad kenduri Mengelirukan


Kadang-kadang, peta dalam kad kenduri tu boleh mengelirukan, terutamanya bagi mereka yang tak pernah datang ke rumah pengantin atau tak biasa dengan kawasan kenduri tu.

Sebabnya :

1. jenis jalan

Kalau dalam peta kad kenduri, selalunya tak ada beza antara jalan raya, lebuh raya, jalan utama, dan lorong kecil. Selalunya aku tengok semua dilukis dengan cara yang sama.

2. skala

Pasal skala ni banyak kali dah aku seolah ‘ditipu’. Tengok dalam peta, macam dah separuh perjalanan tapi rupanya jauh lagi. Contoh : lepas simpang terus nampak sekolah tapi next simpang jauh lagi, tapi dalam peta lambang sekolah tu kat tengah-tengah perjalanan.

Peta Kad Kenduri Ideal


Kalau nak lebih tepat, copy paste terus google map, letak dalam kad kenduri. Baru puas hati. Tapi masalahnya tak semua peta kenduri sesuai buat macam tu. aku dah try untuk peta rumah aku sendiri. terlampau padat dengan detail yg tak perlu.

cara yang paling senang, letak je coordinate rumah pengantin sekali dengan peta. sekarang dah maju. hampir semua orang ada aplikasi GPS. nanti masukkan je coordinate lokasi kenduri dalam GPS, dah boleh terus navigate. kan senang..

Cara Cari Coordinate Melalui Google Maps


1. buka google map (https://www.google.com/maps)
2. tulis lokasi dalam kotak search.
3. cari lokasi dengan tepat dalam peta tu. untuk lebih kepastian, klik kotak 'earth'


4. katakan rumah korang yang dalam bulatan atas tu, korang klik je kat rumah tu. then akan keluar macam ni:

5. then. google akan terus bagi coordite rumah tu (dalam kotak atas kiri). lepas tu copy je coordinate tu. siap.!


p/s : idea pasal entri ini diilhamkan masa aku tengah lukis peta kenduri kahwin aku nanti. Peta dah siap dah, calon tak Nampak lagi.. woha.!!! hehehe

Comments

  1. HMM..BETUL JUGA TU ...BUAT PETA YG MENYESATKN PULA..SUSAH TU...

    ReplyDelete
  2. tiba-tiba teringat zaman-zaman dahulu kala... he he he...

    ReplyDelete
  3. sebab tu sokmo sesat gi kenduri kawen. hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. yer la.. tak nampak ru[a lagi.. heheh

      Delete
  5. dulu ada sekali aku pergi kenduri di Batang Berjuntai (sebelum dia tukar jadi Bestari Jaya)..
    dah lah pergi naik motorsikal je..
    map lukis- kena masuk simpang pada bus stop yang dekat dengan Pekan Batang Berjuntai (skala peta kad kenduri kawin = < 5 km) .
    Aku pun bawa motor, tapi sampai Pekan Batang Berjuntai tu tak jumpa pun bus stop tu.
    apa lagi, buat U turn lah.
    Dekat 20 km cari, rupanya bus stop tu ialah tiang kecil dengan gambar bas dah kaler hitam.
    Adoiii ... sabar je lah.
    Oh, aku sampai tu pun dah pukul 4 petang.. orang ramai dah balik..
    hahahaha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sampai kenduri pukul 4 petang, kna tengok tempat plak.. kalau belah utara ni, kedah, penang, perlis, pukul 4 meriah lagi.. dulu sama pi kenduri taiping, pukul 3 lauk dh habis, orang dah nk angkat khemah dah pun.. hahaha

      Delete
  6. Elok letak kordinat tu mmg senang nak cari....

    ReplyDelete
  7. Baru-baru ni terkena masa pergi kenduri di Mantin..
    Memang kelakar.. memasing siap bukak google.. bandingkan dengan peta dalam kad.. at d end.. jumpa jugak.. syukur..

    ReplyDelete
  8. nak detail sgt takut tak muat kad..hehehe

    ReplyDelete
  9. peta kad kawen dah siap ye? ok la tu, tak lama dah tu, cn doakan cepat bertemu jodoh yer, geng #ExchangeFeedGroup ramai anak dara tau ;)

    p/s : Jemput join segmen CN yer : http://www.cekgunorazimah.com/2015/03/segmen-bloglist-mei-jun-2015-by-cn.html

    ReplyDelete
  10. Saya pernah bnyk kali tersesat ikut peta kad kawin ni terutama klu diluar kawasan yg jauh2 tu huhu.. Pening-pala.. :D

    ReplyDelete
  11. susah kalau nak buat peta ikut skala. aku pernah buat. x muat kad kahwin... hahaha...

    ReplyDelete
  12. ahaahah....advance...dh plan/lukis map rumah kenduri tapi calon x de lagi....yg ni kelakar

    ReplyDelete
  13. sama tak kalau sediakan kan kain kapan siap2 kat umah walaupun belum tahu bila nk mati eheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu pun sebenarnya saya dah prepare siap2 kain kapan... syarat untuk saya mula belajar silat kat sekolah dulu. hehe

      Delete
  14. memang pun.. banyak jalan yg pening. last2 main ikut waze

    ReplyDelete
  15. Camnoo leh jd gtu pha is oiii..peta dah siap tp calon tdak lg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk buat macam mana kak oi.. dah x de jodoh lagi.. hehehe

      Delete
  16. Nurul sekarang ni guna waze je.. mesti sampai punye.. in shaa Allah.. jangan sampai takde internet line memang haru la.. kembali pada waze zamandulukala.. malu bertanya sesat jalan.. eheee

    ReplyDelete
  17. Fasal skala yang boleh mengelirukan saya setuju sangat. Advance nya Pha Is, siap dah buat peta rumah pengantin lelaki. Moga dipertemukan jodoh. Amin

    ReplyDelete
  18. Letak kod qr dalam kad kawin tak pe.. Terus direct buka google map.

    ReplyDelete
  19. Smlm g kndri b'pandukan Peta la konon sudahnye benti gak tepi jalan tanya orang kampung... BG Peta pun cam xm'bantu....;-(

    ReplyDelete
  20. Haiii...Bakal pengantin xde tp peta yg siap dulu, camne tu....???

    ReplyDelete
  21. Assalam arz,
    haaaaaaaaaaaa
    peta siap dah yer
    kenduri jangan lopa panggil akak naaaaaaaaaa :)

    ReplyDelete

Post a Comment