Skip to main content

Contoh Teks Doa

dulu kalau kat U, aku ni antara orang yang akan dicari untuk 2 perkara. pertama, bila nak cari AJK teknikel dalam sesuatu program. Kedua, bila nak cari orang untuk tukang baca doa.

dan bila dah jadi pelajar akhir tahun dahulu, aku dah mula 'bersara' dari handle 2 benda tu. tapi kadang-kadang junior aku ada mintak tolong aku tunjuk ajar dalam 2 perkara tersebut, terutamanya bab doa tu. paling kerap, diorang mintak teks doa yang pernah aku baca.

tapi, aku tak pernah simpan teks2 doa aku dulu. tapi kat bawah ni aku nak share contoh teks doa yang aku pernah dapat dari budak PMI, masa aku dijemput untuk baca doa untuk salah satu program diorang kat U dulu.

bagi sesiapa yang mencari, semoga bermanfaat. edit-edit la sikit, ikut kesesuaian..


teks doa majlis perasmian, berdoa
   

CONTOH TEKS DOA MAJLIS PERASMIAN 1


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami dengan penuh rendah diri menadah tangan pada malam ini, di Majlis  ..............................................., merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu Ya Allah, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Antal Kabirul Muta’al
Sesungguhnya kami berhimpun pada malam penuh barakah ini untuk sama sama menyatakan komitmen kami untuk mencari dan mendalami ilmuMu YaAllah..

Ya Allah  berkatilah perhimpunan kami di sini. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi liku liku hidup yang mencabar ini. Kurniakanlah kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .
اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين




CONTOH TEKS DOA MAJLIS PENUTUP


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada malam  ini, di Majlis Penutup .......................... .................................................................... merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan ni’mat Mu yang tidak terhingga. Sampaikan jua salam kasih sayang kami untuk Rasul junjungan kami, Nabi Muhammad S.A.W.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala kerja kami sepanjang program ini berlangsung, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami ini, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk meneruskan budaya murni dalam kehidupan kami melalui semangat cintakan nilai-nilai keindahan Islam.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين


CONTOH TEKS DOA MAJLIS 2 



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Ya Rahman wa Ya Rahiim,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada hari ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan penghargaan terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak ternilai. Dan dengan izin Mu jua kami dapat melaksanakan tugas kami pada hari ini, bermuhasabah dan menilai hasil kerja kami yang telah kami usahakan.

Allahumma Ya Badi’as Samawati Wal Ardh,
Kami sedar Ya Allah, Tanpa Taufiq dan Hidayah Mu, pertolongan dan bantuanMu, dan tanpa redha dan restu Mu jua, kami lemah YaAllah., kami tidak mampu YaAllah..

Justeru… Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah Silatur Rahim dikalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas ini, bagi menghasilkan umat yang cemerlang, dicontohi dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu kegemilangan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Berkatilah perhimpunan dan usaha kami pada hari ini, dan hari-hari yang bakal kami lalui. Rahmatilah jua perpisahan dan dapatan kami selepas ini, dan hari-hari yang bakal kami tempuhi. Kurniakanlah kepada kami Ya Allah, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia,  pun jua di akhirat.



اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .
اللهم اجعل خير أعمارنا اخره وخير أعمالنا خواتمه وخير أيامنا يوم ألقاك فيه
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين




CONTOH TEKS DOA FORUM 



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Syukur Alhamdulillah, atas nikmat mu yang tidak terhingga, segala pujian hanyalah untukMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam.

Allahumma Antal Hasibul Jalil,
Sesungguhnya di tanganMu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami ini. Kau jadikanlah segala kerja kami sepanjang program ini berlangsung, dan hari-hari yang mendatang, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang Engkau berkati.

Rahmatilah kami Ya Allah dengan al Quran, Hiasilah diri kami serta serikanlah hidup kami dengan ketinggian martabat al Quran, Muliakanlah kami dengan kemuliaan al Quran.  Ya.. Allah, Peliharalah kami, jua anak-anak kami, daripada melakukan penghinaan dan pendustaan terhadap Kalam Mu. Kurniakanlah kepada kami kekuatan dan keazaman untuk membaca dan memperkota ayat-ayat Mu dalam kehidupan.

Allahumma Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Iringilah bersama detik-detik perpisahan kami nanti, dengan keazaman dan komitmen, serta dengan iltizam dan istiqamah, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama, bangsa dan negara. Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


اللهم ارحمنا بالقرءان ، واجعله لنا إماما ونورا وهدى ورحمة ، اللهم ذكرنا منه ما نسينا ، وعلمنا منه ما جهلنا ، وارزقنا تلاوته ءاناء الليل وأطراف النهار ، واجعله لنا حجة يا رب العالمين .
اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين



CONTOH TEKS DOA LAIN 



بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين , والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين .

Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang yang permai ini, di majlis ............................................... merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang tidak terhingga.

Allahumma Antal Hasibul Jalil
Sesungguhnya kami berkampung disini, bagi menyatakan pengiktirafan dan komitmen kami, dengan roh dan semangat kependidikan, memerah seluruh tenaga dan pemikiran, bagi mencapai kata sepakat dan muafakat, menghitung dan bermuhasabah, membina garis panduan dan halatuju, untuk mencapai kejayaan wawasan melalui kecemerlangan pendidikan sebagai asas dan teras perjuangan kelangsungan jati diri anak didik kami.

Justeru…dengan rahmat dan kemurahanMu Ya Allah, berkatilah perhimpunan kami di sini. Jadikanlah segala usaha dan hasil muafakat dalam program ini sebagai usaha dan hasil yang Kau redhai dan restui. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era bestari dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan.

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia, mahupun jua di akhirat.


اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما ، وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما ، ولا تجعل اللهم فينا ولا معنا ولا من يتبعنا شقيا ولا مطرودا ولا محروما .
اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما
اللهم اغفرلنا ذنوبنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم
ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على محمد وعلى اله وصحبه وسلم ، والحمدلله رب العالمين

Comments

  1. pandainya org muda ni..perkongsian yg bermnafaat.

    ReplyDelete
  2. thanks ! jadi MC kena sediakan teks bacaan doa utk si pembaca doa juga -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi kalau saya, lebih selesa tulis teks bacaan doa sendiri, kalau saya yg kena baca... baru feeling mendalam.. hehehe

      Delete
  3. Alhamdulillah...
    Terima kasih Pha Is
    Jazakallah
    Barakallah fikkk

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian Pha Is....

    ReplyDelete
  5. bermanfaat bagi sesiapa yang berkenaan

    ReplyDelete
  6. nice sharing.. senang la student2 nk buat text ucapan.

    ReplyDelete
  7. wah....terbaik lah..suka entri ni..memberi manfaat kepada pembaca

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

Gaji Ahli Farmasi

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal