3.5.15

Contoh Lagu Pilih Tukang Jadi


Ingat tak masa kecik-kecik dulu, bagi budak kampong terutamanya  kalau nak main game macam “aci ligan duduk”, galah panjang (toi), polis sentry (police and thief) dan sebagainya, selalunya pemilihan ‘team’ akan dipilih melalui perkiraan kaki (atau tangan) dengan lagu-lagu tertentu kan?

polis sentry,
kira kaki siapa jadi
(gambar sekadar hiasan, ehsan google)

Kalau korang tak tahu apa-apa, maybe korang anak Bandar kot. Hehehe.. So kat sini aku nak share beberapa lagu yang aku pernah nyanyi masa kecik-kecik dulu masa nak pilih team atau nak pilih siapa yang “jadi”.

Antaranya :

Polis sentry want to jaga (police and thief went to jungle)
Polis mati pencuri jaga

Acilut cat ap 
cap kucing lompat 
nestum nestap 
pak aji tukang cap
ulu air uar
sapa dan keluar

cilot ci penpen
cici capa com lampin

lai lai li lai tamplom
mak minah balik kampong
beranak dalam tong
tengok-tengok anak patong
namanya sotong

(lai lai li versi 2)
lai lai li lai tamplom
apepek apom
apom bin lohai
lohai cap kasai

o-som..! 

want to juice / one two juices

janjan jala
jala itik jala ayam
tang mana lubang kecil
seratus lima puluh
panggil cik goyah makan sireh
mulut merah

maybe apa yang korang pernah main/nyanyi dulu lain sikit versi dia tapi lebih kurang sama. Ni just apa yang aku pernah dengar je. Mungkin ada lagi tapi dah tak ingat. Korang plak ingat tak lagi lagu-lagu yang macam ni? kot ada tambahan apa-apa ke...

28 comments:

  1. Haha..Sya budak felda je..tp ada byk pd lagu ni Sya x tau pun..

    ReplyDelete
  2. heh..heh..tersengih-sengih mengingatkannya..

    ReplyDelete
  3. adooii.. rindu tol zaman kanak2 walaupun tanpa segala gadget2 canggih tab bagai tp memang hepi..

    ReplyDelete
  4. Pernah gak...mmg nostalgia zaman kecik dulu. Tapi skrg dah byk lupe dah...

    ReplyDelete
  5. ada yg familiar, ada juga yg x pernah dgr.

    ReplyDelete
  6. Dulu saya bersekolah rendah di Sabah kerana kedua-dua ibu bapa saya bekerja sebagai pegawai pendidikan transfer dari Semenanjung berkhidmat di Sabah. Sekolah rendah saya berada dalam kawasan kem tentera. Ramai kawan2 sekolah rendah saya merupakan anak-anak askar RAMD dari Semenanjung yang bertugas dalam kem tentera itu. Anak-anak askar dari Semenanjung datang berpindah ke Sabah turut membawa bersama lagu2 kanak-kanak pilih tukang dari Semenanjung seperti dalam entri ini. Anak-anak orang Sabah turut mendapat dan boleh menyanyikan lagu2 pilih tukang itu. Akhirnya, lagu2 pilih tukang itu menjadi di antara lagu2 universal bagi kanak-kanak di Malaysia.

    Saya yang budak bandar tinggal di Sabah pun pandai juga menyanyi lagu2 jadi tukang yang dinyanyikan oleh kawan2 dari Semenanjung. Kanak2 yang mendiami di kawasan jauh di pedalaman Sabah mungkin tidak tahu menyanyikan lagu2 pilih tukang kerana anak2 orang Semenanjung yang berkhidmat di Sabah kebiasaannya tinggal di kawasan bandar.

    ReplyDelete
  7. Polis sentri, mak minah&janjan jala ni mmg febret kot...;-)

    ReplyDelete
  8. betul2 . yang ni pon mesti pernah main .

    pepsi cola
    asikrim soda
    buatan malaysia tidak laku di malaysia
    pas

    lebih kurang la kot . huhuu

    ReplyDelete
  9. lama dh jd dewasa ni.. rindu zaman kanak2 dlu. xpayah pikiaq mcm2

    ReplyDelete
  10. throwback zaman kekanak sungguh.. bebudak sekarang tak tau dah permainan ni semua.. huhu.

    ReplyDelete
  11. meningimbau kenangan silam ni....

    ReplyDelete
  12. oh ni yg teringin nak jadi bebudak balik. haha

    ReplyDelete
  13. lat tali lat lai li tang plong ... bunyi lain sikit :)

    ReplyDelete
  14. urmm.. tak pernah dengar lagu gini masa kecik..

    ReplyDelete
  15. Teringat zaman kanak-kanak dulu ^-^

    ReplyDelete
  16. Nostalgia betul. Teringat zaman kanak-kanak

    ReplyDelete
  17. polis sentry tu.. nyanyi pun tak betul dulu..haha..syok mengikut org.. banyak lagi lagu tapi tak ingat dah.. dak2 pompuan klu main lompat getah tu macam2 lagu ada.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... saya pun baru teringat pasal lagu yg dinyanyikan masa lompat getah tu.. antaranya:

      rumah terbakar panggil bomba,
      bomba datang berlumba-lumba

      Delete
  18. tengok lirik, teruih menyanyi sekali..hehehe

    ReplyDelete
  19. hahahaha...teringat zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete
  20. Tetiba teri gat zmn knk2 la pulak..hehehe police and thief tu mmg slalu la main dlu2

    ReplyDelete
  21. dh tak ingat...zaman bebudak dh lama sgt berlalu

    ReplyDelete
  22. Assalam pha is,
    mengamit memory niiiiiiiiii :)

    ReplyDelete