26.3.15

Tips Kenduri | Speaker


Sekarang kalau pi kenduri kahwin, merata orang pakai DJ. Nak bagi suasana majlis perkahwinan tu lebih meriah la katakan. Member aku sorang ada buat bisness DJ Islamik di area Pulau Pinang. Kalau nak tempah boleh tengok kat sini : DJ Islamik Pulau Pinang. (ops... ter-promot plak)

Tapi bila ada Dj ni, atau bila pasang lagu guna speaker kat majlis perkahwinan, kadang-kadang speaker tu kuat sangat, sampai tetamu nak bersembang pun terpaksa nak kena berjerit-jeritan.

Speaker Kenduri Bising


Masa kenduri kahwin ni la nak jumpa saudara mara. Masa ni jugak la kadang-kadang masa yang ada untuk buat reunion sesama budak sekolah, budak U, dsb.. So, masa ni mesti ada banyak benda yang nak dibualkan.

Tapi bila speaker pasang lagu kuat sangat, macam tak syok bersembang la plak. Kita buat kenduri nak hebahkan perkahwinan, sambil rapatkan silaturrahim. Bukan sekadar datang makan sambil dengar lagu in-team ‘Nur Kasih’ je.. (lagu cliché masa kenduri kahwin)

So, peringatan untuk diri aku sendiri nanti, agar pesan siap-siap kat DJ supaya volume tu nanti slow kan. Jangan kuat-kuat, hingga mengganggu tetamu bersembang bersilaturrahim..

Lagu Cuma sekadar nak bantu menceriakan suasana je. Kita nak raikan tetamu, bukan nak buat konsert. Yer dok? Ke guaner?

18 comments:

  1. tulah.kalau dah kuat sangat pun tak best jugak kan..at least sederhana sudah..

    ReplyDelete
  2. kuat-kuat sebab suruh balik awal ..hahahaha tapi mmg bising sangat tak best

    Jom Vote blog acik bagi msmw

    ReplyDelete
  3. Kekadang masa kenduri kendara kita nak juga berbual kan, lagu kuat sangat susah nak dengar orang cakap...

    ReplyDelete
  4. betul tu.. bingit telinga dengaq.. mood nak makan pun hilang bising2 ni..macam p konsert dah..

    ReplyDelete
  5. Ok lg kalau setakat bising dr dj je.. ni kalau yg memekak tu org sekeliling yg sibuk nak.berkaraoke. bengang je rasa..

    ReplyDelete
  6. biasala pha is majlis khwin ni bukan diurus mrk pro semua tolong2 jer..pasang speaker nyaring ni mncemarkn suasana jer lagu yg merdu pun boleh skt telinga mndngarnya..

    ReplyDelete
  7. kalau sound system bagus, ok gak Pha Is... kalau yang menyakitkan telinga tu.. adehhhh

    ReplyDelete
  8. btol dah tu. tp berdasarkan pengalaman aku, yg psg speaker kuat ni cuma 20% je kot. yg lain ok2 je volume dia. yg penting, jgn duduk sblh speaker. hahaha...

    ReplyDelete
  9. betul2...pengawalan speaker ni sgt penting..kdg2 mmg agak rimas gk lah bila dnga muzik yg terlampau kuat smpai kena terjerit2 bila nk bersembang..

    singgah menabung skali.. :D

    ReplyDelete
  10. saya pening jugak bila pegi kenduri orang pasang speaker kuat-kuat macam nak pecah anak telinga. Diorg ni macam dah hilang adab sampai nak bercakap tahniah dengan bapak pengantin pun dia tak dengar...iskk

    ReplyDelete
  11. Buat kenduri kahwin, hormati jugalah jiran2. Bila volume speaker kuat sangat bukan saja para tetamu rasa terganggu tetapi jiran2 pun turut rasa terganggu :)

    ReplyDelete
  12. mmg kuat sound nye..nak berborak dgn org sebelah pun kena menjerit.

    ReplyDelete
  13. Btul tu.. ada dj mmg buat majlis bertambah meriah, tp klu sound terlalu kuat boleh buat rimas & pening pala gak tu..

    ReplyDelete
  14. betul sangat...kadang-kadang masa duduk kat rumah pun boleh dengar lagu daripada dewan hujung jalan...gila la tahap on sound dia!

    ReplyDelete
  15. Ni IbuNoey sangat setuju.kadang kalau speaker kuat sangat,walaupun tak bersembang,tapi boleh menganggu selera nak masa makan.lagilah bila ada anak ni kan.kita dok terpaksa jerit-jerit panggil anak yang nak meneroka je kerjanya.

    ReplyDelete
  16. setuju kalau boleh x pasang pun x pe...kekadang annoying...bukan menghiburkan

    ReplyDelete
  17. okay la tu pha is tlg promote.. memang best kalau tetamu boleh karok. hehe

    ReplyDelete