Thursday, March 19, 2015

Tips kenduri | Pelamin

Sekarang kalau kenduri kahwin tak ada pelamin tak sah, kan. Kalau dulu, pelamin digunakan untuk bersanding. Tapi sekarang Alhamdulillah, adat bersanding, merenjis apa semua tu dah jarang orang buat.

Baguslah. Adat yang bertentangan dengan agama tak perlu kita ikut. kata pepatah, Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah*.

Dan sekarang, pelamin Cuma jadi tempat bergambar je. Yer la. Dah pakai cantik-cantik, kamera mahal-mahal, tak kan nak bergambar kat tepi tempat bentara* basuh pinggan. Yer dok?

Tapi bila cakap pasal pelamin, setiap kali aku pi kenduri perkahwinan sahabat handai, ada satu je yang kadang-kadang aku tak berkenan dengan rekaan pelamin tu. (pasal pelamin pun aku nak komen lebih. Banyak songeh plak aku ni.).

Pelamin Berlampu


Aku kurang berkenan kalau pelamin tu ada lampu, terutamanya kalau lampu tu berada kat bahagian belakang pengantin. Sebabnya, walaupun bila pandang dengan mata kasar nampak lawa, tapi bila bergambar tanpa flash, gambar jadi tak lawa. Lagi-lagi kalau pakai kamera fon murah macam aku ni.

bagi aku pelamin ni tak lebih dari tempat bergambar. Kalau ada lampu kat belakang pengantin, nanti background yang terlalu terang akan membuatkan 'subjek' menjadi gelap. Tak pun, subjek akan jadi silau. Contoh dalam gambar kat bawah ni:



See..!!! kalau semua tetamu bergambar pakai DSLR dengan Speed light (flash) tak pe la jugak. Tapi kebanyakannya bergambar dengan kamera phone je. (Macam aku..) so, tak dapat la nak bagi Nampak klear gambar pengantin (dan ofkos gambar aku).

Sebab tu nanti kalu aku kahwin (insyaAllah..), kalau boleh nak cari design pelamin yang tak ada lampu kat belakang. Dengan syarat tempat pelamin tu pun kena kat kawasan yang cerah la. Macam pelamin kawan aku ni:



Just nice kalau bergambar, walaupun pakai kamera henset murah je. Tak pun buat macam member aku sorang ni. Tak pakai pelamin pun. Cuma siapkan satu ruang khas untuk bergambar.


Lebih simple, lebih kretif, dan lebih jimat kos..!!! hehehe....




Kosa kata :-

Bentara:
orang yang membantu melicinkan perjalanan kenduri kahwin (seperti membawa dan mengangkat hidangan, memberi bunga telur dan sebagainya.)
(sumber : glosari dialek pulau pinang, pusat rujukan persuratan melayu, DBP)

Adat bersendi syarak, syarak bersendi kitabullah:
Pergaulan di dalam masyarakat hendaklah sesuai dengan adat dan syarak. kitabullah = Quran.
(sumber : Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, pusat rujukan persuratan melayu, DBP)

28 comments:

  1. bagus tips ni bagi mereka yang nak naik pelamin

    ReplyDelete
  2. ooo disebabkan kualiti gambar rupanya... he he he...

    ReplyDelete
  3. Yup, cikna setuju pic jadi xcantik sebab faktor cahaya tu..... nice tip

    ReplyDelete
  4. pelamin dulu2 lagi serabut dgn hiasan bunga2antapi lampu2 latar xder pula..

    ReplyDelete
  5. buat yang simple2 je dah cukup. asalkan majlis berjalan lancar

    ReplyDelete
  6. betul juga tu Pha Is.. gambar ok bagi pengguna henpon, ongos pun siippp :D

    ReplyDelete
  7. kdg kdg ada dslr pown mcm malas nak usung sana sini, berat...camera hp jugak yang handy...eeh dah la plak rietta xamek gambor org tawen...

    ReplyDelete
  8. Menanti... bagaimana agaknya rupa pelamin Pha Is :)

    ReplyDelete
  9. Sapa2 yang nak kahwin kena baca entri si Pha Is ni :)

    ReplyDelete
  10. ehh..lama x datang dh ada sedikit perubahan pada layout blog lah :-)

    ReplyDelete
  11. kalau pha Is kahwin nanti x perlu pelamin..bergambar di meja mkn beradab je dak pun kalau buat pelamin dari wedding planner yg profesinal so gambar semua cantik nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. personally, saya kurg berkenan bergambar dekat meja makan beradap.. so, plan saya so far, tak buat pelamin, tapi siapkan 1 tempat khas untuk bergambar..

      Delete
  12. satu lagi..jika dah bertemu jodoh nanti jng lupa jemput kawan2 blogger ni..leh tgk pelamin Pha Is...jgn jagi seperti sis JM "Pelamin Anganku Musnah" heheh

    ReplyDelete
  13. amboi.. tips dari yg belum naik pelamin :)

    ReplyDelete
  14. suka yang simple je..tak nak sarat2 bagai..
    Bentara yang sebetulnya..selalu panggil mentara

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ingatkan mentara. tapi saya cari dalam kamus dewan, tak ada istilah tu. cari punya cari kat Pusat Rujukan Persuratan Melayu, akhirnya jumpa kat bahagian "glosari dialek pulau pinang".. tu pun jumpa bentara. mentara tak jumpa jugak.. :)

      Delete
  15. Saya pun sama spt blogger Bin Muhammad tu.. menanti Pha Is.. yeah.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. lambat lagi.. paling awal pun lagi 3 tahun, at least..

      Delete
  16. Ambik gambar kahwin kalau guna kamera manual, jenuh nak ejas apertur ngan ISO kalau cahaya dia teruk..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dah kamera mahal, siap boleh pakai mode manual, pakai speed light la.. hehe..

      Delete
  17. Ehem..tips bab kahwin nampaknya...tapi betul la.kalau lampu kat belakang tu memang nanti gambar jadi tal cantik...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...