Monday, March 30, 2015

Resepi | Kuah Rojak Homemade

Buat julung kalinya, aku tulis entri pasal resepi. Hahaha.. saja, dah tak tau nak update apa. Lagipun, sekarang ni kat rumah aku buah pelam dah mula berbuah. Waktu yang paling heaven bila aku ada kat rumah, adalah bila pelam epal kat rumah aku berbuah.

So, kali ni aku nak share resepi aku sendiri sebagai seorang yang gila mencicah buah pelam. Senang je nak buat kuah mencicah ni.

Resepi Kuah Mencicah


mencicah, pelam, colek
bukan gambar sebenar. gambar sekadar hiasan

Bahan-bahan :

1. bahan-bahan asas dalam membuat sambal belacan (cili, garam, bawang, belacan, etc..)
2. gula
3. kicap

Caranya.

1. buat sambal belacan. Kali ni aku tak spesifik macam mana nak buat sambal belacan. So, buat ikut citarasa sendiri. Kalau rajin, tumbuk. Kalau malas, blender. Ikut suka hati kalau nak tambah apa-apa bahan lain asalkan jadi sambal belacan.

Tapi kalau ikut selera aku, aku prefer sambal belacan dari cili kering dan ditumbuk! Aku tak nak blender, sebab aku akan tumbuk tak hancur 100%. Tinggal sikit bahagian cili yang tak ditumbuk. Baru rasa umph bila makan nanti.

2. bila dah siap buat sambal belacan, masukkan gula. Sukatannya ikut citarasa sendiri. Roughly, sama banyak dengan sambal.  Sampai sambal jadi pekat. (kalau nak kurang manis, kurangkan gula)

3. masukkan kicap. Jenis apa pun tak kisah, ikut citarasa sendiri. Tapi Aku prefer kicap pekat masin. Kalau nak kuah pekat, masukkan sikit je. Kalau nak kuah cair, masukkan kicap banyak. Terpulang.

4. kacau dan siap.! Kalau nak tambah kacang tanah goreng yang dah dikisar, itu terpulang. Ikut citarasa sendiri.

Selamat mencuba...

p/s : maaf, tak ada gambar kuah cicah ni sebab masa aku tulis ni, kuah tu dah habis. dan bila aku buat lain, lupa dah nak snap gambar, sebab asyik sangat mencicah. tau-tau dah habis je. hehehe..


29 comments:

  1. selalunya makan dengan kicap macam tu jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. paling simple saya buat, makan cicah dgn garam je..

      Delete
  2. terliur la oiii...! hahahaha...tapi kalau buat sendiri mmg syahdu je makan! :D

    ReplyDelete
  3. trliurlah tgk.. bak sni skit buah.. adus sedap ni nyicah petang2..

    ReplyDelete
  4. meleleh sudaa.... simple & nice & cepat.... kecur air liur.. haha

    ReplyDelete
  5. Wow!..Saya pun belum pernah buat kuah rojak..Tabikkk

    ReplyDelete
  6. akak selalu makan dengan jambu air..hehehe

    ReplyDelete
  7. Musim buah mangga dah menjelma, boleh buat bisnes kuah rojak nanti ^^

    ReplyDelete
  8. sama lah kita punya pencicah. biasa tambah sikit paste otak udang. memang mabeles la nyum~ :)

    ReplyDelete
  9. Buh bawang ke, letak pes udang sikit.....☺

    ReplyDelete
  10. TERLIUQ...CHEFF PHA IS DH MASUK DAPUQ..

    ReplyDelete
  11. terliurrr sedapp gilee kott my favv :)

    ReplyDelete
  12. Puhh sedapnya tengok... mcm mengidam pulak selera tengok ni.. :D

    ReplyDelete
  13. Tq share resepi ni.. Nanti kak Erin boleh la cuba.. :)

    ReplyDelete
  14. Sya suka cara simple je.kicap dgn gula..dah siap.. ;) tak sabar nak tunggu pelam Kat rumah MIL besar. Skrg baru berbunga..

    ReplyDelete
  15. Fuh,resepi yang sedap dan ada umph..malangnya sekarang tengah sakit gusi.takleh layan cicah2 ni..

    ReplyDelete
  16. suka mkn mangga tapi x suka yg masam...ngilu gigi

    ReplyDelete
  17. ada kelainan di situ sbb letak bawang...ni bawang merah ke bawang besar ke bawang putih ke or bawang London...ke ikut suka nk letak bawang apa pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. bawang merah selalunya.. bawang besar pun boleh je, tapi susah sikit la nak tumbuk. knapa? tak pernah makan sambal belacan ada bawang ke..? sedap tau!

      Delete
  18. sis x pernah lagi try sambal belacan letak kicap n gula . mungkin blh cuba bila ada mangga muda nanti ... selalunya cecah kicap + cili padi jer .

    ReplyDelete
  19. Nak pelam nak pelam....lamer dh xmencicah...

    ReplyDelete
  20. Sedap sangat la tu sampai lupa nak mengetik pic.. haha

    ReplyDelete
  21. Sambal belacan ada bawang. Masukkan bawang apa? Bawang besar boleh? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni dah dua org tanya pasal bawang.. bawang merah selalunya... tak pernah makan sambal belacan letang bawang ke..? curious betol..

      Delete
  22. Replies
    1. kna la try kalau mcm tu.. hehehe

      Delete