Monday, March 9, 2015

Dengan Sekali Lafaz

Sekarang ni wedding dimana-mana. Aku masa cuti CNY hari tu sampai dapat 5 jemputan kenduri kahwin dalam 2 hari berturut-turut. Hari pertama, sorang kat perlis, sorang kat penang, dan sorang lagi kat Pahang. Memang tak dapat la nak penuhi jemputan semua. Nasib baik hari kedua tu ada 2 kenduri, dua-dua di penang.

Dan bila pi kenduri kahwin ni, antara soalan popular yang selalu ditanya kepada pengantin lelaki antaranya “berapa kali sebut lafaz akad nikah?.” sekadar nak tahu. Sekarang ni kan sikit-sikit orang sebut “dengan sekali lafaz, bla bla bla...”

dengar macam hebat je. sekali lafaz. ingat nak lafaz akad nikah ni senang? jadi aku pun nak jugak tanya pengalaman. sebelum tiba giliran aku nanti untuk sebut lafaz nikah tu..

akad nikah

Dengan Sekali Lafaz


Aku : tahniah Ali (pengantin lelaki - bukan nama sebenar),.. Hang sekarang dah jadi laki orang dah pun. Sory semalam tak sempat nak pi majlis akad nikah.

Ali : terima kasih. Tak apa, dapat mai kenduri ni pun, dah cukup dah..

Aku : Eh, semalam (akad nikah) berapa kali?

Ali : aku tak sempat la. Penat. Mana dengan persiapan untuk kenduri hari ni lagi..

Aku : hah..!!! tak sempat? Aku cakap pasal akad nikah la. Berapa kali hang sebut lafaz akad?

Ali : owh..  sekali lafaz je.. hehehehe

Aku : Tadi hang cakap yang tak sempat tu tentang apa?

Ali : aku ingatkan pasal malam pertama.

Aku : ceh...

20 comments:

  1. hahaha..baiklah..terus malam pertama ye.. :P

    ReplyDelete
  2. CEH..HEH..HEH..SENGIH PHA IS.

    ReplyDelete
  3. hahaha. sempat g tau tak sempat tu. hahahah. tu memang klakoo.

    http://www.adarain.com/

    ReplyDelete
  4. Pha Is.

    Keluar soalan "Berapa kali ?" je?

    Tak dak soalan , "Hang pula bila? " .. hehe ( Jangan marah aaa? )

    ReplyDelete
  5. ala bape kali lafaz pun takpe hehe. selamat pun sama je kesian kat pengantin laki tau.. hang jgn pikir sgt hehe nanti jd gugup :p

    ReplyDelete
  6. hehehe... soalan hang tu pun, double meaning tuh...

    ReplyDelete
  7. Soalan biasa untuk orang yang belum nikah... "Hang bila lagi?"
    Jawab...jawab... hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. soalan tu dah lapuk.. dah basi dah.. hahahaha

      Delete
  8. hahahaha...mmg ada maksud lain tu...hehe

    ReplyDelete
  9. Hahaaaa, malam pertama terus di pk nye..... Kalau sekali lafaz dikira hebat tau....'

    ReplyDelete
  10. ingatkan Pha is dah lafaz dengan sekali lafaz

    ReplyDelete
  11. dia faham soalan ke tidak..akad nikah tu maksud nya lain ehehe...ke situ pulak dia faham ye

    ReplyDelete