19.2.15

Perempuan | Menggoda, Digoda Dan Tergoda?

kat bawah ni aku share sebuah status FB yang telah ditulis oleh seorang kawan aku dari usm. so, peringatan siap-siap, ini bukan penulisan aku. cuma sesuatu yang aku rasa menarik untuk kita renungkan bersama.

Perempuan | Menggoda, Digoda Dan Tergoda?

wanita, perempuan, hawa, gadis,

Terbaca satu komen di laman sosial : "Hawa dicipta untuk menggoda, digoda dan tergoda" Betul ke macam tu?

Bila belek2 nota2 kelas pengajian dalam satu kitab namanya Kitab Muhimmah, Nabi saw sebut ada 6 jenis perempuan yang wajib dijauhi. Tapi aku cuma nak sentuh salah satu daripada 6 jenis yang Nabi SAW sebut iaitu Basaqah, perempuan yang menghabiskan banyak masa dengan bersolek sehinggakan sebenarnya masa itu boleh digunakan kepada perkara yang lebih penting..

Ya atau tidak, percayalah kebanyakan perempuan memang suka bersolek. Tak salah bersolek, tapi bersoleklah ala kadar. Ala kadar tu bukan maksudnya sememeh, tak kemas. Ala kadar tu cukup lah sekadar nampak kemas dan tak terlampau.

Dengan bulu mata palsunya, celak matanya, gincunya, blushernya, contact lens nya, bedaknya. Tu baru muka, belum pakaian lagi. Kadang-kadang hampir 1 jam hingga 2 jam malah ada yang lebih lagi memperuntukan masanya hanya menghias mukanya dicermin supaya nampak cantik.

Aku rasa 30min tu pun dah lama, ni kan pulak 1 jam. Kita peruntukkan masa yang banyak hanya untuk nampak cantik pada muka dan anggota kita tapi kita selalu terlupa ambil masa yang lama untuk mencantikkan hati kita,

Dalam hati cakap, "Cantik nya...jap nak amek gambar." Dengan mata bulat ber-contact lens berwarna, mulut digayakan secomel mungkin, bulu mata palsu lebat melentik, pipi kemerahan dengan blusher dan lilitan tudung yang menarik, upload dalam FB.

"Ini design tudung terbaru saya, siapa berminat boleh order dah.."
"Penat nya kelas hari ini, time tu relax now.."
" 1 jam lagi nak masuk dewan exam, semoga Allah permudahkan.."

Serius weh kalau aku laki yang tengok ni bukan aku tengok kau penat ke, nak exam ke, nak jual tudung ke tapi aku tengok muka korang. First aku akan cakap dalam hati:

"Perghh cantiknya dia ni, perghhh bulat nya mata dia, perghh gebunya kulit dia." Lupa dah pasal dia nak jual tudung rupanya. Lupa dah pasal dia nak bgtau yang dia penat nak relaks. Lupa dah pasal dia nak exam 1 jam lagi.

Kadang2 aku pikir dia ni nak jual tudung ke nak jual muka? Aku tengok gambar muka dan mata yang comel lebih over frame dari nak show dia penat atau nak jual tudung atau nak exam.

Timbul persoalan dalam diri aku, Betul ke hawa ini dicipta untuk menggoda, digoda dan tergoda? 
Adakah menggoda tu bila mereka bersolek sehingga laki terpegun dan menatapnya?
Adakah digoda tu bila laki mula komen, cantiknya awak, awak pakai produk apa?
Adakah tergoda tu bila dapat pujian dari orang lain kepada kecantikan kita?


dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 29). Facebook Status. https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1024531974241598

30 comments:

  1. cepat2lah kahwin dik Phais...nanti akan terhindar dari segala godaan n maksiat..tengok mcm abe kie...cuma syg kat bini aje. dah x pandang pompuan lg pun...hehehhehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. tul ke Abe Kie tak pandang pompuan lain..kira nya bila ckp ngan pompuan lain abe kie tunduk je ye ahaksss..

      Delete
    2. uish.. bahaya tuh.. nnti jalan tunduk sangat, belaga tiang.. heheh

      Delete
  2. errr , itulahh . terima kasih atas peringatan :)

    ReplyDelete
  3. Selalu tengok kat Instagram..kadang-kadang ada perempuan upload gambar yang menggodakan walaupun mungkin niat dia tidak begitu tetapi harus berhati-hati kerana persepsi orang tidak sama.

    ReplyDelete
  4. sebab tu wanita sering dimanipulasi dalam industri periklanan dan jualan barang2 melalui internet... diaorg marah apabila dimanipulasi tapi tanpa sedar wanita wanita ini juga merelakan diri dimanipulasi.

    ReplyDelete
  5. hihik terasa tang gambar :P tang makeup tak sangat,sbb tak makeup ponnn :B
    tq .

    ReplyDelete
  6. Kdg2 pmpn bersolek ni utk nmpk cntik buat psngn dia heheh tgk la pd niat seseorg tu... Lelaki yg tergoda tu pun tgk pd niat cukup sekdar ckp dlm hati je ke atau terus nk try tackle menggatal tak kira status pmpn tu hehehehe tp kalau phais rasa nya da boleh tackle heheh buat clon bini pilih yg single k :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi nasihat.. mntang2 dah kahwin.. hehehehe...

      Delete
  7. byk doh gambar2 kat fb mcm tu ... kesimpulannya , mrk yg membiarkan diri mrk menggoda , tergoda dan digoda ...

    ReplyDelete
  8. Wanita Allah kurniakan sbg pasangan buat lelaki.. namun syaitan pun mendapat keizinan Allah utk menggoda manusia di dunia utk mengikutinya. Yg menggoda, tergoda & digoda tu kerja syaitan sebenarnya.. wallahualam.

    ReplyDelete
  9. Entri ini mewakili suara lelaki di seluruh ceruk dunia :)

    ReplyDelete
  10. Memang ramai yang suka berselfie di fb. Dah jadi trend sekarang :-)

    ReplyDelete
  11. moral of the story tak perlu open FB..tak kan tergoda, di goda or menggoda hikssss

    mmg betul lah...bila tgk perempuan cantik akan nampak bahagian mukanya dulu walhal hakikatnya kaki tumit pecah merekah...hadoi!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. muka tu penting... 1st impression la kata org...
      kalau tak buka fb, kat instagram belambak lagi.. hehehe

      Delete
  12. masing2 kene mainkan peranan...
    wanita harus menjaga kehormatan diri agar tidak menggoda si lelaki..
    & lelaki harus menundukkan pandangan mata mereka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. and vice versa... laki pun kna jaga kehormatan n perempuan pun kna tunduk pandangan.. hehehe

      Delete
  13. Wah,suka dengan isi-isi entri ni..nasib baiklah akak bukan jenis yang suka pakai bulu mata palsu,pakai blusher,contact lens,upload gambar.jadi tak la menggoda,digoda dan tergoda..hehe..

    ReplyDelete
  14. kalu bab sales mungkin wanita akan tergoda.. tak gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi bab sales tudung, yg menggodanya perempuan jugak, dan yg tergoda pun perempuan jugak.. hehe.. laki tergoda tengok je, x beli pun.. hehehe

      Delete
  15. And wanita pun senang tergoda dengan SALE. hehe..

    ReplyDelete
  16. Wanita menggoda, digoda dan tergoda hanya untuk lelaki yang bergelar suami. Sepatutnya lah. Yg lain, errr, tak tau!

    ReplyDelete
  17. suka gak bersolek tapi takde la over pon.. yang sedang2 je, niat nak nampak kemas :)

    ReplyDelete
  18. klu pompuan tak menggoda pun...lelaki tetap tergoda...dah wanita diciptakan utk lelaki...

    ReplyDelete
  19. Lelaki pun Ade jugak yg m'goda , tergoda & digoda kn......

    ReplyDelete