Saturday, February 14, 2015

Jelajah Pusing Penang Sampai Cirit

[be advised : entri banyak gambar]

baru-baru ni aku berkesempatan bawa family aku pusing pulau pinang sebab ada antara adik-adik aku yang belum pernah jalan-jalan pusing penang walaupun negeri sendiri sebab rumah kami di kawasan seberang perai.

maka, bermula lah perjalanan kami pada hari itu pusing pulau pinang, literally..!!! kebanyakan tempat yang kami pi cuma untuk tengok-tengok je. malas nak masuk tempat berbayar. sep bajet la katakan. kecuali tempat makan.

lagipun, memang nak yang express.. cabaran pusing pulau pinang dalam 12 jam 10 destinasi. hehehe..

peta lokasi. nombor 2 dan 3 tertindan sebab tempat tu dekat-dekat. jom kita tengok satu-satu.


.1. Padang Kota Lama. berhenti, turun ambil gambar, then terus blah. asalkan kira dah pernah sampai je..


2. Restoran Kapitan. Tempat feveret aku. kalau nak tahu lebih lanjut, lihat entri ini : Kapitan


3. Masjid Kapitan Keling. singgah solat Zohor disini.


4. Masjid Terapung Tanjung Bungah. singgah bergambar je. kalau nak tengok gambar yang lebih cantik di masjid ni, lihat entri ini ; Masjid Terapung Tanjung Bungah

5. Pantai Batu Feringghi. macam kes tadi, berhenti ambil gambar je. 


6. Empangan Teluk Bahang. 


7. Air Terjun Titi Kerawang. kat sini kami berhenti mandi kejap. kat sini aku pernah "bersilat". tak caya tengok sini : Bersilat di titi kerawang


8. lepas mandi sungai, pekena laksa janggus plak di balik pulau. laksa yang agak popular disini. 


9. lepak tepi Quensbay. saja.. lepak makan angin menunggu perut lapar balik lepas pekena laksa.

10. last, kami pekena burger bakar je kat tepi Stadium Bandaraya. kalau nak tahu lebih pasal burger bakar ni, boleh lihat sini : Burger Bakar 

habis pusing penang dalam 12 jam, 10 destinasi. mulanya ingat nak teruskan lagi, tapi semua pakat cirit. pusing penang sampai cirit..!! aku rasa silap makan kat kapitan ni.. hehehe...

33 comments:

  1. pergh...dalam 12 jam boleh lawat 10 tempat...
    miya kat kelantan pom banyak tempat x pegi...tempat sendiri mmg jadi camni...

    ReplyDelete
  2. perghhhhhh..... sampai cirit btollah cm gini...hihihihhihi :D

    ReplyDelete
  3. perghh bestnya jalan sakan camnii haha jalan sakan camni sekali sekala memang best :)

    ReplyDelete
  4. peh peh!!
    mmg sampai cirit ni hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Haha.. mmg sempat la 12jam 10 tempat sbb x turun.menjelajah...kalau jlan² mau 4,5 tempat.je.sempat.pegi..ye tak?

    ReplyDelete
  6. ini kes tounh down n go lah ye....tapi rasa nya belum habis pusing lagi kan...x nak sambung another destinasi ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgok la nnti kalau ada masa dan ada bajet.. heheh

      Delete
  7. 10 destinasi 12 jam? mmg tercirit laj jawabnya ahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi ini cirit betol2.. sbb makan haru biru masa travel.. hehee

      Delete
  8. Boleh masuk blogger books of records ni kalau 10 destinasi dlm 12 jam.hehehe..

    ReplyDelete
  9. patutlah tajuk sampai cirit.. haha.. dah dekat 2 thun dok penang, tak terasa pun nak pusing2 jalan.. hihi

    ReplyDelete
  10. singgah, jemput singgah segmen:
    Novel diagnosis, header, top up, vector art, tudung untuk dimenangi...
    http://studioous.blogspot.com/2015/02/1st-segmen-kerjaya-blogger-ipt-by.html

    ReplyDelete
  11. 12jam 10 check point?
    Power tu...
    Nak try r bt kat johor.. hihi.. name je orang johor, tp byk gak tempat x penah smpi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. johor susah sikit kot, sebab besar.. saya dah buat jelajah pusing johor dengan kawan. mmg makan masa 2-3 malam kalau nk jelajah semua bandar.. hhehehe...

      Delete
  12. Sakan sungguh berjalan no...Bestkan boleh pergi sekeluarga :)

    ReplyDelete
  13. Salam singgah semula!

    Sakan berjalan ya! Akak pun baru berangan nak ke Penang tapi timing CNY ni macam tak best jerk. Tentu ramai orang. Akak siap nak buat itinerary lagi nak pi manalah kat Penang. Dah lama tak ke sana. Yang penting makan-makan dan jalan-jalan snap photo. Tak tahu sejarah takpa *_*

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la macam kawan saya yg pernah belajar sekali dulu kat usm penang.. skrg dia dah keje, tapi bila cuti jalan2 datang penang semata-mata sbb rindu makanan penang.. katanya kat negeri sana tak de kedai2 makan macam kat penang.. hehehe

      Delete
  14. Titi kerawang xpi mandi sbb takut terkena benda org buang. Byk lg tmpat pha is xpi. Hehe

    Org pnang pun xpi smua tmpat lg.

    ReplyDelete
  15. bawak kereta kat penang la paling mencabar. Tambah2 tak pro mcm mai.Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat penang ada jalan yg best utk ride motor dan bawak kereta. kat teluk bahang nk ke balik pulau. kalau jalan kecil dan berliku. kalau silap langkah masuk gaung.. heheh

      Delete
  16. perghh jalan sampai cirit..hehehe..CP kalau pi Penang singgah Gurney ngan QB je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tempat tu kalau nk lepak2 dgn member okay la..

      Delete
  17. pergh...ni memang jalan-jalan ekspress ni...laju betul

    ReplyDelete
  18. ni namanya sekali jalan je ... heheheee

    ReplyDelete
  19. Wahh seronok ni.. tak pe biar sampai cirit tapi berbaloi hehee.. :D

    ReplyDelete
  20. Ni mesti ronda Penang dari pagi sampai malam :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. xde la pagi sangat.. dah nk dekat tgh hari baru n k keluar.. hehehe

      Delete
  21. seronoknya.. ai dah macam travel dengan pintu sesuka hati je

    ReplyDelete
  22. Cikna setuju tang laksa tu, mmg sedap......;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut selera org jugak.. ada yg kata sedap, tp bagi saya okay je.. heheh

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...