23.2.15

Hadiah 7 Biji Kereta Daripada Blogger

Alhamdulillah, baru-baru ni aku dapat hadiah daripada seorang blogger berupa 7 bijik kereta. betol..! hadiah 7 biji kereta. bukan proton, bukan produa, bukan juga honda mahupun toyota, tapi kereta hot wheels...


hadiah datang dari blogger Amanina Mads, pemilik blog Nina Life Stories (http://sukasamko.blogspot.com/).  hadiah sebab aku antara top10 pengomen terbanyak kat blog beliau sepanjang tahun 2014.


mungkin kereta ni akan jadi koleksi pertama aku kot. sebab rasa macam best plak kalau kumpul kereta ni buat koleksi. hmm.. kita tengok nanti macam mana..

apa-apapun, thanks yer Amanina...

kalau korang nak dapat hadiah macam ni, rajin-rajin la terjah blog beliau. tak rugi..!!!

19.2.15

Perempuan | Menggoda, Digoda Dan Tergoda?

kat bawah ni aku share sebuah status FB yang telah ditulis oleh seorang kawan aku dari usm. so, peringatan siap-siap, ini bukan penulisan aku. cuma sesuatu yang aku rasa menarik untuk kita renungkan bersama.

Perempuan | Menggoda, Digoda Dan Tergoda?

wanita, perempuan, hawa, gadis,

Terbaca satu komen di laman sosial : "Hawa dicipta untuk menggoda, digoda dan tergoda" Betul ke macam tu?

Bila belek2 nota2 kelas pengajian dalam satu kitab namanya Kitab Muhimmah, Nabi saw sebut ada 6 jenis perempuan yang wajib dijauhi. Tapi aku cuma nak sentuh salah satu daripada 6 jenis yang Nabi SAW sebut iaitu Basaqah, perempuan yang menghabiskan banyak masa dengan bersolek sehinggakan sebenarnya masa itu boleh digunakan kepada perkara yang lebih penting..

Ya atau tidak, percayalah kebanyakan perempuan memang suka bersolek. Tak salah bersolek, tapi bersoleklah ala kadar. Ala kadar tu bukan maksudnya sememeh, tak kemas. Ala kadar tu cukup lah sekadar nampak kemas dan tak terlampau.

Dengan bulu mata palsunya, celak matanya, gincunya, blushernya, contact lens nya, bedaknya. Tu baru muka, belum pakaian lagi. Kadang-kadang hampir 1 jam hingga 2 jam malah ada yang lebih lagi memperuntukan masanya hanya menghias mukanya dicermin supaya nampak cantik.

Aku rasa 30min tu pun dah lama, ni kan pulak 1 jam. Kita peruntukkan masa yang banyak hanya untuk nampak cantik pada muka dan anggota kita tapi kita selalu terlupa ambil masa yang lama untuk mencantikkan hati kita,

Dalam hati cakap, "Cantik nya...jap nak amek gambar." Dengan mata bulat ber-contact lens berwarna, mulut digayakan secomel mungkin, bulu mata palsu lebat melentik, pipi kemerahan dengan blusher dan lilitan tudung yang menarik, upload dalam FB.

"Ini design tudung terbaru saya, siapa berminat boleh order dah.."
"Penat nya kelas hari ini, time tu relax now.."
" 1 jam lagi nak masuk dewan exam, semoga Allah permudahkan.."

Serius weh kalau aku laki yang tengok ni bukan aku tengok kau penat ke, nak exam ke, nak jual tudung ke tapi aku tengok muka korang. First aku akan cakap dalam hati:

"Perghh cantiknya dia ni, perghhh bulat nya mata dia, perghh gebunya kulit dia." Lupa dah pasal dia nak jual tudung rupanya. Lupa dah pasal dia nak bgtau yang dia penat nak relaks. Lupa dah pasal dia nak exam 1 jam lagi.

Kadang2 aku pikir dia ni nak jual tudung ke nak jual muka? Aku tengok gambar muka dan mata yang comel lebih over frame dari nak show dia penat atau nak jual tudung atau nak exam.

Timbul persoalan dalam diri aku, Betul ke hawa ini dicipta untuk menggoda, digoda dan tergoda? 
Adakah menggoda tu bila mereka bersolek sehingga laki terpegun dan menatapnya?
Adakah digoda tu bila laki mula komen, cantiknya awak, awak pakai produk apa?
Adakah tergoda tu bila dapat pujian dari orang lain kepada kecantikan kita?


dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 29). Facebook Status. https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1024531974241598

14.2.15

Jelajah Pusing Penang Sampai Cirit

[be advised : entri banyak gambar]

baru-baru ni aku berkesempatan bawa family aku pusing pulau pinang sebab ada antara adik-adik aku yang belum pernah jalan-jalan pusing penang walaupun negeri sendiri sebab rumah kami di kawasan seberang perai.

maka, bermula lah perjalanan kami pada hari itu pusing pulau pinang, literally..!!! kebanyakan tempat yang kami pi cuma untuk tengok-tengok je. malas nak masuk tempat berbayar. sep bajet la katakan. kecuali tempat makan.

lagipun, memang nak yang express.. cabaran pusing pulau pinang dalam 12 jam 10 destinasi. hehehe..

peta lokasi. nombor 2 dan 3 tertindan sebab tempat tu dekat-dekat. jom kita tengok satu-satu.


.1. Padang Kota Lama. berhenti, turun ambil gambar, then terus blah. asalkan kira dah pernah sampai je..


2. Restoran Kapitan. Tempat feveret aku. kalau nak tahu lebih lanjut, lihat entri ini : Kapitan


3. Masjid Kapitan Keling. singgah solat Zohor disini.


4. Masjid Terapung Tanjung Bungah. singgah bergambar je. kalau nak tengok gambar yang lebih cantik di masjid ni, lihat entri ini ; Masjid Terapung Tanjung Bungah

5. Pantai Batu Feringghi. macam kes tadi, berhenti ambil gambar je. 


6. Empangan Teluk Bahang. 


7. Air Terjun Titi Kerawang. kat sini kami berhenti mandi kejap. kat sini aku pernah "bersilat". tak caya tengok sini : Bersilat di titi kerawang


8. lepas mandi sungai, pekena laksa janggus plak di balik pulau. laksa yang agak popular disini. 


9. lepak tepi Quensbay. saja.. lepak makan angin menunggu perut lapar balik lepas pekena laksa.

10. last, kami pekena burger bakar je kat tepi Stadium Bandaraya. kalau nak tahu lebih pasal burger bakar ni, boleh lihat sini : Burger Bakar 

habis pusing penang dalam 12 jam, 10 destinasi. mulanya ingat nak teruskan lagi, tapi semua pakat cirit. pusing penang sampai cirit..!! aku rasa silap makan kat kapitan ni.. hehehe...

GA Subkontest HASRULHASSAN.COM Best Blog 2015

HasrulHassan.com
Jom Sertai GA dan Subkontest HASRULHASSAN.COM Malaysia Best Blog 2015 - Menang Hadiah Gratis dari Bandung, Indonesia.

5.2.15

Cinta Till Jannah


Ramai orang tersalah konsep 'until jannah' ni. Yang bercouple selfie amek gambar laga pipi letak caption ‪tilljannah. Yang dah masuk Universiti, jalan pegang tangan pakwe makwe, selfie kat tasik, kedai makan, shopping complex, letak caption, semoga hubungan kita kekal tilljannah.

Yang dah bertunang pun tak kurang hebatnya. Belum kawin lagi dah berjalan dating sakan dengan fiancĂ©‬ nak kongsi happy kononnya tapi kawinnya tahun depan. lambat lagi. Tapi dah boleh pegang tangan, peluk pingang, geletek sana geletek sini, Berhenti sat satu tempat ambil gambar letak caption tilljannah

tilljannah


Orang melayu Islam kita angan-angan tinggi nak sampai syurga, Tapi perilaku bukan nak kata sampai syurga, nak bau syurga belum tentu dapat.

Bukan ke Nabi SAW sebut dalam hadith : "Yang halal itu nyata dan yang haram itu nyata"

Kita nak tilljannah tapi kita tak bayar dengan harga yang mahal. Malah kita jual plak harga diri kita. Syurga ni untuk orang-orang yang baik-baik yang hidup tak lain tak bukan, hanya nak redha Allah.

Syurga itu mahal.


tak salah pasang impian untuk tilljannah tapi kena selari lah dengan amal kita. Ibaratnya, hotel 5 bintang masakan boleh masuk dengan hanya harga RM50.?

Jangan seronok tilljannah sangat, silap-silap ‪‎tilljahannam


dipetik dari :
Inchique Aiman. (2015 Jan 6). Facebook Status; https://www.facebook.com/thoriqzyad/posts/1009718752389587#

2.2.15

Kenduri | Jantina Khemah

aku baru je menghadiri kenduri kahwin kawan aku di kedah bulan lepas yang masih mengamalkan budaya kenduri kampung macam dulu-dulu. kenduri tanpa catering, masak secara gotong royong, ada 'team basuh pinggan', dan sebagainya.

kenduri tradisional kampung
gambar sekadar hiasan

antara yang menarik perhatian aku adalah khemah tempat makan kat kenduri tu yang dipisahkan antara lelaki dan perempuan.

Sekarang susah nak jumpa kenduri yang buat macam ni. semuanya dah bercampur khemah tempat makan antara lelaki dan perempuan. kecuali kalau kenduri tu kat kawasan kampung yang kuat dipegang oleh PAS. serius. bukan nak berpolitik. cuma nak tunjuk contoh situasi.

Asingkan tempat makan


ustaz aku dulu pernah berpesan, tempat makan lelaki dan perempuan dalam suatu kenduri seelok-eloknya dipisahkan antara lelaki dan perempuan. kalau macam ini, batas pergaulan dan ikhtilat lebih terjaga.

tapi mungkin agak tak sesuai untuk tetamu yang datang sekeluarga. Nak makan nanti kena pisahkan. Mak dengan anak2 perempuan, bapak dengan anak-anak lelaki. kalau anak-anak semua lelaki, kesian kat mak nanti makan sorang-sorang. dan sebaliknya.

walau bagaimanapun, makan berasingan macam ni ada jugak kelebihannya. tak ada la nanti tetamu yang datang duduk makan dengan family sendiri-sendiri je. sebab masa ni la nak jumpa sanak saudara jauh dan dekat dan sahabat handai.

boleh jugak bertegur sapa mengeratkan tali silaturrahim, dan dalam masa yang sama ikhtilat dan batas pergaulan terjaga. tidakkah itu lebih baik?

Realiti kini


tapi sekarang ni susah nau nak buat macam tu. aku tengok, walaupun khemah asing-asing antara lelaki dan perempuan, mula-mula je orang datang makan asing-asing. dah petang sikit nanti, tetamu dah tak heran dah. ikut suka je duduk kat mana.

mungkin sebab orang sekarang dah terbiasa macam tu. nak buat macam mana.