Skip to main content

Kawan kahwin | Husni

pada 20 Disember yang lalu, aku berpeluang menghadiri kenduri kahwin sahabat sekuliah aku si Husni dan pasangannya yang juga merupakan rakan sekuliah kami, Izzati di kawasan kubang rotan, Alor Setar.

dapat jugak jadi pengapit simpanan. ambik berkat
masa ni pengapit utama tengah sibuk makan bubur gandum

senyap2 je diorang. kami rakan sekelas tak tau pun diorang ni berpasangan. tau-tau dah kahwin. apa2 pun, tahniah buat korang berdua. smoga berbahagia berkekalan hingga ke syurga.

ni siap duduk sebelah pengantin atas pelamin lagi. kalau berkat pengantin tak lekat jugak, tak tau la.

kenduri kali ni sangat simple, tapi grand. kenduri seperti zaman aku budak-budak dulu dalam kawasan kampung. makanan dimasak secara gotong royong sesama orang kampung. lepas tu ada 'team basuh pinggan' oleh budak2 kat tepi khemah.

juadah pun ala-ala tradisional. ulam-ulam, sambal belacan, ikan kering, dan yang special-nya, ni first time aku pi kenduri makan buah putat..! ko hado..?

grand sebab ada perarakan pengantin dengan diiringi kumpulan Nobat*. lepas tu, siap dengan persembahan silat. bukan satu dua persembahan je. at leat 5 persembahan kalau tak silap aku. antara yang aku perasan, ada persembahan dari silat gayong fatani. gendang dan serunai silat plak pakai muzik live..!

simple, tapi grand..

p/s : kalau dulu bila ke kenduri kahwin member, mula la meroyan bila mengenangkan nasib diri yang masih solo. tapi sekarang dah tak heran dah. dah immune..


kosa kata :

nobat :
1. sl sj gendang besar: maka berbunyilah ~ nafiri, bersambutan pula dgn bunyi-bunyi­an sekalian;
2. sj pancaragam Melayu yg ber­­main ketika raja ditabalkan dll: setelah sujud tiga kali, maka ~ tabal pun ber­henti­lah;
3. sl duduk di penghadapan, dihadap orang (bkn raja): maka tujuh hari baginda tiada ~ sebab bercintakan Bendahara;

naik nobat :
a) ditabalkan menjadi raja;
b) Mn menjadi pengantin (kahwin);

(sumber : Kamus Dewan Edisi Ke-4)

Comments

  1. sambal belacan berulam buah putat sedap tu...biasanya di tepi sawah banyak tumbuh pokok putat ni...cantik bunganya...selamat pengantin baru buat kwn2 pha is tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kena kawasan tanah lembab...

      Delete
  2. barakallah untuk pengantin. jodoh kan memang kekadang kita sangka pun.

    ReplyDelete
  3. nanti dah bertemu jodoh, kahwin jugak hang nanti...

    ReplyDelete
  4. chill lah...

    Allah akan bagi bila sampai masanya.
    tidak di sini... di sana pasti ada... Insya Allah.

    Put your trust on Allah

    ReplyDelete
  5. pandai dorang sorok kisah percintaan eh....x pe kalau dh imun tapi jgn xnk kahwin pulak hee...kalau dah ada jodoh dan ada kata sepakat dan naik naik pelamin nati..PHa Is jgn lupa jemput sis JM tau..ye lah mana tahu x lama lagi bertemu jodoh selepas dapat keje tetap

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. isnyaAllah... tapi rasanya macam lambat lagi je.. hehehe

      Delete
  6. tahniah kepada mereka berdua..buah putat? mmg x pernah mkn..tgk pun x pernah

    ReplyDelete
  7. Tahniah buat mereka berdua..
    InsyaAllah akan sampai turn Pha Is..;)

    ReplyDelete
  8. moga suatu hr nnti jdoh pha is plak...

    ReplyDelete
  9. tak apa pha is.. masanya belum tiba. hehe

    ReplyDelete
  10. merah gitu baju penagntin...hehe xpa pha is..nt smp la jodoh tu..hehe

    ReplyDelete
  11. sabar lah . klu dah tiba jodoh , mudah je urusannya ... tak kenal buah putat tu ...

    ReplyDelete
  12. selamat pengantin baru husni and wife... erm my hubby orang alor setar, dia kata orang kedah memang kenduri macam tu la... time kenduri kami kat kedah, macam tu juga lauknya... berbeza betul dengan johor :)

    BLOG OH! BLOG

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenapa? org johor mesti grand2 ke..? hehehe

      Delete
  13. Tahniah kepada pengantin dan tahniah juga kepada tuan blog kerana dah immune dengan soalan bila nak kahwin? Kerana bukan semua orang mampu buat begitu contohnya seperti abang sulung Mrs. A dia lebih rela tak gi kenduri untuk elak soalan macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak elok la kalau sampai x nk pergi kenduri.. itukan sunat yg sangat ditunutut utk memenuhi jemputan walimatul urus.. :)

      Delete
  14. Tahniah buat pasangan pengantin.. semoga berbahagia hingga ke syurga... aamiin.. :)

    ReplyDelete
  15. Sya dok tertanya- Tanya.. buah putat tu.mcm.mana.. nak.kena google.jap.lg

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila2.. kalau tak pun, klik je kat link yg saya bagi sekali dngn word putat tu..

      Delete
  16. wah dah immune gitu hehe.
    takpe. chaiyuk!!!!

    hehehehe tahniah dkt kawannnn :D

    ReplyDelete
  17. Selamat Pengantin Baru buat rakan Pha Is ^-^

    ReplyDelete
  18. Weekend ni pun ade sorang classmate nak kahwin.
    Dorang bercinta, satu kelas tak tahu? Hebat permainan dorang. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. kami semua langsung tak expect diorg kahwin berdua.. hebat kan permainan diorg.. hehehe

      Delete
  19. Buah putat tu macammana ghopa dia Cik Pha ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ce try klik kat link yg saya beri sekali dengan word buah putat tu... hehe..

      Delete
  20. tahniah...semoga kekal bahagia hingga ke Jannah...^_^

    ReplyDelete
  21. tahniah dan selamat pengantin baru buat kawan Pha is.

    ReplyDelete
  22. Ingatkan ada "pemain simpanan" je, rupanya ada juga "pengapit simpanan" hehehe

    ReplyDelete
  23. Paling best kalau kenduri makan masakan kampung :)

    ReplyDelete
  24. Bestnye kenduri kawin ala-ala kampung ni.. Selamat tahun baru Pha Is..eh kawan Pha Is..

    ReplyDelete
  25. husni dan izzati..mcm nama kwan..tp dia husni izzati..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah kebetulan apakah ini?? smoga bkekalan ke akhir hayat spt nama husni izzati =D

      Delete
    2. macam ada pape je korang berdua ni... hehehe

      Delete
  26. selamat pengantin baru.. pandai simpan rahsia tu. hehe.
    ada juga kawan kawen dgn kwn kelas ada juga bercinta sesama klas tp kawen dgn org lain

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. soal jodoh rahsia Tuhan.. :)

      Delete
  27. Assalam..

    Selamat pengantin baru untuk pasangan pengantin....InsyaAllah lepas ni giliran Pha Is pulak...

    ReplyDelete
  28. Hehe..bak kata orang dah biasa sangat tengok rakan sebaya yang dah kahwin..huhu..takpelah, keep calm, sampai masanya nanti adalah..kita tunggu jelah ye..berusaha juga..hehe

    ReplyDelete
  29. Bestnya senyap2 terus kawen..
    Pandai depa sorok. Hehe..
    Semoga bahagia till Jannah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi