29.12.14

Tips Memilih Superbike

kat bawah ni asalnya adalah sebuah status fb yang ditulis oleh seorang senior sekolah aku yang juga merupakan seorang ustaz. saja aku kongsikan kat sini. bukan semua motosikal berkuasa tinggi itu sama. ada banyak spesisnya. setiap satu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri..

bagi mereka yang nak tahu perbezaan jenis-jenis motosikal dan kegunaan mereka, boleh la baca kat bawah ni. dan juga boleh dijadikan pedoman bagi mereka yang teringin nak beli motosikal berkuasa tinggi tapi tak tahu nak pilih jenis mana satu.

Jenis-jenis superbike 


Perkongsian untuk kawan2 yang berminat guna motor berkuasa tinggi.

1. Bagi yang nak guna kerana hobi, minat memandu laju dan mengasah lutut, sportbike terbaik...

sportbike, superbike, motorcycle
Kawasaki Ninja ZX6R
sportbike

2. Bagi yang guna untuk pi kerja tiap2 hari , keadaan jalan cantik dan sentiasa rentas highway serta jalan sesak, baik cuba naked bike...

naked bike, superbike, motorcycle
Yamaha XJ6N
naked bike

3. Bagi yang sentiasa jalan long distance, ulang alik highway balik kampung dan sekali sekala nak jadi nakal dijalan, sport touring amat selesa...

sport touring bike, superbike, motorcycle
Yamaha FJR 1300
sport touring motorcycle

4. Bagi yang naik motor untuk nak redah apa sahaja didepan mata, tar ke pasir, hujan ke kering, fogging ke sandstorm, bukit ke lurah, boleh cuba dual purpose...

dual purpose bike, superbike, motorcycle
Yamaha TW200
Dual purpose motorcycle 

5. Bagi nak menghabiskan seumur hidup motor di atas highway, berasa selesa macam memandu Helicopter, boleh bawa touring bike...

touring bike, superbike, motorcycle
Honda Gold Wing
Touring bike

6. Bagi yang nak menarik perhatian, start engine je semua mata memandang dan sentiasa rasa muda, bawalah motor besi harley...

softail, chopper, superbike, motorcycle
Harley Davidson Fatboy
softail

7. Bagi yang keluar rumah sampai office jalan sesak memanjang terpaksa mencelah-celah je, x perlu mengada-ngada bawa motor besar2, buat sakit pinggang je... ex5 sudah

kapcai, superbike, motorcycle
Honda EX5
'kapcai/moped'

Bagi yang nak semua kualiti diatas, doalah agar dapat masuk syurga , minta dengan Allah taala.. :)

sumber dan rujukan
1. Salman Ali. (2014 Nov 30). Facebook Status. dipetik dari : https://www.facebook.com/salman.ali.3760/posts/10204372285443162
2. gambar ihsan pak cik gugel..

22.12.14

Kelebihan Motosikal Berbanding Kereta

Sekarang, rumah aku dah ada kereta sebijik. dulu hanya ada motosikal je. So sekarang boleh dah bawa mak jalan-jalan dengan selesa. Bukan kereta aku, tapi kereta adik perempuan kedua aku sebab dia kerja dulu berbanding abang dan kakak dia. Abang dia masih menunggu surat penempatan dari KKM dan kakak dia plak masih belajar di UM.

Tapi so far aku je yang drive kereta tu. Dia tak konfiden lagi bawak kereta.

aku dan tuan empunya kereta. abaikan seat berplastik tu. ni dalam perjalanan baru bawak balik dari kedai. hehehe...

Kelebihan Motosikal Berbanding Kereta


Dulu kawan aku pernah cerita lepas dia beli kereta, dia dah tak pandang motosikal ni. katanya best lagi bawak kereta. Tapi setelah lebih 800++ km aku bawak kereta adik aku tu, aku rasa hati aku masih lagi melekat dengan motosikal.

Sebabnya :

1. feeling bila bawak laju.

Kalau naik moto, bawak lebih 100km/j dah rasa feeling lain. Saat menyelit-nyelit di lebuh raya, dengan adrenalin rush, dengan tiupan angin yang merempuh kasar dari arah hadapan, memang terasa bezanya. Kalau naik kereta bila tengok meter, “eh, dan lebih 100km/j? Tak rasa apa-apa pun..”

2. susah nak potong.

Aku rasa, orang yang bawak kereta sangat-sangat penyabar orangnya. Terutamanya bila kena ikut kenderaan depan yang bawa slow yang amat, dengan keadaan jalan yang agak sibuk yang susah kita nak potong.

Bila jadi macam ni, selalu aku fikir “kalau aku bawak moto ni, dah lama aku potong kot kiri”.

3. jalan jam

Saat kereta stuck dalam jam, yang ni pun memerlukan kesabaran yang tinggi. Sebagai seorang yang sudah biasa bawak moto, aku tak sanggup lagi bertahan duduk dalam kereta yang tak bergerak-gerak atas jalan untuk jangka masa waktu yang lama.

4. layan corner  

Macam yang aku pernah cerita dalam entri ini : Selekoh | kereta vs motosikal, masuk selekoh antara kereta dan motosikal banyak bezanya.  Pernah aku bawak kereta masuk selekoh dengan kelajuan yang biasa aku bawak dengan motosikal, aku rasa macam sikit lagi kereta tu nak tergolek ketepi. Kalau bawak moto, rilek je layan corner seret lutut.

5. pandangan terbatas.

Aku suka jalan-jalan tanpa arah tuju melalui jalan yang tak pernah aku lalu dengan moto hanya sekadar suka-suka. Dari situ, aku suka tengok permandangan tempat orang. Sambil bawak slow2, boleh tengok sekeliling 360 darjah tanpa halangan. Contohnya yang aku cerita dalam entri ni : “Hikmah Perjalanan

Tapi bila bawak kereta, pandangan agak terbatas. hanya boleh tumpu arah depan je. tu pun bila toleh 45 darjah je, dah ada halangan yang mengganggu pemandangan.

6. parking

Part ni antara yang aku paling malas kalau bawak kereta. Nak cari parking terutamanya kat kawasan yang tempat parking tak banyak. Pernah suatu ketika aku lebih rela naik moto meredah hujan (rintik) dari naik kereta dengan selesa sebab kat tempat yang aku nak pergi tu, susah nak cari parking untuk kereta.

so, korang plak macam mana? ada tak yang rasa macam ni?


19.12.14

Tombiruo Difilemkan?

sedang excited dengan berita terbaru yang aku terbaca khabarnya novel Tombiruo karya Ramlee Awang Murshid bakal difilemkan. betul ke nih..? betol ke nih..? waaa.. macam susah nak percaya je. novel feveret aku all time kot..


dari dulu lagi aku dengar ramai peminat2 novel RAM (Ramlee Awang Murshid) dari RAMFC ada sebut-sebut berharap novel ni difilemkan. tak sangka akirnya jadi realiti. kalau betul filem ni jadi, mungkin ni filem malaysia pertama kot yang akan aku tengok kat pawagam.



selalaunya, kalau filem atau drama adaptasi dari novel, mesti cerita romantik cintan-cintun kan? contohnya  Ombak Rindu, Adam & Hawa, Setia Hujung Nyawa, Suamiku En Sotong dan Manisnya Cinta di Cappadocia. kali ni, ada la jugak kelainan. bagus la..

asyik-asyik cerita romantik je.. sekali sekala boleh jugak layan filem adaptasi novel ber-genre thriller. hmm.. kita tengok nanti macam mana...

sumber dan rujukan :
Nina Farzuin Md Sharom. (2014 Dec 17). Karangkraf terbit filem Tombiruo. Sinar Harian; dipetik dari http://www.sinarharian.com.my/nasional/karangkraf-terbit-filem-tombiruo-1.342402

18.12.14

Mandi Laut vs Mandi Sungai

Aku kalau diberi pilihan, aku lebih suka mandi sungai. Aku lebih sanggup redah hutan cari sungai dari mandi laut di tepi pantai.

Pernah dulu sekali kawan-kawan aku ajak pergi mandi laut. Masa tu aku ikut je, tapi aku tak mandi. Aku jadi tukang tengok, tukang jaga barang, dan tukang ambil gambar je. Last2 penuh dengan gambar diorang je. Gambar aku Cuma berapa kerat.

Tapi lain halnya kalau orang ajak aku pergi mandi sungai. Aku kalau dah masuk dalam sungai, tak nak keluar dah.  Nak berendam sampai kecut kulit.

aku dan rumate, suatu ketika dahulu. zaman aku botak. 

sekali mandi sungai, bukan mandi saja..

Kalau diikutkan, dah lama aku tak mandi sungai. Serius kempunan. Tapi sekarang ni kalau nak mandi sungai, ada risiko sikit. Risiko kena penyakit kencing tikus a.k.a leptospirosis. Banyak sekarang kes kencing tikus ni muncul. Dulu tak pernah dengar pun.


Tempat mandi air terjun yang paling dekat dengan area rumah aku pun dah ada beberapa kes leptospirosis. Aku nak pergi mandi pun risau. Dilemma aku.

Korang plak macam mana? Antara mandi laut dengan mandi sungai, yang mana korang lebih suka?

rujukan
Bernama. (2014 Dec 7). Kencing tikus: Elak mandi di kawasan air terjun - EXCO Kedah. BH Online. dipetik dari : http://www.bharian.com.my/node/21917

8.12.14

batang student lelaki gay usm

baru-baru ni, aku terpana dan terkesima sekejap bila tengok ada keyword blog aku yang tertulis "batang student lelaki gay usm". kejadah?

batang student lelaki gay usm


18 sx, lucah

selebihnya pasal motosikal kawasaki z250 / z250sl. cuma ada sedikit pasal status halal bulgogi (restoran ala korea) dan pasal maha guru silat lincah.. tapi yang masuk pasal gay tu dia mai kot celah mana tak tau..

dulu aku malas tulis entri pasal keyword search engine kat blog aku. sebab selalunya keyword yang keluar sama genre je. selalunya mesti pasal motosikal. macam yang aku dah cakap kat entri sebelum ni. kalau berdasarkan search engine, blog aku ni boleh dikatakan genre-nya berat kearah automotif, selain katagori blog peribadi.

biasa la tu.. bila dah minat, mesti la aku akan banyak tulis pasal benda tu. kan? (aku cakap pasal moto tau, bukan pasal gay). korang plak banyak keyword tentang apa? pernah check?