Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2014

Bila Dah Rasa

situasi :


dulu aku suka laksa. tak kisah macam mana pun. asalkan laksa, mesti aku suka. tapi sejak aku pekena laksa kat pasar malam Penaga kat area rumah aku, sejak tu, setiap kali aku rasa laksa kat tempat lain, dah rasa tak sedap dah. sebab rasa laksa kat pasar malam penaga tu sedap sangat, sampai membuatkan rasa laksa yang aku rasa kat tempat lain jadi kurang sedap.

dan dulu jugak, aku layan je mana-mana bihun sup. tak kisah sangat. tapi semenjak aku rasa bihun sup kat pasar malan kepala batas (penang), terus aku rasa bihun sup kat tempat lain jadi tak sedap. sebabnya, sama kes macam laksa tadi.

dulu jugak, aku okay je dengan masakan mana-mana tomyam. then, aku pernah menetap sekejap di kelantan. tapi sejak aku balik dari kelantan, aku rasa tomyam kat penang ni dah rasa kurang sedap. okay, tak de la semua tak sedap. ada jugak yang sedap, tapi beberapa kedai je.

pernah tak terjadi kat korang fenomena ni? ceciter..

The Versatile Blogger Award

aku telah ditag bukan 3, bukan 4, tapi oleh 5 orang blogger untuk join The Versatile Blogger Award ni. mereka yang tag aku adalah :

1.  Norniwanie Nasarudin ,
2. Ezelovesse7en
3. wawaabdhadi.
4. paridah 
5. imantizz_truper  

 aku pun blurr jugak sebenarnya macam mana segmen ni berfungsi. tapi tak pe lah, dah alang2 kena tag, bagi memenuhi hajat mereka, aku try jugak buat benda alah ni. hehe..

7 things about Pha Is
1. seorang yang suka makan. asal boring je makan. kalau aku boring dalam keadaan kenyang, itu merupakan satu feeling yang sangat-sangat tak best, sebab aku dah buntu tak tau nak buat apa dah.

2. pantang kalau makan tak habis. (pasal makan lagi...)

3. selain suka makan mengisi nafsu perut, suka jugak makan angin jalan-jalan dengan motosikal.

4. masih single. (teettt..)

5. tidur tak tentu masa. kadang tidur siang malam jaga. kadang tidur malam siang jaga.

6. selalu pening kepala. migraine. sebab tu nama blog ni hikayat budak pening.

7. tend to do work last minute...

hmm.. cuk…

WW #110 | Psychologists Say

Selekoh : kereta vs motosikal

Sekarang, aku baru nak ambil lesen kereta. Dan sepanjang aku bawak kereta untuk test ‘jalan raya’, ada 1 perbezaan ketara yang sangat aku rasa antara bawa kereta dan motosikal masa nak masuk selekoh.

Masa  bawak kereta, bila masuk selekoh kalau lebih dari 20km/j sikit pun, dah rasa tak sedap, sebab dah mula terasa g-force walaupun speed tak laju. So, bila selekoh je, kena brek sikit, lepastu ‘kona’ (corner) slow-slow. Fuh, boring betul.


Tapi kalau aku naik moto masa kat selekoh, aku lagi pulas minyak. Baru ‘layan corner’beb. kalau naik moto masuk selekoh, 60-80km/j baru best. Badan rapat ke jalan, baru ada feel. Dan tak rasa pun rasa tarikan G-force.

kenapa?

sebab resultant force (betul ke entah istilah ni aku tak sure, sebab dah 5 tahun tinggal fizik matrikulasi) antara g-force dengan gravitional force tu secara otomatik akan menghala ke bawah seat moto sekiranya moto tu dalam keadaan mengereng masa layan corner. sebab tu tak rasa langsung ada daya tolak ke luar bila masuk selekoh.

Kanser : Doktor vs Bomoh

Dulu, Prof. Saad Othman, lecturer yang mengajar aku subjek cancer and chemotherapy (rawatan untuk kanser) ada pernah cerita kat kami tentang perbezaan ‘success rate’ bagi chemotherapy antara Malaysia dengan US.

Kata beliau, sekarang ni teknologi, knowledge, dan pemilihan ubat untuk rawatan kanser adalah hampir sama antara kedua-dua Negara ni. tapi kenapa success rate rawatan kanser kat Negara kita lebih rendah berbanding US? (data statistic ni aku tak ingat berapa %)


kepentingan early detection 
Jawapannya, sebab kat Negara kita kurangnya early detection berbanding US. Early detection dalam penyakit kanser adalah sangat penting, sebab lebih cepat kita dapat detect kanser, lebih cepat kita dapat mulakan rawatan, maka akan  lebih tinggi success rate.

Kat sana, orang fobia dengan kanser. Kalau diorang perasan ada symptom-symptom yang seakan-akan macam kanser, cepat-cepat diorang pi check kat doktor. Kat Negara kita? Kalau ada symptom pelik-pelik sikit, terus jumpa bomoh.! Ini hakikat, w…

WW #109 | Demi Cinta Aku Relakan

Gambar Digunakan Tanpa Izin

cuba lihat gambar kat bawah ni. member aku terjumpa papan iklan ni kat perak. apa yang menariknya dengan gambar tu, dalam bulatan yg aku dah tanda tu ada gambar member aku. gambar masa diorang grad. dia hairan macam mana gambar grad diorang boleh melekat kat papan iklan cukai tanah negeri perak tu.


kemudian, aku teringat gambar yang sama yang pernah aku post kat blog ni dalam entri Graduasi 2013.. bila tengok balik gambar asal yang aku post kat blog tu, part watermark yang aku buat tu betol2 cukup-cukup dia crop. hampeh betol..


hari tu kes ambik muka aku buh dalam slide presentation kat HKL. kali ni ciplak gambar buh kat iklan cukai tanah negeri perak plak.. crop watermark plak tu.. hmm... hampeh betol..

sabor je la..

Gambar Edit Melampau

Korang ada tak kawan atau sesiapa sahaja yang korang kenal yang jenis mukanya dalam gambar (terutamanya dari Fb dan IG) yang tak sama langsung dengan muka asal. Orang yang jenis kalau dalam gambar, lawa bukan main. Semua edit-edit. Dengan putih gebunya, dengan flawless-nya, kalau tengok muka asal, memang Nampak macam orang lain.

Ada tak? Atau korang sendiri yang jenis macam tu? well, itu hak peribadi masing-masing. Terpulang.  Tapi pernah tak korang terfikir, keburukan kalau suka edit gambar muka sendiri sampai Nampak lain dari wajah yang asal?

Aku terfikir benda ni pun sebab aku terperasan seorang kenalan aku kat laman sesawang yang jenis katagori macam tu. Jenis yang bila tengok gambar fb akan membuatkan korang tertanya-tanya. “eh, ni dia ke..? apesal muka lain?”

Keburukan gambar edit melampau
Aku bagi 2 senario. Scenario yang pertama, kalau family orang tu jenis yang jodohkan anak masing-masing dengan teknik ‘tunjuk-tunjuk gambar’ (macam yang aku cerita kat entri ni : Tunjuk Gamba…

WW #108 | Bila Masuk U

auto-published entri vs auto-blogwalking

blogger lain kalau dah tak boleh nak online, mungkin ada yang dah mengalah, terpaksa biarkan blog 'bersawang' begitu sahaja. tapi aku, pulun jugak buat entri banyak-banyak untuk di-auto-published-kan pada hari yang mendatang.

tapi, walaupun dah buat scheduled entry, tetap tak boleh nak membalas kunjungan sangat, sebab yang tu tak boleh nak buat 'auto-blogwalking'. eh, ada ke auto-blogwalking nih? heheh..

jadi, dikesempatan ini, aku nak mohon maaf andai ada yang terasa kalau aku tak dapat nak balas kunjungan dalam masa terdekat ni. online blog pun dalam seminggu sekali je. tu pun kalau berkesempatan.

n thanks, sebab sudi singgah sini.. :)


p/s : Alhamdulillah.. tahun ni berijazah..

Pengomen Pening Ogos

bulan ogos yang lalu, aku tak dapat nak BW banyak sangat. sebab ada masa aku kat rumah, ada masa aku kat usm buat short sem. so, masa tu je la yang aku ada untuk ber-online. tapi alhamdulillah, ada jugak pembaca yang sudi menjengah ke blog aku ni.

dan mereka yang rajin singgah dan komen kat blog ini antaranya...


1. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)
2. Faizal Mohamad Twon Tawi (http://notamengajarbelajar.blogspot.com/)
3. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)
4. Akif Imtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com/)
5. munirah rahman (http://munirah-serupasama.blogspot.com/)
6. Jari Manis (http://jarimanistravel.blogspot.com/)
7. RDZ Z (http://myblogsantai.blogspot.com/)
8. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)
9. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)
10. ikhwan yusuff (http://duniakita94.blogspot.com/)
11. Norniwanie Nasarudin (http://norniwanie.blogspot.com/)
12. memmet lenggeng (http://memetlenggeng.blogspot.com/)
13…

Pengantin Lari

baru ni, 30 Ogos 2014 aku dapat 2 jemputan kenduri kahwin kawan aku. sorang kenduri kahwin kawan sekolah menengah di Penang, dan sorang lagi kenduri kahwin kawan budak farmasi USM di Taiping. agak kalut aku berkejaran tengah hari tu. lepas kenduri di penang, terus merempit ke taiping.


kenduri di taiping je yang sempat aku bergambar. kenduri di penang aku nak cepat sebab nak pi kenduri kat taiping plak, so, tak sempat nak bergambar dengan pengantin.

apa-apa pun, selamat pengantin baru aku ucapkan buat kedua-dua pasangan pengantin Ahmad Ikhwan Fayadh Bin Abd Nasir & Nor Aini Binti Amri serta pengantin Mohammad Nazrin Marzuki dan Noor Mashitah Hj Khalid. semoga korang berbahagia hingga ke syurga. amin..
Pengantin Lari
berbalik kepada tajuk kita kali ni, aku terperasan 1 kesilapan perkara yang kadang-kadang pengantin terlepas pandang ialah bila pengantin buat outdoor photo-shot pada petang hari kenduri. bayangkan, tetamu datang dari jauh nak meraikan pengantin, tapi bila dah sampai pe…

GA Merdeka : Di sini lahirnya sebuah cinta dari Mama ka0ri

klik baner untuk join sebelum 16 september 2014
"MESTI kena tempek GAMBAR korang / gambar suami isteri bagi yg dah berkahwin / gambar anak bagi yang dah ada anak..boleh pilih salah satu..dan gambar tersebut juga mestila diambil dengan sekreatif mungkin berkonsepkan kemerdekaan"
gambar isteri tak ada. bujang, forever alone plak tuh. gambar anak apatah lagi. hehehe.. so, letak gambar dengan kawan-kawan je la.

tadaa...!!!!


gambar ni diambil selepas kami berarak pada sambutan hari kemerdekaan peringkat negeri pulau pinang yang diadakan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. kami antara kontigen yang terlibat dari Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia Cawangan Pulau Pinang. tahun bila tak ingat, tapi rasanya pada tahun 2010 kot.


WW #107 | Filem Islamik

Countdown 0.5 Juta Pageviews

bila tengok jumlah pageview blog ni, dah nak cecah 0.5 juta. sikit je lagi. (nak jugak gunakan perkataan 'juta' tu, nak bagi nampak sempoi, padahal boleh je nak guna 500K). 
Alhamdulillah..
kali ni aku saja nak buat simple contest kepada pembaca aku yang bertuah. korang blogger memang suka hadiah2 ni kan..hehe.. caranya mudah sahaja. tak perlu buat entri bagai. 
caranya, nampak tak pageview counter yang bertajuk "Countdown 0.5 Juta Pageviews" tu? (sidebar kanan atas sekali) kalau ditaqdirkan suatu hari masa korang melawat blog aku, counter tu tunjuk nombor 500000 hingga 500010, korang print screen-kan counter tu. then hantarkan gambar printscreen tu kat PM inbox FB aku : Pha Is 
terma dan syarat penyertaan :  1) hanya untuk warga negara malaysia (supaya senang aku nak pos hadiah) 2) mempunyai blog tak ada blog pun boleh. sesiapa sahaja yang membaca blog aku ni layak menang walaupun dia silent reader. asalkan tak bercanggah dengan syarat yang pertama. 3) pemenang dik…

Kenduri Arwah Bid'ah

Dalam adat masyarakat melayu, bila sesebuah keluarga ada kematian seseorang ahli keluarga, selalunya diorang akan buat kenduri arwah. Kenduri bacaan tahlil sama ada di surau/masjid mahupun di rumah diorang.

Aku pernah dengar dulu ada sesetengah ustaz (generasi muda) yang cakap, kenduri arwah ni bid’ah a.k.a Nabi tak buat. Tapi nak kata bid’ah hasanah atau dolalah, aku bukan ahli.

dan dalam kitab manhaj Fiqh as-Syafie pun ada disebut bahawa kenduri arwah 3 hari, atau hari ke 7 atau hari ke 40 adalah tidak diajar Rasulullah saw. Ianya bidaah, menurut kitab itu.[1]


tapi aku rasa ada sebab kenapa kenduri arwah ni macam sesuatu yang tak perlu.

Kenduri arwah membebankan
Bayangkan family tu dah la baru kematian seseorang ahli keluarga. Diorang dah sedih dah. Lepas tu nk kena keluarkan duit nak urus jenazah lagi. Lepas tu, nak kena bagi duit kat sapa yang datang solat jenazah lagi.

Tak cukup dengan tu, nak guna duit lagi untuk nak buat kenduri arwah yang kadang-kadang mengikut adat setempat,…