26.7.14

Kad Dan Ucapan Raya 2014

hasil dari mini GA kad raya 2014 aku yang lepas, aku berjaya mengepos sejumlah 20 pucuk kad raya. Alhamdulillah.. walaupuan tak banyak, ada pertambahan berbanding bilangan kad raya yang aku pos pada tahun 2013


sekurag-kurangnya matlamat penganjuran GA aku tu tercapai. tak kisah orang nak balas atau tak. sekadar berkongsi kegembiraan mengembalikan zaman kegemilangan pos kad raya suatu ketika dahulu.

dan Alhamdulillah, so far aku dapat balasan 3 kad raya dari 3 orang blogger. mereka adalah :

kad raya pertama yang sampai dari blogger Ahmad Zu Mal Md Rayi 


kad raya yang kedua sampai dari blogger Kathy R'bain

kad raya yang ketiga datang dari blogger Zuki Din 


kad raya keempat datang dari blogger Faizal Mohamad Twon Tawi


kad raya yang kelima dari blogger Nor Ariffin Hamzah a.k.a CP

kad raya keenam datang dari blogger Kak Lya 

apa2 pun, kepada yang lain, saya turut ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan salam aidilfitri kepada semua pembaca blog ini sama ada yang silent mahupun tidak. 

akhir kata : 

Seperti janjiNya yang benar
Ramadhan bulan ampunan 
Dan Ramadhan beransur pergi,
Datangnya Syawal dan menjelma Aidilfitri,

Pada langkah yang membekas lara
Pada kata yang merangkai dusta
pada tingkah yang menorah luka
Seikhlas hati saya menyusun jari  
Memohon dimaaf kekhilafan diri,
Andai tersalah kata tersilap bicara
Sepanjang perkenalan di alam maya

Moga keberkatan Ramadhan
Agar Kemuliaan Syawal
Menjadi mahar seorang hamba
Untuk melamar cinta Tuhannya

Minal aidil wal faizin
Salam Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

Ikhlas dari,
Pha is


21.7.14

Sejarah Malam Tujuh Likur

pernah dengar istilah "malam tujuh likur"? korang tau tak apa itu malam tujuh likur? ke, korang tak pernah dengar langsung?

apa yang aku faham, malam tujuh likur ni adalah malam yang ke-27 dalam bulan Ramadhan. dan pada malam ini mengikut adat orang melayu dulu-dulu, orang kampung mula memasang pelita di sekitar kawasan rumah mereka.

malam tujuh likur, salam aidilfitri
persiapan pelita kat rumah aku untuk tahun ni

tahu tak sejarah dan kenapa kalau mengikut adat, orang melayu dulu-dulu pasang pelita bermula pada malam tujuh likur (malam 27 ramadhan) ni?

Sejarah Malam Tujuh Likur


hari raya, malam ramadhan, lailatul qadar

mengikut apa yang aku pernah dengar mak aku cerita masa aku kecik-kecik dulu, malam 27 ramadhan ni adalam malam dimana 'high possibility' nak dapat malam Lailatul Qadar. maka, jika tepat malam tu jatuh malam Lailatul Qadar, malaikat akan turun dari langit

Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka....
(Al-Qadr 97:4)

maka orang melayu dulu-dulu suka pasang pelita kat rumah diorang pada malam ni. kononnya pelita tu tujuannya untuk nak tunjuk jalan kat para malaikat supaya singgah kat rumah diorang membawa keberkatan.  dulu-dulu kan tak ada lampu jalan. so, kalau ada pelita ni, dapat la tolong suluh jalan untuk para malaikat supaya mai singgah rumah diorang. kononnya la.. hehehe..


ini apa yang aku dengar. betul atau tau sejarah ni, wallahu a'lam.. tapi agak khurafat kalau difikirkan benda ni kan?

sekarang, rasanya orang dah tak pasang pelita dengan tujuan ni dah kot. macam kat rumah aku sekarang, pasang pelita sekadar suka-suka, sekadar nak memeriahkan 10 malam terakhir ramadhan. tak ada unsur khurafat, InsyaAllah..

salam lebaran hari raya

14.7.14

Tunjuk Gambar

kisah 1

petang tu, aku keluar pergi ambil gambar untuk lesen memandu sekali dengan adik perempuan aku. kami berdua baru nak mula buat lesen kereta. bila dah setel dan dah sampai kat rumah, mak mintak nak tengok gambar yang kami ambil tadi. saja.

setelah dibelek-belek gambar kami, mak bersuara.

mak : orang dulu-dulu, masa tengah dok berkira (ibubapa menjodohkan anak masing2) depa tunjuk gambar macam ni la. tengok gambar dulu, berkenan ke tak.

sarah : ha, mak nanti jangan nk tunjuk gambar kami kat sapa-sapa plak..!!!

kisah 2

pada suatu petang yang panas, aku terperasan kad jemputan kenduri kahwin atas meja. agak kreatif kad kahwin tu. ala-ala sampul surat.


setelah aku tengok nama pengantin tu, aku terkesima. nama pengantin perempuan tu macam aku pernah dengar. bila aku tengok sekali lagi, sah! budak ni dulu 1 kelas dengan aku masa sekolah rendah. orang kampung seberang.

lama aku tak dengar khabar beliau. tup tap, dah sampai kad jemputan kahwin. bulan 8 ni saja aku dapat 3 jemputan kenduri kahwin mereka yang sama umur dengan aku. setiap kali aku dapat jemputan kenduri kahwin, aku tertanya diri sendiri :

hmm.. bila la pula turn aku?

p/s : tahniah kepada Blogger Ima Razak atas pernikahan beliau baru2 ni. walaupun dia muda setahun dari aku, tapi dah pun melengkapkan separuh dari agamanya..

13.7.14

GA Kad Raya 2014 by Pha Is.

seperti mana tahun yang lepas dalam entri Segmen kad raya 2013, tahun ni aku ingat nak buat lagi sekali 'projek pos kad raya'. motif GA kali ni adalah sekadar untuk mengembalikan zaman kegemilangan pos kad raya cara old school guna pos malaysia.

kad raya yang berjaya dihantar tahun 2013

kalau tahun lepas, aku berjaya hantar 13 kad raya, tahun ni kita tengok nanti banyak mana. bagi sesiapa yang nak rasa lagi sekali  feel buka sampul kad raya selepas dihantar abang posmen dengan moto ex-5 merah beliau, boleh ikut langkah2 dibawah :

1. follow blog Hikayat Budak Pening ini, follow Google+ dan like FB fanpage Hikayat Budak Pening.
2. tak perlu buat entri
3. hantarkan nama dan alamat anda pada inbox fb fanpage Hikayat Budak Pening
4. kalau nak saling bertukar kad raya pun boleh. tiada paksaan. kalau nak hantar, sila minta alamat Pha Is kat inbox tu.
5. tarikh tutup adalah pada hari ahad, 13 Julai 2014 jam 11.59 malam.

okay.. salam ramadhan dan selamat hari raya.. #eh

3.7.14

Top Referral Jun 2014

sempena penutupan tirai bulan Jun yang lepas, jom kita terjah senarai penyumbang trafik terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ni melalui bloglist masing-masing sepanjang bulan Jun yang lalu. sumber statistik diperolehi dari histats.com

lets cekidaut..



1. Scripters - http://idasyuhada.blogspot.com/


2. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba  - http://aizamia3.blogspot.com/


3. Malaysia Tercinta - http://www.malaysiatercinta.com/


4. Niesa Lovecrew - http://niesa-lovecrew.blogspot.com/
5. Karyaku-Paridah Ishak - http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/
6. Blog Santai Bloglist - http://bsbloglist.blogspot.com/
7. So Full Of Myself - http://aswadz.blogspot.com/
8. Chena Chenis - http://chenachenis.blogspot.com/
8. Akif Imtiyaz - http://akifimtiyaz3.blogspot.com/
10. Sejarah Cinta Mastura - http://sejarahcintamastura.blogspot.com/

terima kasih kerana telah sudi meletakkan blog Hikayat Budak Pening ini dalam bloglist masing2. secara automatik, kesemua blog yang tersenarai dalam list kali ni akan dimasukkan ke dalam bloglist Hikayat Budak Pening ini..

[auto-published]

1.7.14

Pengomen Pening Jun 2014

salam ramadhan buat semua pembaca blog Hikayat Budak pening. sekarang dah masuk ramadhan. sya'ban dah meninggalkan kita. bulan jun pun dah berlalu pergi. so, jom kita tengok senarai pengomen pening pada bulan Jun yang lalu.

cekidaut..


1. Cik Misstree


2. Faizal Mohamad Twon Tawi


3. Muhammad Khairuddin Lim


4. RDZ Z
5. Akif Imtiyaz
6. Khir Khalid
7. Ahmad Zu Mal Md Rayi
8. Niesa
9. Vee Sandi
10. Azlealee Bashir
11. Nurul Hidayah
12. Sylarius Yusof
13. noor liyana
14. Yun Sing
15. W. Mastura
16. paridah
17. acik idah
18. Azlan Strider
19. Cikna
20. Amanina Mads

thanks semua diatas segala maklum balas dan sumbangan idea2 pada kotak komen yang tak membuatkan macam aku ni syok sendiri cakap sorang2 dalam blog ni. hehehe.. thank juga bagi mereka yang komen tapi tak tersenarai dalam top 20. dan terima kasih juga aku ucapkan bagi silent reader. nanti lepas ni, jangan la malu2 kucing nak komen kat sini yer..

seperti biasa, mereka yang tersenarai akan automatik masuk dalam bloglist :)

p/s: sekarang sedang bercuti kat rumah. tak ada line internet. kadang2 je dapat online.. aktiviti BW pun tak dapat nak terjah semua.