Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2014

Bulgogi Brothers Korean BBQ | Halal atau Haram?

selalunya bila blogger dapat cpuv baru dari nuffnang, mesti nk buat entri promot. aku pun selalu jugak buat macam tu. lagi pun, bak kata Bro Bin Muhammad, entri ni menguntungkan semua pihak. untung bagi blogger sebab bila buat entri promot iklan cpuv, lagi high chance orang nak klik iklan tu.

untung bagi pihak nuffnang sebab kena 'bodek', meningkatkan lagi nama baik agensi tersebut di mata blogger. dan untung bagi pihak yang menaja iklan sebab selain iklan diorang ada dalam blog kita, ada jugak entri yang promot produk/service diorang. so, win-win situation.

Bulgogi Brothers Korean BBQ : Halal ke tak?

tapi kali ni, aku was-was sikit. sebab dalam aku dok search, iklan dari Bulgogi Brothers Korean BBQ kali ni ada sedikit syubhah dalam status halal restoran ini. antara yang aku search, ada yang kata halal dan ada yang kata tak halal. aku nak promot pun was-was. so, kali ni bukan lebih kepada promot, tapi sekadar berkongsi maklumat tentang status restoran korea ni.

ada yang kata B…

WW #99 | Kerja Kuat

solat dalam hujan vs solat dalam salji

dah lebih sebulan masjid al-malik khalik, masjid usm ni renovate. cuma bahagian anjung masjid je yang digunakan untuk ruangan solat. untuk solat biasa, tak ada masalah sangat. tapi bila solat jumaat, memang tak cukup ruang, kena bentang tikar untuk solat di kawasan luar masjid.

sebelum ni, kami bernasib baik sebab setiap kali solat jumaat, langit cerah. cuma panas sikit je la. tapi jumaat lepas, hujan turun. boleh tahan la lebatnya. maka, buat pertama kalinya aku solat jumaat sambil disirami hujan. kalau sebelum ni, aku pernah solat jumaat atas tar, kali ni solat dalam hujan plak.

cobaan.. alah, hujan je pun. kan? teringat dulu aku pernah terbaca pasal saudara islam kita yang terpaksa solat jumaat atas salji kat rusia. yang tu lagi dahsyat cobaan diorang.. solat atas salji dalam keadaan suhu dibawah tahap beku.





sumber :

Info Laju. (2014 Jan). Foto Jemaah Solat Atas Salji. dipetik dari http://infolaju.blogspot.com/2014/01/foto-jemaah-solat-atas-salji.html

Dugaan Peruncit Farmasi

just nak share sebuah keluhan yang aku petik dari FB page PharmacyRxM'sia  keluhan mengenai suka-duka dalam fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist) kat malaysia.

Suka-duka dalam Fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist)

Beli ubat rm2
Ada diskaun?
Beli ubat rm20
Ada diskaun?
Beli ubat rm200
Ada diskaun

(Dalam fikiran : Ingat Pasar malam Kah)

Ada Jual rokok?
Ada cuci gambar?
Ada fotostat?
Ada Jual setem?

(Dalam fikiran: ingat Ni mini market ke atau Jusco)

Ubat Ni halal?
Supplement Ni halal?
Krim Ni halal?
Jus Ni halal?

(Dalam fikiran: Susah jawab, mana ada ubat Amlodipine letak logo halal, mana krim Ada letak logo halal. Tanya halal, Tapi x tahu haram kalu pakai mini skirt)

Wah mahal u jual, I beli murah je
Mengapa u Jual mahal Dari sebelah
I beli KL rm20, sini Sabah Jual rm30
I beli banyak, Kira murah sikit

(Dalam fikiran: kalu sana murah, buat apa beli sini & komplain pulak, pergi la sana)

Minta maaf, ubat Ni x boleh Jual Tanpa RX
Saya biasa makan
Saya …

uMobile Prepaid Free Meal

tahun ni tahun terakhir aku merasa pakej prepaid hotlink youth club. bermula tahun depan, dah meningkat umur 25 tahun, tak bleh lagi nak merasa pakej youth club ni. sebab dah tak beberapa nak 'youth' dah. hehehe.. 
bagi mereka yang belum tahu, youth club ni ala-ala macam celcom punya Upax la. credit kita tak akan tamat tempoh walaupun tak top-up berbulan-bulan. selagi ada kredit, selagi tu boleh guna. khas untuk budak2 U dan budak muda remaja. 
dah tak remaja dah.. hmm.. lepas tu nanti, baru terfikir nak ushar plan yang lain. 
redONE postpaid plan
sekarang ni macam2 offer ada. yang terbaru, member aku ada offer untuk talian redONE. boleh tahan jugak dia punya offer. menurut member aku, redONE ni pakai line celcom. kalau berminat boleh call zul zhafran tu.. 

uMobile Prepaid Free Meal
Umobile pun baru ni aku terperasan iklan dia pasal ada promosi baru. kalau korang perasan la, kadang2 ada iklan tu kat dalam blog ni. cpuv.. hehehe..

menurut maklumat dari iklan ni, kalau top up U…

WW #98 | Yang Halal

Smartphone | Huawei Ascend P7

aku sekarang sedang bertabah dengan phone aku ni. masalah bila internal memory hanya 380MB. henset lama. dah nak dekat 3 tahun pakai. masa beli dulu, tak kisah sangat pasal internal memory, sebab masa tu aku fikir boleh top-up dengan memory card. (1st time aku pakai phone android masa tu)

bila dah guna baru aku tau yang tak semua apps boleh pindah storage ke memory card. hasilnya, nak install apa2 pun sekarang dah tak boleh. memory tak cukup. sampaikan nk update whatsapp pun tak boleh.. padahal bukannya aku install banyak bnda pun. hmm.. sabor je la..

nak tukar baru, tak ada bajet. dah keje nanti, baru mampu.

CPUV : Huawei Ascend P7

pastu nampak plak iklan phone Huawei Ascend P7 ni kat blog aku. lagi la mengingatkan aku kepada prestasi cemerlang phone aku sekarang. sabor je la. bila aku klik tegok iklan tu, boleh tahan jugak specs Huawei Ascend P7 ni. benda pertama yang aku cari : internal memory 16GB.


aku tertarik dengan specs yang ni. ada 7 layer. dah bajet macam 7 petala langit 7…

Blog Automotif

masih berkisarkan survey nuffnang. kalau entri sebelum ni, aku ada sebut kepentingan update survey selalubagi nuffnang, kali ni aku nak share tentang soalan yang aku jawab dalam survey tu. 
Hikayat Budak Pening blog Automotif?

dalam survey nuffnag tu pada bahagian katagory blog, selain katagori 'personal' aku tick sekali dengan katagori automotif. sebabnya, walaupun entri aku pasal automotif tak banyak, tapi kalau tengok entri aku yang paling banyak pageview, semuanya berkaitan dengan motosikal. 

top entri aku bulan ni :  1. Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL | specification 2. Yamaha XJ6 vs Benelli TNT 600 | specs 3. Nationwide Express | Penghantaran Motosikal 4. KTMD | Servise Penghantaran Motosikal 5. Komen Motosikal Wave 125X Ultimo 6. Motosikal Idaman
sebab tu aku malas nak letak widget 'entri popular' sebab semuanya sama 'genre' je... semuanya pasal motor dan datang kebanyakannya dari search engine. tapi aku masih lagi letakkan katagori personal blog sebag…

WW #97 | Tak Sepanjang Cintaku

Pengalaman Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41

Alhamdulillah, minggu lepas baru je aku selesai ber-interview dengan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk PRP (provisional registered pharmacist) aku nanti. so, nak share jugak la sikit pengalaman interview tu bagi mereka yang nak interview kelak.


aku interview kat Pusat Pengajian Sains Farmasi USM. kena dengan Tuan Haji Aziz Bin Othman. baik je orangnya. sporting dan steady.. masuk macam sembang-sembang je.. siap bagi nasihat dan tips lagi..

masa aku interview tu, kami sekali masuk bilik interview, 5 orang serentak. mungkin sebab ramai orang dan kesuntukan masa.. so, tak de la nak rasa nervous sangat berbanding kalau sorang2 masuk. Alhamdulillah..

Soalan Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41
lepas je masuk, lepas check IC dengan nama, terus dia tanya soalan. tak de pun nak suruh perkenalkan diri ke apa. direct to the question. antara soalan yang ditanya beliau :

1. apa yang anda faham dengan INTERGRITI? apa kepentingannya terhadap seorang pegawai farmasi, k…

Pengomen Pening Mei 2014

selamat berhujung minggu. selamat bersantai bagi yg tengah santai, dan selamat study dan berexam bagi mereka yang tengah final exam macam aku.
yang tengah santai2 tu, kalau nak BW, boleh la terjah senarai blog kat bawah ni. mereka rajin komen. so, tak rugi kalau terjah mereka. jadi, jom ushar senarai top 20 pengomen pening pada bulan Mei yang lalu. 
cekidaut..

1. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)


2. Faizal Mohamad Twon Tawi (http://www.syukurnyasihat.com/)


3. RDZ Z (http://myblogsantai.blogspot.com/)


4. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)
5. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)
6. Amanina Mads (http://sukasamko.blogspot.com/)
7. Bin Muhammad (http://relakssminda.blogspot.com/)
8. Akif Imtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com/)
9. Ahmad Zu Mal Md Rayi (http://duniazumal.blogspot.com/)
10. Azlealee Bashir (http://chenachenis.blogspot.com/)
11. W. Mastura (http://sejarahcintamastura.blogspot.com/)
12. n O e s u h a i m i (ht…

apa nak buat bila semua cpuv credited?

sejak minggu lepas lagi, semua cpuv yang aku dapat dah credited. maksudnya, dah tak ada lagi cpuv yang ongoing. dan masa tu, aku pun tak kisah sangat, sebab dijangka bulan ni aku mungkin tak banyak publish entri dan kurang blogwalking sebab nak exam.

tip CPUV : update survey

tadi saja buka page nuffnang, tengok memang sama je macam minggu lepas. tak ada cpuv yang baru masuk. aku tengok pun dengan tak ada perasaan. tapi rasa gatal jari nak update servey. saja je, sebab orang kata tu antara tips untuk nak dapatkan cpuv.

lepas je aku update survey, bila aku tengok bahagian earning, tetiba, BOOMMM!!! dapat 1 yg baru sedang ongoing. hahahah.. cepat giler. aku tak tau ni kebetulan or tak, tapi tak sampai seminit kot aku update survey, terus dapat.. Alhamdulillah..

so, moral of the story, rajin2 kanlah jari jemari korang tu update survey nuffnang yer.. heheh..

Whisper Mesh & Cotton (promoted content)

kalau dulu whisper ni ada buat tawaran bagi sesiapa yang nk ber-yoga dengan blogger-blo…

WW #96 | Air Asia Free Seats

untuk maklumat lanjut : Air Asia Free Seats

Taman Negara Pulau Pinang Antara Yang Terbaik Di Asia

tadi terbaca 1 artikel oleh The Malaysian Insider yang mengatakan Taman Negara Pulau Pinang antara 'National Park' yang terbaik di asia, menurut ranking berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Agoda.com.

kat bawah ni senarai penuh National Park terbaik di asia tu:

the highest rated parks in Asia (2014 May 29)
1. Hallasan National Park, Jeju-do, South Korea (4.39/5)
2. Taroko National Park, Taiwan (4.38/5)
3. Osaka Castle Park, Osaka, Japan (4.29/5)
4. Halong Bay, Vietnam (4.23/5)
5. Ang Thong National Marine Park, Koh Samui (4.17/5)
6. Khao Yai National Park, Thailand (4.12/5)
7. Penang National Park, Penang (4/5)
8. Rizal Park, Manila (3.88/5)

taman negara kat malaysia yang lain tak ada dalam senarai. so, kira yang terbaik kat malaysia la kan? heheh..


aku pernah pergi 2 kali dah kat taman negara penang tu. 1st masa aku join kem kesedaran alam sekitar 2006 masa aku tingkatan 4, 2nd masa aku pi berjimba dengan member tahun lepas (2013). untuk nak tahu apa yang aku buat ma…

Top Referral Mei 2014

bulan Mei sudah meninggalkan kita. sekarang dah masuk bulan Jun. cepat je masa berlalu. dah masuk bulan jun ni, bulan exam bagi aku.. BW pun nk kena limitkan.. hmm..
so, sempena penutupan tirai bulan Mei yang lepas, jom kita terjah senarai penyumbang trafik terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ni melalui bloglist masing-masing, sepanjang bulan Mei yang lalu. sumber statistik diperolehi dari histats.com
lets cekidaut.. 

1. Scripters (http://idasyuhada.blogspot.com/)


2. Kaki Travel Khairuddin (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


3. Karyaku Paridah Ishak (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)


4. Blog Santai Bloglist (http://bsbloglist.blogspot.com/)

5. AkifImtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com/)

6. Relaks Minda (http://relakssminda.blogspot.com/)

7. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)

8. Malaysia Tercinta (http://www.malaysiatercinta.com/)

9. Niesa Lovecrew (http://niesa-lovecrew.blogspot.com/)

10. Thought Without Borders (http://veesandy.…

Malam Santapan Secangkir Kasih 2014

semalam aku ada majlis makan malam (diner) anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM. majlis Malam Santapan Secangkir Kasih. untuk sidang ni, ni la satu-satunya diner yang aku join. last time aku join diner silat, masa 2 tahun lepas. boleh tengok kat sini : Blogger Silat USM

sebenarnya, malam tu aku dah migraine. tapi gagah jugak pergi. dah bayar kan.. bila time makan, ada kambing plak. aku pantang kalau ada lauk kambing. migraine pun, gagah makan jugak. hasilnya, pagi ni migraine aku extend.. tapi berbaloi. worth it..!!!

tema kali ni : malam apresiasi pendekar. so, semua kena pakai baju melayu lengkap, sekali dengan keris dan tengkolok (kalau ada). aku tak ada. pakai songkok je la. tengkolok dengan keris dalam gambar kat bawah ni aku pinjam kejap.


'Pendekar sepi'. masih forever alone... hanya baner sahaja yang sudi bergambar dengan aku.. sadis tak? hehehe..