Friday, May 30, 2014

sah perkahwinan seorang lelaki dengan anak perempuan luar nikahnya?


tetiba, rumate aku menanyakan aku 1 soalan. "pha is, aku nak tanya hang ni. kalau seorang lelaki berkahwin dengan anak perempuan luar nikahnya, sah atau tak perkahwinan tu?"

maka, aku yang jahil ni pun jawab, "macam pelik je perkahwinan tu. aku rasa tak sah la kot..."

"tapi, jakim kata sah!" kata rumate aku, sambil menunjukkan keratan gambar kat bawah ni, yang diambil dari buku yang bertajuk 'Soal Jawab Perkahwinan islam' 

Soal Jawab Perkahwinan islam


sah kahwin anak luar nikah
Soal Jawab Perkahwinan Islam [1]

soalan :
Anis berkenalan dengan lelaki yang sudah berumur dan mereka bernikah beberapa bulan kemudian di Thailand. Apabila Anis memperkenalkan suami kepada ibunya, barulah Anis mendapat tahu bahawa beliau adalah anak luar nikah hasil daripada hubungan tanpa nikah antara suaminya dan ibunya. adakah pernikahan mereka sah?

jawapan :
Sah pernikahan Anis dan suaminya kerana lelaki yang menyebabkan ibunya mengandung tanpa nikah tidak mempunyai hubungan nasab atau keturunan dengan anak luar nikahnya.

statistik anak luar nikah di malaysia (2005-2009) [2]

disebabkan aku rasa pelik dengan jawapan ni, maka aku cari lagi. betul ke sah perkahwinan seorang bapa dengan anak perempuan luar nikahnya. dan antara yang yang aku jumpa :

"Dengan jelas, Jakim menerangkan bahawa anak yang dilahirkan di luar pernikahan dianggap bukan muhrim bapa kandungnya dan juga bukan muhrim pada ahli keluarga bapa kandungnya. Maka, oleh kerana secara perundangan fiqah, mereka tiada pertalian keluarga, bermakna dari segi hukum Syariah di Malaysia, seorang anak boleh mengahwini bapa kandung atau ahli keluarga bapa kandungnya."[3]

say no to zina

dalil tidak haram menikahi anak perempuan luar nikah sendiri


dan dari segi dalilnya, aku terjumpa perbincangan dalam forum Halaqah.net yang bertajuk 'Boleh Khawin Ke Anak Luar Nikah, yang ada menyebut :

perbezaan ulama berkaitan perkataan banaatukum (anak-anakmu yang perempuan) yang terdapat dalam ayat tentang golongan wanita yang haram dinikahi.

"Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak perempuan kamu, dan saudara-saudara perempuan kamu...................."
(An-Nisaa' 4:23)[4]

Abu Hanifah mengatakan bahawa dalam kalimat tersebut juga merangkumi anak perempuan yang dilahirkan dari zina. Maksud tersebut diambil dari perkataan bint (anak perempuan) mengikut bahasa. Maka anak perempuan hasil zina juga haram dinikahi kerana terbentuk dari sperma ayahnya.

Sedangkan Imam Syafi'e berpendapat bahawa sang ayah tidak memiliki hubungan (nasab) dengan anak perempuan tersebut, maka tidak haram menikahi anak perempuan yang dihasilkan dari spermanya (dengan berzina) dengan anggapan bahawa anak perempuan tersebut bukan anak perempuannya secara syari'e. tidak ada hubungannya mewarisi antara keduanya, tidak diperbolehkan keduanya berkhalwat (berdua-duaan tanpa ditemani mahram si wanita) dan tidak adanya hak wali baginya terhadap anak perempuan tersebut.[5]

wallahu a'lam...

sumber dan rujukan :
1. Abg Ariff Yang Penyayang. (2014 May 27). Facebook Photo; Retrieved from https://www.facebook.com/photo.php?fbid=739113089444415
2. Khairul Anuar Bin Ismail. (2013 Jan 1). Statistik Kes Zina Dan Anak Luar Nikah di Malaysia. Suaramuhajirin313; dipetik dari http://suaramuhajirin313.blogspot.com/2013/01/statistik-kes-zina-dan-anak-luar-nikah_1.html
3. Norhayati Kaprawi. (2012 Mac 19). Islam membenarkan bapa kahwin anak kandungnya?. The Nut Graph; dipetik dari http://www.thenutgraph.com/islam-membenarkan-bapa-kahwin-anak-kandungnya/
4. Surah.My : Surah An-nisa', ayat ke-23. dipetik dari http://www.surah.my/4#23
5. Nazri0070. (2011 Ogos 5). boleh kawin ke anak luar nikah?. Halaqah.net; dipetik dari http://halaqah.net/v10/index.php?topic=15894.0

Thursday, May 29, 2014

Kelas BM Yang Terakhir

alhamdulillah, semalam berakhirlah sudah kelas Bahasa Melayu aku kat USM ni.. kelas kami diakhiri dengan sedikit jamuan rinngan makan KFC.

cikgu siti hasnah, bahasa melayu,

ni kalau cikgu BM aku baca blog ni, mesti dia marah, sebab tatabahasa hancur. hehehe..

dalam banyak-banyak kelas, kelas BM ni la yang paling aku suka sebab rilex je. tambah plak, masa perbentangan BM ni la yang aku paling excited. sebabnya, kumpulan aku buat perbentangan dalam bentuk 'bahas ala parlimen'.

mengembalikan kenangan masa aku join team bahas kat sekolah, 7 tahun yang lalu.. fuh.. giler nostalgia.. hehe...

"kalau takut dilambung ombak,
jangan berumah di tepi pantai;
kalau takut katamu ditolak,
jangan berhujah memandai-mandai"

Sunday, May 25, 2014

Maksud Gelaran Shah Pada sultan

dulu masa aku belajar sejarah tingkatan 1, pernah sekali member aku tanya cikgu sejarah kami masa tu, kenapa semua sultan kat tanah melayu ada gelaran "Shah" kat belakang?

"cikgu, sultan kat tanah melayu ni semua ada kaitan dengan ultraman ke? kenapa hujung nama diorang ada perkataan 'shah'? macam bunyi ultraman masa dia nak terbang je..."(shauki, 2003)

ultraman jerit masa nak terbang

dan semalam, aku ada terbaca satu artikel pasal sejarah "Melayu" kat laman FB. agak panjang artikel tu. antara input yang aku dapat, dapat tu ada cerita macam kenapa Sultan kat Tanah Melayu ni ada gelaran 'Shah' kat belakang nama diorang.

Maksud Gelaran Shah Pada sultan

sala silah sultan, kerajaan melayu kedah tua

menurut artikel tu, sultan pertama di alam melayu dan yang memakai gelaran "Shah" ni adalah sultan kerajaan Kedah Tua, iaitu Sultan Muzaffar Shah (I). Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

panjang lagi sebenarnya artikel tu. kalau korang rajin nak membaca bahan sejarah, boleh tengok kat link yang aku tinggalkan kat ruangan rujukan tu.

sumber dan rujukan :
Tok Mah Siko Maharisi. (2014 May 22). Ketahuilah asal usul kita; dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1473982439505193

p/s : mood berblog kebelakangan ni agak lemah sikit. mungkin sebab exam dah nak dekat kot. tapi nak kata sebab pulun study, mood study pun x de la kuat mana pun.. hmmm...

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Wednesday, May 21, 2014

WW #94 | Zoo Parlimen


Monday, May 19, 2014

Bila Gambar Seorang Blogger Digunakan Tanpa Izin.

pada suatu hari yang indah, tetiba aku disapa oleh member (ahli farmasi) yang baru sahaja menjalani sebuah kursus. kata beliau, muka aku ada dalam salah satu slide presentation dalam kursus di HKL tu. slide dalam 1 ceramah berkenaan "senyum".


kemudian, aku ditag dalam sebuah gambar di instagram. member aku (juga seorang ahli farmasi) perasan muka aku digunakan oleh penceramah tersebut sebagai contoh ekspresi muka bagi katagori "sikap tidak peduli"

senyum level 2, sikap tidak peduli, Pha Is, senyum selamba, muka tanpa reaksi

gambar tu siap ada waternark url blog Hikayat Budak Pening ni lagi. (nasib baik aku letak watermark. hehehe) aku rasa gambar tu asal dari entri aku yang bertajuk "senyum masa nak ambik gambar. perlu ke?". ni gambar asal :

ekspresi muka, senyum, ganas, selamba
ekspresi muka tidak peduli?

Bila Gambar Seorang Blogger Digunakan Tanpa Izin.


hmm.. mulanya, aku tak tau nak respons macam mana.. hahaha... tapi tak pe la. lagipun, aku rasa gambar tu digunakan untuk tujuan yang baik. tujuan untuk pembelajaran. bukan untuk komersial. so, aku tak kisah sangat.

seperti yang telah aku nyatakan dalam disclaimer aku :

Setiap entri yang tersiar di blog Hikayat Budak Pening ini dihasilkan untuk tujuan perkongsian. Pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun harus dikreditkan kepada Hikayat Budak Pening untuk memudahkan proses rujukan.

Manakala untuk penerbitan semula dan berorientasikan komersial, setiap bahagian daripada blog Hikayat Budak Pening ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan dalam bentuk lain, sama ada dengan cara bercetak, elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman dan sebagainya, tanpa izin Penulis terlebih dahulu.

p/s : kalau korang berada di tempat aku, apa yang korang rasa? tindakan korang?

Sunday, May 18, 2014

segmen geng blogwalkers

hudud, islamic law, richest country,
ini bukan baner segmen, tapi ini bendera negara Brunei Darussalam
kalau nak join, klik SINI


tugasan segmen : terjemahkan maksud "inda ku merati kurapak Brunei" kepada bahasa melayu standard.

untuk menafsirkan maksud ayat ini, ayuh kita menyelusuri maksud setiap perkataan dalam ayat tersebut dengan bantuan khidmat nasihat dari pusat rujukan persuratan melayu, dewan bahasa dan pustaka malaysia.

terjemahan bahasa Brunei


1. inda


menurut pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa dan pustaka, perkataan 'inda-inda' bermaksud 'barang-barang' dalam bahasa bajau tuaran. namun begitu, mengikut kamus dewan edisi ke-4, perkataan inda terdapat dalam penerangan kepada maksud 'berunding' iaitu dalam frasa 'inda berunding' (bahasa brunei) yang membawa makna tidak berkira.

dari situ saya dapat simpulkan inda mungkin sebutan dialek bagi perkataan 'tidak' dalam bahasa brunei.

2. ku:


menurut kamus dewan edisi keempat, ku mempunyai 3 maksud iaitu:
ku (i) = singkatan bagi aku: ~baca; ayah ~.
ku (ii) = singkatan bagi engku atau tengku.
ku (iii) = kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus).

kemungkinan maksud yang paling tepat dalam situasi ayat tersebut mungkin membawa maksud dari makna yang pertama iaitu singkatan kepada 'aku'

3. merati :


menurut kamus dewan edisi keempat, merati membawa maksud meratikan, memerhatikan.

4. kurapak :


tiada maklumat berkenaan perkataan kurapak dalam kamus dewan edisi keempat. namun begitu, wujud perkataan yang bunyinya hampir sama seperti perkataan kerpak, keropak, dan krapak.

kerpak membawa maksud: 1. bunyi spt bunyi ranting patah; 2. sj alat drpd buluh yg dibunyikan dgn menarik tali (utk menakutkan burung di sawah).
keropak pula membawa maksud : daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali).
krapak membawa maksud : berkrapak (Brunei) bercakap.

dari situ, mungkin istilah yang dimaksudkan oleh Fae dengan perkataan kurapak ialah krapak, yang membawa maksud 'bercakap'.

secara keseluruhannya, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" dapat ditafsirkan dengan maksud "tidak aku memerhatikan bercakap (bahasa) brunei".

selepas ditafsirkan  frasa demi frasa, terdapat kejanggalan pula pada maksud merati tersebut. dari teori saya sendiri, 'merati' disini mungkin merujuk kepada perkatan mereti, dimana ia terdiri dari perkataan 'reti' yang ditambah imbuhan me-. reti membawa maksud 'tahu' menurut kamus dewan edisi keempat. dari situ, saya dapat simpulkan merati disini mungkin merujuk kepada mereti yang membawa maksud mengetahui.

maka, tafsiran terakhir yang dapat saya tafsirkan, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" membawa maksud "tidak aku mengetahui bercakap (bahasa) brunei".

sekian.. hehehe..

rujukan :
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; Carian Pusat Rujukan Persurata Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/

Friday, May 16, 2014

16 Mei | Hari Guru

dalam entri berkenaan Hari Jururawat Sedunia pada 12 Mei yang lalu, ada orang berhajat agar aku wish kepada beliau untuk hari guru pulak. jadi hari ini, 16 Mei 2014, hari guru. meh nak wish.. hehehe..


 Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi



pertamanya saya ingin mengucapkan selamat hari guru kepada semua cikgu yang pernah mengajar saya di tadika kemas permatang sintok, SK permatang sintok, SMKA Al-Mashoor (L), cikgu PLKN, lecturer KMK, dan seterusnya lecturer di USM ini. 

dan selamat hari guru juga diucapkan kepada semua guru dan bakal guru seluruh malaysia, termasuklah blogger +Anne Nurain , cikgu Mohd Helmi Ahmad, dan kak +Vidalsisah vidal .. hmm.. sapa lagi yer blogger yang bergelar cikgu? ce habaq mai sat....

khas buat semua guru, terimalah, lagu nasyid dari saya yang bertajuk "Insan Mulia". lagu ni dinyanyikan oleh kumpulan nasyid 'wildan' dari Kolej Matrikulasi Kedah pada tahun 2008. (aku main alat muzik 'darbuka' yang kat paling hujung belah kanan tu..)

Thursday, May 15, 2014

Kuasa Vanish Stain Remover

sejak aku masuk asrama dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5, kemudian asrama di kolej matrikulasi, hinggalah kepada asrama di usm ni sampai sekarang, ada satu rekod yang sedang aku pertahankan. sejak aku masuk asrama dari tahun 2003 hingga sekarang, aku tak pernah lagi basuh baju pakai mesin basuh.

betul. semuanya aku basuh pakai tangan, walaupun ada mesin yg pakai duit syiling/kertas RM1 tu. kecuali masa plkn, sbb perkhidmatan dobi ada disediakan. tapi tu pun untuk baju rasmi plkn je (loreng, baju PT, dsb.)

selebihnya, aku basuh pakai tangan. kenapa? saja... hobi... hehehe...

sabun pun pakai sabun biasa je. masa sekolah dulu, aku suka giler pakai sabun cap kapak. lejen kot sabut ni, mesti ramai antara korang tak tau pasal kewujudan sabun ni.

sabun cap buruh
sabun cap kapak

 Vanish Stain Remover


sekarang dah macam-macam jenis sabun ada untuk basuh baju. makin canggih semua. antaranya Vanish Stain Remover ni. bukan main hebat iklan diorang. kalau nak tau hebat tak hebat iklan diorang macam mana, try klik kalau ternampak iklan Vanish Stain Remover ni. hehe..


p/s : Alhamdulillah.. rezeki cpuv nuffnang...

Monday, May 12, 2014

12 Mei | Hari Jururawat Sedunia

kementerian kesihatan malaysia

hari ni, 12 Mei hari jururawat sedunia. so, saja nak ucap selamat haru jururawat kepada kedua-dua orang adik aku, Sarah Hanim Zakaria dan Sakinah Zakaria, serta kepada semua jururawat2 seluruh malaysia, termasuklah blogger +asha hana (pemilik blog Tentang Cik Hana). eh, ada lagi tak blogger or pembaca blog ini yang bergelar jururawat. ce habaq mai sat. hehehe..

faiz, sarah hanim, sakinah, saufi

family aku ni agak lebih berorentasikan kepada jurusan kesihatan. aku bakal ahli farmasi, 2 orang adik aku bakal jururawat. adik yang bongsu je lain, tetiba ambik engineering. doktor pun ada, tapi sepupu kami la. kadang2, ada jugak adik aku mesej tanya soalan pasal ubat kat aku. tak keje lagi, dah jadi tempat rujukan pasal ubat. sabor je la..

sebelum tu, jom layan lagu sudirman pasal hari jururawat ni...


Rufaidah Bint Sa'ad | Jururawat Pertama Islam


hari jururawat 12 Mei ni sebenarnya sempena hari kelahiran seorang jururawat Inggeris, Florence Nightingale pada tahun 12 Mei 1820. tapi, dunia islam juga ada tokoh jururawat yang tak kurang hebatnya. beliau adalah Rufaidah Bint Sa'ad (570-632 M). 

beliau bertugas sebagai jururawat dalam medan peperangan bersama dengan Rasulullah SAW. antara peperangan yang beliau terlibat secara tak langsung adalah : *
  1. Perang Badr (17 Ramadan 2H=17 March 624M)
  2. Perang Uhud (11 Syawal 3H=26 March 625M)
  3. Perang Khandaq/Ahzab (Syawal 5H=March 627M)
  4. Perang Khaybar (7H=629M) 

*sumber dan rujukan:
Unit Kejururawatan HUSM. (2014 May) Disebalik 12 Mei, Hari Jururawat Sedunia; Laman Web Rasmi Unit Kejururawatan Hospital Universiti Sains Malaysia. dipetik dari http://www.kck.usm.my/nursing/index.php?option=com_content&view=article&id=17%3Adisebalik-12-mei-hari-jururawat-sedunia&catid=1%3Acarta&Itemid=28

Cash Out 8Share #5

alhamdulillah, berjaya cash out 8Share buat kali yang ke-5. rezeki. kali terakhir aku cash out pada 18 Mac lepas. kali ni, cash out pada 7 Mei. jadi la, kali ni aku ambik masa 7 minggu untuk cash out. dulu target aku nak tengok boleh dapat tak dalam masa sebulan. tapi target tak sampai. jadi la..


so, sapa yang belum join, jom la. tak susah mana pun dengan 8share ni. cuma share artikel kat laman sosial, kalau ada orang baca, kita dapat duit. walaupun tak de la banyak mana, tapi jadi la dari tak dapat langsung. hehehe.. jom..


kalau nak share di blog pun boleh. boleh tengok tutorial kat bawah ni :
cara ambil link iklan di 8Share
cara share iklan guna text
cara share iklan menggunakan gambar
tips share special 8share di laman sosial


Thursday, May 8, 2014

Apa Kriteria Ranking Alexa?

baru-baru ini, akau ada blogwalking ke sebuah blog yang agak popular, yang kalau disebut namanya, mungkin ramai yang kenali beliau. bagi aku, jika dibandingkan blog picisan aku ni dengan blog beliau, ibarat langit dan bumi.

tapi, apa yang aku hairan, bila aku klik toolbar alexa yang aku dah install tu saat aku melawat blog otai tersebut, aku hairan dengan ranking blog beliau yang bagi aku agak tak setanding dengan kehebatan blog beliau.

disitu, aku mula fikir:


apa sebenarnya kriteria yang diambil kira oleh Alexa untuk mengukur ranking sesebuah blog? 


jika trafik, aku kira trafik blog tersebut sudah cukup hebat, lebih hebat dari aku. follower pun ramai, lebih dari 20k (padahal aku 2k pun tak sampai). mungkin, blog tersebut ada  kekurangan dari sudut lain. tapi dari sudut apa?



dan jika kita lihat antara tips dan teknik meningkatkan ranking alexa adalah dengan :
1. daftar blog dengan alexa
2. menulis entri tentang alexa
3. memasang toolbar alexa
4. ......

adakah alexa mengukur ranking sesebuah blog dengan berapa banyak blog tersebut 'mengipas' dan membodek alexa?

p/s : sejak akhir2 ni, ranking blog aku merudum plak.. rasanya macam susah balik nak capai target hari tu.

Tuesday, May 6, 2014

The Liebster Award by Hunyeda

aku rasa aku dah pernah kena tag dengan segmen yg macam ni beberapa kali dah. terutamanya dulu masa aku mula2 berblog. sekarang dah kurang. tapi tadi, aku baru tau yang aku kena tag lagi untuk segmen seperti ini. cuma kali ni datang dengan 'penjenamaan' yang lebih 'berprestij'. ianya digelar "The Liebster Award".


segemn yg mudah. sediakan beberapa soalan dan tag beberapa orang blogger untuk mereka jawab, disertai dengan syarat agar mereka buat bnda yang sama (set-kan soalan baru dan tag blogger lain pula setelah menjawab soalan2 tadi)

bagi aku, sekali sekala, segmen yg macam ni best juga kalau join. ada manfaatnya. kelebihannya, kita dapat mengenal blogger tersebut dengan lebih dekat dengan soalan2 yang diajukan (yang kadang2 bersifat peribadi).

The Liebster Award


so, tanpa membuang masa, aku try jugak jawab soalan yang diajukan oleh cik Hunyeda tu. soalan2nya dalam english, tapi aku jawab dalam BM je lah yer.. hehehe..

1. describe yourself
forever alone

2. What is your feeling right now?
err.. feeling yang macam mana nih? lapar kira feeling jugak kan.? hehehe..

3. Do you have secret admirer
mesti la ada. tapi soalan ni tanya sama ada aku ada atau tak secret admire je kan..? tak tanya pun sapa. hehehe..

4. The best moment in your life ?
hmm.. banyak. mostly bila dapat makan makanan yang diidamkan setelah sekian lama tak makan makanan tu sampai kenyang yang betul-betul kenyang hakiki.

5. sosial media favourite
hmm.. susah nak jawab ni. setiap sosial media ada kelebihan dan kelemahannya. untuk networking, aku rasa FB better. kalau sekadar nk luah perasaan, twitter. kalau nak bina kredibiliti dan sebar info, blog. kalau sekadar suka2, instagram. boleh macam tu?

6. Who people do love so much and why ?
"who people do love.."?? aku ni slow sikit kalau dalam BI. apa yg aku paham, "siapa yang orang suka so much and why". well, mana la aku tau apa yang orang suka. yang aku suka aku tau la.. hehehehe...

7. What is your favorite movie or TV show?
feveret tv antaranya dexter, HIMYM, the vampire diaries, arrow, naruto, etc. kalau movie, dark knight trilogy, the matrix trilogy, etc.

8. The best moment in your life ?
bukan soalan ni berulang dengan soalan 4 ke..?

9. what is the most thing you always do before going to sleep ?
check instagram.

10. what matters most in hate
macam susah je soalan ni. soalan KBKK ni.. hahaha.. hmm.. bagi aku, nothing matters in hate. buat apa nk susah2 hate orang? buat sakit hati je..

11. Honestly , describe my blog ?
blog okay. simple dan nice. ada pembawakan yg tersendiri. cuma dulu ada 1 je masalah. kalau nk ke blog hunyeda dari profil google+, x boleh nk masuk..  mungkin sebab hunyeda pernah tukar url kot, tapi kat profil google+, tak tukar lagi url yg baru tu.. sebab kalau dari profil G+, dia tulis link blog 'contributor to' kepada blog http://hunyeda.blogspot.com/ dan bukannya http://hunyieda.blogspot.com/..


okay. setel bab jawab soalan. next, nak kena tag orang dan setkan soalan baru plak. hmm.. bab ni yang aku malas sikit. hehehe...tapi x pe la. aku try jugak buat.

soalan baru :

1. komen berkenaan blog Hikayat Budak pening ni?
2. hobi korang waktu lapang?
3. ciri2 pasangan ideal?
4. tetiba korang dapat duit sebanyak RM5juta. apa yg korang akan buat dengan duit tu?
5. siapa yang selalu jadi ikutan/rujukan korang dalam dunia blog?
6. warna kegemaran dan kenapa?
7. describe diri anda?
8. berapakah berat badan korang sekarang? (tak de paksaan untuk jawab, just nk tahu korang berani jawab dengan jujur or tak dgn soalan ni)
9. bnda yg paling tak suka bila blogwalking?
10. perkara yg paling nakal yg korang pernah buat?
11. perkara yg boleh membuatkan korang menangis?

teman yang ditag :
1. imantizz_truper (http://cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com/)
2. Niesa Lovecrew (http://niesa-lovecrew.blogspot.com/)
3. Kaki Travel Khairuddin (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)
4. Wafi Remli (http://wafiremli.blogspot.com/)
5. Yun Sing (http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/)
6. Cikna (http://cikna136.blogspot.com/)
7. W. Mastura (http://sejarahcintamastura.blogspot.com/)
8. Ai Syah (http://coretanuntukakudiadankamu.blogspot.com/)
9. husna zahidi (http://husnazahidi.blogspot.com/)
10. Asha Hana (http://asha-hana.blogspot.com/)
11. Aqilah Azmi (http://qileh.blogspot.com/)

dan sesiapa juga yang teringin nak jawab soalan2 aku tu, dipersilakan, walaupun tak ditag. anda amat dialu-alukan.. dan yang telah ditag, tiada paksaan untuk anda join segmen ni. sekadar seronok2. kalau rajin, jawab la.. kalau sibok, x pe.. saya faham.. hehehe..

kalau dah jawab nanti, bagi link yer kat ruangan komen.

Monday, May 5, 2014

Siapa Yang Gila?



Al-kisah, maka tersebutlah kisah...

" Bro ada RM1 tak, nak makan." Minta orang gila itu pada 2 orang pemuda yang tengah makan. Then one of them hulur RM2 sambil berkata "Nah, guna duit tu beli makanan, jangan beli bukan2 lak."

Si A : Kesian kat dia. Aku kenai dia. Dari kecik lagi dah ' short' mcm tuh. Sampai sekarang tak elok2..

Si B : At least dia dh konfom syurga. haha... Tapi hang tau apa yang lagi gila dari orang gila?

Si A : Ape?

Si B : Kita yang normal ni la..

Si A: Nape lak cakap cmtuh.

Si B : Sebab Tuhan dah turunkan Quran dengan Nabi untuk guide kita apa yang boleh buat and apa yang tak boleh, dah bagitau siap2 buat baik masuk syurga, buat jahat masuk neraka, later nanti akan ramai yang menyesal, salahkan orang lain etc but still kita rilek ja and do the opposite. We act like we are more superior than Him ...

Si A : (Sambil tengok orang gila tuh mintak2 duit kat orang lain ). Dia lagi normal dari kita.



sumber:
Wan Nashrullah Muhamad. (2014 Mei 2). Facebook Status. dipetik dari https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/684031914977192

Sunday, May 4, 2014

Filem Silence (2014) | Review


filem : Silence
pengarah : Firdaus Rahim
genre : thriller
pelakon : pelajar dari Pusat Pengajian Sains Farmasi USM batch kemasukan tahun 2011/2012
release date : 17 April 2014 (ulang tayang pada 8 May 2014)
tempat  : Dewan Kuliah G31, USM Penang.

Silence ni sebuah filem yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar farmasi USM. yup, budak farmasi buat filem. langsung tak ada kaitan kan? cerita yang berdurasi lebih 1 jam ini mengambil masa pengambaran selama hampir 3 tahun!. yer la, student farmasi mana ada banyak masa terluang sangat. mana nak study lagi, assignment lagi..

cerita ni dah ditayangkan 17 april 2014 yang lalu, tapi disebabkan sambutan yg menggalakkan dan atas permintaan tinggi, diorang ada buat ulang tayang bagi mereka yang belum tengok lagi cerita ni.

Silence: sebuah filem Pelajar Farmasi


aku dah tengok cerita ni. boleh tahan la bestnya. apa yang boleh aku kata, filem ni  melangkaui expectation aku. yer la, filem pun student yang buat, student farmasi plak tu, bukannya student art pun. so, expectation aku pada mulanya memang la tak tinggi. tapi bila dah tengok, fuh.. tak sangka.. melangkaui ekspektasi!!!

aku tak sure macam mana nak katagorikan genre filem ni. secara amnya, ia filem thriller, tapi ada action, ada drama, ada romantik, ada comedy.. macam2 ada.. memang berbaloi la dengan harga tiket RM3.00.. dan dari filem ni, mungkin orang luar boleh nampak secara kasar apa yang student farmasi kena belajar kat usm ni.

keseluruhannya, aku bagi gred B+..

bagi student USM penang dan bagi mereka yang tinggal berdekatan, kalau nak tengok filem ni, datang la ke Dewan Kuliah G31, USM khamis ini (8 May 2014) jam 8 malam. tiket boleh dibeli di pintu masuk dewan kuliah.

jaminan aku : memang berbaloi tengok!

trailer Silence (2014):




sinopsis :

Syafiq seorang pelajar genius yang berani dan keras kepala. Kehidupannya selaku seorang pelajar penuh liku dalam ketidaksetujuannya dengan sistem pendidikan sedia ada. Namun keberaniannya teruji apabila sebuah diari yang mengandungi formulasi virus pembunuh jatuh ke tangannya. Diikuti dengan misteri kematian seorang rakan, hidupnya mula berubah. Pemburuan pun bermula...

Saturday, May 3, 2014

Pengomen Pening April 2014

entri penghargaan top referral sudah. next, entri untuk pengomen tegar april plak. so, jom ushar senarai top 20 pengomen tegar blog Hikayat Budak Pening ini sepanjang bulan april. lets cekidaut..



1. Faizal Mohamad Twon Tawi (http://syukurnyasihat.blogspot.com/)


2. RDZ Z (http://myblogsantai.blogspot.com/)


3. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


4. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)

5. Niesa (http://niesa-lovecrew.blogspot.com/)

6. Yun Sing (http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/)

7. Cikna (http://cikna136.blogspot.com/)

8. Azlealee Bashir (http://chenachenis.blogspot.com/)

9. Ahmad Zu Mal Md Rayi (http://duniazumal.blogspot.com/)

10. n O e s u h a i m i (http://alyadina.blogspot.com/)

11. Bin Muhammad (http://relakssminda.blogspot.com/)

12. Wafi Remli (http://wafiremli.blogspot.com/)

13. W. Mastura (http://sejarahcintamastura.blogspot.com/)

14. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)

15. Ai Syah (http://coretanuntukakudiadankamu.blogspot.com/)

16. Tetamu Istimewa (http://mieadham86.blogspot.com/)

17. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)

18. ikhwan yusuff (http://duniakita94.blogspot.com/)

19. husna zahidi (http://husnazahidi.blogspot.com/)

20. Nurul Hidayah (http://www.nurulhidayahdiary.blogspot.com/)

terima kasih banyak-banyak aku ucapkan buat anda semua. seperti biasa, mereka yang tersenarai akan automatik masuk dalam bloglist :)

thank juga bagi mereka yang komen tapi tak tersenarai dalam top 20. dan terima kasih juga aku ucapkan bagi silent reader. nanti lepas ni, jangan la malu2 kucing nak komen kat sini yer..


Friday, May 2, 2014

Rejab | Persediaan Kearah Ramadhan

salam jumaat dan salam rejab. hari ni (2 May 2014) sudah pun 2 rejab 1435 H. Alhamdulillah, lepas ni, masuk sya'ban dan seterusnya, kita akan dikunjungi Ramadhan yang dinanti. dah tak jauh dah dengan Ramadhan.

Hadis Berkenaan Rejab


tapi bagi aku, bulan rejab ni antara bulan yang paling banyak kontroversi. sebab bila tibanya bulan rejab, berbondong-bondong manusia share "hadis" tentang kelebihan bulan rejab yang kebanyakannya hadis dhaif, malah ada yang berstatus hadis palsu.

antaranya, hadis  “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” hadis ini cukup popular, walhal ini hadis palsu.[1]


Doa Awal Rejab


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

berkenaan Doa awal rejab, yang bermaksud 'Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan', hadis ni berstatus mungkar dan sangat dhaif.[2]

namun begitu, ianya adalah doa. maksud doa ni dah baik dah. doa supaya Allah panjangkan umur kita supaya dapat merasa lagi ni'mat Ramadhan pada tahun ni. kalau doa yang baik, tak kan la jatuh hukum berdosa kalau diamalkan. yer dok? 

jadi, beramal dengan doa ni dibolehkan, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Nabi. 

Puasa Bulan Rejab 


selain itu, berkenaan puasa sunat pada bulan rejab. menurut Dr. MAZA dalam status FB beliau : 


"Kata ilmuwan agung hadis al-Hafizd al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam karyanya تبيين العجب بما ورد في فضل رجب bahawa sesungguh TIADA bagi Bulan Rejab hadis khusus kelebihan puasa padanya, samada yang berstatus sahih ataupun hasan".[3]

bagi aku, bulan rejab ni tak lebih dari menjadi peringatan buat kita bahawa Ramadhan semakin menghampiri. jadi, eloklah sekiranya dalam bulan ini, kita buat persiapan menjelangnya Ramadhan. banyak persiapan yang kita dah boleh buat. 

contohnya, perbanyakkan puasa sunat isnin dan khamis sebagai latihan menjelang ramadhan. cuma niatkan sepertimana puasa sunat isnin dan khamis macam biasa, sepertimana berpuasa sunat dalam bulan2 yang lain. tanpa tambahan niat untuk bulan rejab bagi mendapat sekian-sekian fadhilat dan sebagainya. 

selain puasa sunat, puasa mana yang belum ganti, boleh cepat2 buat (perempuan terutamanya. lelaki tak de kot noh...). tak kan nanti nk 'jamak' puasa ganti tahun lepas dengan tahun ni punya. hehehe...  

antara persediaan yang lain, baju raya pun dah boleh start cari ni. #eh... 

wallahu a'la wa a'lam



rujukan : 
1. Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (2009 Jun 23). Hadis Palsu Rejab, Syaaban; Minda Tajdid. dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=646
2. Abu Ismaaeel Fathi. (2011 Jun). Penjelasan Status Hadith : Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"; Ansarul Hadis. dipetik dari http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/penjelasan-status-hadith-doa-berkatilah.html
3. DrMAZA.com. (2014 Mei 1). Timeline Photo; Facebook page. dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152453308927990
4. Fathullah Al-Haq. (2012 Mei 24). Kajian Ilmiyah Mengenai Status Hadis Doa Ketika Memasuki Bulan Rejab; Fikrah Halaqah. dipetik dari http://fikrahhalaqah.com/kajian-ilmiyah-mengenai-status-hadis-doa-ketika-memasuki-bulan-rejab/

Kawasaki Z250 vs Kawasaki Z250SL | specification

baru dapat tahu yang kat indon, Kawasaki RR Mono 250SL didatangkan sekali dengan versi naked iaitu Kawasaki Z250SL. fuh, untung ler orang indon. tahun ni saja banyak giler model baru yang masuk pasaran indon. mana dengan Yamaha YZF R25 dan Yamaha YZF R15 lagi... hmm.. malaysia? cuma ada pembaharuan untuk Yamaha FZ150i yang baru. tu pun bagi aku huduh giler, sebab 'indian style'...

so, bagi Kawasaki 250cc sahaja, indon dah ada banyak pilihan. kalau nak sportbike full fairing, boleh pilih sama ada Kawasaki Ninja 250r ataupun Kawasaki RR Mono 250SL. kalau nak naked bike, boleh pilih sama ada Kawasaki Z250 ataupun Kawasaki Z250SL.

untong ler orang indon...

parallel twin vs single cylinder, sport bike, full fairing

parallel twin vs single cylinder, naked bike


so, jom kita tengok perbezaan antara dua model ni. antara enjin mono silinder dan parallel twin.

1. Kawasaki Z250


naked bike, parallel twin

enjin : 4-stroke liquid-cooled Parallel Twin
Valve system: DOHC, 4 valve per cylinder
displacement : 249 cc
max power: 31.5hp @ 11,000rpm
max torque: 21.0 Nm @ 10,000 rpm
berat : 168 kg





2. Kawasaki Z250SL


single cylinder, naked bike

enjin : 4-stroke liquid-cooled single cylinder
Valve system: DOHC, 4 valve per cylinder
displacement : 249cc
max power: 27.6 BHP @ 9700 RPM
max torque: 22.6Nm @ 8,200RPM.
berat : 148 kg (Non-ABS model)

Model
Kawasaki Z250
Kawasaki Z250SL
Gambar
naked bike, parallel twin
single cylinder, naked bike
Enjin
4-stroke liquid-cooled Parallel Twin
4-stroke liquid-cooled single cylinder
Valve system
DOHC, 4 valve per cylinder
DOHC, 4 valve per cylinder
Displacement
249 cc
249cc
Max torque
21.0 Nm @ 10,000 rpm
22.6Nm @ 8,200RPM
Max power
31.5hp @ 11,000rpm
27.6 BHP @ 9700 RPM
berat
168 kg
148 kg (Non-ABS model)

aku cuma buat prbezaan kebanyakannya dari segi enjin je, sebab aku nak bandingkan performance. specs lain (brake, tayar, tank, dsb.) boleh google sendiri kalau nak tau. hehehe..



rujukan :
1. MotoMalaya.net (2014 MAy 1). 2014 Kawasaki Z250SL Officially Launched in Indonesia – the supernaked of RR Mono – Rp. 38,9 million (RM10,978). dipetik dari http://motomalaya.net/blog/2014/05/01/2014-kawasaki-z250sl-officially-launched-indonesia-supernaked-rr-mono-rp-389-million-rm10978/
2. Azizul Hakim. (2013 Sept). Kawasaki Z250 street fighter 2013 Spesifikasi Dan Harga Di Malaysia; Realiti Insan. dipetik dari http://azizulhakim91.blogspot.com/2013/09/kawasaki-z250-street-fighter-2013.html

Thursday, May 1, 2014

Top Referral April 2014

bulan april sudah meninggalkan kita. sekarang dah masuk bulan mei. cepat je masa berlalu. tak lama lagi masuk bulan jun plak. masa tu aku pun dah sibuk dengan final exam. hmm...

so, sempena penutupan tirai bulan april yang lepas, jom kita terjah senarai penyumbang trafik terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ni melalui bloglist masing-masing, sepanjang bulan april yang lalu. sumber statistik diperolehi dari histats.com

lets cekidaut.. 



1. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)

2. Karyaku Paridah Ishak (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)


4. Blog Santai Bloglist (http://bsbloglist.blogspot.com/) 

5. Kaki Travel Khairuddin (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)



8. Mizz Aiza (http://www.mizzaiza.com/)

9. ChenaChenis Stories (http://chenachenis.blogspot.com/)


11. Tinta Sebuah Kehidupan (http://duniakita94.blogspot.com/)

12. Buat Wanita (http://buatwanita.blogspot.com/)

13. Syukurnya Sihat (http://syukurnyasihat.blogspot.com/)


15. Tetamu Istimewa (http://mieadham86.blogspot.com/)

terima kasih kerana telah sudi meletakkan blog Hikayat Budak Pening ini dalam bloglist masing2. secara automatik, kesemua blog yang tersenarai dalam list kali ni akan dimasukkan ke dalam bloglist Hikayat Budak Pening ini.

p/s : selamat bercuti hari pekerja..