Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2014

WW #91 | Kote Mamak?

Junior Belanja

tiap-tiap tahun, budak farmasi usm ada tradisi senior 4th year belanja junior2 dibawahnya. tahun lepas masa aku 4th year aku dah belanja junior2 aku seperti yang aku dah cerita kat sini : Belanja Junior. tahun ni tiba masa untuk junior aku si syauqi untuk belanja plak. dan disebabkan aku tak grad lagi, dapat la merasa makan free.. hehe.. 

rezeki. dapat merasa ikan siakap 2 ekor untuk 7 orang makan. tak sempat nak ambil gambar ikan, tinggal tulang je. last2 cuma dapat ambil gambar kami dengan muka keriangan kerana kekenyangan.



Khas Untukmu Wanita

Kau digelar sebagai penyeri dunia Hadirmu melengkap hubungan manusia Bukan sahaja dirindui yang biasa Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa -Wanita by Dehearty
tadi bila tengok nuffnang, alhamdulillah, melekat 1 lagi CPUV kat blog aku ni. cpuv dari Whisper Mesh & Cotton. rezeki, walaupun aku ni bukan seorang pengguna produk tu. hehehe.. mungkin sebab aku tulis dalam survey nuffnang aku tu, ramai pembaca aku terdiri dari kalangan wanita.
 Whisper Mesh & Cotton

iklan ni bila aku klik, dia terus direct kepada sebuah entri di blog blog Yuyu Zulaikha (http://kupukupukecik.blogspot.com/). hebat beliau. orang lain dapat cpuv, dia msuk dalam cpuv. hahaha..

menurut Yuyu, pihak whisper ada anjurkan program ber-yoga dengan Yuyu Zulaikha pada hari Sabtu ini di Hartamas. menarik kan.? senang je, cuma jawab slogan mudah, dan berpeluang mengikuti yoga class dengan Yuyu Zulaikha... dengan Yuyu Zulaikha kot...!

kalau nak tau lebih lanjut, try la cari iklan tu kalau jumpa. hehehe..

akhir kata, ker…

Enjin Motosikal | In-Line VS V-Twin : Kelebihan Dan Kekurangan

sejak dua menjak ni, aku agak rajin study. tapi bukan study paper farmasi. aku study pasal enjin moto. pergh.. langsung tak ada kaitan, kan? lecturer suruh tengok video pasal nerve cell, 10 minit pun rasa dah boring. tapi kalau baca info atau tengok video pasal komponen enjin, tak sedar dah 2-3 jam masa berlalu.

mungkin sebab bila dah minat, walaupun kita bukan 'ahli' dalam bidang tu, tapi apa pun ilmu pasal minat kita tu, kita sanggup dan rasa seronok belajar. contoh lain yang mudah, bidang fotografi.

so, jom cekidaut satu info yang bagi aku sangat menarik sehingga aku sanggup tulis entri ni walaupun pada jam 3-4 pagi. kalau korang bukan jenis yang minat pasal moto ni, cukup sekadar korang baca sampai perenggan ini. kemudian tanya diri korang, ada tak bidang yang korang bukan 'ahli' dalam jurusan tu, tapi kurang suka baca pasal benda tu?

 in-line vs v-twin
kali ni aku cuma nak sentuh pasal enjin 4-stroke sahaja, sebab enjin 2 stroke dah nak hampir pupus. tinggal beber…

Segmen First Annivessary Blog Asha Lya

klik baner untuk join sebelum 5 May 2014
aku tengok rami plak yang join GA ni. terus membuatkan aku teringin jugak nak join. heheh.. so, jom sama-sama mengimarahkan GA ni.

mini cooper untuk orang gay?

ini bukan aku main reka tau. dah banyak kali aku dengar dari member dan terbaca kat internet. persepsi orang mengatakan kalau lelaki pakai kereta mini cooper, nampak macam orang gay. macam-macam, kan?



secara jujurnya, aku agak minat dengan bentuk kereta mini cooper tu, terutamanya mini cooper S. adakah ini membuatkan aku gay? hahaha... tapi serius, style kot bentuk dia. dengan MINI Twin Power Turbo engine lagi. kalau nak tau spesifikasi lanjut, boleh tengok sini : THE NEW MINI

yang aku kurang berkenan, cuma dia ada dua pintu. kurang praktikel kalau berkeluarga, dan kalau nak angkut ramai orang... kereta mini cooper yang 4 pintu, aku rasa huduh plak bila tengok. contohnya mini countrymen ni. dah tak beberapa nak 'mini' dah. heheh

tapi kereta ni aku minat gitu2 je la. rasanya macam tak mungkin kot kalau nak beli. dengan harga dia lagi. hmm.. yang mana teringin nak try test drive, boleh tengok kat sini : They're giving you a chance to drive the new MINI. You want?




1st Mini GA by NaNie DeaN

klik baner untuk join.. :)

Biasiswa Maxis

berita baik bagi mereka yang ingin menyambungkan pelajaran ke degree (ijazah sarjana muda) di luar negara, sebab korang boleh try mohon biasiswa dari maxis. yup. biasiswa dari MAXIS. aku pun baru tau yang maxis ni ada sediakan biasiswa.


Maxis Scholarship for Excellence Awards

"The Maxis Scholarship for Excellence Awards is a scholarship programme that promotes excellence and has enabled talented young Malaysians to benefit from an education at some of the most prestigious universities. Since the programme was launched in 2005, Maxis has awarded scholarships to 244 Malaysians."
syarat memohon biasiswa ni antaranya, Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 3A, atau Diploma CGPA 3.5, atau A Level 3 A. kalau nak tau lebih lanjut atau nak terus memohon, boleh tengok kat sini : Maxis Scholarship for Excellence Awards
sekarang ni, walaupun biasiswa ada banyak, tapi persaingan tinggi. so, kena cepat rebut peluang. 

SEGMEN : AYUINSYIRAH MENCARI RAKAN BLOGGER BARU DAN LAMA

klik baner untuk join.. 
soalan : BILALAH ANDA MULA MEWUJUDKAN BLOG ANDA?
jawapan : sejak november 2010

BE Study | Treatment for Diabetes

sukarelawan diperlukan dalam kajian untuk ubat bagi merawat penyakit diabetes. jika nak tahu tatacara untuk join, sila rujuk sini : Tatacara nak join BE study

nama study : MAY IK1600 Study
tujuan study : Treatment for Diabetes
tempoh study :  2 periods of study + 1 safety follow up
tempat : Loh Guan Lye Hospital,  238 Jalan Macalister, Georgetown, 10400 Pulau Pinang
(safety follow up at Gleneagles Medical Centre,  Jalan Pangkor, 10050 Georgetown, Pulau Pinang)

Period 1
masuk wad : 02 May 8-9pm
keluar wad : 04 May selepas 8am

Period 2
masuk wad : 09 May 8-9pm
keluar wad : 11 May selepas 8am

bayaran yang diberikan : RM510.00

kalau berminat sila sms nama anda ke nombor 016-4125760 (sila rujuk Tatacara nak join BE study) untuk buat temujanji untuk screening dan taklimat ringkas.


BE Study | MAY IK1490

untuk nak tahu tatacara nak join, sila rujuk sini : Tatacara nak join BE study

nama study : MAY IK1490 study
tujuan study : Treatment to control all allergic conditions which are responsive to Antihistamines
tempoh study :  2 periods of study + 8 subsequent blood draws (SBD) & a safety follow up
tempat : Info Kinetics, Penang Gleneagles Medical center (GMC). Jalan Pangkor, 10050 Georgetown, Pulau Pinang (coordinate : 5.427113, 100.319828)

period 1 :-
masuk wad : 2 may (jumaat) jam 8-9 malam
keluar wad : 4 may (ahad) selepas jam 8 pagi

SBD & safety follow up (just datang GMC untuk ambil darah sahaja)
04 May 8pm
05 May 8am
05 May 8pm
06 May 8am

period 2 :-
masuk wad : 9 may (jumaat) jam 8-9 malam
keluar wad : 11 may (ahad) selepas jam 8 pagi

SBD & safety follow up (just datang GMC untuk ambil darah sahaja)
11 May 8pm
12 May 8am
12 May 8pm
13 May 8am

bayaran  : RM 830 (jumlah yang korang akan dapat)


kalau berminat sila sms nama anda ke nombor 016-4125760 (sila rujuk Tatacara…

Tatacara nak join BE study

dulu aku selalu join BE study. BE study ni macam korang jadi volunter untuk sebuah kajian pasal ubat. aku rasa lepas ni aku akan share blog ini kalau ada study baru. mana tahu kot-kot ada yang berminat, terutamanya bagi orang penang (sebab study yang aku share kat sini dijalankan kat penang). kalau yang berminat dan nak tahu macam mana procedure BE study ni, meh aku cerita kat sini.

Tatacara nak join BE study
basically, kalau korang nk join, apa yang korang kena buat ialah korang contact nombor yang akan aku share nanti, sms nama penuh dan tulis kata nak join sekian-sekian study (nanti aku akan share kalau ada study baru). contoh kalau untuk study ini : [[hai, saya Ali Bin Abu nak join study MAY IK1490.]]. tak kisah BM or BI.

korang contac just untuk buat appointment untuk buat health screening dan taklimat ringkas berkenaan study tu.

bila tiba hari appointment yang telah dipersetujui, korang pergi ke hospital tersebut (rujuk kepada study yang aku share nanti) untuk buat sesi taklimat…

WW #90 | Be Nice to Pharmacists

Beli Kereta Ketika Belajar?

student universiti dan hutang PTPTN berpisah tiada. keluar je dari Universiti, kerja belum lagi, dah berhutang. kecuali la kalau ada tajaan biasiswa atau "PaMa". tapi aku rasa majoriti student U masih lagi bergantung hidup dengan pinjaman PTPTN.
Beli Kereta Ketika Belajar?
lepas tu sekarang ni, tak cukup dengan hutang PTPTN, boleh tambah dengan hutang kereta. belum kerja lagi, dah boleh berhutang untuk beli kereta. siap ada promosi lagi. kalau tak percaya, tengok sini : Who says you can't get your own car while studying?

memang tak dapat dinafikan, ada kebaikan promosi macam ni. tapi, aku rasa kalau masih belajar dan masih bujang, kereta ni sekadar kehendak kot. belum lagi keperluan. kalau stakat hidup dalam U, tak ada kereta pun boleh hidup. kalau macam kat usm ni, bas pun ada.
kalau perlukan transport jugak, moto pun okay dah. paling koman pun, basikal pun dah kira okay. ada je member aku sekarang ni berbasikal ke kelas. 
akhir kata, tepuk dada, tanya selera. korang ra…

250cc 4 Cylinder Motorcycle

dah lama tak sembang pasal motor. tetiba rasa nak tulis pasal superbike plak hari ni. dalam aku tengah syok buat 'research' pasal sportbike (kadang2, ini hobi aku dikala waktu lapang) tetiba aku terfikir persoalan  ini :

kenapa sudah tiada lagi motosikal kelas 250cc yang mempunyai enjin 4 cylinder di pasaran?
sebagai contoh, boleh tengok model-model motosikal kelas 250cc kat bawah ni :

model : Kawasaki Ninja ZX-2R kelas : 250cc enjin : 4 cylinder in-line tahun dikeluarkan : 1988-1999
model : Yamaha FZR250 kelas : 250cc enjin : 4 cylinder in-line tahun dikeluarkan : 1986 - 1994
model : Suzuki GSX-R250 kelas : 250cc enjin : 4 cylinder tahun dikeluarkan : 1987–1990
model : Honda CBR250 kelas : 250cc enjin : 4 cylinder in-line tahun dikeluarkan : 1986–1996
yang kat atas tu antara motosikal 250cc yang aku jumpa untuk kelas 250cc yang enjin 4 cylinder. semuanya dikeluarkan pada tahun 80-an sehingga 90-an. bila aku cari model motosikal kelas 250cc yang ada di pasaran sekarang, dah tak…

Kawan Kahwin | Ulu

alhamdulillah, seorang lagi member sekolah menengah yang telah menamatkan zaman bujang. Tahniah buat Leftenan Muhammad Hakim Bin Hashim (a.k.a Ulu) dan pasangannya Nor Hashima Binti Azmi. Barakallahu lakuma wa baroka a'laikuma wa jamaa' bainakuma fil khair. semoga korang berdua berbahagia hingga ke syurga. amiin..

Leftenan Muhammad Hakim Bin Hashim dengan Nor Hashima Binti Azmi. 
malangnya, aku tak dapat nak duduk lama sikit kat situ sebab ada hal sikit kat usm. kalau tak boleh masuk dalam gambar ramai2 sekali dengan budak mashoor yang lain. ada yang datang petang sikit. yang tu lagi ramai..

Perkahwinan Seorang Leftenan

style jugak perkahwinan member aku tadi. beliau graduan dari UPNM (Universiti Pertahanan national Malaysia). kahwin pun ala-ala tentera gitu. siap berarak diiringi dengan pegawai tentera beserta dengan tiupan bagpipe. lepas tu, diorang berjalan dibawah pedang.


apa-apa pun, tahniah dan terima kasih la kepada tuan rumah. makan mewah aku lunch tadi. nasi biryani …

WW #89 | Amaterasu

Post by Pha Is.

Segmen Blogwalking By DayangDeno

klik SINI untuk join sebelum 1 may 2014 jam 11.59 malam.

Duit Dalam Akaun Aku Kosong!

kosong..!!!! apa dah jadi nih? tadi bila aku buka akaun aku, duit semua dah tak ada. kosong! licin! lesap! mana pergi semua duit aku ni??? tetiba je, angka dalam akaun nuffnang aku jadi kosong. semuanya setelah aku buat cash out request. hehehe.. 
Cash Out Nuffnang



saja nak bagi saspen. hehehe..  ini kali kedua aku cash out untuk akaun nuffnang aku tu. memang kalau request cash out, diorang akan terus otomatik tulis akaun kita jadi kosong, on the spot.! walaupun cheque lambat lagi nak sampai.

dulu masa aku requst cash out buat pertama kali, masa bulan 12 tahun lepas, aku dapat cheque dalam awal bulan 2. so, lambat jugak la proses tu. kali ni mungkin awal bulan 6 nanti baru dapat cek kot. 
alhamdulillah.. janji ada jugak rezeki. thanks kepada korang2 semua yang sudi menabung kat sini.. :) dah dapat duit ni, boleh la kot kalau nak anjurkan GA. hmm.. sedang dipertimbangkan.. hehehe.. 

Keluarga Ralat Anak Kahwin Awal

Sekarang ni, sudah mula beberapa berputik trend berkahwin lepas grad. Maksud aku, on the spot lepas grad, belum bekerja, terus kahwin. Member aku sendiri pun dah ada beberapa yang dah berstatus bini/suami orang selepas grad. Malah ada yang sampai tahap “hari ini grad, esok kahwin”.

Fenomena ni ada kebaikan dan ada keburukanya. Tapi tu bukannya point aku kat sini.

Keluarga Ralat Anak Kahwin Awal
Mungkin ada sesetengah keluarga yang ralat dengan kes kahwin sebelum kerja ni. mungkin mak bapak kepada pengantin tak kisah, tapi mungkin saudara mara jauh yang ambil peduli. Mungkin mak sedara kepada pengantin perempuan pulak yang rasa tak puas hati bila anak dara tak masuk keje lagi, dah kahwin, walaupun anak teruna dah keje dah. Eh, berapa banyak mungkin da...

Kata mereka, “alah, tak sempat nak merasa kerja hidup bujang, tak sempat nak merasa gaji dalam keadaan bujang, dah nak kahwin.. bagi la puas hidup bujang dulu...”

Ekceli, ini dari cerita benar. Bukan aku main reka. Aku dapat cerita-ce…

Apa Salahku?

pergi kepci, nampak ada dua line. aku masuk kat line beratoq yg paling pndek (3 0rg je). tapi line yang ramai orang tu cepat je beli ayam. sampai ada org lain yg datang lewat dari aku pun dah siap beli. aku masih lagi tunggu dengan sabar.

lagipun aku tengok orang yg tengah order kat line kami tu order banyak. mungkin la lambat sikit.

tetiba, orang depan aku sembang ngan aku. dia sembang dengan nada tak puas hati, sebab katanya cashier kat line kami tu buat keje slow. aku cuma mampu tersenyum.

"lembab betoi buat kerja".. "ni saya nk makan pun dah tak ada selera".. dan beberapa lagi kata beliau yang diulang-ulang dengan agak kuat, aku rasa dia saja nak bagi cashier tu dengaq.

bila tiba giliran orang depan aku tu order, dia order pun dengan nada yang 'kurang enak'. sampai cashier tu pun aku tengok buat keje dah macam tak ikhlas. penyepit roti pun dia macam dah lempar macam tu je. layanan pun dah macam nak halau orang depan aku tu keluar cepat2 je..

dalam hal n…

segmen : blogwalking bersama cikgu ayu

klik baner untuk join. 

WW #88 | Pelam

P/s : skrg sdg bercuti midsem. Sdg goyang kaki kt rumah. Update pun pkai android. Klau stakat wordless Wednesday ok la. Kalau entry biasa, x larat nk taip :)
posted from Bloggeroid

14 April | Jarak Terdekat Marikh Dengan Bumi

tadi, aku terbaca satu artikel yang mengatakan pada 14 April 2014 ini, akan berlaku 1 fenomena di mana kedudukan planet marikh adalah terdekat dengan bumi kita, dengan jarak 92 juta kilometer (92 000 000 km).

Jarak Terdekat Marikh Dengan Bumi

menurut artikel tu, 92 juta kilometer tu bagi ahli astronomi adalah jarak yang sangat dekat secara significant, walaupun jarak ini mengambil masa sebanyak 6 bulan perjalanan dengan roket NASA yang paling pantas.

opposition of Mars
menurut NASA:

"Astronomers call this event an "opposition of Mars" because Mars and the Sun are on opposite sides of the sky.  Mars rises in the east at sunset, and soars almost overhead at midnight, shining burnt-orange almost 10 times brighter than a 1st magnitude star."

untuk maklumat lanjut, boleh tengok video kat bawah ni :


sumber :  Ruberry E. (2014 Apr 2). One Night Only: Mars Comes Closest To Earth On Same Night As A Total Lunar Eclipse; Science Channel; Inscider.
retrieved from http://blogs.…

Simple 1st Giveaway Blog Kisah Kita

Assalamualaikum w.b.t.
Klik banner untuk join.

Dijemput semua untuk memberi sokongan dan memeriahkan lagi Simple 1st Giveaway dari Blog Kisah Kita iaitu GA bersama My Stitching Wold and Shop. Buat pertama kalinya GA ini dianjurkan, harap ianya mendapat sambutan. Semoga GA ini dapat menambahkan lagi kenalan dan mengeratkan silaturrahim sesama rakan-rakan.
Syarat-syaratnya cukup mudah dan ada hadiah menanti pemenang yang bertuah berdasarkan random.org
Hadiah-hadiah: Sepasang Kain Pasang (100% Crepe Silk) - 1 Pemenang 1 Shawl - 1 Pemenang 1 T-Shirt (Bandung) - 1 Pemenang 1 Fridge Magnet (Bandung) - 1 Pemenang 1 Fridge Magnet (Pulau Pangkor) - 1 Pemenang
GA ini berlangsung dari 1 April 2014 - 30 April 2014