tetiba terperasan sebuah komen dari
+noor liyana , minta aku tuliskan sebuah entri berkenaan silat. bila difikirkan balik, dah lama aku tak tulis pasal silat. mungkin sebab sekarang aku dah kurang aktif, tak macam dulu. kalau dulu, ada je entri yang aku tulis pasal silat.
entri aku yang bertag "silat" ada dalam 43 entri.
Pertahanan Diri Yang Cukup Hebat
tapi, tu dulu la. nak cerita pengalaman, rasa macam dah banyak pengalaman yang aku dah luahkan sebelum ni. enri masa aku baru mula nak berblog la. enri dalam tahun 2010-2012 macam tu. kali ni aku cuma nak bangkitkan isu berkenaan silat ni.
1. kenapa mesti belajar seni pertahankan diri?
bagi aku, ilmu seni pertahankan diri ni macam ilmu berenang la. kita belajar sebagai persiapan. memang belum tentu lagi nak guna, tapi masa akan datang kita tak tahu. kan? mana tahu nanti tetiba kita naik bot tanpa jaket keselamatan, lepas tu bot tu karam. ha, masa tu baru la fikir, kenapa la dulu aku tak belajar berenang.
sama la halnya dengan ilmu pertahankan diri. nanti, bila dah terperangkap dalam satu situasi yang memerlukan kita pertahankan diri, tak kan masa tu baru nak menyesal kenapa dulu tak belajar seni bela diri. kan?
2. kenapa mesti silat?
ha ah, kenapa tak masuk je kelas tae kwan do ke, krav maga ke, dan sebagainya. aku tak kata belajar tae kwan do salah. aku cuma nak bagitau yang kita juga ada identiti kita sendiri sebagai orang melayu. sama la macam bahasa. tak salah belajar bahasa asing, tapi pastikan dulu bahasa ibunda kita terpelihara. kalau semua nak belajar bahasa asing, sapa nak pertahankan bahasa melayu?
kita ada ilmu pertahankan diri hak kita. warisan nenek moyang kita. kenapa nak dipersiakan? takut tak cukup 'power'? belajar dulu, fahami 'isi' dan 'kulit' dalam silat. kemudian baru bandingkan.
3. relevenkah silat?
aku cukup hangat hati bila ada yang kata sekarang orang tak main dah silat semua tu. sekarang orang pakai pistol. cakap kencang. meh aku nak tanya, yang cakap tu ada pistol ka? orang malaysia ni bawak pistol macam bawak beg duit ka? so, mana lagi relevan? silat, atau pistol?
|
pistol vs silat
klik gambar untuk tumbesaran sempurna |
lagi satu, kalau betol pun kita berhadapat dengan orang yang ada pistol, dan kalau korang percaya yang korang dah tak boleh buat apa-apa sebab takutkan pistol tu, aku nak tanya korang soalan ni : korang tak rasa syirik ke sebab takutkan pistol?
persembahan dari Srikandi berpurdah dan berhijab dari Gelanggang Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Padang Terap, Kedah. persembahan sempena "Himpunan 1000 Srikandi Wanita Melayu" yang diadakan pada 1 Mac yang lalu, bertempat di Taman Tasik Titiwangsa
sumber gambar : Persatuan DUNIA SENI SILAT MELAYU Malaysia (fb group)
4. ilmu kebatinan?
aku tak kata bila korang belajar silat, orang tembak dengan pistol jadi tak lut. aku cuma nak kata, kalau betol korang belajar silat luar dan dalam, isi dan kulit, zahir dan batin, korang tak akan gentar dengan pistol sebab korang tahu, pistol tak akan meletup kalau Allah tak izinkan.
kita cuma usaha buat persiapan jaga diri. itu Allah yang suruh. resultnya nanti, terpulanglah kepada Allah. kalau dalam situasi yang macam tu, kalau Allah kata kita mati, mati lah kita. buat la macam mana pun. tapi sebelum tawakkal, kena usaha...
"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya...."
(Al-Anfaal 8:60)
itu apa yang aku diajar berkenaan ilmu kebatinan dalam silat. bukan ilmu tahyul khurafat. kami belajar silat tapi tak bergantung kepada silat. kami belajar silat tapi bergantung hati kepada Allah. untuk bacaan tambahan berkenaan kebatinan dalam persilatan, boleh tengok entri ni :
silat hantu raya
5. tahyul / khurafat ?
bab ni, agak kontroversi sikit. aku tak kata semua silat melayu bersih dari amalan tahyul ni. dari pengalaman kawan yang sama-sama belajar silat, dari jurulatih-jurulatih yang aku belajar, aku dapat tahu memang ada sesetengah silat yang masih pakai khadam. tapi tak semua.
sekarang ni, susah nak jumpa silat yang jenis macam tu. banyak lagi silat2 lain yang tidak bercanggah dengan agama. contohnya, silat2 yang "mainstream" seperti silat cekak, gayong, lincah, gayong fatani, dan sebagainya. silat-silat yang diiktiraf oleh jakim.
6. masih musykil?
bagi orang penang, kebetulan hari ahad ni ada majlis penerangan dan mini demonstrasi Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) cawangan Pulau Pinang. kalau ada sebarang kemusykilan tantang silat ni, boleh tanya dengan jurulatih sendiri. tanya face to face, baru puas hati. yer dok? hehehe
yang 16 mac tu penerangan je. tak nak daftar lagi pun tak pe. boleh je pi tengok dahulu...