Friday, February 28, 2014

Wishlist #6 | Menembak Senapang .50 Caliber

dah lama tak sambung entri wishlist aku. kalau nak tengok wish list aku yang sebelum ni, boleh tengok kat sini : wishlist #1, wishlist #2, wishlist #3, wishlist #4, dan wishlist #5.

Menembak Senapang .50 Caliber


antara wishlist aku, adalah nak merasa menembak menggunakan mana-mana senapang yang menggunakan peluru .50 caliber. bukan nak memiliki, tapi cuma nak merasa pengalaman menembak guna senapang tu. walaupun sekali, jadi la.

sebelum ni, aku pernah menembak dengan menggunakan senapang colt M16 caliber 5.56mm masa dalam kem PLKN. tak best sangat pun, rasa dan bunyi macam tembak angin je.

sniper rifle
colt M16 caliber 5.56mm
senapang .50 caliber ni ada banyak jenis. aku tak kisah mana-mana pun, janji yang peluru .50cal. contohnya, Barrett M99 variation .416 macam kat bawah ni :

sniper rifle
Barrett M99 variation .416

Beza Saiz Peluru


kenapa mesti peluru .50cal? sebab saiz dia yang besar. contohnya, panjang peluru .50 cal tu lebih dari 2 kali ganda panjang peluru 5.56mm (peluru untuk colt M16). meh aku nak tunjuk beza peluru .50 cal dengan peluru2 senapang biasa.

different ammo size, 5.56mm, .50 cal, 7.62mm, 9mm
beza saiz peluru

ammo different diameter, .50 cal, 7.62mm, 5.56mm
beza diameter peluru

Recoil yang tinggi


nampak kan beza dia. Newton's 3rd law of motion mengatakan, setiap 'action force' akan ada 'reaction force'. jadi, semakin berat peluru dia, semakin kuat recoil senapang tu. feeling recoil tu yang aku teringin nak merasa.

newton's third law of motion, action reaction force,
recoil

kalau nak tengok recoil dia macam mana, tengok video kat bawah ni :



sumber dan rujukan : 

1. Hodge H. (2011 Feb 2). Army Sets Sights on New Rifle: Competition Would Replace M16s and M4s, Workhorses With Reliability Issues. The Wall Street Journal. http://online.wsj.com/news/articles/SB10001424052748704124504576118550237336920
2. Guns & Ammo 101. (2013). What is Caliber? Bullet Sizes Explained. http://www.gunsandammo.info/ammo/what-is-caliber
3. EkShiksha. Force and Law of Motion. http://www.it.iitb.ac.in/ekshiksha/eContent-Show.do?documentId=65
4. usmcboyer. (2011 Oct 21). 50 Cal. Sniper Rifle Recoil. Youtube http://youtu.be/mstsCm2df5A
5. Wikipedia. Barrett M99. http://en.wikipedia.org/wiki/Barrett_M99

Thursday, February 27, 2014

Sembang Bisnes

tak ada idea nak tulis apa2, so, jom kita merapu sat. kat bawah ni adalah sebuah status FB dari member aku. apa yang dia 'merapu' entah. korang baca la sendiri, merapu or tak..

Sembang Bisnes



Modal kecik jadi ler agen produk kerim kuruih. Harga produk mahal, komisen tinggi sekitar rm5-rm10 sebotoi. Tu ha lab kt jln kelang lama nuh. Byk produk ada cuma kena rebranding n tukaq perisa n kaler ja. Produk meletop2 tapi market cepat tepu dlm 3-4 bulan. Lepaih tu owner nak lari, kasi diskaun kt stokis untuk amik byk produk. Last2 stokis jd stoking pasai byk stok berlumut. Stokis kena cpt cari backup produk. Produk cpt bertukaq sat2 felaina, pahtu produk kak tin pulak dan macam2 lagi. Nak buat produk2 camni modal 20k. 10k ntuk produk dan botoi custom-made kt kilang balakong, 10k lg untuk iklan kat newspaper.

Modal besar anak org kaya atau kaki hutang tak reti duk diam, bukak ler kilang bungkuih teloq. Sepapan untung bersih lapan kupang ja. untung slow n steady . Buleh la pakai beemdabelyu dlm 5 tahun. Produk takkan tepu. Tak pernah lg dengaq lg teloq ayam brtukaq jd teloq penyu.

Kaki hutang sambil goyang kaki boleh bukak francais. francais kena pandai pilih. Mekdi 3 juta hinggit, kepsi 1.5 juta hinggit. Hat murah sikit Sapwey 250k hinggit, Tutiferuti 300k hinggit, tet nasi ayam 70k hinggit, burger abg ben 20k . Yg penting cari fraincais yg bukan 'bermusim' dan lokasi musti hotspot. kadang2 tepu jugak mcm tutiferuti tu.

Hat kaki kelentong, sembang muhung , cable satu malaya buleh bukak MLM. Modal 20k buat repacking barang. Stock buleh amik kt lab jln klang lama sama mcm produk kcantikan nuh. Tambahan kena buat plan hierarki downline. 2 bulan punya keje boleh pakai mesedes 2 pintu. Lepaih 2 bulan, lompat pi bukak MLM lain. Org sama jugak. Anak2 buah tergadai anak bini. "TAKPE, asal kite kaya", katanya. Hihi..

Hat kaki mkn gaji, boleh teruih mkn gaji. Hat suka gaji buta buleh keje gomen. Hat kaki kelabing overtaim kt opis boleh keje sewasta. Takdak masa ntuk family tapi gaji masyukk.

Hat suka mencuri kt umah org, mau mkn pelempang sedaih. Mana kasut aku oii..! Pulangkan...Pftttt.. huhuhu..

Wednesday, February 26, 2014

WW #82 | Masuk Wad


p/s : minggu lepas aku letak gambar tangan yang dicucuk branula, ada yang tak percaya yg tu tangan aku. ni nak tunjuk bukti.. hehehe

Tuesday, February 25, 2014

Saya Menang..!!!

mulanya, 22 febuari lalu, dalam aku dok BW di blog +munirah rahman , tetiba aku terperasan yang rupanya aku salah seorang pemenang dalam Ohsem Giveaway by Munirah Rahman yang dianjurkan beliau. hadiah berupa top up RM5 yang ditaja oleh blogger +Fatin Fana .. Alhamdulillah...


dan semalam, 25 febuari, setelah baru je sampai bilik dari kelas, dapat 1 mesej melalui PM inbox fb page aku (https://www.facebook.com/HikayatBudakPening) dari +Mohd Selim Zainal , mintak alamat. rupanya sebab aku menang Segmen Jom Beramah Mesra anjuran +Yumida Huda, dan saudara Mselim sebagai salah seorang penaja hadiah.

Alhamdulillah.. menang lagi. rezeki sungguh. kali ni dapat hadiah berupa Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran.


Alhamdulillah.. thanks semua..!!!


Monday, February 24, 2014

[Gambar] Jambatan Kedua Pulau Pinang

dengar cerita, Jambatan Kedua Pulau Pinang ni bakal dibuka secara rasmi pada 1 Mac nanti. dah tak lama dah tu. boleh la nanti aku naik moto merasa jambatan baru.


sementara tu, jom kita tengok koleksi gambar jambatan kedua pulau pinang ni. gambar-gambar dipetik dari group fb "George Town, Penang". (https://www.facebook.com/VisitPenang)

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
matahari terbit

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
lampu malam


Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
susur masuk

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
night view

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
cahaya pagi

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
lorong motosikal

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
gambar diambil pada ambang malam merdeka, 31 Ogos 2013

Jambatan Kedua Pulau Pinang, penang second bridge
gambar jambatan kedua pulau pinang ketika masih dalam pembinaan.


Sunday, February 23, 2014

Give Away Birthday Akiff

klik baner untuk join

dan khas buat Akiff,


CPUV ke-5 | LANEIGE Serum Intense Lipstick

Alhamdulillah. check nuffnang, ada CPUV terbaru yang melekat kat blog aku. rezeki. tapi so far cuma 2 je yang on going. jadi la daripada tak ada langsung. kan... syukur je dengan apa yang ada..


LANEIGE Serum Intense Lipstick


aku rasa jarang cpuv iklan kosmetik yang melekat kat blog aku ni. mungkin sebab aku blogger lelaki dan aku kurang share pasal produk-produk kecantikan kat sini kot.


tapi, aku pernah buat survey dan aku dapati kebanyakan reader aku adalah perempuan. malah, ada yang berstatus 'taukey' produk kecantikan. antaranya Maya Omar, dan kak Lilynn Wifey Sham

so, yang mana berminat boleh la korang try tengok kalau ternampak iklan lipstick tu nanti. aku nak cakap lebih pun, aku bukannya ahli dalam bidang ni. aku mana pernah pakai lipstick. hehehe..


maa'ssalamah,
Pha is


Saturday, February 22, 2014

Segmen Review DJH Sampai Lebam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Blog Diari Jejaka Hangat kembali lagi dengan Segmen terbaru!!! Dengar cerita,dia akan review 50 blog terawal yang join segmen terbaru nya!! Apa lagi tunggu??Syarat pun terlalu simple,memang rugi kalau tak join,jom kita support sesama blogger.Dapat juga berkenalan dengan blogger-blogger lain nanti!!
Klik Banner Untuk Join 


Friday, February 21, 2014

Bila Orang Berkenan


Bila dah masuk usia pertengahan 20-an ni, soalan yang sering ditanya bila bertemu sanak saudara antaranya mesti pasal “bila nak kahwin?”. Ramai dah kawan aku yang dah pernah disoal. Aku pun tak terkecuali.

Sampai ada member aku yang malas nak pergi kenduri kahwin saudara-mara semata-mata nak mengelak diri dari ditanya soalan ni. soalan fobia ni.

Tapi baru ni, situasinya lain sikit yang berlaku kat aku. Dalam satu kenduri saudara jauh belah mak aku, mak aku cakap ada seorang yang berpangkat “tok” ni berkenan kat aku dan berhasrat nak jodohkan aku dengan salah seorang cucu beliau. *eh!!!

Aku masih belajar kot. Kalau dah kerja, boleh la consider. Lagipun, keturunan belah “tok” ni memang lawa-lawa semua. Hehehe...

Fuh, hebat betol ilmu pengasih yang abang M ajar

Thursday, February 20, 2014

Segmen Jom Beramah Mesra

KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
Tafsir pimpinan Ar Rahman kepada pengertian Al Quran
Jam tangan 2x
Dress
Fridge magnet 2x

Segmen Jom Beramah Mesra dianjurkan oleh Yumida dan ditaja bersama blogger Mselim, Tri Globe DynastyBifa’s Vendor & Pena Bulu Ayam.

TAMAT: 21 FEBRUARI 2014 – Jam 11.59 malam

Kaw Kaw Burger Bakar

masa aku ziarah member aku kat ampang bulan lepas, beliau sempat bawak aku keluar makan kat sebuah kedai burger bakar. nama kedai tu, kaw kaw burger bakar, terletak di Seksyen 2, Wangsa Maju. menurut member aku tu, burger bakar kat sini lagi sedap dari burger bakar abang burn yang popular tu. so, aku ikut je la dah orang yang bawak.

ini je sign board yang aku nampak.
(coordinate : 3°12'23.07"N, 101°44'6.67"E)

kedai kaw kaw burger bakar ni simple je. sekali pandang macam warung burger kat tepi-tepi jalan tu. memang betul-betul tepi jalan pun, cuma ada tambah kerusi meja, kaunter cashier, dan kaunter sos (ala-ala KFC dan McD).

hari tu aku tak ingat aku order burger yang mana satu, sebab aku follow je apa yang member aku makan. yang daging seketul dan cheese 2 keping (double cheese la kot..). harga pun boleh tahan. 1 set (sekali dengan air dan sosej 2 batang) dalam RM13 macam tu.


daging kaw kaw burger bakar berat


dari segi rasa, kaw kaw burger bakar ni boleh tahan sedap. saiz pun okay. cuma kelainan yang aku perasan pada burger bakar kali ni berbanding burger-burger bakar yang lain yang pernah aku makan, ialah daging burger ni agak berat! aku tak sure berat dia berapa gram. rasa macam nak ambil penimbang, timbang daging dia kat situ jugak. padu isi dia.

dan lagi satu, ini kali pertama aku makan burger bakar sampai mengah. sampai tak larat nak habiskan (tapi last2 habis jugak, sebab aku pantang makan tak habis). sangat mengenyangkan. walaupun daging dia tak setebal daging yang aku pernah pekena kat KB Burger Bakar, tapi serius puas hati makan.

so, kalau berdekatan atau ada lalu area ni, boleh la singgah pekena kaw kaw burger bakar ni. tak rugi mencuba...

Burger Bakar Kaw Kaw (Main Branch)
Seksyen 2, Wangsa maju
Jalan 4a/27a,
Wangsa Maju, 53300,
Kuala Lumpur

rujukan :
http://burgerbakar.com
https://www.facebook.com/burgerbakarkawkaworiginal

entri burger bakar yang lain :
Hero Burger Bakar (penang)
KB Burger Bakar (kelantan)

p/s : dah lama tak buat entri jalan2 cari makan. sebab sekarang terpaksa berjimat. maklumlah, budak extend, biasiswa dah tak dapat. harapkan duit masuk wad jadi 'tikus makmal' je. kalau ada kedai yg nak sponsor makan, boleh jugak tolong review. hehehe...

maa'ssalamah,
Pha is

Wednesday, February 19, 2014

Tuesday, February 18, 2014

CPUV ke-4 | Visa Travel


Alhamdulillah, setelah lebih dari 2 bulan aku jalani hidup tanpa CPUV yang ongoing, akhirnya berbuah jugak sebijik CPUV. jadi la, dari tak ada langsung. sekarang, dalam list CPUV aku tu, ini baru yang ke-4. (selepas list dikosongkan disebabkan cash out yang pertama)


Visa Travel Happy Contest


CPUV kali ni dibawakan khas oleh Visa Travel Happy Contest Promotion. Visa ada buat kontes. macam mudah je. hadiahnya travel vaucer RM1000 dari agoda.com untuk dimenangi setiap minggu.


senang je caranya. ambil gambar travel yang paling kreatif, share kat di laman sosial sama ada twitter atau instagram dengan hashtag #TravelHappy dan #VisaMY.


Monday, February 17, 2014

Ohsem Giveaway by Munirah Rahman


Ilmu Pengasih

Masa aku di KL baru-baru ni, sempat aku jumpa beberapa orang member kat sana. Antaranya dalam satu perjumpaan di food court SOGO antara member-member silat. Malam tu macam-macam yang dibualkan. Antaranya, soal jodoh. Tapi antara kami berempat, aku yang paling “ceroi*”


Si M sudah berkahwin. Dah ada anak dah pun. Si A pulak sudah bertunang. Tunggu masa je nak kahwin. Si J plak khabarnya hujung tahun ni dah nak buat kenduri. Aku ni, marka* pun tak dak lagi.

M : hang ni Pha Is memang tak dak sapa lagi ka?
Aku : betol la. Mana ada calon lagi
M : hang tok sah dok muhong la. Tak kan tak dak langsung..
Aku : tak percaya Tanya A. Dia saksi. Kan A kan?
A : Pha Is ni dah ada awek dah pun..
M : haa.. kan..!!!
Aku : mana ada..!!! sungguh ni A. Try hang bagitau M, ada tak perempuan yang aku suka dia dan dia tau yang aku ni suka dia, dan dia jugak suka aku dan aku tau yang dia suka aku?
A : errr.. okay, yang tu tak ada.
Aku : haa..!!! kan..!!!

Dan disebabkan aku masih lagi tak ada awek calon bini, malam tu M pun sudi untuk perturunkan kat aku satu ilmu pengasih. ilmu yang berjaya dituntut dari guru-guru silat. katanya, beliau sendiri mengamalkan ilmu tu dan terbukti, sehingga kini sudahpun berkahwin

Jeng jeng jeng.......





*daftar kata :

1. ceroi :
Kd cair (masakan yg berkuah).[Kamus dewan edisi keempat]
-juga digunakan dalam loghat utara yang seerti dengan "hampeh", "teruk", dsb.

2. marka : 
Pn gadis remaja. [Kamus dewan edisi keempat]
-selalunya merujuk kepada "GF" dalam loghat utara

Sunday, February 16, 2014

GIVEAWAY By Henrietta Jose

klik baner to join

Genre Of Book That I Love To Read is thriller for fiction and something about science (especially physics) for non-fiction.

Saturday, February 15, 2014

I klik U, U klik I



secara jujurnya, aku kurang berkenan dengan cara ni. "klik saya punya, nanti saya klik awak punya balik"... terpulang la kepada korang. ada yang tak kisah. tapi aku kisah. tepuk dada tanya diri.

tapi bagi aku, lain halnya kalau korang tulis "dah klik iklan awak" tanpa ada minta balasan. part ni aku tak kisah sangat. (walaupun dalam hati mesti mintak balas klik kan?)  tapi tak nampak la desperate sangat. hehe..

bagi aku, kalau orang dah klik iklan kita, tak kan kita tak boleh nak balas budi dengan membalas klik balik kan? yer dok? aku tak kisah sangat pasal tu.

yang aku ambil kisah, jangan sampai "bersyarat" macam gambar kat atas tu. sampai meminta-minta nak orang klik iklan dia, baru nak klik iklan orang. kalau ada yang terasa, aku mintak maaf siap2.

kita bukan nak minta sedekah. tapi kita nak kongsikan info dan perkara yang menarik kepada orang. orang nak baca or tak, orang nak klik atau tak, terpulang.

again, akhir kata tepuk dada tanya diri. tapi jangan tepuk kuat2 sangat sebab ni dah kali yang ke-2 dah korang tepuk dada. kang merah pulak dada tu. hehehe..


p/s: sekarang dalam wad. jadi tikus makmal lagi.


maa'ssalamah,
Pha is

Friday, February 14, 2014

Kasihkan Nabi, Berselawatlah

jika benar kasihkan nabi, ikutilah sunnah nabi, dan berselawatlah. sesungguhnya nabi kasihkan umatnya yang banyak berselawat.

daripada Abdullah bin Mas’ud r.a, Sabda Rasulullah (S.A.W.): “Sesungguhnya manusia yang paling utama denganku pada hari kiamat ialah yang paling banyak berselawat ke atasku”. 
(Hadith riwayat Imam Tirmizi)

ketahuilah bila kita berselawat keatas nabi, sesungguhnya Allah dan makhluk di langit akan berselawat kepada kita. bila kita kasihkan nabi sesungguhnya Allah dan makhluk di langit pun turut sama kasihkan kita

Firman Allah:

"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya."
(Al-Ahzaab 33:56)

sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud :  
Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat, dan akan dihapuskan daripadanya sepuluh dosa, dan diangkat baginya sepuluh darjat. 
(Hadis riwayat an-Nasa’i)

seperti firman Allah lagi,

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)

berselawatlah



kerana bila kita mengasihi Nabi, Nabi akan mengasihi kita. Allah juga akan mengasihi kita, dan makhluk dilangit juga akan turut sama mengasihi kita. dan insyaAllah, makhluk dibumi juga akan turut sama mengasihi kita :)

maa'ssalamah,
Pha is

Tuesday, February 11, 2014

Dari Penang ke KL

Moto aku tu kalau arah timur, Kelantan dah sampai (lihat entri : Kelantan-penang | sebuah perjalanan). Kalau arah utara, bukit kayu hitam aku dah sampai (lihat entri : bila boring). Jadi, target aku masa cuti sem kali ni, nak bawak moto tu turun ke arah selatan plak. Target permulaan, kalau dapat sampai area KL-Selangor pun okay dah.

Maka, 24 Januari yang lalu, setelah 5 jam perjalanan, Berjaya jugak aku bawa moto tu dari penang ke Ampang (rumah member). Saja naik moto jalan jauh. Sekadar hobi, sambil menziarahi member.

363 km

Slow je aku bawak, nak jimat minyak. sebab ni first time, takut minyak habis tengah jalan. Asal sampai RnR je, aku berhenti isi minyak, walaupun Cuma top-up minyak RM2.

Bagi aku, perjalanan kali ni boring sikit, tak macam masa bawak moto dari Kelantan dulu sebab lebuh raya utara-selatan tu “straight” je. Kalau lebuh raya timur barat tu dapat gak layan corner.

Tapi berbaloi jugak la. Cuma satu je yang aku ralat. Dah sampai sana, kami jalan-jalan pusing KL dengan kereta. So, tak dapat nak bergambar dengan moto aku tu sebagai bahan bukti. Tak macam masa naik moto Kelantan-penang dulu.

Cuma sempat bergambar dekat terowong sebelum Ipoh tu je (dari penang)

terowong menora (coordinate :  4°41'2.16"N, 101° 1'55.11"E)


Next target : Johor. Then, bila dah ada superbike, pusing satu Malaysia, or jalan-jalan sampai siam. InsyaAllah..

p/s : sekarang tengah cuti sem lagi. minggu depan baru start aktif balik..


maa'ssalamah,
Pha is