29.1.14

23.1.14

Cash Out 8Share #3

alhamdulillah, saat aku dilanda kesedihan tatkala tiada lagi CPUV yang on going oleh en. nuffnag, aku dapat 1 berita gembira yang request cash out 8share aku dah di-verified dan dah dapat payment advice bertarikh 17 Jan yang lalu. sekurang-kurangnya, dapat jugak mengubat hati yang luka dan lara ini. *cewwah*

semenjak dua menjak ni, aku dah tak dapat dah CPUV baru dari nuffnang. hmm. nak merajuk balik la macam ni..

so, sapa yang tengah merajuk macam aku ni, boleh la try pulak daftar dengan 8share ni. senang je. klik baner kat bawah ni (atau klik SINI) , lepas tu daftar, kemudian share "special" (iklan) di ruangan laman sosial, sama ada FB, twitter, or Google+. mudah je.

invite 8share

jom.. 

maa'ssalamah,
Pha is

22.1.14

WW #78 | Mesin Padi

mesin padi,

p/s: autopublished.. sedang berjoging tengah bendang goyang kaki kat rumah tanpa internet..

20.1.14

Make Up Berlebihan | Pandangan Anda?

dalam bulan desember yang lalu, aku ada share satu gambar kat bawah ni di laman facebook. sebelum ni pun, aku dah pernah bentangkan pendirian aku tentang isu make up berlebihan ni dalam entri yang bertajuk "Make Up Berlebihan". 

tapi, itu pandangan aku je. jom kita lihat plak pandangan orang lain, atau lebih tepat lagi, pandangan dari kaum hawa tentang isu make up ni...  

make up overdose





apa pulak pandangan anda??


maa'ssalamah,
Pha is

15.1.14

1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

WW #77 | Motif Bergambar


13.1.14

Terbang Mencari

tadi balik rumah kejap sebab nak angkut barang sikit2. esok baru balik bercuti sem betol2. sedang rilex2 di ruang tamu, tetiba mak bersuara.

mak : ada surat lagi satu baru sampai untuk hang.
aku : dari sapa mak?
mak : tak tau la. dia tulih "terbang mencari"...
aku : ha..????

ni la surat kiriman yang dimaksudkan tu..


thanks Husna Zahidi (husnazahidi.blogspot.com). dapat phone string huruf P. katanya huruf F tak ada. tak pe la.. P pun boleh.. thanks again..

dah lekat kat phone dah...
(abaikan kotak2 kat belakang tu. tengah kemas barang nak simpan stor. cuti sem bermula)

sebelum ni, aku dapat hadiah dari kak Lilynn Wifey Sham (warnawarnithecolorz.blogspot.com). Yang tu aku dah cerita kat instagram. dapat keychain.. 


alhamdulillah.. rezeki.. thanks semua.. 

p/s: cuti sem mgkin aku akn cuti blog sbb x de line tenet. tapi tak tau la. tengok la macam mana nanti.. 

maa'ssalamah,
Pha is

11.1.14

Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih

Assalamualaikum


Mini GA Bookmark Limited Edition By Emas Putih di anjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Zara Nurhaidah dan Iluvtour. Siapa yang nak join sila tekan banner di atas :)

10.1.14

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah

salam jumaat. again, short update. dihari jumaat yang penuh barakah ini, marilah kita sama-sama beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT.
astaghfirullah, taubat

Jangan Berputus Asa Dari Rahmat Allah


"Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Az-Zumar 39:53)

"Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul."
(Al-Baqarah 2:186)

p/s : esok last paypeeerrr... last paypeeerrr.. last paypeerrr

8.1.14

6.1.14

link di komen adalah spam


baru-baru ni, aku baru selesai anjurkan sebuah segmen. tak sepertimana kebiasaan segmen yang lain, kali ni aku tak minta link entri peserta dihantar ke ruangan komen tapi aku minta link tu dihantar ke ruangan "Mister linky's Magical Widget". kenapa? kerana aku tak nak ruangan komen aku nanti disalah ertikan oleh pihak google sebagai spam.

aku dah lama fikir pasal hal ni. mulanya cara ni diinspirasikan dari segmen anjuran bro +HASRUL HASSAN tapi beliau gunakan google document. aku pula masih tak biasa gunakan benda alah tu. lepas tu aku ternampak cara ni (gunakan Mister linky's Magical Widget untuk hantar link segmen) dekat sebuah blog. (aku tak ingat blog mana). terus aku pakai cara tu.

link di komen adalah spam


sebenarnya, aku masih dalam 'dilema' berkenaan hal ni. dua tahun lepas, blog aku pernah hampir di-banned oleh google. dan sebab yang paling possible yang aku boleh fikirkan masa tu ialah kerana aku letak "link biru" dalam kotak komen aku sendiri.

dan pada masa tu (around 2 tahun lepas), memang hebah seantero blogger bahawa link biru (meletakkan script "<a href...")di ruangan komen akan didetect sebagai spam oleh google, manakala text url tanpa di hyper-link-kan adalah bukan spam.

tapi sekarang khabarnya sudah berubah. sekrang khabarnya link biru di ruangan komen (menggunakan script "<a href....") tidak akan di-detect sebagai spam dan text url adalah sebaliknya.

aku masih lagi musykil. mana yang betol?

Nasihat Otai Blogger


aku pernah ajukan persoalan ini kepada bro Hasrul Hassan melalui PM inbox FB page beliau, hasrulhassan.com pada bulan september 2013 yang lalu. dan ini jawapan beliau:


soalan
salam HH.
saya nak tanya, betul ke kalau letak komen kat blog dengan salin sebijik url (cth. http://.........html), blog akan dianggap spam, sebaliknya kena letak link (<a href="....">...</a>) untuk tak dianggap spam?
sbb kalau tak silap saya, dulu setahu saya kalau letak komen yg ada "link biru" tu (yg ada "<a href" tu), blog akan dianggap spam. tapi baru-baru ni, saya dapat info yg terbalik pulak (salin url sebijik-sebijik dianggap komen spam)
harap HH boleh tolong terangkan...  

jawapan : 
Nasihat saya.....tk yah letak link... Hanya komen biasa je. Itu lebih selamat

Berjaga-jaga


mungkin sesetengah blogger tak kisah sangat pasal perkara ni. tapi aku ambil kisah kerana sejarah silam yang aku pernah lalui bila blog aku hampir di-Banned. Fobia kot.






5.1.14

Tutorial meletakkan Mister linky's Magical Widget

dalam segmen anjuran aku baru-baru ni, blongger Liana Sulaiman tanya aku macam mana nak letak Mister linky's Magical Widget yang aku gunakan dalam segmen tersebut. so, kali ni, meh aku nak tunjuk cara.


Tutorial meletakkan Mister linky's Magical Widget


1. mula2, pergi ke laman Mister linky's Magical Widget ni di sini : http://www.blenza.com/linkies/

2. register dulu. klik "register" dan isi borang. mungkin lepas tu nak kena verify email apa semua tu, (rasanya la.) just follow arahan dia. cuma standard procedure je untuk register. kalau dah pernah register, log in je la.

 

3. lepas dah siap register dan dah log in, klik "wizard".


step1 : pilih "blogger"
step2 : pilih "original auto-linkies"
step3 : select meme tu boleh abaikan. then ikut suka hati nk tick kotak petak tu atau tak. then klik Generate Code

4. copy code yang diberikan


5. kalau nak letak dalam entry, create new post > HTML > paste kat situ. kemudian klik bahagian "compose" balik, dan tulis entri macam biasa.


6. kalau nak letak dalam blog sebagai widget, buat macam biasa : dashboard > layout > Add A Gadget
> HTML/JavaScript > pastekan code > save.

siap..!!

p/s: aku buat tutorial atas permintaan je.. mana yang aku boleh tolong, aku tolong. mana yang aku tak tau, maaflah.

4.1.14

Bila Share Maklumat Kesihatan

banyak blog yang aku jumpa share perkara kesihatan. kalau sekadar tips2 kesihatan, petua2, itu tak ada masalah. yang menjadi halnya bila kita share maklumat kesihatan yang agak berat dan serius, tapi maklumat tersebut tidak benar.


sebagai seorang blogger


sebagai seorang blogger, kita kena berhati-hati dalam menyebarkan sesuatu perkara. jangan hanya pikirkan trafik blog semata-mata. fikirkan sama kesan dan impak dari penulisan kita. contoh yang aku nak tekankan kali ni tentang perkara kesihatan.

sebagai student farmasi, ada beberapa entri yang aku pernah jumpa orang share pasal kesihatan (pasal ubat terutamanya) yang mungkin kurang tepat malah boleh mengelirukan masyarakat.

contoh, tentang isu panadol, isu konspirasi ubat dan vaksin, kononnya ubat moden ni konspirasi yahudi bla bla bla... penat-penat aku belajar pasal ubat 4 tahun bagai nak rak, orang boleh kata ubat tu hanya konspirasi. seriusly?

pastikan dulu sumber maklumat kesihatan tu dari mana, dan kesahihan serta tahap reliable sumber tu. jangan main share sahaja. hal kesihatan kadang-kala tak boleh nak dibuat main. kalau orang lain percaya dan amalkan, lepas tu berlaku sesuatu yang buruk (mintak simpang), sapa nak tanggung?

kedua, tahukah korang yang kalau mengikut akta ubat (iklan dan penjualan) 1956, korang boleh didenda sehingga RM 3000 atau penjara 1 tahun atau kedua2 jika disabit bersalah mengiklankan produk kesihatan yang mendakwa boleh menyembuhkan 20 jenis penyakit (lihat senarai kat bawah ni) tanpa sebarang kajian clinical yang kukuh?

senarai 20 jenis penyakit yg tidak boleh diiklankan.

1. Panyakit/kerosakan buah pinggang
2. Penyakit/ kerosakan Jantung
3. Kencing Manis
4. Sawan
5. Lumpuh
6. Batuk Kering
7. Asma/Lelah
8. Kusta
9. Barah
10. Pekak
11. Ketagihan Dadah
12. Hernia
13. Penyakit Mata
14. Tekanan Darah Tinggi
15. Sakit Mental
16. Kemandulan
17. Frigiditi
18. Lemah Fungsi Seks/impotent
19 Penyakit venerus
20. Kelemahan urat saraf atau aduan kelemahan lain, timbul daripada atau berhubung dengan perhubungan seks.

so, kalau nak share pasal produk-produk kesihatan, berjaga-jagalah. kalau boleh, pastikan dulu ubat tu berdaftar dengan Biro Pengawalan farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) - kini dikenali dengan Agensi Regulatori Farmasi Negara, NPRA. kalau nak check ubat atau produk tu sama ada berdaftar atau tak, boleh check kat sini : QUEST  - Product search

untuk maklumat lanjut tentang perkongsian maklumat kesihatan ni, boleh lihat entri ini : Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan

sebagai seorang pembaca


dan sebagai seorang pembaca, kita kena faham yang maklumat di internet boleh ditulis oleh sesiapa sahaja. jadi, kena pandai gunakan akal yang waras untuk tapis dan menilai apa yang kita baca. jangan sekadar percaya membuta tuli.

jadilah pembaca yang bijak.



sumber dan rujukan  : 
Portal Rasmi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangssan, Kementerian kesihatan Malaysia. http://portal.bpfk.gov.my/
Nota Kesihatan. (2013 Jun 17). Keraguan Suntikan Vaksin | Penjelasan oleh Ketua Pegarah Kesihatan KKM dan JAKIM. dipetik dari http://notahidupsihat.blogspot.com/2013/06/keraguan-suntikan-vaksin-penjelasan.html
Hikayat Budak Pening. (2013 June 11). Etika Menyampaikan Maklumat Kesihatan. dipetik dari http://pening-pala.blogspot.com/2012/06/etika-menyampaikan-maklumat-kesihatan.html

3.1.14

senarai peserta segmen azam blog 2014

Alhamdulillah, kelmarin tepat jam 12 tengah hari, selesai sudah Segmen Azam Blog 2014 aku. segemn selama seminggu, perserta sebanyak 44 orang. jadi la. target aku dalam 30 orang. so, tercapai la jugak. first time buat segmen macam ni.

macam-macam impian dan azam yang aku jumpa. selain pasal blog, pasal kehidupan pun ada. antara yang menarik, azam nak kahwin tahun ni. hehehe.. apa2 pun, semoga azam dan impian kita semua untuk tahun ni tercapai hendaknya. amiin..

kat bawah ni aku senaraikan peserta yang join.. jom BW..

1.  JAMIL HASHIM
2. Ssan
3. Dzureen
4. Ikhwan
5. aima
6. dhiadirham
7. Nurul Hidayah
8. tomato oren
9. Muhammad Khairuddin Lim
10. kenit cinonet
11. Ainimsuju
12. norliana
13. A Gentleman To Be
14. Azlea
15. ima
16. Mama (Norhasniza Khalid)
17. Mohamad Khairil (DJH)
18. Mas Zie
19. Mardiah Diana
20. Mizz Aiza (Dunia Kecil)
21. Nadratul Syazwana
22. Khir Khalid
23. Green Leaf
24. Cik Lyeen Cupcakes
25. Yumida
26. Pha Is
27. Anis Zahidi
28. Aqilah Azmi
29. KakNi Sihat Cantik
30. Nurhazimah Hanan
31. Ain
32. mimbar kata 
33. Mime MF
34. Jurnal Setiausaha Lelaki
35. Super Vee
36. kak zila memmetlenggeng
37. Naniey
38. Siti Aminah
39. noor azelina @ azie
40. Henrietta Jose
41. zaza
42. wawa
43. Ellallyn
44. niesa

2.1.14

Koleksi Gambar Tersepit kerusi

agaknya kini tak cukup dengan tersepit duit, rakyat malaysia kini turut menerima bahana tersepit celah kerusi. adoi.. tersepit celah kerusi pun boleh jadi kerja diorang ni. hahaha

kat bawah ni antara gamabr2 tersepit celah kerusi yang aku jumpa kat FB. sumber merata-rata. 

Koleksi Gambar Tersepit kerusi


sekolah
kesian, sampai nak kena gergaji.

sekolah
ini antara murid sekolah lain yg tersepit. biasa la tu, hari pertama persekolahan...

yang ni aku tak tau apa motif beliau

sedih...

ni pun lagi 1. nak jugak tersepit.

ni lagi 1.. hahaha


ni macam cikgu je.. 

hikmah kepala tersepit kerusi





Segmen Azam Blog 2014

[TAMAT]

selalaunya, bila dah nak masuk tahun baru, azam pun kena la baru. tapi, pernah tak terfikir untuk meletakkan target dan azam untuk blog korang? so, kali ni aku nak anjurkan 1 segmen mudah berkenaan azam/matlamat/visi/misi korang untuk blog masing2 untuk tahun 2014 yang bakal mendatang.

objektif segmen:
1. merapatkan ukhwah sesama blogger, selain meningkatkan trafic dan follower. insyaAllah..
2. sambil berblogwalking nanti, boleh jugak dapat idea2 baru dari azam blogger lain yang mungkin sama-sama boleh diguna pakai untuk meningkatkan lagi tahap pencapaian blog yang sedia ada.

Segmen Azam Blog 2014


baner segmen


cara-cara penyertaan :


1. buat entri bertajuk "Segmen Azam Blog 2014 by HBP"

Pengomen Tegar Disember

sebelum ni, aku ada list-kan top10 Referral Disember, kali ni, list senarai pengomen tegar pulak. bagi yang tak perasan perbezaannya, top referral tu bagi mereka yang banyak menyumbangkan trafic blog melalui bloglist masing-masing, walaupun jarang komen.

keyword nya disitu, bloglist. kalau ramai orang klik masuk ke blog ni dari bloglist tu, maka tinggi la sumbangan trafic-nya.

pengomen tegar ni plak, well, mereka yang paling rajin komen di blog ini. so, jom tengok senarai pengomen tegar Disember plak. kali ni aku letak top20 plak. saja nak bagi meriah. lets cekidaut

1. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


2. malaysiatercinta.com (http://www.malaysiatercinta.com/)


3. Mizz Aiza (Dunia Kecil) (http://www.mizzaiza.com/)


4. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)


5. asha hana (http://lifecikashacikhana.blogspot.com/)


6. fatin wawa (http://indahnyapelangiku.blogspot.com/)
7. memmetlenggeng (http://memetlenggeng.blogspot.com/)
8. Dhia Dirham (http://dhiadirham.blogspot.com/)
9. Lilynn Wifey Sham (http://warnawarnithecolorz.blogspot.com/)
10. ikhwan yusuff (http://duniakita94.blogspot.com/)
11. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)
12. Bin Muhammad (http://relakssminda.blogspot.com/)
13. ros_reeza (http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/)
14. Mime MF (http://missflyfluffy.blogspot.com/)
15. Raudzah Z (http://myblogsantai.blogspot.com/)
16. husna zahidi (http://husnazahidi.blogspot.com/)
17. Norhasniza Khalid (http://www.mamaniza.com/)
18. HeNRieTTa JoSe (http://hati-dan-bicaranya.blogspot.com/)
19. msredcheesecake (http://msredcheesecake.blogspot.com/)
20. Gee Lion (http://diaridandelion.blogspot.com/)

thanks semua sebab sudi komen..

1.1.14

WW #75 | Cukai Superbike


Top Referral Disember Melalui Bloglist

salam tahun baru. dikesempatan ini, aku nak ucapkan ribuan terima kasih buat korang yang sudi meletakkan blog hikayat budak pening dalam bloglist masing-masing. sebagai penghargaan, aku akan 'dedahkan' senarai sulit top10 mereka yang paling banyak menyumbangkan trafic ke blog Hikayat Budak Pening ni melalui bloglist sepanjang bulan disember 2013.

sumber statistik diperolehi melalui Histats.com. mereka-mereka adalah:

1. Asha Hana http://lifecikashacikhana.blogspot.com/


2. Dunia Kecil http://www.mizzaiza.com/


3. Kaki Travel Khairuddin http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/


4. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba http://aizamia3.blogspot.com/
5. Blog Santai http://myblogsantai.blogspot.com/
6. Malaysia Tercinta http://www.malaysiatercinta.com/
7. Relaks Minda http://relakssminda.blogspot.com/
8. Nota Mengajar Belajar http://notamengajarbelajar.blogspot.com/
9. Nukilan Kenit http://rusukiri.blogspot.com/
10. Blog Fatin Wawa http://indahnyapelangiku.blogspot.com/

terima kasih juga aku ucapkan bagi mereka yang ada meletakkan blog Hikayat Budak pening ni dalam Bloglist tapi tak tersenarai dalam list diatas. maybe next time boleh masuk senarai, insyaAllah...

thanks semua.. terima kasih..!!! (ala-ala David Arumugam Alleycats)

maa'ssalamah,
Pha is