Jenis-jenis superbike
Perkongsian untuk kawan2 yang berminat guna motor berkuasa tinggi.
1. Bagi yang nak guna kerana hobi, minat memandu laju dan mengasah lutut, sportbike terbaik...
Kawasaki Ninja ZX6R sportbike |
2. Bagi yang guna untuk pi kerja tiap2 hari , keadaan jalan cantik dan sentiasa rentas highway serta jalan sesak, baik cuba naked bike...
Yamaha XJ6N naked bike |
3. Bagi yang sentiasa jalan long distance, ulang alik highway balik kampung dan sekali sekala nak jadi nakal dijalan, sport touring amat selesa...
Yamaha FJR 1300 sport touring motorcycle |
4. Bagi yang naik motor untuk nak redah apa sahaja didepan mata, tar ke pasir, hujan ke kering, fogging ke sandstorm, bukit ke lurah, boleh cuba dual purpose...
Yamaha TW200 Dual purpose motorcycle |
5. Bagi nak menghabiskan seumur hidup motor di atas highway, berasa selesa macam memandu Helicopter, boleh bawa touring bike...
Honda Gold Wing Touring bike |
6. Bagi yang nak menarik perhatian, start engine je semua mata memandang dan sentiasa rasa muda, bawalah motor besi harley...
Harley Davidson Fatboy softail |
7. Bagi yang keluar rumah sampai office jalan sesak memanjang terpaksa mencelah-celah je, x perlu mengada-ngada bawa motor besar2, buat sakit pinggang je... ex5 sudah
Honda EX5 'kapcai/moped' |
Bagi yang nak semua kualiti diatas, doalah agar dapat masuk syurga , minta dengan Allah taala.. :)
sumber dan rujukan :
1. Salman Ali. (2014 Nov 30). Facebook Status. dipetik dari : https://www.facebook.com/salman.ali.3760/posts/10204372285443162
2. gambar ihsan pak cik gugel..