2.11.14

Bila Timbul Sesuatu Isu

Bila timbulnya sesuatu isu, ramai blogger berlumba-lumba nak komen/berikan pendapat/nyatakan pendirian masing-masing tentang isu tu. nak naikkan trafik la katakan.. Contoh yang terdekat, isu ‘I want to touch a dog’ baru-baru ni.


Selama ni, dah banyak isu-isu yang berlalu yang aku malas nak komen. Yup, aku malas. Walaupun aku ada pendirian/pendapat/komen aku tersendiri berkenaan isu tersebut.

Tapi sejak baru-baru ni, aku terfikir :
apa gunanya aku berblog kalau aku at least tak ‘menulis’ sesuatu tentang isu semasa? Bukankah itu antara tujuan dan fungsi blog?

bak kata junior farmasi aku :

ummah/masyarakat/kawan2/keluarga/etc akan still bermasalah kalau kita diam ataupun kalau kita bersuara. nak bukti? isu orang x tutup aurat, isu buang anak dan mcm2 isu lagi. kita diam atau kita bising, tetap jadi. bahkan makin menjadi2.
tpi, cuba stop sat. tarik nafas. pkiaq.
sekurang2nya org2 yang bersuara, depa mengambil satu langkah 'addressing the problem'. memang la x selesaikan mslh tu serta merta. tpi, at least org tu create havoc tntg sesuatu yang x kena dlm msyrkt. kemudian, sama2 la bertindak utk selesaikan mslh tu. cari kwn2 yang sedar bnda yang sama n mula bertindak utk baiki keadaan.
kalau hanya pandai bising tapi xtau nak bertindak, x guna jugak. tpi kalau hanya berdiam diri x buat apa2 pun, lagi x guna. melainkan kalau kamu nak bertindak diam2. saya doakan kamu berjaya.
kena hingaq jugak bila mai to certain point sbb mgkin msyrkt xtau bnda tu berlaku. tpi kena susuli dgn tindakan utk baiki keadaan sbb half-life utk bising dan hingaq tu sgt pendek. jom pkiaq.
-Pak Dy, Wasabi.
*half-life (dalam konteks farmasi) = tempoh yang diambil oleh badan bagi mengurangkan kepekatan sesuatu ubat dalam salur darah kepada separuh.

Tapi kali ni aku bukan nak ‘sembang deras’ tentang apa-apa isu. Cuma nak kita sama-sama kongsikan tentang komen/ pendapat/ pendirian ini dari perspektif yang berbeza. Dari perspektif seorang blogger, seorang penulis, termasuklah penulis status FB.

Semua orang boleh komen. Itu tak salah. Cuma aku rasa, kita sebagai seorang blogger (atau seorang pengguna mana-mana laman sosial yang lain) sekurang-kurangnya kena ada garis panduan sendiri dalam menyatakan komen/pendapat/pendirian tentang mana-mana isu.

Antara yang aku boleh fikirkan :

1. Pastikan sebarang maklumat yang kita sampaikan adalah tepat. Jangang sebarangan sebarkan info yang salah. Kalau boleh, check dulu sumber asal dari mana datangnya info yang kita share. Adakah ianya datang dari sumber yang boleh dipercayai?

2. sebelum menyatakan pendapat atau pendirian, banyakkan pembacaan. Jangan hanya baca sesuatu isu dari 1 sumber, terus buat konklusi. Lihat sama isu tersebut dari perspektif yang berbeza.

3. jika sekadar pandangan/pendirian semata, jangan sampaikan dengan emosi. Tapi sampaikanlah dengan berilmu.

4. setiap orang ada pandangan berbeza. Tak semestinya ada pandangan yang betul dan ada pandangan yang salah. Raikan perbezaan. Agree to disagree. Kita bukan nak bergaduh, tapi nak berkongsi pendapat.

Hmm.. apa lagi yer..? korang ada idea tambahan?  

sumber dan rujukan :
Talhah Wasabi. (2014 Oct 22). Facebook status. dipetik dari https://www.facebook.com/muhammad.zaid.14224/posts/10201807354505284

17 comments:

  1. betul2.. sekurang2nya blog jd medium nk sebarkan sesuatu. kalau xpegang anjing xboleh ke. bersepah gadis bertudung peluk anjing

    ReplyDelete
  2. setuju jugak...
    setiap orang ada pandangan sendiri... jangan bidas...
    sumber yang sahih?? intipati sahih tak??

    sedih dengan isu iwanttotouchadog ni... itu baru satu isu, isu yang lain?? haihhh

    ReplyDelete
  3. Semoga hal2 begini tak berlaku lagi...bagi orang islam tahun baru hijrah dah masuk...dan hari ini dah 10 muharram...sama2 lah kita banyakkan istighfar..

    ReplyDelete
  4. Moga tiada isu macam ni timbul lagi.. jauhkanlah isu yang tidak sepatutnya dari mendekati kita semua..

    ReplyDelete
  5. betul tu.. tugas kita pelihara lah agama kita. bg yang melontarkan comment mengikut pendirian mereka walaupun cam tak patut patut tu tak yah kot yang lain cuba lagi nak sekolah kan dia.. biar je dia.. org yang coment tak patut tu mungkin dia salah sorg peserta yang pegang tu .. biar kita jadi pengomen berilmu dr comment ikut nafsu :)

    ReplyDelete
  6. ye, sampaikan dengan cara berilmu, bukan dengan emosi semata..

    ReplyDelete
  7. setuju..setgh2 org main sebar je ikut sedap jari dorg tanpa usul periksa..harap pihak yg tertentu peka sikit dgn isu2 sensitif mcm ni..

    ReplyDelete
  8. tak salah nak kongsi pendapat tentang sesuatu isu yang tengah panas... tapi ada gak yang dikongsikan tu 'copy paste' dari surat khabar atau facebook je... last2 kita baca artikel yang sama di medium yang berbeza.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. ini salah satu kes.. at least, tambah sikit pandangan sendiri dalam entri tu. x de la kopipes kosong je.. :)

      Delete
  9. ada btol gak apa yg hang katakan tuh. mgkn lepas ni aku pun boleh start mengulas isu2 mcm ni kot.

    ReplyDelete
  10. sangat setuju, sebelum nak komen kena pastikan berita itu betul.

    ReplyDelete
  11. alahai...apa nak jadi dengan manusia zaman skrg hurmmmm

    ReplyDelete
  12. Macam mana kita buat assignment di universiti kena banyak membaca.

    ReplyDelete