24.11.14

Tujuan Join Segmen


kalau dah namanya blogger, selain menulis tentang info, pendapat, dan apa yg berlaku pada diri blogger, mesti akan ada jugak sedikit sebanyak ruangan entri blog terisi dengan segmen dan GA blog kan? terutamanya bagi blog-blog peribadi.

apa tujuan korang join segmen, Give Away, kontest dan sebagainya? adakah sebab nak naikkan trafik? atau mungkin sebab nak menang hadiah? atau hanya sebab kena tag?

Tujuan Join Segmen


selalunya, kalau aku join, segmen atau GA, tujuan utama aku join cuma nak support sesama blogger. nak memeriahkan segmen anjuran kenalan blogger. ada hadiah atau tak, tu perkara kedua. kalau ada hadiah, itu kira bonus tambahan la.

sebab tu kadang-kadang ada segmen atau GA yang aku dah join tapi terlepas pandang. bila aku check balik, rupanya aku menang segmen tu dan dapat hadiah. tapi sebab tak respond, hadiah melayang.

terutamanya sejak aku kurang aktif online sejak bulan ogos yang lalu. online laptop dalam seminggu sekali je. tu pun nak kena merempit mai cedok wifi U. entri sekarang pun nak keluar seminggu sekali pun susah.

jadi di kesempatan ini, aku ingin mohon maaf andai aku terlepas pandang atau terlambat respond kalau ada aku menang pada mana-mana segmen yang aku join.

kerana hadiah bukan matlamat aku join. yang lebih penting, agar perkenalan kita di dunia blog tak terlerai...



15.11.14

Graduasi 2014 | Akhirnya Berkonvo!

Alhamdulillah, pada 7 November 2014 yang lalu, aku berjaya berkonvo setelah berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains Farmasi di USM. setelah 5 tahun bersusah payah, grad jugak aku, walaupun lambat setahun. orang lain belajar farmasi 4 tahun je.

aku dan mak

Dugaan Budak Repeat


jadi budak repeat ni banyak jugak cabarannya. orang lain dah habis belajar, aku masih lagi terkontang-kanting repeat paper. dulu masa kawan-kawan sekuliah sedang seronok sambut hari konvo diorang, aku mampu tengok je. sekadar menumpang kegembiraan diorang, macam yang aku cerita dalam entri ni : Graduasi 2013

aku dan keluarga farmasi (Pharmily) aku

bila time raya plak , sedara mara asyik tanya, "bila nak habis belajar?" sedih jugak la nak jawab. lagi sedih dari soalan "bila nak kahwin?". sedih betol. pernah sampai satu tahap rasa macam nak nangis pun ada (harap muka je ganas). biasa la, dugaan hidup.

but I keep telling myself,

 
p/s : harap-harap gambar konvo kali ni tak ada orang ciplak macam dulu. macam yang terjadi kat entri ini : Gambar Digunakan Tanpa Izin

7.11.14

Gementar hati vs Bergetar Rusuk Kiri


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

(Al-Anfaal 8:2)


kerana bergetar tulang rusuk kiri bila nampak awek-awek is too mainstream....

salam jumaat..

sumber dan rujukan :
1. Wan Nasrullah Muhamad. (2014 Oct 25). Facebook Status. Dipetik dari : https://www.facebook.com/WanTaiping92/posts/766429640070752
2. Surah.My, Terjemahan (Al-Anfaal 8:2). dipetik dari : http://www.surah.my/8#2

2.11.14

Bila Timbul Sesuatu Isu

Bila timbulnya sesuatu isu, ramai blogger berlumba-lumba nak komen/berikan pendapat/nyatakan pendirian masing-masing tentang isu tu. nak naikkan trafik la katakan.. Contoh yang terdekat, isu ‘I want to touch a dog’ baru-baru ni.


Selama ni, dah banyak isu-isu yang berlalu yang aku malas nak komen. Yup, aku malas. Walaupun aku ada pendirian/pendapat/komen aku tersendiri berkenaan isu tersebut.

Tapi sejak baru-baru ni, aku terfikir :
apa gunanya aku berblog kalau aku at least tak ‘menulis’ sesuatu tentang isu semasa? Bukankah itu antara tujuan dan fungsi blog?

bak kata junior farmasi aku :

ummah/masyarakat/kawan2/keluarga/etc akan still bermasalah kalau kita diam ataupun kalau kita bersuara. nak bukti? isu orang x tutup aurat, isu buang anak dan mcm2 isu lagi. kita diam atau kita bising, tetap jadi. bahkan makin menjadi2.
tpi, cuba stop sat. tarik nafas. pkiaq.
sekurang2nya org2 yang bersuara, depa mengambil satu langkah 'addressing the problem'. memang la x selesaikan mslh tu serta merta. tpi, at least org tu create havoc tntg sesuatu yang x kena dlm msyrkt. kemudian, sama2 la bertindak utk selesaikan mslh tu. cari kwn2 yang sedar bnda yang sama n mula bertindak utk baiki keadaan.
kalau hanya pandai bising tapi xtau nak bertindak, x guna jugak. tpi kalau hanya berdiam diri x buat apa2 pun, lagi x guna. melainkan kalau kamu nak bertindak diam2. saya doakan kamu berjaya.
kena hingaq jugak bila mai to certain point sbb mgkin msyrkt xtau bnda tu berlaku. tpi kena susuli dgn tindakan utk baiki keadaan sbb half-life utk bising dan hingaq tu sgt pendek. jom pkiaq.
-Pak Dy, Wasabi.
*half-life (dalam konteks farmasi) = tempoh yang diambil oleh badan bagi mengurangkan kepekatan sesuatu ubat dalam salur darah kepada separuh.

Tapi kali ni aku bukan nak ‘sembang deras’ tentang apa-apa isu. Cuma nak kita sama-sama kongsikan tentang komen/ pendapat/ pendirian ini dari perspektif yang berbeza. Dari perspektif seorang blogger, seorang penulis, termasuklah penulis status FB.

Semua orang boleh komen. Itu tak salah. Cuma aku rasa, kita sebagai seorang blogger (atau seorang pengguna mana-mana laman sosial yang lain) sekurang-kurangnya kena ada garis panduan sendiri dalam menyatakan komen/pendapat/pendirian tentang mana-mana isu.

Antara yang aku boleh fikirkan :

1. Pastikan sebarang maklumat yang kita sampaikan adalah tepat. Jangang sebarangan sebarkan info yang salah. Kalau boleh, check dulu sumber asal dari mana datangnya info yang kita share. Adakah ianya datang dari sumber yang boleh dipercayai?

2. sebelum menyatakan pendapat atau pendirian, banyakkan pembacaan. Jangan hanya baca sesuatu isu dari 1 sumber, terus buat konklusi. Lihat sama isu tersebut dari perspektif yang berbeza.

3. jika sekadar pandangan/pendirian semata, jangan sampaikan dengan emosi. Tapi sampaikanlah dengan berilmu.

4. setiap orang ada pandangan berbeza. Tak semestinya ada pandangan yang betul dan ada pandangan yang salah. Raikan perbezaan. Agree to disagree. Kita bukan nak bergaduh, tapi nak berkongsi pendapat.

Hmm.. apa lagi yer..? korang ada idea tambahan?  

sumber dan rujukan :
Talhah Wasabi. (2014 Oct 22). Facebook status. dipetik dari https://www.facebook.com/muhammad.zaid.14224/posts/10201807354505284