Thursday, October 2, 2014

Wishlist #4.2 | Civic EK

dulu aku dah tulis wishlist #4 aku pasal kereta. masa tu aku tak pikir sangat pun pasal kereta ni. dan kalau ikutkan sekarang ni pun, aku masih lagi kurang priority pasal kereta. masih tumpu kepada superbike. kereta sekadar nak pakai time hujan dan angkut barang je. (dah kahwin nanti angkut bini plak)

namun, baru2 ni member aku ada 'racun' aku supaya join kelab civic. beliau baru je angkat kereta honda Civic EK. then, bila aku dah kena 'racun', aku try la ushar2 tengok kereta ni. boleh tahan jugak, walaupun dah agak lama. evergreen la katakan.


antara yang aku terbaca, ada yang cakap tak berbaloi kalau beli kereta ni. sebabnya, harga kereta ni sekarang agak mahal walaupun dah berumur hampir 20 tahun. contohnya dalam aku dok servey kat mudah.my nak dapat yang sedap sikit, siap modify, enjin VTEC DOHC (b16a, b16b, b18c, dan sebagainya) nak kena prepare RM30k-40k, walaupun tu kereta 90-an.

tapi kalau ikutkan, aku memang lebih minat kereta2 lama yang jenis macam ni. model kereta moden sekarang ni aku nampak semua pakat nak buat bagi 'gemuk2'. konon lebih futuristic. kalau tak paham apa yang aku maksudkan dengan 'gemuk' tu, tengok contoh kat bawah ni. tak ambik jauh, tengok model honda civic sudah.


perbezaan kereta honda civic generasi ke-8, civic FD (2006-2011) dan generasi ke-6, civic EK (1996-2000). nampak tak apa yang aku maksudkan disitu dengan gemuk? personally, lebih suka yang jenis 'kurus' ni.

again, bab kereta aku tak fikirkan sangat. kereta sekadar back up je.. so, far target moto dulu. target terdekat : Yamaha YZF-R25. sementara nak tunggu moto tu masuk pasaran malaysia, sempat la aku kerja dulu.. hehe..

sumber dan rujukan:
1. AK. (2010 July 22). Berbaloi atau tidak membeli Honda Civic EK?. dipetik dari http://www.arenakereta.com/2010/07/22/berbaloi-atau-tidak-membeli-honda-civic-ek/
2. mudah.my
3. Wikipedia. (2014 Sept. 6). Honda Civic. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_Civic
4. Azman. (2014 March 8). Cinta hatiku. dipetik dari http://encikazman.blogspot.com/2014/03/cinta-hatiku.html
5. Afzainizam (2011 June 7). Fire Starting Automobil : Sejarah Honda EJ @ EK. dipetik dari http://firestartingautomobil.blogspot.com/2011/06/sejarah-honda-civic.html

19 comments:

  1. haha..pertama kali dgr kereta 'kurus' kereta 'gemuk'...

    ReplyDelete
  2. ye la, baru perasan.. keta skrg semua dah design gemuk2.. keta dulu kurus n nipis ja design dia.. hehehe..

    ReplyDelete
  3. bro, aku ada ek9 warna kuning. tapi scale 1:72 la, letak atas meja. hehehee...

    ReplyDelete
  4. kereta gemok,kereta kurus..macam2lah Pha is..

    ReplyDelete
  5. yang gemuk nampak montok..
    yang kurus nampak sexy.. ekekeke..

    ReplyDelete
  6. mane widget counter bro? dah hilang dah?
    Nak buat kontes apa bagai. Janji bulan bintang. Last2 ilang.!
    At least keluarkan lah statement tak dpt penuhi jnji. Org pn boleh faham. bukan diam membisu.

    ReplyDelete
  7. taste dia yg kurus je ... bila dah berhajat nak berumahtangga , blh angat satu .

    ReplyDelete
  8. dah minat..tangkap jer...sis dulu minat gak kat Honda Civic EG...skang pun mahal lg...mmm

    ReplyDelete
  9. Salam Jumaat. Sesuatu untuk kamu di blog KA . TQ http://www.kesumaangsana.blogspot.com/2014/10/re-publish-n3-pendek-tentang-adik-tapi.html

    ReplyDelete
  10. Salam Pha Is.. Selamat hari raya Aidil Adha.. :)

    ReplyDelete
  11. Bila tengok sumber & rujukan tu teringat mcm nk buat thesis pulak, hehe.
    (Sori komen takde kena mngena dgn tajuk entri). Btw, selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
  12. salam knl
    jalan2 jumpe blog nie
    tertarik
    ayu follow sini ye...
    heee dulu minat jugak EK ni
    nak2 yang ade 2 pintu tu..
    tapi kereta ni kereta lame
    byk yang convert dari EJ

    ReplyDelete
  13. aku prefer kereta lg dr motor. senang nak travel jauh2. x perlu fikir psl cuaca.

    ReplyDelete
  14. aku pakai kete kecik je.
    senang nak selit2 eh dah mcm moto pulak hihi
    btw kete kecik ni senang nak parking bila kat shopping mall haha
    :P
    viva forever :3

    ReplyDelete
  15. Beli kereta yang masih ada nilai walaupun dah umur lebih 15 tahun.

    ReplyDelete
  16. Boleh la tuuu ..hihi hinda kurus terbaikkk

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...