Pemenang Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews

berkenaan entri aku sebelum ini yang bertajuk Keputusan Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews, aku mohon maaf sebab aku baru perasaan sebenarnya ada penyertaan dalam contest tu. tapi aku tak perasan sebab mesej penyertaan tu masuk dalam bahagian 'Others' dalam PM Facebook aku.

pertama sekali, aku mohon maaf atas ralat tersebut. memang tak perasan mesej penyertaan tu. nasib baik semalam aku berkesempatan online dengan laptop aku sekejap setelah aku melepak kat usm sambil sedut wifi U. masa tu, tetiba terdetik nak selongkar bahagian inbox, sebab rasa tak sedap hati.

akhirnya, dapat juga aku jumpa mesej penyertaan yang dihantar tu. ini gambar printscreen tu. tepat 500000 pageviews!


dan pemenangnya adalah blogger +Ambo Akhil , pemilik blog Bad Storyteller (http://duniabawahtempurung.blogspot.com/).


tahniah buat saudara Ambo Akhil.. bila saya dah dapat alamat nanti, saya pos hadiah tu yer.. 1 Dirham Darul Takzim,(syiling perak 999)

Comments

Post a Comment