Skip to main content

Keputusan Contest Countdown 0.5 Juta Pageviews


pada 2 september yang lalu, aku ada buat simple contest yang bertajuk Countdown 0.5 Juta Pageviews. dalam contest tu, aku ada tawarkan hadiah sebanyak 1 dirham perak kepada pembaca blog aku ni yang berjaya printscreen pageviews counter blog aku ni pada angka 500000 hingga 500010 dan hantarkan gambar printscreen tu melalui PM inbox FB aku.

malangnya, setelah aku menunggu, tak ada seorang pun yang menghantar gambar printscreen tu. dan setelah aku tengok pageviews counter blog aku ni dah lebih dari 500100 (tak ingat dah exact nombor berapa, tapi konfom lebih dari 500100), maka aku pun buang je la widget pageviews counter tu.

sebabnya, dah tutup dah pun penyertaan contest tu, seperti yang aku dah tulis dalam terma dan syarat penyertaan (no. 6), tarikh tutup sampai angka counter tu melebihi 500010 pageview. tamat contest dengan tiada siapa pun yang hantar penyertaan. sedih jugak la.. hehehe..

tak apa la. aku pun tak expect sangat pun. blog aku ni bukanlah blog popular. kalau ada yang hantar, menepati syarat dan menang, dapat la hadiahnya. tapi nak buat macam mana, aku tunggu tapi tak ada penyertaan..

aku buat contest tu pun sebenarnya diinspirasikan dari sebuah contest yang pernah dianjurkan oleh bro HasrulHassan, sifu blogger blogspot malaysia.

jadi, dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf andai ada yang terasa kalau korang berusaha dan mengharap nak menang contest tu dengan selalu kunjung ke blog aku tapi tetiba pageview counter tu dah aku delet.

bukan niat nak sembunyikan pemenang, atau nak diam membisu, tapi sekarang ni aku jarang online melalui laptop. cuma dapat online guna phone je. sekadar dapat baca komen korang kat blog aku. aku nak balas komen pun, tak lepas. (tak sure kat mana problem dia).

entri pun semua buat pakai auto-published.

Comments

  1. salam pagi jgn kecewa lain kali kira utk sejuta pula..

    ReplyDelete
  2. haritu jenuh gak dok refresh byk kali
    tp lambat nau nak tgu 0.5m -_-
    tuptup terlepas

    ReplyDelete
  3. yg ptg masih blh terus berblog ...

    ReplyDelete
  4. hari tu tgk bnyk lg nk sampai separuh juta, mungkin individu tersebut tak perasan kot...hehe..

    ReplyDelete
  5. Alaaa...aritu dah ingat...sejak phone rosak terus lupa!! Huhuhu...

    ReplyDelete
  6. hri mmg ingt nak sent sent pageview tu..tpi last2 tgk dah lebih,,,,,

    ReplyDelete
  7. Dia org tak perasan kot... apa pun blog pening pala ttp saya kunjungi.. :) :)

    ReplyDelete
  8. Dah lupa lah pasal contest tu Pha is...sebab tu ramai tak perasan kot..

    ReplyDelete
  9. alamak ... terlupa nak check pageview pha is. dulu pernah juga nak join yang HasrulHassan tu tapi terlambat check pula ... nanti buat lagi untuk page 1juta lak :)

    jemput join >> http://buatwanita.blogspot.com/2014/10/segmen-buatwanitablogspotcom-mencari.html

    ReplyDelete
  10. Takpa Pha Is, nanti boleh cuba lagi...

    ReplyDelete
  11. Lama tk singgah sini tak sdar pon ttg ni huhuhu

    ReplyDelete
  12. Nurul dah niat nak sertai la Pha Is.. tapi komitmen lain mendahului.. jangan la sedih... huhuu

    ReplyDelete
  13. Saya intai2 juga blog Pha Is countdown 05 juta, tapi sekali tgk angka dah terlajak 500010++. Tak ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. maybe next time.. maybe utk 1 juta terus ke.. hehehe

      Delete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Cara Lapor Penipuan Astro

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Review | Tayar Nankang Rodiac Sportiac

Gaji Ahli Farmasi