Skip to main content

Pengantin Lari

baru ni, 30 Ogos 2014 aku dapat 2 jemputan kenduri kahwin kawan aku. sorang kenduri kahwin kawan sekolah menengah di Penang, dan sorang lagi kenduri kahwin kawan budak farmasi USM di Taiping. agak kalut aku berkejaran tengah hari tu. lepas kenduri di penang, terus merempit ke taiping.

pengantin hijau
berdiri dari kiri : Pha Is, Zulhilmi,  Wan Nasrullah
pengantin : Ahmad Ikhwan Fayadh Bin Abd Nasir & Nor Aini Binti Amri

kenduri di taiping je yang sempat aku bergambar. kenduri di penang aku nak cepat sebab nak pi kenduri kat taiping plak, so, tak sempat nak bergambar dengan pengantin.

apa-apa pun, selamat pengantin baru aku ucapkan buat kedua-dua pasangan pengantin Ahmad Ikhwan Fayadh Bin Abd Nasir & Nor Aini Binti Amri serta pengantin Mohammad Nazrin Marzuki dan Noor Mashitah Hj Khalid. semoga korang berbahagia hingga ke syurga. amin..

Pengantin Lari


berbalik kepada tajuk kita kali ni, aku terperasan 1 kesilapan perkara yang kadang-kadang pengantin terlepas pandang ialah bila pengantin buat outdoor photo-shot pada petang hari kenduri. bayangkan, tetamu datang dari jauh nak meraikan pengantin, tapi bila dah sampai pengantin lari pergi buat outdoor photoshoot. kesian kat tetamu tu.

aku pernah alami sendiri benda ni dalam sebuah kenduri kahwin beberapa tahun yang lalu (of course la sebagai tetamu, bukan sebagai pengantin.. hehehe). aku bukan makan hati, cuma nak nasihat kan je..bukankah dalam islam sepatutnya tetamu dimuliakan?

waktu walimah ni, waktu kenduri kendara ni, waktu jumpa sanak saudara dan sahabat handai. so, kalau nak buat outdoor photoshoot, seelok-eloknya carilah waktu yang lain. esok ke, lusa ke.. paling tidak pun, buat waktu pagi sebelum majlis kenduri bermula (kalau dah buat majlis akad nikah).

tak de la nanti ada tetamu yang terasa. yer dok..?

(nasihat untuk diri sendiri bila dah kahwin nanti. hehehe)


Comments

  1. Suspen aje tajuk..ingatkan lari mana..he..he

    ReplyDelete
  2. ada benar jugak tu Pha Is...pengantin lari dari tetamu... datang jauh² tak dpt jumpa pengantin ye...kesian tetamu

    ReplyDelete
  3. Tajuk je dah suspen.. hehehe..
    rupanya dak Pha Is yang 'lari'..

    ReplyDelete
  4. dah agak dah tajuknya tu..hihihi..ni nak citer benda lain ni...SEO lagi..Bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh, betul aper ceruta tu.. pasal pengantin lari jugak.. cuma lari yg tak saspen je.. eheheh...
      tajuk kena ada umph.. heheh

      Delete
  5. betul tu..sebab tu masa saya kawen hari tu, saya outdoor depan rumah je.. tak la tetamu cari pengantin tak jumpa..

    ReplyDelete
  6. pernah kena, masa tu majlis cousin...time majlis, ramai tetamu datang, pengantin pula tak ada...terpaksa la tetamu tunggu nak jumpa dgn pengantin...

    ReplyDelete
  7. tajuk yg menarik viewers ni...trend org sekarang berphoto shoot bagai...pha is jgn lari lps hbs wedding ya..

    ReplyDelete
  8. dah trend nak buat macm mana..huhu

    ReplyDelete
  9. nasib baik baca sampai habisi ngatkan pengantin lari sbb tak nk kawin..kalau mcm tu PHa Is jgn mcm tu then jgn lupa jemput akak tau..kalau x ..akak yg lari

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. okay2.. tapi macam x de harapan je dalam masa terdekat.. dalam 3-4 tahun lagi kot.. hehe

      Delete
  10. Trend yang tak semestinya pengantin ikut. Apa salahnya gi outdoor awal sehari atau lewat sehari. Sepatutnya kita raikan tetamu.

    ReplyDelete
  11. memenuhi jemputan dari dua negeri yang berbeza? hebat tu =)
    bagus topik ni, biar mereka yang bakal bergelar raja sehari
    tidak mengulangi perkara yang sedemikian
    saya perasan begitu juga lately
    rasa macam kena halau, hilang selera nak makan
    trend yang sebenarnya tak bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. sadis sangat sampia rasa macam kena halau.. kesian.. hehehe

      Delete
  12. Betul tu.. carilah satu hari lain utk photoshoot. Mmg lebih elok kan.

    ReplyDelete
  13. Ha,ah.. betul tu.. pengantin memang suka 'melarikan' diri tiap kali majlis perkahwinan mereka. Tu semua kerja photographer depa la kut.. Suka sangat nak cari view yang cantik katanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk view cantik, nk buat kat tempat lain, x kisah. yg penting jangan buat pada hari yg sama masa tetamu datang nk raikan pengantin.. :)

      Delete
  14. mmg x sopan lah bila tetamu cari pengantin tapi pengantin x de . outdoor photoshoot boleh buat bila2 masa saja kan ... blog baru sis -> http://cetusanmind.blogspot.com/ . lbh mudah trus cari di google + ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. patut ada perasan 2 link kat profil google+..
      okay, noted.. :)

      Delete
  15. Betul gak tu klu lwt je mmg xkn jmpa pengantin, cam xde hri lain nk photoshot... ;-)

    ReplyDelete
  16. Apa nak buat.. takkan nak buat besok pulak.. tak feel dah.. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. x kn feel dah hilang.. masih lagi bergelar pengantin baru.. kalau buat esok hari pun, kira fresh lagi.. honeymoon pun belum.. hehehe

      Delete
  17. betul jgk tu..kena raikan tetamu dulu,photoshoot bila2 boleh buat.

    ReplyDelete
  18. Selalu sangat berlaku. Photoshoot terpaksa pengantin kejar sebab benda dah bayar. Baju pulak sewa sehari je. Besok dah nak kena pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu mungkin salah 1 faktor... tapi kalau kalut sangat, rasanya boleh buat pagi.. tengah hari dan petang khas untuk meraikan tetamu je.. :)

      Delete
  19. outdoor photoshoot ni kan dah seakan2 trend zaman skang nih. asal kahwin je, kena ada outdoor photoshoot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. biasa la tuh.. asalkan adab2nya terjaga,

      Delete
  20. orang datang nak rai pengantin, pengantin pulak sibuk nak bergambar.... macam tak boleh bergambar waktu tetamu balik pulak :P

    ReplyDelete
  21. betul tu pha is...peringatan tuk bakal2 pengantin...photoshoot outdoor boleh je buat hari lain kan...

    ReplyDelete
  22. ingatkan dah lari ke mana tadi. haha

    trend skrg gitu hewhewhew

    ReplyDelete
  23. betol2.. sepatutnya cari hari lain selain drpd hari walimah..
    Selamat pengantin baru kepada mempelai yg diraikan.. :)

    ReplyDelete
  24. sy x pernah pulak berpengalaman dgn pengantin lari ni..
    tp kalau org lain pnah melaluinya , amatlah tak elok kan..
    sepatutnya hari perkahwinan meraikan tetamu..
    bergambar tu bila2 boleh.. peringatan untk diri sndiri juga :)

    ReplyDelete
  25. Hehe...ingatkan Pha Is pengantin tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. untung la badan kalau betol.. hehehe

      Delete
  26. Ingatkan pengantin lari ke mana. Saya setuju dengan cadangan Pha Is tu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Entri popular bulan ini

Yamaha Y15ZR VS Suzuki Belang R150

Gaji Ahli Farmasi

Gelaran Adik Beradik Yang Betul

KTMD | Servise Penghantaran Motosikal