Monday, September 1, 2014

Kenduri Arwah Bid'ah


Dalam adat masyarakat melayu, bila sesebuah keluarga ada kematian seseorang ahli keluarga, selalunya diorang akan buat kenduri arwah. Kenduri bacaan tahlil sama ada di surau/masjid mahupun di rumah diorang.

Aku pernah dengar dulu ada sesetengah ustaz (generasi muda) yang cakap, kenduri arwah ni bid’ah a.k.a Nabi tak buat. Tapi nak kata bid’ah hasanah atau dolalah, aku bukan ahli.

dan dalam kitab manhaj Fiqh as-Syafie pun ada disebut bahawa kenduri arwah 3 hari, atau hari ke 7 atau hari ke 40 adalah tidak diajar Rasulullah saw. Ianya bidaah, menurut kitab itu.[1]

fikah mazhab syafie

tapi aku rasa ada sebab kenapa kenduri arwah ni macam sesuatu yang tak perlu.

Kenduri arwah membebankan


Bayangkan family tu dah la baru kematian seseorang ahli keluarga. Diorang dah sedih dah. Lepas tu nk kena keluarkan duit nak urus jenazah lagi. Lepas tu, nak kena bagi duit kat sapa yang datang solat jenazah lagi.

Tak cukup dengan tu, nak guna duit lagi untuk nak buat kenduri arwah yang kadang-kadang mengikut adat setempat, sampai 3 malam berturut-turut. Mengalahkan kenduri kahwin..!!!

Mentality orang melayu


Yang tambah menjadi masalahnya, kalau tak buat, nanti apa plak orang kata. Sebab mentality sesetengah orang kampong, bila ada kematian, orang kampong expect akan ada kenduri arwah. Kalau tak buat tu macam jadi ‘derhaka’ plak rasanya.

Situasi ni pernah jadi kat aku, masa arwah tok wan aku meninggal. Sejurus selepas jenazah selesai dikebumikan, ada seorang pak lebai datang tanya aku “malam ni tak buat kenduri arwah ka?”

Apa aku nak jawab? Tak kan aku nak kata “ni semua bid’ah pak imam..!!!” maunya dia sekeh aku sat gi.

perubahan


Sekarang ni aku rasa sudah ada sikit kesedaran orang ramai pasal hal ini. Tapi tak ramai. Contohnya macam kes anak kepada arwah biduanita Dato’ Syarifah Aini.[2]

Antara cadangan yang aku pernah dengar yang agak bernas, antaranya kenduri arwah tu orang kampong yang gotong-royong dan tanggung belanja, bukan keluarga simati. Sekurang-kurangnya, dapat mengurangkan beban kesedihan keluarga simati.

Atau tak pun, tak payah buat langsuang, dan jangan expect orang buat.

Lain la kalau keluarga simati sendiri nak buat sangat dan diorang memang berada dan mampu. Itu terpulang.


sumber dan rujukan :
1. Nurul Adni Adnan. (2014 july 7). Facebook Status. dipetik dari https://www.facebook.com/nuruladni.adnan/posts/816493591716523
2. Myartis. (2014 july 7). Tiada Tahlil Arwah Untuk Sharifah Aini, Akaun FB Ditutup; dipetik dari http://mynewshub.my/myartis/?p=7287


24 comments:

  1. Part mentaliti org melayu tu mmg sally sokong...byk skrg adat dijadikan perkara yg wajib..padahal tak...

    ReplyDelete
  2. kadang2 uruf dan adat dalam masyarakat menjadikan hukum sesuatu perkara itu adalah wajib. kurangnya ilmu dalam masyarakat kita. benda tak wajib tiba2 diwajibkan pulak. kalau berkemampuan buatlah, kalau tak buat pun takpe. sama jugak situasi sekarang, memberi hidangan kepada tetamu yang ziarah kematian (sahabat2, jiran2).

    bila ziarah kematian, tak diwajibkan ke atas keluarga si mati untuk bagi hidangan pada tetamu (ada hadith nabi berkaitan pasal ni kalau tak silap sy). para tetamu datang pada hari kejadian, dan ahli keluarga kalut uruskan kematian, mana mungkin ahli keluarga sempat nak hidang air dengan ramai orang lagi. ahli keluarga sendiri pun belum tentu sempat minum ke tidak. then ada pula mulut2 busuk merungut pasal tak dihidang air.

    ReplyDelete
  3. Agak bersetuju sebenarnya ...yalah kadang-kadang adat ni dah jadi macam perkara wajib pulak...hmmm

    ReplyDelete
  4. 'Ini semua bid'ah' masa ckp tu mka kne confident tau, terkezut p'imam... bila dh t'biasa camni lah jdinye Pha Is

    ReplyDelete
  5. Betul, kalau kena yang tak berduit, tak ke kesian. Sepatutnya kita membantu meringankan beban keluarga si mati. Tapi kalau keluarga berniat buat makan untuk sedekah bagi pihak si mati, itu lainlah...Satu lagi, bila kenduri ni ramai orang datang dan berkumpul, jadi mungkin meringankan sedikit bebanan perasaan keluarga simati yang masih bersedih tu, Taklah dia sunyi sangat dan teringat-ingat simati. Itu pendapat saya je. Seeloknya gotong royong dari masyarakat membantu.

    ReplyDelete
  6. Sha jugak setuju, kenapa nak bebankan diri yang sedia-ada bebanan, kalau ada gotong royong dari orang kampung, mungkin boleh, tapi kalau kita sendiri.. hurm..

    mama sha selalu buat tahlil, baca yassin, bagi makan ala kadar yang termampu aje.. itupun, family dengan sahabat rapat je :)

    ReplyDelete
  7. Saya pernah dengar dan baca isu ini dibangkitkan. Jika tidak membebankan keluarga si mati, tak apalah. Kalau sebaliknya, lebih baik usahakan dengan membantu keluarga tersebut.

    ReplyDelete
  8. Sepatutnya jiran tetangga yang tolong untuk kurangkan beban keluarga arwah. Bukan kenduri sebenarnya sekadar jamuan untuk mereka yang datang bertahlil. Istilah kenduri tu macam besar sangat maksudnya.

    ReplyDelete
  9. Setiap manusia yang 'pergi' hanya akan membawa 3 perkara bersamanya... amalannya, sedekahnya dan doa anak yang soleh... kenduri arwah? huhuhu... utk sapa ye? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. persoalan yg menarik... walaupun ada pandangan ulamak yg mengatakan pahala kenduri itu sampai..

      Delete
  10. Perkara yg membebankan org mmg tak baiklah.. lagi pun org tengah bersedih tak sepatutnya dibebankan dgn perkara2 yg seolah2 wajib pulak hhmmm...

    ReplyDelete
  11. kdg2 ada juga yg ckp sbb x buat kenduri roh si mati x tenang.. sedangkan apabila seseorg meninggal dunia maka terputuslah hubungannya dgn urusan dunia melainkan 3 amalan yg tidak terputus 1) amal jariah 2) ilmu yg bermanfaat dan 3)anak yg soleh...

    ReplyDelete
  12. mmg pernah dgr berkenaan perkaran ni dan kalau ikut logik buat apa nk buat kenduri utk arwah tu..sebenarnya kenduri jamu makan mereka yg baca yasin utk arwah..sedekahkan yasin kepada arwah..kalau dan adat dan budaya dan menjadi ikutan agak susah nk ubah

    ReplyDelete
  13. Perkara yang tak wajib dan membebankan tak payah la buat, sesuatu yang menjadi 'kebiasaan' kadang seolah macam wajib pulak, tak buat kena kata, nak buat tak mampu pula..

    ReplyDelete
  14. benda yang dr adat ni dah bertukar jadi wajib

    tapi rasanya masyarakat skrg ni pun byk yg dah sedar sikit

    ReplyDelete
  15. Kalau kenduri2 arwah sesuatu yang baik, mestilah para sahabat nabi s.a.w. buat, tapi kenduri2 arwah tak pernah dibuat oleh para sahabat.

    “Jika ahli si mati membuat makanan untuk orang ramai dan menghimpun mereka kepada makanan itu, maka ianya tidak ada sandaran riwayat yang boleh dipegang sedikit pun, dan perbuatan itu bid’ah yang tidak disunatkan. Berdalil dengan hadis Jarir Bin Abdullah r.a: “Kami mengira perhimpunan kepada ahli si mati dan membuat makanan selepas pengebumiannya adalah dari ratapan kematian.” (المجموع (شرح المذهب juzu’ 5, halaman 286.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks atas perkongsian tambahan tu..

      Delete
  16. kami suku kadazan dusun Islam..apa yg dinyatakan Pha itu semuanya kami lalkukan. Kemelayuan lah orang KD ni Pha. Semua sama..apa yg membezakan KD dengan org Melayu dari segi bahasa ja dan ada adat lain sama ja. seperti proses perkahwinan berdasarkan Islam.
    Andaikan tukar niat untuk kenduri untuk bersedekah bolehkah tu pha?

    Hal kenduri ini agak keliru. Sudah sebati dengan kita semua.Bagaimana kah cara amalan nabi yng sebenar agar kita ikut sebab itu sunnah nabi dalam hal ada kematian atau kenduri kesyukuran..

    ReplyDelete
    Replies
    1. bagi pandangan saya yg jahil ini, kalau keluarga simati mampu dan nak buat kenduri tahlil tak ada masalah.. cuma jangan anggap ianya suatu keperluan/amalan khusus yang perlu dibuat.

      dan lagi 1, orang lain tak boleh nk expect keluarga si mati buat kenduri macam itu suatu keperluan... orang nak buat, buat.. kalau tak buat, jangan mengata..

      kita tak tahu, mungkin mereka tak mampu. mungkin mereka nak mengikut sunnah nabi yang asal yang tak pernah melakukan amalam ini pada zaman nabi..

      wallahu a'lam..

      Delete
  17. bagus blog ni rugi sesiapa yag tak datang membaca..alhamdulillah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...