18.9.14

Kanser : Doktor vs Bomoh


Dulu, Prof. Saad Othman, lecturer yang mengajar aku subjek cancer and chemotherapy (rawatan untuk kanser) ada pernah cerita kat kami tentang perbezaan ‘success rate’ bagi chemotherapy antara Malaysia dengan US.

Kata beliau, sekarang ni teknologi, knowledge, dan pemilihan ubat untuk rawatan kanser adalah hampir sama antara kedua-dua Negara ni. tapi kenapa success rate rawatan kanser kat Negara kita lebih rendah berbanding US? (data statistic ni aku tak ingat berapa %)


kepentingan early detection 


Jawapannya, sebab kat Negara kita kurangnya early detection berbanding US. Early detection dalam penyakit kanser adalah sangat penting, sebab lebih cepat kita dapat detect kanser, lebih cepat kita dapat mulakan rawatan, maka akan  lebih tinggi success rate.

Kat sana, orang fobia dengan kanser. Kalau diorang perasan ada symptom-symptom yang seakan-akan macam kanser, cepat-cepat diorang pi check kat doktor. Kat Negara kita? Kalau ada symptom pelik-pelik sikit, terus jumpa bomoh.! Ini hakikat, walaupun tak semua.

Bia dah melarat, dah terlambat, baru jumpa doktor. So, semakin lambat rawatan chemotherapy dimulakan, semakin kurang possibility untuk sembuh.

29 comments:

  1. mohon Allah menghindarkan kita drpd penyakit ini..insya Allah.

    ReplyDelete
  2. hmm..btol sbb org kt negara kita ni kurang ilmu untuk tahu apa simptom awal kanser.. nampaknya saya pun kena update ilmu saya nih..

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum wbt...

    errrr... disagree...

    orang malas g spital bukan sebab g bomoh...

    tapi doktor2 kat malaysia ne / de system itself - donno la mana satu (terutama spital gomen) adalah sengal. esp. kt ptrajaya.
    spital lawa canggih kemain tapi semedang tak detect penyakit.
    Q panjang nak tunggu appointment.
    sempat meninggal dulu ....

    age b4 40 lagi lah spital delay kan appnmnt.
    tak nak bagi appnmt.
    suruh g private spital...bla bla bla...

    so ramai lah orang below 40 meninggal dunia awal kat sini sbb tak dapat rawatan awal (selain faktor ajal lah).

    i am one unhappy gvmnt staff with de medical benefit from gvmnt spital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. itu pun salah satu faktornya.. :)
      betul2.. saya pun setuju...

      Delete
  4. true.. early detection sgt penting.
    tp sy pun hanya berani ckp je.
    x berani nk buat check up.. :(

    ReplyDelete
  5. Tak semua tapi ada yang dah sebati dalam diri untuk tidak berjumpa dengan doctor berbanding bomoh..

    ReplyDelete
  6. orang kita xsnggup trima knytaan kalo ad pnyakit. so better xtaw

    ReplyDelete
  7. Saya tak setuju dengan kenyataan "Kalau ada symptom pelik-pelik sikit, pergi jumpa bomoh", walaupun bukan semua orang mengambil tindakan tidak berjumpa doktor sebab pergi jumpa bomoh.

    Saya ada seorang kawan yang mengidap kanser payudara (sebelum umur 40 tahun). Kawan saya tahu yang dia ada symptom kanser payudara tetapi tidak berjumpa doktor di hospital atas faktor kewangan. Kos rawatan untuk kanser agak mahal bagi sesiapa yang tidak berkemampuan dan tidak mempunyai medical card takaful/insurans. Dalam setahun sebelum kematiannya, dia mengambil anak angkat perempuan yang baru lahir. Dia berhasrat untuk menjadikan anak angkat itu sebagai anak susuan. Dia berjumpa doktor untuk mendapat rawatan agar payudaranya boleh mengeluarkan susu. Ketika itulah, baru dia mendapat pemeriksaan doktor dan doktor mengesahkan dia mengidap kanser payudara stage ke-3. Dia berusaha mendapat rawatan melalui perubatan membaca ayat-ayat al-Quran tetapi hanya beberapa bulan, tidak dapat berulang-alik kerana atas faktor kewangan (minyak kereta dan tol). Allah lebih sayangkan dia. Kawan saya meninggal dunia lebih kurang selepas 7 tahun mengidap kanser payudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam takziah dan al fatihah buat kwn cik mistree

      Delete
    2. faktor kewangan pun salah satu puncanya.. memang lecturer saya pernah cerita, kos untuk rawatan kanser sangat tinggi..

      berkenaan bomoh tu, cuma dari pengalaman dari family saya.. mmg tak semua macam tu, tapi segelintir masih ada...

      Delete
  8. Kanser ni klu sekali dah kena sampai bila pon takkan lepas walaupun disahkan sembuh, ada yg kata mcm tu, betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. walaupun dah sembuh, still kena berjaga-jaga.. masih ada possibility diserang kembali..

      Delete
  9. org barat mostly concern dgn kesihatan diri. Maklumlah didunia ni lah syurga depa.
    Anyway kesedaran rakyat kita pn terhadap pnjagaan kesihatan diri pn makin tinggi. Mgkin smakin byk pendedahan yg mereka dpt.

    ReplyDelete
  10. kena buat blood test setahun sekali ok kot.

    ReplyDelete
  11. seramnya kiter mendengonye..huhuhu..abg pha is, awak ditag
    http://cintasampaisyurgaabadi.blogspot.com/2014/09/the-versatile-blog-award-seven-random.html

    ReplyDelete
  12. Kanser! Penyakit yg membawa maut secara senyap kekadang buat rawatan traditional jgk mujarab tp amat sukar utk diri sendiri detect cancer pd peringkat awal

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada caranya, x perlu ke pusat kesihatan pun.. cuma kita je tak didedahkan caranya...

      Delete
  13. orang kita mgkn lebih percayakan bomoh drpd doktor kot.

    ReplyDelete
  14. mungkin kepercayaan masyarakat yang yang membuatkan situasin macam nie kadang2 jadi..tapi my personal opinion aku lebih suka untuk seek dari medical perspective dulu sebelum aku rujuk kepada perubatan tradisional...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  15. Kenyataan begitulah... Semoga kita dijauhkan dari penyakit ni..

    ReplyDelete
  16. Semoga kita semua dijauhkan daripada penyakit ini .........

    ReplyDelete