Monday, August 4, 2014

Petua Menziarahi Jenazah

dalam sebuah majlis menguruskan seorang jenazah di kampung aku, sementara menunggu jenazah dikafankan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disimpan*, aku sempat bersembang dengan seorang pak cik di kawasan luar rumah keluarga si mati. dalam kami berbual, tetiba pak cik tersebut memberikan aku sedikit 'petua' berkenaan ketika menziarahi jenazah.

kaifiyyah, petua, ziarah

pak cik : masa nak mai ziarah tengok jenazah ni, kena pakai smart-smart sikit. kalau sakit macam mana sekalipun, jangan bagi nampak sakit. jangan langsung bagi nampak tak larat. badan kena bagi nampak 'steady'.

aku : kenapa pak cik?

pak cik : sat lagi masa malaikat maut mai tengok, kalau dia tengok kita dok steady lagi, sat lagi dia kata "orang tua ni elok lagi ni. lambat lagi ni aku nak cabut nyawa dia". kalau kita dok mandom* ja, dok buat tak larat, sat lagi dia kata "ha, orang tua ni dah nampak tak larat dah ni. ni mesti tunggu masa ja aku nanti nak mai ambik nyawa". hahaha

aku : (senyum. dalam hati : "apa la pak cik ni..")  

pak cik : hang tau dak pokok ara macam mana?

aku : pernah dengar nama ja. tak pernah lagi tengok pokok tu macam mana.

pak cik : pokok ara tu akar dia menjalar besar-besar. baguih kalau buat tanam atas kubur.

aku : kenapa pak cik?

pak cik : sat lagi masa malaikat yang jaga kubur tu nak pukul mayat, kena kat akar pokok ara tu dulu sebab dia besar. selamat sikit mayat tu.. hahahahaha.. 

aku : hmm.. (boleh plak dia melawak time2 macam ni)



daftar kata

1. simpan : juga digunakan dalam loghat utara untuk merujuk kepada tanam/kebumikan mayat.
contoh ayat : pak njang ae dah tak dak dah. esok simpan pukul 11.00 pagi

2. mandom : Kd lembap, tidak cergas, bodoh. (kamus dewan edisi keempat)

20 comments:

  1. Hahaha. Apa jenih petualah pakcik tu. Lawak dalam 10 hari pertama bulan syawal.

    ReplyDelete
  2. petua apa ni Pha Is??hahahhahaa..melawak je pak cik ni..

    #dapat juga blajaq loghat utara kat sini...:D *mandom

    ReplyDelete
  3. petua melawat jenazah ...jangan bercerita hal2 keduniaan di tempat kematian...salam lebaran.

    ReplyDelete
  4. orang tua melawak memang lain macam..
    dulu sorang cikgu aku nasihat ;
    "kalau hang nak cakap lancar,
    ambik taik kucing, bungkus, gantung kat leher jadi tangkal!!!"
    aku senyum je.. hahaha
    :D

    ReplyDelete
  5. hahahha....adoiyai pakcik...hehehehe...menabung oldtown sini..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  6. Perkongsian yang baik dan bermanfaat. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. Ada gak yang lucunya dari pak cik tu yer. Moga bermanfaat untuk semua...

    ReplyDelete
  8. Pokcik..pokcik.. Buat akak tersenyum tetengah malam ni.. :D

    ReplyDelete
  9. Thansk Pha Is atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  10. hahaha. Boleh pulak gitu ek. Fikiran lain machiam betul. kikiki

    ReplyDelete
  11. habis tu pakcik tu pakai smart tak.. hehehe..

    ReplyDelete
  12. haha..melawak macam tu pun boleh ka

    ReplyDelete
  13. ahahahaha...pakcik oh pakcik...boleh masuk maharaja lawak lah pak cik nih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...