Friday, August 29, 2014

part time kat rumah

Setiap kali cuti semester, setiap kali aku balik rumah, orang kampong akan Tanya aku soalan yang sama bila mula Nampak muka aku kat surau.. “cuti ka? Berapa hari?”.

“ha ah, sebulan, pak long..”

“ha ah, 2 bulan..”

“kali ni sampai raya, pak lang..”

(pak long dan pak lang tu bukan bapa sedara aku, tapi panggilan orang kampong terhadap mereka)

Dan bila aku jawab, diorang senyum panjang.  Terutamanya geng pak imam ni. bukannya apa. diorang seronok, sebab nanti boleh ganti-ganti ambik turn.

Tapi kali ni bila aku ditanya soalan tu lagi, aku jawab “insyaAllah, dah habis dah...”

Lagi panjang senyum diorang...

Monday, August 25, 2014

Kelemahan Blog Berubah Wajah


kalau diikutkan, sejak penubuhan blog aku ni dari tahun 2010, dah beberapa kali blog aku ni dah bertukar wajah.. terutamanya masa mula2 berblog dulu. biasa la, masa tu zaman mula mencari rentak sendiri. zaman mencari identiti sendiri untuk blog.

tapi bila dah akhir-akhir ni, rasa malas plak nak tukar wajah blog. bukan sebab malas sangat pun sebenarnya. tapi bila memikirkan kelebihan dan kelemahan menukar wajah blog, aku lebih suka memilih untuk stay pada wajah sekarang ni.

Kelemahan Blog Berubah Wajah


sebagai contoh, aku bagi 1 scenario. scenario antara logo BMW dengan Proton. cuba korang tengok sendiri perbezaan antara dua logo ni:

BMW logo evolution

Proton logo evolution

kedua-dua logo ni berubah dari masa ke semasa. tapi bila tengok logo BMW, walaupun logo berubah, tapi ciri utama yang menjadi lambang kepada BMW itu sendiri tetap dikekalkan. jadi, tak kira mana zaman sekali pun, kalau tengok logo BMW, tetap orang boleh kenal.

bila tengok logo proton plak, bila tengok logo terbaru proton, langsung tak sama dengan yang sebelumnya. yang sama cuma bentuk outline je, tu pun tak nampak sama sangat. jadi, kalau orang dulu2 yang berada pada zaman 90-an bila tengok logo tu, mesti diorang tak cam.

p/s : bukan nak kondem proton. cuma nak tunjuk contoh.. 

so, dah nampak dah disitu antara keburukan bila menukar wajah blog, kalau tukar total 100%, seolah-olah 'hilang identiti' blog tersebut, terutamanya bila blog tu sudahpun berada pada keadaan yang mantap (steady state).

kalau ada sebelum ni pembaca tetap blog yang ter'lost-contac' dengan blog X tetiba terjumpa balik blog X tu yang sudahpun berubah wajah secara total, kemungkinan high possibility yang pembaca tu tak akan cam lagi blog X tu. apatah lagi kalau nama blog pun dah tukar.

Tips menukar wajah blog


tapi kalau tak pernah tukar langsung, nanti jadi boring pulak kan. so, kalau nak tukar, seelok-eloknya jangan tukar semua. cuba cari identiti yang boleh dikekalkan. tak kisah dari segi logo blog, warna asas blog, font header/nama blog, dan sebagainya.

kalau jenis tempek gambar muka sendiri kat header tu lagi senang. tukar macam mana pun, ada gambar muka sendiri. tengok header je, orang dah cam siapa penulisnya. aku nak buat macam ni tak sesuai, sebab muka aku ni tak ada 'nilai komersial' i.e. tak hensem. so, tak dapat la nak letak. hehehe..

tu pun kalau memang korang berhasrat nak 'hidup lama' dalam dunia blog la. at least ada la nampak kredibiliti sikit. baru ada umph..!!!  hehehe... alang-alang berblog, biar dengan style.. yer dok?

bila dah 20-30 tahun akan datang, boleh letak tambahan "since 2010" kat header. nampak classic gitu..

tapi ni pendapat aku je la. masing-masing ada citarasa dan pendapat sendiri. terpulang.. :)

Thursday, August 21, 2014

Ini Semua Salah Yahudi

sebagai seorang yang agak terlibat sikit dalam dunia perubatan dan kesihatan, kadang-kadang (bukan selalu) aku agak terjengkel dengan fahaman atau sebaran yang mudah sangat disebarkan oleh mana-mana individu tanpa mengira kesahihan dan ketelusan sumber dari apa yang mereka sebarkan, terutamanya berkaitan kesihatan.(paham tak ni?)

banyak kali dah aku terbaca artikel2 kesihatan yang , isinya seolah-olah mengatakan "Ini semua salah yahudi, itu semua salah yahudi, bla bla bla..." kerja nak salahkan yahudi saja!

Ini Semua Salah Yahudi



contoh :
-jangan makan ubat kimia, ini semua rancangan jahat yahudi...
-jangan bagi bayi ambil vaksin. ini semua konspirasi yahudi...
-yahudi tipu kita, dia kata makan kambing tak bagus, padahal itu sunnah nabi. dan sains kata kambing danging paling rendah kolesterol...
-bla bla bla..

aku tahu kita benci yahudi. aku pun benci yahudi. tapi sebelum sebarkan berita, fikir dahulu, betol atau tak apa yang kita nak sebarkan tu.

yahudi punya salah, kambing jadi mangsa



aku bagi contoh. sebagai seorang penggemar daging kambing yang tegar (kalau aku migraine, n nmpak daging kambing depan mata pun, aku balun makan jugak. contoh dalam entri ini) aku agak hairan dengan statement pasal daging kambing tu.

sepanjang pengetahuan aku, tak pernah lagi aku terbaca atau terdengar dari info kesihatan moden/barat/sekular (yang selalunya dikaitkan dengan yahudi) yang kata daging kambing ni bahaya/tak bagus. dan tak juga aku dengar dari mulut seorang yahudi sendiri yang kata makan daging kambing tak elok untuk kesihatan.

sebaliknya, yang selalu berpesan kat aku yang kata daging kambing ni tak elok, banyak lemak, 'panas badan', etc, adalah dari kalangan pakcik-makcik orang melayu kita sendiri. so, siapa yang yahudinya..?

antara lainnya, cuba tengok video ni :



Monday, August 18, 2014

Rezeki Bila Nak Hibernasi


minggu lepas, selesai sudah exam aku yang terakhir. harap sangat2 exam itu exam yang terakhir. harap2 tak 'sangkut' lagi, kalau tak, tak dapat la nak grad tahun ni. naya nak kena repeat 1 semester semata-mata nak ambik 1 paper je. fuh, harap-harap jangan la.. amiin...

dan sekarang, aku kembali bercuti kat rumah. bila kat rumah, tak ada line internet. maka, berhibernasi la aku kembali dari dunia blog. ketika entri ini di-autopublish-kan, aku sudah ada kat rumah. mungkin kadang-kadang je aku boleh nak BW..

iH Media Liese



bila blog aku nak hibernasi la, nuffnang tetiba murah hati bagi cpuv banyak-banyak. adui. bukan tak bersyukur, cuma rugi la. cpuv banyak tapi UV nanti konfom menurun punya. nak kena buat autopublish banyak-banyak la macam ni.  

Mayfair Bodyline



semuanya pasal produk kecantikan, terutamanya untuk wanita. 1 produk kaler rambut, 1 set rawatan badan. yang lagi 1 satu dulu tu pasal cream muka B.liv. yang nak untuk lelaki sikit pun, cuma tinggal Xperia Z2 dengan perabut ikea je.. hehehe...

p/s : ya Allah, grad-kanlah aku pada tahun ini.. ameen...

Friday, August 15, 2014

Awas : Penyakit Hati



"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima),seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. 
Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir.
(Al-Baqarah 2:264)

Thursday, August 14, 2014

Segmen Ceritera Merdekaku by Dunia Zumal

klik baner untuk join sebelum 16 September 2014

kenapa tanah melayu merdeka pada tahun 1957?


sebut pasal ceritera merdeka ni, aku teringat suatu kisah yang cikgu sejarah aku pernah cerita berkenaan tarikh kemerdekaan ni. percaya atau tidak, kalau aku kata kalau tak kerana hujan, kita tak akan merdeka pada tahun 1957?

kalau tak percaya, meh aku nak cerita. pernah tak korang terfikir soalan ni :

pada pilihan raya umum pertama tanah melayu pada tahun 1955, parti perikatan (kini dikenali Barisan Nasional) yang terdiri dari PEKEMBAR (UMNO), MIC dan MCA memenangi 51 daripada 52 kerusi (lagi 1 kerusi menang kat PAS). manifesto UMNO pada masa tu ialah mencapai kemerdekaan dalam masa 4 tahun. tapi kenapa kita merdeka pada tahun 1957, hanya 2 tahun kemudian?

bukankah kalau diikutkan manifesto tu, kita sepatutnya merdeka pada tahun 1959? 


kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku


apa yang cikgu aku cerita, sebabnya masa parti perikatan menang, Tunku Abdul Rahman diberikan sebuah rumah oleh kerajaan british. tapi bumbung rumah tu bocor, bila hujan ada air tiris. then, Tunku pun marah la.

maka beliau pun bertekad nak pendekkan tempoh manifesto tu untuk mencapai kemerdekaan daripada 4 tahun kepada 2 tahun. maka, merdekalah kita pada tahun 1957 berbanding pada tahun 1959 dari rancangan yang asalnya. kalau tak, tahun ni (2014) kita baru sambut merdeka yang ke-55 dan bukannya yang ke-57.


semuanya kerana hujan tiris bumbung rumah Tunku. semuanya kerana hujan rahmat..!!!! hehehe... kalau tak, kita tak akan merdeka pada tahun 1957 tapi akan merdeka pada tahun 1959..

kalau tak percaya, korang boleh tengok wawancara dengan Tunku Abdul rahman kat video bawah ni. kalau nak cepat terus skip pada minit yang ke-29.




sumber dan rujukan
1. Wikipedia. (2013 Mac 30). Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955. dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Pilihan_Raya_Umum_Tanah_Melayu_1955
2. sirajuddinabbas's channel. (2011 Apr 30). Wawancara Khas Bersama Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Youtube. dipetik dari https://www.youtube.com/watch?v=DJjkBsHf28M

Monday, August 11, 2014

Statistik Blog | Mana Yang Lebih Reliable?

sejak dua menjak ni, aku baru perasan ada perbezaan yang agak besar dan 'constant' dengan antara statistik pageview blog aku yang diperolehi melaui 3 statistik yang berbeza. iaitu dari Histats, statistik dari dashboard blogger, dan statistik dari nuffnang.

Histats.com

Blogger dashboard

Nuffnang Stats

Perbandingan Statistik Pageview Blog


so far aku cuma pakai statistik dari 3 ni je, so, dari 3 statistik ni sahaja yang boleh aku bandingkan. cuba tengok graf yang aku dah buat kat bawah ni :

 


kalau tengok statistik dari nuffnang, seronok giler sebab angka tu rasa macam tinggi semacam je. tapi bila tengok statistik dari Histats, rasa macam down kejap. nombor dia ciput giler. sedih tengok PV blog aku banyak tu je. hehe..

korang plak tengok statistik pageview blog korang dari mana? kalau rajin, cuba try bandingkan kalau korang ada lebih dari 1 sumber statistik blog.

then, persoalannya : yang mana lebih reliable?

Sunday, August 10, 2014

Segmen Nostalgia Aidilfitri 2014 by Mawar Putih

klik baner untuk join atau klik SINI

dari tak ada idea nk menulis, aku join je la segmen ni. lagipun, at least ada jugak modal aku nak menulis. kalau ikutkan syarat segmen ni, aku kena ceritakan pengalaman raya yang tak dapat dilupakan. hmm... pengalaman tu banyak. tapi kali ni aku ambil pengalaman yang terdekat la. pengalaman raya tahun ni.

Nostalgia Aidilfitri 2014


family aku dari dulu lagi kalau beraya tak pernah sedondon. suka hati je masing-masing nak pakai baju apa. tak pernah nak rancang pun. so, bila mai bab baju raya, masing2 buat hal sendiri. dan tahun ni, aku rancang nak pakai baju tahun lepas je. malas nak beli lain.

aidilfitri 2013

pada malam raya, masa masing-masing ambik turn nak seterika baju masing2, aku terperasan yang tahun ni, semua adik-beradik aku pakai jubah. huh.. ini tak boleh jadi. so, malam raya tu jugak aku start moto keluar cari jubah kat uptown terdekat.

hasilnya, pagi raya tahun ni, walaupun kaler masing-masing, at least semua orang pakai jubah. kira sedondon la jugak. close enough..!!!

aidilfitri 2014

dah alang-alang jubah, berserban terus. kita berfesyen "Ya hanana" tahun ni.. last time pakai serban masa kat sekolah dulu. nasib baik ingat lagi cara nak lilit. fuh...

okay, cerita sudah. sekarang nak tag 3 orang blogger plak. hmm.. so, aku nak tag :
1. Winnie Mastura 
2.  kak Azlealee Bashir
3. bro Zu mal 


Saturday, August 9, 2014

segmen : blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

klik baner untuk join atau klik SINI

Di sini Lahirnya sebuah Cinta

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

p/s : tak ada idea nak update. makanya, join segmen je la dulu.. sementara menunggu idea manulis datang bergolek.. hehe


Thursday, August 7, 2014

B.liv Brand Visibility


sejak dua menjak ni aku rasa banyak nampak iklan pasai produk untuk menghilangkan 'blackhead' kat muka. blogger pun dah banyak yg try dan buat review pasal produk-produk tu. produk yang sapu sejenis krim kat muka, lepas tu nanti krim tu mengeras jadi mask, then bila cabut mask tu keluar sekali dengan blackhead tu.

B.liv Brand Visibility



aku terperasan ada dapat cpuv iklan pasal produk ni. bila aku tengok iklan tu, ia pasal produk tu untuk keluarkan blackhead dari kulit muka jugak. tapi yang ni lain sikit, sbb dia tak jadi macam mask yang boleh tarik keluar blackhead tu. tapi, dia 'dissolve' blackhead tu.



kalau nak tau lebih lanjut, kalau ternampak iklan tu, boleh la pi tengok. mana tau kot2 korang tengah cari produk yang macam tu..

sumber gambar :
B.liv. - http://www.bliv.com/my/index.php/offwiththoseheads/

Wednesday, August 6, 2014

WW 103 | Baju Raya

kami tak sedondon sebab perangai kami macam ragam

Tuesday, August 5, 2014

Xperia Z2 Launch



dulu smartphone sony terkenal dengan phone sony xperia Z yang kalis air. sekarang keluar plak Sony Xperia Z2. member aku ada sorang yang pakai Sony Xperia Z ni. dulu masa kami mandi sungai ramai2, phone dia la yang jadi mangsa ambik gambar. dah alang2 water proof kan..

Sony Xperia Z2



dah lama tak online. dah duduk kat rumah tak ada line internet, rasa macam katak bawah tempurung kejap. macam tak berhubung dengan dunia luar. isu semasa sekarang pun tak beberapa nak tahu. tapi semalam bila dah boleh online, bila tengok nuffnang, alhamdulillah, dia bagi jugak CPUV.


boleh tahan kalau tengok spec dia. tapi aku rasa harga pun nanti mesti 'boleh tahan' jugak kan? phone aku sekarang ni dari dulu lagi dok buat hal. tak cukup space sampai nak update whatsapp pun tak lepas. hmm.. nak tukar, tak ada bajet. sabor je la...

kalau nak tahu pasal Sony Xperia Z2 ni, kalau nampak iklan tu, try la pi ushar. kalau tak keluar, boleh tengok kat sini : Sony Xperia Z2

Monday, August 4, 2014

Petua Menziarahi Jenazah

dalam sebuah majlis menguruskan seorang jenazah di kampung aku, sementara menunggu jenazah dikafankan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk disimpan*, aku sempat bersembang dengan seorang pak cik di kawasan luar rumah keluarga si mati. dalam kami berbual, tetiba pak cik tersebut memberikan aku sedikit 'petua' berkenaan ketika menziarahi jenazah.

kaifiyyah, petua, ziarah

pak cik : masa nak mai ziarah tengok jenazah ni, kena pakai smart-smart sikit. kalau sakit macam mana sekalipun, jangan bagi nampak sakit. jangan langsung bagi nampak tak larat. badan kena bagi nampak 'steady'.

aku : kenapa pak cik?

pak cik : sat lagi masa malaikat maut mai tengok, kalau dia tengok kita dok steady lagi, sat lagi dia kata "orang tua ni elok lagi ni. lambat lagi ni aku nak cabut nyawa dia". kalau kita dok mandom* ja, dok buat tak larat, sat lagi dia kata "ha, orang tua ni dah nampak tak larat dah ni. ni mesti tunggu masa ja aku nanti nak mai ambik nyawa". hahaha

aku : (senyum. dalam hati : "apa la pak cik ni..")  

pak cik : hang tau dak pokok ara macam mana?

aku : pernah dengar nama ja. tak pernah lagi tengok pokok tu macam mana.

pak cik : pokok ara tu akar dia menjalar besar-besar. baguih kalau buat tanam atas kubur.

aku : kenapa pak cik?

pak cik : sat lagi masa malaikat yang jaga kubur tu nak pukul mayat, kena kat akar pokok ara tu dulu sebab dia besar. selamat sikit mayat tu.. hahahahaha.. 

aku : hmm.. (boleh plak dia melawak time2 macam ni)



daftar kata

1. simpan : juga digunakan dalam loghat utara untuk merujuk kepada tanam/kebumikan mayat.
contoh ayat : pak njang ae dah tak dak dah. esok simpan pukul 11.00 pagi

2. mandom : Kd lembap, tidak cergas, bodoh. (kamus dewan edisi keempat)

Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah

klik baner untuk join