Tunjuk Gambar

kisah 1

petang tu, aku keluar pergi ambil gambar untuk lesen memandu sekali dengan adik perempuan aku. kami berdua baru nak mula buat lesen kereta. bila dah setel dan dah sampai kat rumah, mak mintak nak tengok gambar yang kami ambil tadi. saja.

setelah dibelek-belek gambar kami, mak bersuara.

mak : orang dulu-dulu, masa tengah dok berkira (ibubapa menjodohkan anak masing2) depa tunjuk gambar macam ni la. tengok gambar dulu, berkenan ke tak.

sarah : ha, mak nanti jangan nk tunjuk gambar kami kat sapa-sapa plak..!!!

kisah 2

pada suatu petang yang panas, aku terperasan kad jemputan kenduri kahwin atas meja. agak kreatif kad kahwin tu. ala-ala sampul surat.


setelah aku tengok nama pengantin tu, aku terkesima. nama pengantin perempuan tu macam aku pernah dengar. bila aku tengok sekali lagi, sah! budak ni dulu 1 kelas dengan aku masa sekolah rendah. orang kampung seberang.

lama aku tak dengar khabar beliau. tup tap, dah sampai kad jemputan kahwin. bulan 8 ni saja aku dapat 3 jemputan kenduri kahwin mereka yang sama umur dengan aku. setiap kali aku dapat jemputan kenduri kahwin, aku tertanya diri sendiri :

hmm.. bila la pula turn aku?

p/s : tahniah kepada Blogger Ima Razak atas pernikahan beliau baru2 ni. walaupun dia muda setahun dari aku, tapi dah pun melengkapkan separuh dari agamanya..

Comments

  1. kreatif betul mereka yang buat kad tu kan...

    ReplyDelete
  2. part tunjuk gambar tu aku biasa tengok lagi dalam filem tamil sekarang. hehehee...

    ReplyDelete
  3. hihihihihii....nanti bila dh smpai turn tu jgn lupa jemput..hahaha. c:

    in shaa Alla jodoh itu pasti kan.:DD

    ReplyDelete
  4. insyaAllah tak lama lagi lah tu pha is.:)

    ReplyDelete
  5. kad kenduri sekarang memang kreatif. ada kagi ke buadaya tunjuk gambar ni hehe..sekarang tunjuk kat FB je..

    ReplyDelete
  6. insyaallah..turn awak akan tiba..

    ReplyDelete
  7. jodoh dtg tanpa kita duga ... insha Allah , akan sampai masanya nanti .

    ReplyDelete
  8. Cantik design kad jemputan tuh . Jodoh nih Allah dah tentukan . Insyaallah bila tiba masanya nanti jodoh tuh akan sampai gak . :D

    ReplyDelete
  9. InsyaAllah, masanya akan sampai tepat pada waktunya nanti.
    p/s: Kad jempuan sekarang memang dah semakin kreatif

    ReplyDelete
  10. In shaa Allah tak lama lagi sampaila seru tu..yg penting siapkan diri dengan segala ilmu di dada..bukan sng nak menjadi nakhoda (^_^)

    ReplyDelete
  11. Jodoh pasti dtg nanti... aamiin ya Rabbal alaamiin.. :)

    ReplyDelete
  12. RASANYA KENA TANYA HATI KOT..KALAU DAH BERSEDIA SEGERA CARI JODOHNYA...

    ReplyDelete
  13. lelaki lambat kahwin saham lagi naik tau pha is... hehehe... jangan ikut petua ini... :D

    ReplyDelete
  14. ha'a kan cantik kad tu, kreatif..

    ReplyDelete
  15. sekarang ni kad jemputan kawen dh mcm2 bentuk kan..kreatif sgt...apa2pn semoga dipercepatkan bertemu jodoh pha is..hehe..amin..

    menabung invest dan dove kt sini.. :)

    ReplyDelete
  16. dua2 kisah pun ada kaitan dengan jodoh dan perkahwinan. ehem, anda bila lagi? hehehe...

    ReplyDelete
  17. salam ramadhan..maaf da lama tk bw..kreatifnye kad kahwin..ehem,pha is bila yew? hehe :D

    ReplyDelete
  18. Pha Is kahwin nanti jemput saya tau hehe

    ReplyDelete
  19. Lelaki kalau lewat sikit kahwin takpe. Rilek-rilek je. Lelaki lagi lambat kahwin, lagi naik market dia. Haha

    ReplyDelete
  20. Comel kad tu..agak kreatif...

    ReplyDelete
  21. Promoted content untuk pha is dengan pesanan..habiskan belajar dulu ya...he..he

    ReplyDelete
  22. ada jodoh nanti sampai masa ia pasti dtg :) semoga cepat2 phais mengikut jejak ima hehehe

    ReplyDelete
  23. xpe, sampai jodoh nnti kawen la...

    ReplyDelete
  24. Orang laki ni...makin tua makin banyak pilihan. Hahahaha xD

    ReplyDelete
  25. in shaa allah ada tu jodoh cuma kena sabar

    ReplyDelete
  26. Moga Allah mempermudahkan urusan Pha Is

    ReplyDelete
  27. semoga dikurniakan pasangan terbaik, dunia akhirat :)

    ReplyDelete
  28. kretif n comel~!!

    nnti faiz buat yg lagi comel la.. huhuhu

    ReplyDelete
  29. In shaa Allah, sampai seru, kawin la kamu tu Pha is.. hehee

    ReplyDelete
  30. sabar menanti.. hehe.. lama betul x jln2 sini..

    ReplyDelete
  31. cantik kad tu ... jangan menunggu je, lelaki kena la berusaha ... pasni ni boleh update kad kawin sendiri :)

    ReplyDelete
  32. orang kata " orang perempuan tak boleh kawin lewat, orang laki tak apa" kenapa ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. entahla... tapi rasanya sama je.. jgn lewat sangat..

      Delete
  33. Nak buat lesen keta yer... Semoga dipermudahkan yer. Gambar tu bagi kat Mak nanti boleh dia tunjuk kat calon menantu. Hehe ^_^

    ReplyDelete
  34. tak paa pha is.. org laki makin tua makin saham tinggi.. serius!! ;D

    ReplyDelete
  35. kreatif! nt kawen nak bt cmni jugak la. hehe

    ReplyDelete
  36. Cantik kad tu...InsyaAllah nanti turn Pha Is pula :)

    ReplyDelete

Post a Comment