26.6.14

Bulgogi Brothers Korean BBQ | Halal atau Haram?

selalunya bila blogger dapat cpuv baru dari nuffnang, mesti nk buat entri promot. aku pun selalu jugak buat macam tu. lagi pun, bak kata Bro Bin Muhammad, entri ni menguntungkan semua pihak. untung bagi blogger sebab bila buat entri promot iklan cpuv, lagi high chance orang nak klik iklan tu.

untung bagi pihak nuffnang sebab kena 'bodek', meningkatkan lagi nama baik agensi tersebut di mata blogger. dan untung bagi pihak yang menaja iklan sebab selain iklan diorang ada dalam blog kita, ada jugak entri yang promot produk/service diorang. so, win-win situation.

Bulgogi Brothers Korean BBQ : Halal ke tak?



tapi kali ni, aku was-was sikit. sebab dalam aku dok search, iklan dari Bulgogi Brothers Korean BBQ kali ni ada sedikit syubhah dalam status halal restoran ini. antara yang aku search, ada yang kata halal dan ada yang kata tak halal. aku nak promot pun was-was. so, kali ni bukan lebih kepada promot, tapi sekadar berkongsi maklumat tentang status restoran korea ni.

ada yang kata Bulgogi Brothers ni bukan pemegang sijil Halal JAKIM, tapi diorang menggunakan produk yang halal, makanan dia pun tak ada dicampur dengan sebarang bahan tidak halal sepanjang proses penyediaan masakan. memang PORK FREE. menurut Yana, sebab kenapa dia tak ada Halal JAKIM, kerana Bulgogi Brothers ni ada jual beverages (minuman) yang beralkohol.[1]

menurut seorang blogger Nuriesya Nadiadalam entri beliau, makanan kat situ pork free, tetapi ada jual Soju (arak korea) dan alkohol.[2]

menurut  Nur Salmah Abdul Aziz pula, daging dalam masakan mereka datang dari suppliers daging halal dan diorang tak gunakan alcohol dalam masakan diorang. tapi restoran ni tak ada sijil halal jakim sebab diorang ada jual minuman beralkohol. akan tetapi, menurutnya lagi waiter di cawangan pavilion tu orang islam dan manager disitu jugak merupakan seorang islam[3].

Jadi, Bulgogi Brothers Korean BBQ ni halal atau haram?


“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati."[4]

Di dalam sebuah riwayat yang lain Nabi SAW bersabda: “Barangsiapa yang menjauhi syubhah, telah selamatlah agamanya dan kehormatannya, barangsiapa yang menyertai syubhah, ia seolah telah jatuh dalam yang haram” ( Riwayat Muslim, no 1599, 3/1219)[5]

tapi, nak bincang halal atau haram, aku bukan seorang yg 'ahli' dalam bidang ni. sebagai seorang yang jahil, aku rujuk kepada ustaz2 fiqh, antaranya Ustaz Azhar Idrus.[6] dia kata :

 

wallahu a'la wa a'lam....

sumber dan rujukan :

1. Siti Nooryanawati Mohamed. (2014 June 18). #35 CPUV Nuffnang : Bulgogi Brothers Korean BBQ; Yana Pink Blossom. dipetik dari http://yanapinkblossom.blogspot.com/2014/06/35-cpuv-nuffnang-bulgogi-brothers.html
2. Nuriesya Nadia, (2013 Dec 28). Food Review : Bulgogi Brothers Pavilion. Nurie.Sya.Nadia; dipetik dari http://nadiaradzif.blogspot.com/2013/12/pengaruh-drama-korea-bulgogi-brothers.html
3.  Nur Salmah Abdul Aziz. (2013 Dec 13). Korean Restaurant at Pavilion KL : Bulgogi Brothers - Halal?. mikahaziq; dipetik dari http://mikahaziq.blogspot.com/2013/12/korean-restaurant-at-pavilion-kl.html
4. inni akhafullah. (2012 Jan 6). maksud sebenar syubhah. Pelabuhan Hati; dipetik dari http://walkintomylife-eyan.blogspot.com/2012/01/maksud-sebenar-syubhah.html
5. Mohamad Zaki Abdul Halim. (2012 Mac 20). Syubhah Membinasakan Akidah. Menilai sebuah Kehidupan; dipetik dari http://mohamadzakihalim.com/2012/03/20/syubhah-membinasakan-akidah/
6. ahaizat (2011 Aug 17). Uztaz Azhar Idrus - Hukum Makan di Kedai Jual Arak. Youtube. dipetik dari http://youtu.be/lC9ePXFhU1s

23.6.14

solat dalam hujan vs solat dalam salji

dah lebih sebulan masjid al-malik khalik, masjid usm ni renovate. cuma bahagian anjung masjid je yang digunakan untuk ruangan solat. untuk solat biasa, tak ada masalah sangat. tapi bila solat jumaat, memang tak cukup ruang, kena bentang tikar untuk solat di kawasan luar masjid.

sebelum ni, kami bernasib baik sebab setiap kali solat jumaat, langit cerah. cuma panas sikit je la. tapi jumaat lepas, hujan turun. boleh tahan la lebatnya. maka, buat pertama kalinya aku solat jumaat sambil disirami hujan. kalau sebelum ni, aku pernah solat jumaat atas tar, kali ni solat dalam hujan plak.

cobaan.. alah, hujan je pun. kan? teringat dulu aku pernah terbaca pasal saudara islam kita yang terpaksa solat jumaat atas salji kat rusia. yang tu lagi dahsyat cobaan diorang.. solat atas salji dalam keadaan suhu dibawah tahap beku.





sumber :

Info Laju. (2014 Jan). Foto Jemaah Solat Atas Salji. dipetik dari http://infolaju.blogspot.com/2014/01/foto-jemaah-solat-atas-salji.html

20.6.14

Dugaan Peruncit Farmasi

just nak share sebuah keluhan yang aku petik dari FB page PharmacyRxM'sia  keluhan mengenai suka-duka dalam fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist) kat malaysia.

Suka-duka dalam Fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist)



Beli ubat rm2
Ada diskaun?
Beli ubat rm20
Ada diskaun?
Beli ubat rm200
Ada diskaun

(Dalam fikiran : Ingat Pasar malam Kah)

Ada Jual rokok?
Ada cuci gambar?
Ada fotostat?
Ada Jual setem?

(Dalam fikiran: ingat Ni mini market ke atau Jusco)

Ubat Ni halal?
Supplement Ni halal?
Krim Ni halal?
Jus Ni halal?

(Dalam fikiran: Susah jawab, mana ada ubat Amlodipine letak logo halal, mana krim Ada letak logo halal. Tanya halal, Tapi x tahu haram kalu pakai mini skirt)

Wah mahal u jual, I beli murah je
Mengapa u Jual mahal Dari sebelah
I beli KL rm20, sini Sabah Jual rm30
I beli banyak, Kira murah sikit

(Dalam fikiran: kalu sana murah, buat apa beli sini & komplain pulak, pergi la sana)

Minta maaf, ubat Ni x boleh Jual Tanpa RX
Saya biasa makan
Saya Doktor
Mak saya Doktor
Nenek saya Doktor
Cucu saya Doktor
Jiran saya Doktor

(Dalam fikiran : Kan dah cakap perlu RX, apa kaitan u Doktor, keluarga Doktor atau pun anak doktor)

Ubat ini tidak sesuai untuk budak
Saya biasa Jumpa Doktor, Doktor yang bagi
Doktor cakap boleh
Mana tidak sesuai, Doktor biasa bagi
U ingat U Doktor Kah

(Dalam fikiran: Sekadar beri nasihat saja, kalu semua jual Tanpa beritahu, apa guna I belajar farmasi)


Boleh bagi ubat yang paling kuat?
Saya nak paling mujarab...
Esok exam, bagi ubat boleh sembuh besok?

(Dalam fikiran: Ingat Saya Harry potter Kah, mana wujud ubat ajaib)

To long bagi ubat yang I biasa ambil tu.
Bagi ubat minggu lepas yang I beli
Saya biasa beli, u ingat punya
Ubat putih tu, yang rm3 tu

(Dalam fikiran: Mana saya ingat tu, ingat u seorang je customer sini)

Shhhhhhh...
Hey, a..da ubat kasi panjang?
Bos, Ada Jual kasi nafsu?
I nak ubat kuat batin!
Ada Pil khayal Jual?

(Dalam fikiran: Apa la jantan Ni)

Shhhh...
Ada ubat kasi gugur?
Ada cytotec?
Bos, Ada tolong kasi buang hamil?

(Dalam fikiran : Tambah Lagi kes buang bayi)

Bagi ubat SalahKasi (celecoxib)
Saya nak ubat Pondan (Ponstan)
Ada Jual Spray Ciplak (MDI jenama cipla)
Belah dua satu (Berodual satu)
Ubat Lu-Syaitan (Losartan)

(Dalam fikiran: ????????????)

Ada ubat buang lemak?
Ada ubat turun berat?
Ada krim hilang buncit?
Ada Pil kurus?

(Dalam fikiran: Saya Lagi gemuk Dari u, mana la nampak gemuk pun, tak baik ambil ubat kalu tidak perlu)

Cerita ini adalah rekaan semata-mata & Tiada sebarang kaitan hidup Dan mati...

Kami memohon maaf, Jika terdapat perkataan yang menyinggung perasaan Anda...

Rekaan PharmacyRxM'sia



sumber
PharmacyRx M'sia. (2014 June 18). Suka-duka dalam Fikiran seorang peruncit Farmasi (Retail Pharmacist). dipetik dari https://www.facebook.com/notes/pharmacyrx-msia/suka-duka-dalam-fikiran-seorang-peruncit-farmasi-retail-pharmacist/895973063751341

19.6.14

uMobile Prepaid Free Meal

tahun ni tahun terakhir aku merasa pakej prepaid hotlink youth club. bermula tahun depan, dah meningkat umur 25 tahun, tak bleh lagi nak merasa pakej youth club ni. sebab dah tak beberapa nak 'youth' dah. hehehe.. 

bagi mereka yang belum tahu, youth club ni ala-ala macam celcom punya Upax la. credit kita tak akan tamat tempoh walaupun tak top-up berbulan-bulan. selagi ada kredit, selagi tu boleh guna. khas untuk budak2 U dan budak muda remaja. 

dah tak remaja dah.. hmm.. lepas tu nanti, baru terfikir nak ushar plan yang lain. 

redONE postpaid plan


sekarang ni macam2 offer ada. yang terbaru, member aku ada offer untuk talian redONE. boleh tahan jugak dia punya offer. menurut member aku, redONE ni pakai line celcom. kalau berminat boleh call zul zhafran tu.. 


uMobile Prepaid Free Meal


Umobile pun baru ni aku terperasan iklan dia pasal ada promosi baru. kalau korang perasan la, kadang2 ada iklan tu kat dalam blog ni. cpuv.. hehehe..


menurut maklumat dari iklan ni, kalau top up U mobile kat 7-eleven dapat air revive dengan mee segera mamee secara percuma. tapi aku tak ada nombor U mobile ni. so, x bleh la nak try. sapa yang ada, boleh la cuba try.

16.6.14

Smartphone | Huawei Ascend P7


aku sekarang sedang bertabah dengan phone aku ni. masalah bila internal memory hanya 380MB. henset lama. dah nak dekat 3 tahun pakai. masa beli dulu, tak kisah sangat pasal internal memory, sebab masa tu aku fikir boleh top-up dengan memory card. (1st time aku pakai phone android masa tu)

bila dah guna baru aku tau yang tak semua apps boleh pindah storage ke memory card. hasilnya, nak install apa2 pun sekarang dah tak boleh. memory tak cukup. sampaikan nk update whatsapp pun tak boleh.. padahal bukannya aku install banyak bnda pun. hmm.. sabor je la..

nak tukar baru, tak ada bajet. dah keje nanti, baru mampu.

CPUV : Huawei Ascend P7


iklan cpuv nuffnang

pastu nampak plak iklan phone Huawei Ascend P7 ni kat blog aku. lagi la mengingatkan aku kepada prestasi cemerlang phone aku sekarang. sabor je la. bila aku klik tegok iklan tu, boleh tahan jugak specs Huawei Ascend P7 ni. benda pertama yang aku cari : internal memory 16GB.

Huawei Ascend P7, smartphone, specs

aku tertarik dengan specs yang ni. ada 7 layer. dah bajet macam 7 petala langit 7 petala bumi. sebab tu nama dia P7 kot. antara specs lain, ada 'panorama selfie'. so, boleh berselfie ramai2 walaupun tanpa monopod. kalau nak tahu lanjut, kalau ternampak iklan tu, boleh la pi terjah.. :)

12.6.14

Blog Automotif

masih berkisarkan survey nuffnang. kalau entri sebelum ni, aku ada sebut kepentingan update survey selalu bagi nuffnang, kali ni aku nak share tentang soalan yang aku jawab dalam survey tu. 

Hikayat Budak Pening blog Automotif?



dalam survey nuffnag tu pada bahagian katagory blog, selain katagori 'personal' aku tick sekali dengan katagori automotif. sebabnya, walaupun entri aku pasal automotif tak banyak, tapi kalau tengok entri aku yang paling banyak pageview, semuanya berkaitan dengan motosikal. 


top entri aku bulan ni : 

sebab tu aku malas nak letak widget 'entri popular' sebab semuanya sama 'genre' je... semuanya pasal motor dan datang kebanyakannya dari search engine. tapi aku masih lagi letakkan katagori personal blog sebagai katagori utama. kalau nak tengok contoh blog katagori moto, boleh tengok blog ni : Arena Motor milik blogger +Adi Arena 

Petronas Primex 95


semalam lepas habis 1 paper, rilex2 kejap, aku buka blog dan terperasan 1 iklan baru yang melekat kat blog ni. bila check, Alhamdulillah, lekat lagi 1 cpuv nuffnang baru. datang dari Petronas Primex 95. mungkin sebab jawapan aku tu kot aku dapat cpuv ni.. walaupun tak semestinya tick automotif baru dapat cpuv berkaitan automotif, tapi jawapan dari survey kita tu boleh menjadi salah satu sebab kita dapat cpuv


iklan ni akan direct ke beberapa entri dalam dalam blog yang terpilih. antaranya, entri dari blog Arena Kereta, sebuah blog yang paling tak asing lagi dalam dunia automotif malaysia.    


8.6.14

Pengalaman Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41

Alhamdulillah, minggu lepas baru je aku selesai ber-interview dengan pegawai dari Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk PRP (provisional registered pharmacist) aku nanti. so, nak share jugak la sikit pengalaman interview tu bagi mereka yang nak interview kelak.


aku interview kat Pusat Pengajian Sains Farmasi USM. kena dengan Tuan Haji Aziz Bin Othman. baik je orangnya. sporting dan steady.. masuk macam sembang-sembang je.. siap bagi nasihat dan tips lagi..

masa aku interview tu, kami sekali masuk bilik interview, 5 orang serentak. mungkin sebab ramai orang dan kesuntukan masa.. so, tak de la nak rasa nervous sangat berbanding kalau sorang2 masuk. Alhamdulillah..

Soalan Temuduga SPA Untuk Jawatan Pegawai Farmasi U41


lepas je masuk, lepas check IC dengan nama, terus dia tanya soalan. tak de pun nak suruh perkenalkan diri ke apa. direct to the question. antara soalan yang ditanya beliau :

1. apa yang anda faham dengan INTERGRITI? apa kepentingannya terhadap seorang pegawai farmasi, kesan kalau tak ada intergriti, etc...
2. situasi kalau dapat presciption yang overdose. apa yang nak kena buat?
3. situasi orang kena tunggu lama di kaunter farmasi pesakit luar OPD : komen dan cadangan?

aku rasa, aku lagi banyak mendenar beliau cakap dari aku jawab soalan kot. maksudnya, tak de la macam sesi soal jawab yang strict sangat. lepas kita bagi jawapan, belaiu ada tambah lagi info-info yang berkaitan.

selain pegawai dari SPA, ada jugak penyoal dari bahagian farmasi. group aku kena interview dengan Encik Muthu dari JKN Pulau Pinang (kalau tak silap) dan dari apa yang kami dengar, beliau seorang pegawai farmasi di bahagian penguatkuasaan. so, dari situ pun dah boleh agak soalan2 yang macam mana yang akan ditanya beliau. antaranya:

1. sanggup atau tak kalau kena kerja di bahagian penguatkuasaan farmasi
2. tugas seorang farmasi di bahagian penguatkuasaan
3. kempen 'kenali ubat anda', konsep 5R (atau 5B dalam BM), etc..
4. jenis-jenis lesen yang berkaitan dengan farmasi/ubat
5. apa perlu dibuat kalau pesakit mengadu sakit selepas makan ubat tradisional,
6. cara nak check ubat di pasaran sama ada berdaftar atau tidak

ni antara yang aku ingat la. mungkin ada lagi yang aku terlupa. so, bagi final year pharmacy student yang nak interview SPA nanti, good luck aku ucapkan.. interview ni yang nak pening bagi aku, cuma part nak sediakan dokumen-dokumen tu je yang renyah sikit.. masa interview rileks je..

7.6.14

Pengomen Pening Mei 2014

selamat berhujung minggu. selamat bersantai bagi yg tengah santai, dan selamat study dan berexam bagi mereka yang tengah final exam macam aku.

yang tengah santai2 tu, kalau nak BW, boleh la terjah senarai blog kat bawah ni. mereka rajin komen. so, tak rugi kalau terjah mereka. jadi, jom ushar senarai top 20 pengomen pening pada bulan Mei yang lalu. 

cekidaut..


1. Cik Misstree (http://cik-misstree-macam2-ada.blogspot.com/)


2. Faizal Mohamad Twon Tawi (http://www.syukurnyasihat.com/)


3. RDZ Z (http://myblogsantai.blogspot.com/)


4. Muhammad Khairuddin Lim (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)
5. Khir Khalid (http://www.khirkhalid.com/)
6. Amanina Mads (http://sukasamko.blogspot.com/)
7. Bin Muhammad (http://relakssminda.blogspot.com/)
8. Akif Imtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com/)
9. Ahmad Zu Mal Md Rayi (http://duniazumal.blogspot.com/)
10. Azlealee Bashir (http://chenachenis.blogspot.com/)
11. W. Mastura (http://sejarahcintamastura.blogspot.com/)
12. n O e s u h a i m i (http://alyadina.blogspot.com/)
13. Niesa (http://niesa-lovecrew.blogspot.com/)
14. paridah (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)
15. husna zahidi (http://husnazahidi.blogspot.com/)
16. Vee Sandi (http://veesandy.blogspot.com/)
17. Nurul Hidayah (http://www.nurulhidayahdiary.blogspot.com/)
18. Yun Sing (http://lifeisgreatwithme.blogspot.com/)
19. Cikna (http://cikna136.blogspot.com/)
20. Sylarius Yusof (http://anakbekasperajurit.blogspot.com/)

thanks semua diatas segala maklum balas dan sumbangan idea2 pada kotak komen yang tak membuatkan macam aku ni syok sendiri cakap sorang2 dalam blog ni. hehehe.. thank juga bagi mereka yang komen tapi tak tersenarai dalam top 20. dan terima kasih juga aku ucapkan bagi silent reader. nanti lepas ni, jangan la malu2 kucing nak komen kat sini yer..

seperti biasa, mereka yang tersenarai akan automatik masuk dalam bloglist :)


5.6.14

apa nak buat bila semua cpuv credited?

sejak minggu lepas lagi, semua cpuv yang aku dapat dah credited. maksudnya, dah tak ada lagi cpuv yang ongoing. dan masa tu, aku pun tak kisah sangat, sebab dijangka bulan ni aku mungkin tak banyak publish entri dan kurang blogwalking sebab nak exam.

tip CPUV : update survey


tips cpuv

tadi saja buka page nuffnang, tengok memang sama je macam minggu lepas. tak ada cpuv yang baru masuk. aku tengok pun dengan tak ada perasaan. tapi rasa gatal jari nak update servey. saja je, sebab orang kata tu antara tips untuk nak dapatkan cpuv.

lepas je aku update survey, bila aku tengok bahagian earning, tetiba, BOOMMM!!! dapat 1 yg baru sedang ongoing. hahahah.. cepat giler. aku tak tau ni kebetulan or tak, tapi tak sampai seminit kot aku update survey, terus dapat.. Alhamdulillah..

so, moral of the story, rajin2 kanlah jari jemari korang tu update survey nuffnang yer.. heheh..

Whisper Mesh & Cotton (promoted content)


nuffnang cpuv
Whisper Mesh & Cotton (promoted content)

kalau dulu whisper ni ada buat tawaran bagi sesiapa yang nk ber-yoga dengan blogger-blogger terkenal seperti yuyu zulaikha dan sebagainya, kali ni ada ditunjukkan pengalaman mereka yang dah join program yoga ni.

kalau nak baca pengalaman tersebut, boleh tengok kat iklan promoted content tu, kalau ada nampak keluar. boleh tengok aksi-aksi diorang ber-yoga. hehehe..

tempoh proses cash out nuffnang



anyway, tadi dapat e-mail, dah dapat payment advice nuffnang yang aku cash out kali ke-2 pada 15 April dulu. tepat jangkaan aku, dalam hampir 2 bulan jugak diorang ambik masa untuk proses cash out. thanks buat korang yg sudi isi tabung.. nnti boring study, aku terjah balas yer.. hehehe..    

p/s : autopublished

3.6.14

Taman Negara Pulau Pinang Antara Yang Terbaik Di Asia

penang national park, malaysia,

tadi terbaca 1 artikel oleh The Malaysian Insider yang mengatakan Taman Negara Pulau Pinang antara 'National Park' yang terbaik di asia, menurut ranking berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Agoda.com.

kat bawah ni senarai penuh National Park terbaik di asia tu:

the highest rated parks in Asia (2014 May 29)


1. Hallasan National Park, Jeju-do, South Korea (4.39/5)
2. Taroko National Park, Taiwan (4.38/5)
3. Osaka Castle Park, Osaka, Japan (4.29/5)
4. Halong Bay, Vietnam (4.23/5)
5. Ang Thong National Marine Park, Koh Samui (4.17/5)
6. Khao Yai National Park, Thailand (4.12/5)
7. Penang National Park, Penang (4/5)
8. Rizal Park, Manila (3.88/5)

taman negara kat malaysia yang lain tak ada dalam senarai. so, kira yang terbaik kat malaysia la kan? heheh..

penang national park

aku pernah pergi 2 kali dah kat taman negara penang tu. 1st masa aku join kem kesedaran alam sekitar 2006 masa aku tingkatan 4, 2nd masa aku pi berjimba dengan member tahun lepas (2013). untuk nak tahu apa yang aku buat masa aku ke taman negara penang tahun lepas tu, boleh tengok entri kat bawah ni :

jejak kerachut 1 : tempah bot
jejak kerachut 2 : permandangan
jejak kerachut 3 : kanopi
jejak kerachut 4 : semput
jejak kerachut 5 : nostalgia KeKAS 2006
jejak kerachut 6 : tasik meromiktik
jejak kerachut 7 : penyu
jejak kerachut 8 : batu kepala buaya dan penyu
jejak kerachut 9 : monkey beach
jejak kerachut 10 : penutup
(best sangat sampai nk kena buat 10 entri untuk cerita. heheh)

kelebihan taman negara pulau pinang


macam2 ada kat situ. antara kelebihan taman negara pulau pinang ni :
1. ada titi kanopi
2. jungle trekking
3. naik bot (kalau tak larat trekking)
4. tasik meromiktik
5. pantai kerachut yang luas, sesuai untuk camping kerana kemudahan semua ada..
6. tempat penyu bertelur di pantai kerachut
7. aktiviti sukan air di pantai duyung a.k.a monkey beach
8. hiking ke rumah api
9. batu kepala penyu dan buaya

tak rugi kalau pergi. tapi bagi orang penang, rugi kalau tak pi. dekat saja.. hehe..

sumber dan rujukan
The Malaysian Insider. (2014 May 29). TRAVEL: Penang National Park ranked among the best in Asia. retrieved from http://www.themalaysianinsider.com/travel/article/penang-national-park-ranked-among-the-best-in-asia

2.6.14

Top Referral Mei 2014

bulan Mei sudah meninggalkan kita. sekarang dah masuk bulan Jun. cepat je masa berlalu. dah masuk bulan jun ni, bulan exam bagi aku.. BW pun nk kena limitkan.. hmm..

so, sempena penutupan tirai bulan Mei yang lepas, jom kita terjah senarai penyumbang trafik terbanyak ke blog Hikayat Budak Pening ni melalui bloglist masing-masing, sepanjang bulan Mei yang lalu. sumber statistik diperolehi dari histats.com

lets cekidaut.. 


1. Scripters (http://idasyuhada.blogspot.com/)


2. Kaki Travel Khairuddin (http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com/)


3. Karyaku Paridah Ishak (http://karyaku-paridahishak.blogspot.com/)


4. Blog Santai Bloglist (http://bsbloglist.blogspot.com/)

5. AkifImtiyaz (http://akifimtiyaz3.blogspot.com/)

6. Relaks Minda (http://relakssminda.blogspot.com/)

7. Blog Mak Budak a.k.a Remaja Purba (http://aizamia3.blogspot.com/)

8. Malaysia Tercinta (http://www.malaysiatercinta.com/)

9. Niesa Lovecrew (http://niesa-lovecrew.blogspot.com/)

10. Thought Without Borders (http://veesandy.blogspot.com/)

terima kasih kerana telah sudi meletakkan blog Hikayat Budak Pening ini dalam bloglist masing2. secara automatik, kesemua blog yang tersenarai dalam list kali ni akan dimasukkan ke dalam bloglist Hikayat Budak Pening ini.

1.6.14

Malam Santapan Secangkir Kasih 2014

pha is, psscmusm, cekak

semalam aku ada majlis makan malam (diner) anjuran Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia USM. majlis Malam Santapan Secangkir Kasih. untuk sidang ni, ni la satu-satunya diner yang aku join. last time aku join diner silat, masa 2 tahun lepas. boleh tengok kat sini : Blogger Silat USM

sebenarnya, malam tu aku dah migraine. tapi gagah jugak pergi. dah bayar kan.. bila time makan, ada kambing plak. aku pantang kalau ada lauk kambing. migraine pun, gagah makan jugak. hasilnya, pagi ni migraine aku extend.. tapi berbaloi. worth it..!!!

tema kali ni : malam apresiasi pendekar. so, semua kena pakai baju melayu lengkap, sekali dengan keris dan tengkolok (kalau ada). aku tak ada. pakai songkok je la. tengkolok dengan keris dalam gambar kat bawah ni aku pinjam kejap.

pha is, cekak, psscmusm

'Pendekar sepi'. masih forever alone... hanya baner sahaja yang sudi bergambar dengan aku.. sadis tak? hehehe..