Sunday, May 18, 2014

segmen geng blogwalkers

hudud, islamic law, richest country,
ini bukan baner segmen, tapi ini bendera negara Brunei Darussalam
kalau nak join, klik SINI


tugasan segmen : terjemahkan maksud "inda ku merati kurapak Brunei" kepada bahasa melayu standard.

untuk menafsirkan maksud ayat ini, ayuh kita menyelusuri maksud setiap perkataan dalam ayat tersebut dengan bantuan khidmat nasihat dari pusat rujukan persuratan melayu, dewan bahasa dan pustaka malaysia.

terjemahan bahasa Brunei


1. inda


menurut pusat rujukan persuratan melayu dewan bahasa dan pustaka, perkataan 'inda-inda' bermaksud 'barang-barang' dalam bahasa bajau tuaran. namun begitu, mengikut kamus dewan edisi ke-4, perkataan inda terdapat dalam penerangan kepada maksud 'berunding' iaitu dalam frasa 'inda berunding' (bahasa brunei) yang membawa makna tidak berkira.

dari situ saya dapat simpulkan inda mungkin sebutan dialek bagi perkataan 'tidak' dalam bahasa brunei.

2. ku:


menurut kamus dewan edisi keempat, ku mempunyai 3 maksud iaitu:
ku (i) = singkatan bagi aku: ~baca; ayah ~.
ku (ii) = singkatan bagi engku atau tengku.
ku (iii) = kuih ~ sj kuih yg dibuat drpd tepung pulut (dibubuh inti dan dikukus).

kemungkinan maksud yang paling tepat dalam situasi ayat tersebut mungkin membawa maksud dari makna yang pertama iaitu singkatan kepada 'aku'

3. merati :


menurut kamus dewan edisi keempat, merati membawa maksud meratikan, memerhatikan.

4. kurapak :


tiada maklumat berkenaan perkataan kurapak dalam kamus dewan edisi keempat. namun begitu, wujud perkataan yang bunyinya hampir sama seperti perkataan kerpak, keropak, dan krapak.

kerpak membawa maksud: 1. bunyi spt bunyi ranting patah; 2. sj alat drpd buluh yg dibunyikan dgn menarik tali (utk menakutkan burung di sawah).
keropak pula membawa maksud : daun lontar yg bertulis (naskhah lama di Jawa dan Bali).
krapak membawa maksud : berkrapak (Brunei) bercakap.

dari situ, mungkin istilah yang dimaksudkan oleh Fae dengan perkataan kurapak ialah krapak, yang membawa maksud 'bercakap'.

secara keseluruhannya, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" dapat ditafsirkan dengan maksud "tidak aku memerhatikan bercakap (bahasa) brunei".

selepas ditafsirkan  frasa demi frasa, terdapat kejanggalan pula pada maksud merati tersebut. dari teori saya sendiri, 'merati' disini mungkin merujuk kepada perkatan mereti, dimana ia terdiri dari perkataan 'reti' yang ditambah imbuhan me-. reti membawa maksud 'tahu' menurut kamus dewan edisi keempat. dari situ, saya dapat simpulkan merati disini mungkin merujuk kepada mereti yang membawa maksud mengetahui.

maka, tafsiran terakhir yang dapat saya tafsirkan, ayat "inda ku merati kurapak Brunei" membawa maksud "tidak aku mengetahui bercakap (bahasa) brunei".

sekian.. hehehe..

rujukan :
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia; Carian Pusat Rujukan Persurata Melayu. http://prpm.dbp.gov.my/

48 comments:

  1. selamat bersegmen...nampak perlu juga buat rujukan utk mencari ketepatan maksud walau Brunei negara nusantara namun dialeknya sukar juga difahami ya...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Datang singgah dari segmen yang sama.
    Happy blogwalking.

    http://syuhadabaharudin.com/2014/05/17/segmen-geng-blogwalkers/

    ReplyDelete
  3. Hahaha... boleh la Pha Is. "Tidak/Nda aku faham/mengerti cakap brunei". :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah jumpa jugak maknanya kan Pha is ..
    Selamat bersegmen ..

    ReplyDelete
  5. selamat bersegmen . gigih pha is mencari maksudnya ...

    ReplyDelete
  6. Segmen yang menarik! Penganjur berjaya mengetengahkan bahasa Brunei dgn jayanya.
    Good luck Pha Is!

    ReplyDelete
  7. gud luck! sikit lagi tu.. hehehe..

    ReplyDelete
  8. Segmen ker nie? ohh susah nyer.. apa pun Good Luck yer Pha Is..

    ReplyDelete
  9. good luck... tidak aku tahu / reti bercakap brunei = inda ku merati kurapak brunei. :)

    ReplyDelete
  10. Whisper & Vanish power for you..

    ReplyDelete
  11. Niesa suka bila dngar org brunei berckp..niesa suka ckp "inda ku tau" bahaha..gudluck pha is...

    menabung vanish dan whisper kat sini.. :D

    ReplyDelete
  12. Selamat bersegmen... rajin benor Pha Is... macam kamus bahasa... hehe

    ReplyDelete
  13. Selamat bersegmen, Pha Is... Good luck... :)

    ReplyDelete
  14. selamat berbrunei... hehehehe

    ReplyDelete
  15. Selamat bersegmen.. Wow !! Belajar bahasa brunei..
    Nurrul bahasa jowo pun sikit2 aja yg paham.. -,-

    ReplyDelete
  16. Syok ar segmen ni..akak nak join nanti..hehe

    ReplyDelete
  17. gud luck pha is... menabung 3x di sini :)

    ReplyDelete
  18. fehfeh..fuyoo...apa pun good luck! :)

    ReplyDelete
  19. ingatkan bahawa brunei semuanya sama dengan kita

    ReplyDelete
  20. Assalammualaikum.. pha,

    mselim3 tak faham bahasa brunei nie,,, semoga pha berjaya yer,,

    mselim3

    ReplyDelete
  21. thanks pha sudi join segmen sy. sy still in the mid buat senarai peserta ^^

    merati yg fae maksudkan here is 'mengerti/faham' hehe.. tapi pha pun betul juga merati is memerhatikan. i think i should replace the word 'merati' ngan other word yg sama ertinya ngan mengerti/faham.

    ReplyDelete
  22. Cehh , boleh pulak maksud dia macam ni . Buat lelah je kaji bahasa Brunei . HAHA .

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum sayang semuanyaaa!
    Blogwalking sedang berjalan~

    http://demahabbah.blogspot.com/

    ReplyDelete
  24. UIshh... begitu detail sekali Pha Is!.. hebat sekali analisis nye :D

    ReplyDelete
  25. Singgah jugak dari segmen yg sama :)

    ReplyDelete
  26. Selamat bersegmen.. Fiza singgah dr segmen yang sama.. jemput ke
    http://ourmemoria.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    ReplyDelete
  27. good luck

    saya datang dari segmen yang sama

    http://syukurnyasihat.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    ReplyDelete
  28. gudluck ! slamat bersegmen ya.. :)

    ReplyDelete
  29. Slmt bersegmen, moga berhasil awunya bisok

    ReplyDelete
  30. Salam Ziarah dari segmen yang sama :)

    http://myfirdz-trulylove.blogspot.com/2014/05/segmen-geng-blogwalkers.html

    ReplyDelete
  31. bagus sebenarnya belajar bahasa orang(asing)..lebih-lebih lagi kalu kita dok negera dia..pah tu balik pun setahun sekali..huhu...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...