2.5.14

Rejab | Persediaan Kearah Ramadhan

salam jumaat dan salam rejab. hari ni (2 May 2014) sudah pun 2 rejab 1435 H. Alhamdulillah, lepas ni, masuk sya'ban dan seterusnya, kita akan dikunjungi Ramadhan yang dinanti. dah tak jauh dah dengan Ramadhan.

Hadis Berkenaan Rejab


tapi bagi aku, bulan rejab ni antara bulan yang paling banyak kontroversi. sebab bila tibanya bulan rejab, berbondong-bondong manusia share "hadis" tentang kelebihan bulan rejab yang kebanyakannya hadis dhaif, malah ada yang berstatus hadis palsu.

antaranya, hadis  “Rejab bulan Allah, Syaaban bulanku dan Ramadan bulan umatku.” hadis ini cukup popular, walhal ini hadis palsu.[1]


Doa Awal Rejab


اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

berkenaan Doa awal rejab, yang bermaksud 'Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan', hadis ni berstatus mungkar dan sangat dhaif.[2]

namun begitu, ianya adalah doa. maksud doa ni dah baik dah. doa supaya Allah panjangkan umur kita supaya dapat merasa lagi ni'mat Ramadhan pada tahun ni. kalau doa yang baik, tak kan la jatuh hukum berdosa kalau diamalkan. yer dok? 

jadi, beramal dengan doa ni dibolehkan, dengan syarat tidak menyandarkannya dan tidak meng-ithbat-kannya sebagai sabda Nabi. 

Puasa Bulan Rejab 


selain itu, berkenaan puasa sunat pada bulan rejab. menurut Dr. MAZA dalam status FB beliau : 


"Kata ilmuwan agung hadis al-Hafizd al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalani dalam karyanya تبيين العجب بما ورد في فضل رجب bahawa sesungguh TIADA bagi Bulan Rejab hadis khusus kelebihan puasa padanya, samada yang berstatus sahih ataupun hasan".[3]

bagi aku, bulan rejab ni tak lebih dari menjadi peringatan buat kita bahawa Ramadhan semakin menghampiri. jadi, eloklah sekiranya dalam bulan ini, kita buat persiapan menjelangnya Ramadhan. banyak persiapan yang kita dah boleh buat. 

contohnya, perbanyakkan puasa sunat isnin dan khamis sebagai latihan menjelang ramadhan. cuma niatkan sepertimana puasa sunat isnin dan khamis macam biasa, sepertimana berpuasa sunat dalam bulan2 yang lain. tanpa tambahan niat untuk bulan rejab bagi mendapat sekian-sekian fadhilat dan sebagainya. 

selain puasa sunat, puasa mana yang belum ganti, boleh cepat2 buat (perempuan terutamanya. lelaki tak de kot noh...). tak kan nanti nk 'jamak' puasa ganti tahun lepas dengan tahun ni punya. hehehe...  

antara persediaan yang lain, baju raya pun dah boleh start cari ni. #eh... 

wallahu a'la wa a'lam



rujukan : 
1. Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin. (2009 Jun 23). Hadis Palsu Rejab, Syaaban; Minda Tajdid. dipetik dari http://drmaza.com/home/?p=646
2. Abu Ismaaeel Fathi. (2011 Jun). Penjelasan Status Hadith : Doa "berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya‘ban, dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan"; Ansarul Hadis. dipetik dari http://ansarul-hadis.blogspot.com/2011/06/penjelasan-status-hadith-doa-berkatilah.html
3. DrMAZA.com. (2014 Mei 1). Timeline Photo; Facebook page. dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152453308927990
4. Fathullah Al-Haq. (2012 Mei 24). Kajian Ilmiyah Mengenai Status Hadis Doa Ketika Memasuki Bulan Rejab; Fikrah Halaqah. dipetik dari http://fikrahhalaqah.com/kajian-ilmiyah-mengenai-status-hadis-doa-ketika-memasuki-bulan-rejab/

55 comments:

  1. betul tu, banyakkan amalan ikhlas kerana Allah

    ReplyDelete
  2. Salam 2 Rejab Pha Is. Sebenarnya bagi kita, setiap apa yang kita sebarkan, selagi ianya membawa kebaikan, bukanlah menjadi satu kesalahan yang besar. Kerana kalau kita baca memang banyak pendapat yang berlainan. Jadi sebaiknya kita sebarkan sesuatu yang boleh menjadi pembakar semangat untuk kita memperbaiki diri selagi kita ikhlas melakukannya. Jangan kita sebar sesuatu untuk mengajak ke arah yang tidak baik dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Isi dua tabung untuk Pha Is..

      Delete
    2. betul, kalau status hadis tersebut dhaif, tambah plak hanya berbentuk doa, tak salah kalau menyebarkan. cuma kalau boleh terangkan sekali status hadis tersebut, supaya orang tahu, ia berstatus dhaif. boleh dibuat sebagai amalan tapi tak boleh dijadikan hujah.

      tapi lain kesnya kalau dah memang konfom ahli hadis kata ianya hadis palsu, memang yang ni jangan sebarkan langsung. kita tak nak berdusta atas nama nabi. kecuali kalau nak bagitau orang ramai yg ianya hadis palsu.

      seperti Kata al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H): “Tidak halal kepada sesiapa yang mengetahui ia hadis palsu meriwayatkannya dalam apa bentuk sekalipun, melainkan disertai dengan menerangkan kepalsuannya.” (Ibn al-Salah,‘Ulum al-Hadis, m.s. 98)

      pendek kata, bab hadis ni, kena jaga2 kalau nak sebarkan. walaupun niat yang baik, tapi niat tak menghalalkan cara. jadi, seeloknya selidik dulu apa yang kita nak sebarkan.

      wallahu a'lam..
      :)

      Delete
  3. ermm.. setuju dik.. bersedia melangkah ke bulan Ramadhan al Mubarak

    ReplyDelete
  4. Setakat ni blom ada lg share hadis palsu nih...

    ReplyDelete
  5. sederap melangkah ke bulan Ramadhan..esok exam dah..abg pha is,doakan imantizz..cuak..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa.. good luck.. smoga dipermudahkanNya dan berjaya menjawab dengan cemerlang. insyaAllah.. amiin..

      Delete
  6. salam. sy akan cuba buat puasa sunat paling tidak sehari..In sha Allah..

    ReplyDelete
  7. Bila tiba bulan Rejab je, ramai pulak ustad dan ustazah jadi-jadian yang muncul...

    ReplyDelete
    Replies
    1. berbaik sangka je la.. maybe diorg mmg betul niat baik nak share bnda baik.. cuma mungkin kurang ilmu atau terlupa nk check kesahihan apa yg mereka nk share sebelum mereka share.. maybe niat mereka baik, nk saling igt-mengingati sesama islam. kita pun kena la igtkan mereka, kalau kita tahu apa yg mereka share itu kurang tepat dsb.. :)

      Delete
  8. berpuasa pada bulan apapun dgn niat beribadah kpd Allah. xmengapalah ramai ustaz n ustazah muncul pada bulan rejab kerna kita ni perlu saling mengingatkan...ganjaran pahala besar r kecil hak Allah semata untuk memberinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. "agama itu nasihat".. kalau kita nmpak orang share yg betol, yg sahih, kita terima.. kalau kita nmpak orang share yg kita tahu palsu, kita nasihatkan.. :)

      Delete
  9. Bulan persediaan menghadapi Ramadhan yang dinanti....

    ReplyDelete
  10. Salam Jumaat bro..setuju dengan entry ini, kekadang orang tu berniat baik untuk menyebarkan maklumat tapi masalahnya mereka mungkin tak tahu bahawa maklumat yang diterima itu diambil daripada hadis2 yang palsu...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
    Replies
    1. setuju ... rasanya sebelum kita nak share tu kita kena memahami dan mendalami dulu kot, nak nak bab agama ni :)

      Delete
    2. betol2.. tapi kalau sampai nk mendalami sangat, kita bukannya ulama' hadis. sekurang-kurangnya, berusaha la sikit cari maklumat pasal hadis yg kita nk sebarkan tu. jangan hanya sekadar lihat orang share, kita pun nk share.

      Delete
  11. Thanks for sharing. Byk sgt hadis2 palsu skang ni.

    ReplyDelete
  12. salam jumaat and great piece of sharing pha is...

    ReplyDelete
  13. salam jumaat & salam rejab :)

    ReplyDelete
  14. buat ibadah kerana Allah ...

    ReplyDelete
  15. teringat akan puasa ganti ku..

    ReplyDelete
  16. Salam Jumaat Pha Is ...
    Satu perkongsian yg baik & berguna untuk tatapan semua ...
    Tak sabar nak bertemu RAMADHAN .. Insyaallah ..

    ReplyDelete
  17. salam rejab..ye peringatan buat kita bersama..

    ReplyDelete
  18. cepat2 puasa ganti..thanks sharing Pha is..

    ReplyDelete
  19. As-Salam. Al-hamdulillah. Saya suka baca entri Ustaz Pha Is ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. saya bukan ustaz.. cuma rasa bertanggung jawab untuk kongsikan ilmu.. :)

      Delete
  20. Beramal tuntutan setiap umat Islam setiap hari & bulan.. Perkongsian & peringatan yg baik buat kita semua Pha Is.. Salam Rejab.. :)

    ReplyDelete
  21. Lakukanlah amalan seperti biasa. Memang benar...kita sebelum ini terpengaruh dgn sumber yg salah. Banyak hadis palsu yang menjadi amalan sejak dulu. Amat sukar utk di ubah. Perkongsian sebegini memang perlu agar dapat membuka minda dan kembali kepada ajaran yg sebenar. Zaman kita zaman fitnah...sukar menentukan yg mana benar yg mana salah. Semoga Allah sentiasa melindungi kita dari sebarang fitnah dan dijauhkan dari kesesatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. amiin..

      betol tu... kita dah terbiasa dengan amalan yg dilakukan orang2 kita terdahulu hingga sukar nk ubah. sbb kita dah terbiasa dgn amalan berdasarkat ikutan, tapi kurang dalam penekanan sumber hujjah amalan berkenaan.

      tambah plak, golongan yg membawa perubahan kearah amalan berdasarkan sumber hadis yg sahih sekrang dengan mudahnya digelar "wahabi" dan sebagainya. semakin sukar kita nk berubah kearah syariat yg sahih.

      kita kena ubah persepsi kita. "betulkan yg baiasa dan biasakan yg betul"

      wallahu a'lam..

      Delete
  22. Memang banyak hadis-hadis yang dikeluarkan tentang kelebihan pasal Rejab walhal palsu. Kena berhati-hati jangan sampai perkara berulang lagi.

    ReplyDelete
  23. takut dgn benda2 macam ni . kalau kita bukan ahli nya jangan la memandai2 . tu la silap bila belajar tak berguru atau hanya berguru dgn cikgu google .

    selamat menyambut rejab . =) . Let's prepare ourselves for ramadhan . ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. x salah nk menyampaikan tapi sekurang-kurangnya, kalau dah tahu diri bukan ahli, bukan ulama' hadis, kena siasat dulu status hadis tersebut. rujuk kepada yg ahli. jgn main sebarkan je.. hehehe..

      Delete
  24. bln ni la sesuai ganti puasa.. hehhe. kadang2 hadis pun boleh palsu. memang pelik mana la diorang ciplak ayat2 palsu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pemalsuan hadis ni wujud dari zaman dulu lagi.. sebab tu bab hadis kena jaga2.. kalau alquran senang, boleh terus rujuk.. hadis nk kena rujuk ulama' hadis..

      Delete
  25. pesan sorg ustaz..kalau kita bkn ahli hadis,jgn pandai2 nak copy paste kat fb/blog kita...bimbang ianya hadis palsu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... kena jaga2.. sbb nabi pun dah bagi amaran, jgn berduta atas nama nabi.. dan jangan sebarkan pendustaan atas nama nabi..

      Delete
  26. Cepat masa berlalu kan. Nanti nak masuk Ramadan pula. Terima kasih Pha Is atas perkongsian dan pencerahan ini. Sama-samalah kita belajar. Berkaitan hadis palsu tu kita sebagai orang Islam perlulah berhati-hati.

    ReplyDelete
  27. Cepat sungguh masa berlalu.. dah pun masuk rejab.. mmg betul Pha Is.. dah bole cari baju raye ni.. yehaaa! :D :D

    ReplyDelete
  28. niesa baru nk start puasa esok...weee..thanks share pha is..ingat mengingati kan amalan mulia.. :D

    ReplyDelete
  29. Bagi saya bulan Rejab dan Syaaban adalah bulan peringatan untuk kita yang lalai.

    9 bulan sebelum itu, tempohnya agak panjang tetapi berapa ramai yang gunakan untuk membayar puasa?

    Jadi dengan anjuran berdoa dan beribadat dalam bulan Rejab dan Syaaban memberi motivasi kepada umat Islam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanyalah pendapat peribadi yang jahil.

      Delete
    2. yup.. sekurang-kurangnya, bulan ni boleh jadi peringatan akan kedatangan ramadhan pada tahun ni.. dah boleh 'ready'..

      Delete