25.5.14

Maksud Gelaran Shah Pada sultan

dulu masa aku belajar sejarah tingkatan 1, pernah sekali member aku tanya cikgu sejarah kami masa tu, kenapa semua sultan kat tanah melayu ada gelaran "Shah" kat belakang?

"cikgu, sultan kat tanah melayu ni semua ada kaitan dengan ultraman ke? kenapa hujung nama diorang ada perkataan 'shah'? macam bunyi ultraman masa dia nak terbang je..."(shauki, 2003)

ultraman jerit masa nak terbang

dan semalam, aku ada terbaca satu artikel pasal sejarah "Melayu" kat laman FB. agak panjang artikel tu. antara input yang aku dapat, dapat tu ada cerita macam kenapa Sultan kat Tanah Melayu ni ada gelaran 'Shah' kat belakang nama diorang.

Maksud Gelaran Shah Pada sultan

sala silah sultan, kerajaan melayu kedah tua

menurut artikel tu, sultan pertama di alam melayu dan yang memakai gelaran "Shah" ni adalah sultan kerajaan Kedah Tua, iaitu Sultan Muzaffar Shah (I). Sultan Aulia Syeikh Muhyiddin Abdul Qadir Jilani telah mengesahkan pemakaian gelaran 'Sultan' ke atas Sultan Muzaffar Shah 1 yang membawa maksud 'Amirul Mukminin' (Pemimpin Orang-Orang Beriman) dan gelaran 'Shah' yang mirip maksudnya dengan 'Sayyid' - manusia terpilih yang diyakini pembela agama yang mempunyai akhlak yang tinggi.

panjang lagi sebenarnya artikel tu. kalau korang rajin nak membaca bahan sejarah, boleh tengok kat link yang aku tinggalkan kat ruangan rujukan tu.

sumber dan rujukan :
Tok Mah Siko Maharisi. (2014 May 22). Ketahuilah asal usul kita; dipetik dari https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1473982439505193

p/s : mood berblog kebelakangan ni agak lemah sikit. mungkin sebab exam dah nak dekat kot. tapi nak kata sebab pulun study, mood study pun x de la kuat mana pun.. hmmm...

62 comments:

  1. Ooo macam tu ke...Thanks Pha Is..& Good luck untuk exam ya...

    ReplyDelete
  2. bila banyak baca sejarah, banyak lagi input yg kita dapat kan.
    wish u luck for ur exam

    ReplyDelete
  3. ohhh baru tahu..sama lah kita..mood berblogging kelaut skg nie..nk bw pun malas..

    ReplyDelete
  4. LOL.. baru tau.. hahaha bagus btul soalan drpd anak murid tu

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas perkongsian Pha Is... Serba sedikit dapat ilmu baru :))

    ReplyDelete
  6. hari ni dak Nuha 'jaga' blog akak.. hehehe..

    ReplyDelete
  7. kena rajin godek sejarah baru kita tau asal usul sesuatu perkara kan..tp kdg2 ada sejarah yg diputar belitkan..tp bkn yg nama ni la..ehehe..
    gudluck exam nanti pha is.. :D

    ReplyDelete
  8. klu org biasa ada nama shah bolehlah dapat skit aura aura kesultanan tu kot..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahha.. nnti jadi keturunan SHAH rukh khan plak.. heheh

      Delete
  9. hehe... rindunyaa nk study sejarah . susah kekadang nk ingat sebab smua ada shah.

    good luck exam abg pha is!

    ReplyDelete
  10. letak nama anak sendiri shah nanti boleh?? hehehe..

    ReplyDelete
  11. Perkongsian info yang menarik.

    p/s: Muhammad Faiz, jangan lemah semangat. Study!!! (Bila mak2 marah, biasanya mak panggil anak dengan nama penuh) :D

    ReplyDelete
  12. Hehehe UTOMEN la kat situ hahhaha ..
    Ohhh selama ni tak der baca bab2 sejarah nama nie ..
    TERBAIK la Pha IS arini baru tahuuu

    ReplyDelete
  13. Oh.. baru tau.. ingatkan saja2 je letak Shah tu. T kasih atas perkongsian Pha Is..
    p/s: semoga dilancarkan urusan & berjaya dlm peperiksaan nanti... aamiin.
    3x lactacyd penguat semangat.. :D

    ReplyDelete
  14. Baru tau maksud Sultan dengan Shah.. ingatkan hanya setakat gelar gitu2 je...
    *Good Luck for your exam ea :D

    ReplyDelete
  15. tergelak aku bila baca member hang kaitkan shah tu dgn ultraman. hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la.. saya dulu pun macam tu jugak.. 1 kelas gelak..

      Delete
  16. Hahaha, tergelak masa baca. Skung baru cheq tau....

    anyway ingat Taufiq lagi tak :3 ? awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ingat2.. yg baru balik umrah .. hehehe..

      Delete
  17. thanks pha is, baru tau.. hehehe..

    ReplyDelete
  18. baru den tau....igtkan suko2 je letak shah tu....

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. xde la saya check.. dah terbaca, saya share je kat sini..

      Delete
  20. hahaha dulu masa belajat kat skola banyak main2. kui kui. :D

    #baiklah cikgu sejarah. saya dah faham sekarang. ahaha ;D

    ReplyDelete
  21. Sultan yang betul-betul tinggi akhlaknya memang susah nak jumpa di dunia ni. Banyak sultan yang ada di muka bumi sekarang ni, hampir semuanya syok sendiri je yang lebih. Jenis yang akhlak melingkup pun ada jugak. Hehe

    ReplyDelete
  22. ooo..imantizz ingat 'shah' tu maknanya raja..imantizz pernah baca satu buku tu sebut gelaran pemimpin dia,'Shah Iran' bermaksud 'raja Iran'..
    walaupun imantizz minat sejarah, imantizz tak pernah nak kaji..mungkin bukan bidang kot..just minat macam tu ja..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun x de la minta sejarah sangat.. minat sikit je..

      Delete
  23. ooo..imantizz ingat 'shah' tu maknanya raja..imantizz pernah baca satu buku tu sebut gelaran pemimpin dia,'Shah Iran' bermaksud 'raja Iran'..
    walaupun imantizz minat sejarah, imantizz tak pernah nak kaji..mungkin bukan bidang kot..just minat macam tu ja..huhuhu

    ReplyDelete
  24. ohh baru tau kenapa semua guna nama syah. hehee. takda kaitan dgn ultraman. selalunya kalau nk exam mesti mood ke laut. goodluck

    ReplyDelete
  25. Baru tau,tq 4 d info.....;-)

    ReplyDelete
  26. ingat kan memang nama dorg ada shah...

    ReplyDelete
  27. Tak pernah pula terfikir pasal nama 'shah'...rupanya ada maksud. Thanks Pha Is!
    Good luck...semoga lulus cemerlang dalam exam.

    ReplyDelete
  28. Hehehe.. tak pernah terfikir pun shah tu ada kaitan dengan Ultraman... kekeke.. macam2 laa budak2 nie...

    ReplyDelete
  29. owh dulu aku pnah anya cikgu aku jugak.. tapi masa tu form 1..dia explain pnya panjang habuk aku x paham bro..rupanya shah ini ada mksud juga ada kaitab dgn kerajaan melayu lama2..great information

    ReplyDelete
  30. Kalau yang bukan sultan tapi dibelakangnya tetap ada Shah,macam mana pula nak diterangkan maksudnya tu ? Menunggu jawapan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah.. sama je la kot.. dah kalau shah tu maksudnya hampir sama dengan 'syed', so, sama la jugak dengan orang yg ada perkataan syed kat nama dia.. xde masalah. syad tu kan mksudnya penghulu/ketua...

      Delete
  31. owh gitu rupanya. baru saya tahu. kelas sejarah dulu asyik tidur hehehe

    ReplyDelete
  32. Good luck Pha is..semoga mendapat keputusan cemerlang..klik Lactacyd 2X..

    ReplyDelete