Tuesday, April 22, 2014

250cc 4 Cylinder Motorcycle

dah lama tak sembang pasal motor. tetiba rasa nak tulis pasal superbike plak hari ni. dalam aku tengah syok buat 'research' pasal sportbike (kadang2, ini hobi aku dikala waktu lapang) tetiba aku terfikir persoalan  ini :

kenapa sudah tiada lagi motosikal kelas 250cc yang mempunyai enjin 4 cylinder di pasaran?

sebagai contoh, boleh tengok model-model motosikal kelas 250cc kat bawah ni :

4 cylinder superbike, sportbike, 250cc
model : Kawasaki Ninja ZX-2R
kelas : 250cc
enjin : 4 cylinder in-line
tahun dikeluarkan : 1988-1999

4 cylinder superbike, sportbike, 250cc
model : Yamaha FZR250
kelas : 250cc
enjin : 4 cylinder in-line
tahun dikeluarkan : 1986 - 1994

4 cylinder superbike, sportbike, 250cc
model : Suzuki GSX-R250
kelas : 250cc
enjin : 4 cylinder
tahun dikeluarkan : 1987–1990

4 cylinder superbike, sportbike, 250cc
model : Honda CBR250
kelas : 250cc
enjin : 4 cylinder in-line
tahun dikeluarkan : 1986–1996

yang kat atas tu antara motosikal 250cc yang aku jumpa untuk kelas 250cc yang enjin 4 cylinder. semuanya dikeluarkan pada tahun 80-an sehingga 90-an. bila aku cari model motosikal kelas 250cc yang ada di pasaran sekarang, dah tak ada yang menggunakan enjin 4 cylinder. yang ada cuma 2 cylinder dan 1 cylinder je. contohnya:

2 cylinder superbike, sportbike, 250cc, 5th generation, 2013
model : Kawasaki Ninja 250R (5th generation)
kelas : 250cc
enjin : 2 cylinder (parallel twin)
tahun mula dikeluarkan : 2013

1 cylinder superbike, sportbike, 250cc, 2011
model  :Honda CBR250R
kelas : 250cc
enjin : 1 cylinder
tahun mula dikeluarkan : 2011

2 cylinder superbike, sportbike, 250cc, 2014
model : Yamaha YZF R25
kelas : 250cc
enjin : 2 cylinder (twin)
tahun mula dikeluarkan : 2014

nampak tak? motosikal 250cc yang terbaru semuanya 2 cylinder (kecuali Honda CBR250R yang hanya mempunyai 1 cylinder ). sekurang-kurangnya kalau 4 cylinder, bunyi sedap la sikit. tapi sekarang dah tak keluar dah motosikal 250cc yang ada enjin 4 cylinder macam dulu. kenapa yer?



sumber dan rujukan :
1. Wikipedia: Kawasaki Ninja ZX-2R. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Kawasaki_Ninja_ZX-2R
2. Wikipedia: Yamaha FZR250. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Yamaha_FZR250
3. Wikipedia: Suzuki GSX-R250. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Suzuki_GSX-R250
4. Wikipedia: Honda CBR250. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_CBR250
5. Wikipedia: Honda CBR250R (2011). dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Honda_CBR250R_(2011)
6. Wikipedia: Kawasaki Ninja 250R. dipetik dari http://en.wikipedia.org/wiki/Kawasaki_Ninja_250R
7. Arena Motor. (2013 Nov.) Yamaha YZF-R25 Concept 2014 - Eksklusif Di Tokyo Motor Show 2013 dipetik dari http://arena-motor.blogspot.com/2013/11/yamaha-yzf-r25-concept-2014-eksklusif.html 

94 comments:

  1. Honda buat satu cylinder jer? perghhh... x boleh bayang... selalu honda terkenal dengan 4 cylinder... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu saya tak pasti. tapi bila check, banyak juga jentera moto honda dulu yg pakai 4 silinder. mungkin betol la kot statememnt tu..

      Delete
    2. 250cc 4 cylinder dah xada sbb unddang2 Jepun dah haramkan 250cc 4 cylinder, apasa? sebab too much hp for such a small engine, bayangka 46hp utk zxr250 cc, jentera 250 cc 2 cylinder skrg ni kalau dapat cecah 30 hp pun nasib ke

      Delete
  2. Tu la kan 2 cylinder ni bunyi bingit sikit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kalau bingit ni, nor ariffin ingatkan 2 stroke kot.. kalau 2 stroke mmg bingit. tapi ni pasal 2 silinder. 2 silinder bunyi 4 stroke.. suma macam moto biasa. tapi "smooth" macam moto2 cc besar yg 4 silinder..

      Delete
  3. Mesti ada sebab diorang tak keluarkan 4 cylinder..Pha is..kena tanya tokey kedai motor..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. rasanya dah terjawab dah kot kenapa diorg buat 2 silinder je..

      Delete
  4. aku pun tak tahu kenapa keluaran yang 4 cylinder. Tak tau sangat pasal motor. haha adalah tu sebabnya.

    ReplyDelete
  5. Sexy la plak motor2 tu semua..huhu

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. hoho.. tu moto PANAS lagi tu.. baru je diumumkan yamaha tahun ni... x masuk malaysia lagi.. possibiliti nk masuk malaysia pun agak tipis..

      Delete
  7. my kwn sanggup trade in utk model baru ... hujan basah juga sudahnya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. bila berjiwa rider, hujan basah tak menjadi penghalang. yg pnting kepuasan masa ride.. hehehe

      Delete
  8. hai awk:)

    jemput join simple review segment by me :) tinggal beberapa hari shja lg.
    :http://aliyahsyofia.blogspot.com/2014/04/simple-review-segment.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. sory x dapat join sbb blog awak di-block oleh wifi usm.. ada tulis pasal bnda nakal2 ke nih..? hehehe

      Delete
  9. Replies
    1. x de la x best sangat.. okay je, cuma lagi best kalau ada 4 silinder.. :)

      Delete
  10. semuanya hebat n cantik mana satu nk pilih tu...

    ReplyDelete
  11. Entah, sekarang ni dah takda keluar 4 stroke ni. Pada telinga aku, bunyi 4 stroke ni lagi padu dari 2 stroke ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lain tu.. yg saya cakap sekrang ni semuanya pasal silinder, bukan stroke.. sekarang semua pakat pakai 4 stroke, dah jarang nk jumpa motor 2 stroke. yang ada skrg cuma yamaha 125 dan kawasaki ninja krr150r je (yg popular). tu pun kawasaki ninja krr150r dah last pengeluaran dah tahun ni (2014), khabarnya tahun depan diorg akan ganti dengan yg 4 stroke. sebabnya, nk lebih mesra alam sekitar. sbb 2 stroke pembakaran tak sempurna, hasilkan lebih banyak karbon monokside (kalau x silap). pointnya, stroke ni lebih kepada cara bahan api tu dibakar manakala silinder ni banyak mana piston yang digunakan.

      tp mmg bunyi 2 stroke agak kurang. mmg banyak beza dengan 4 stroke. tapi lain orang lain pandangan.. ada jugak yg masih minat bunyi "preng preng" 2 stroke..
      walaupun bunyi kureng dan kurang mesra alam, tapi performance mmg mantap untuk 2 stroke..

      Delete
  12. cantik semua motor tu pha is.. rambang mata melihatnya..

    ReplyDelete
  13. Kenapa? Sebab dunia sudah maju... :D xD

    ReplyDelete
  14. Salam JUmaat Pha Is..sambil isi dua dua tabung petang Jumaat..

    ReplyDelete
  15. Mahal la kawan. Mmg la dlu moto 250cc harga rm20k cam sekarang ni, tapi kalau kita tengok value rm20k 10-15 tahun dlu dgn lani, kalau juai balik moto 250cc 4inline ada kot rm35k-40k. Moto tu still slow lg dr 650cc 2inline/v-twin. So better lg 650cc twin. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. owh.. hmm.. logic jugak kalau macam tu.. kalau harga nk cecah 35-40k, baik angkat 600cc.. rm40k 600cc 4 in-line dah boleh dapat.. tapi kalau ada pun 250cc 4 in-line, kalau harga mahal sikit dlm 26k, aku prefer yg tu lagi.. hehe..

      "YOUR MASHOOR FREN"...???? sapa ni..? hahahah

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. Biarlah rahsia. Haha
      Anyway, teknologi yg depa pakai dalam moto 4inline 250cc mmg excessive, dan cost pembuatan tggi. Tu antara sebab dia beralih ke twin 250cc. Nak kata 250cc twin ni lemah lg dr 4inline 250cc hnya sbab beza bilangan piston x boleh jugak. Moto 250cc yg compete dalam moto3 (tournament) semua 40+ hp dan depa pakai enjin 250cc twin ja. Haha. Basically reason dia, utk cut down production cost supaya depa dapat sell in quantity. Just my 2cents.

      P.S. : Kalau ada moto 250cc/300cc 4inline dalam harga 25k yg baru, semestinya yg tu yg menjadi pilihanku compared dengan 250cc twin sekarang. Hehe

      Delete
    4. kan..? walaupun 4 silinder belum tentu lebih hebat dari twin silinder, tapi kalau ada, mesti permintaan tinggi..

      ni abdullah mubarak ka..?

      Delete
    5. Pergh, tekaan tepat. Terel2. Twpi cost dia still tggi. Sebelum ni aku ada terbaca, cost utk develop enjin 600cc 4inline sama ja dengan cost develop enjin 1000cc 4inline. So cam kurg berbaloi la kat developer utk buat enjin 250cc 4inline kalau cost dia buat org x mau beli. Nak laju angkat 600cc 4inline la. Haha

      Delete
    6. hahaha.. yes..!!
      boleh jadi jugak, sebab nk beza pun 600cc dengan 1000cc ni, cuma saiz diameter silinder je la (termasuk piston semua tu)..
      memang tu pun target aku sekarang ni.. 600cc, 4 silinder. so far, masih lagi pandang yamaha xj6n. 600cc, 4 in-line, harga pun dalam lebih kurang RM40k. kalau ada duit la.. hehehe..

      Delete
    7. This comment has been removed by the author.

      Delete
    8. 2nd pun harga tak beza banyak.. at least RM35k jugak... sbb yg naked tu baru je masuk 2013. kalau 2nd pun, baru lagi...

      Delete
    9. style gak moto tu.. siap dengan enjin VTEC lagi.. pergh... aku baru tau ni.. hehehe.. tapi yg tu lama sangat plak.. yg versi lama punya, paling latest pun dalam tahun 2002 gitu.. dah 12 tahun dah..
      tapi kau jumpa kat mudah, tahun 2012 punya, sampai RM50k..

      Delete
  16. Mmg betul tu Pha Is.. bunyi pun dah jadi kurang mantap.. tak mcm motor2 yg dulu2. Pada saya superbike era hujung 90an masih mantap lagi walaupun designnya dah sikit outdated..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol2.. kalau dengar bunyi zx2r contohnya, fuh, macam bunyi lebah.. smooth..!!

      Delete
  17. cylinder tu apa????? hahahaahaahaahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. err. nk terang macam mana yer.. hmm... tempat dimana pembakaran bahan api berlaku kot..

      Delete
  18. Assalammualaikum..pha,

    motor 4 cylinder dengan 2 cylinder, semesti nyer kelajuan dan kuasa pecutan semestinyer 2 cylinder...lebih baik. Rasa nyer daripada segi penjimatan minyak motor 4 sylinder lebih baik yer tak?..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 silinder kalau tak silap kuasa lebih banyak tertumpu pada low rpm, dalam erti kata lain, pecutan lebih baik. dan 4 silinder kuasa lebih kepada high rpm, lebih kepada top speed..
      dari segi penjimatan minyak, kalau ikut teori, 2 silinder lebih jimat, sebab nak guna minyak untuk pembakaran dalam 2 kebuk pembakaran je. kalau 4 silinder, lebih banyak pembakaran berlaku, lebih banyak guna minyak..
      kalau x silap la..

      Delete
  19. wowowoww...smart kot..:DDD terbaek!!!

    ReplyDelete
  20. kenapa ye?niesa tnya pha is plak la sbb niesa ni pun bab2 moto mmg xreti..reti pakai je..ekeke..

    menabung envy,colgate dan digi kat sini...

    ReplyDelete
  21. Ohh , cylinder tu menyumbang kepada kesedapan bunyi motor ke Abg Pha Is ? HUHU .

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak banyak, tapi tetap ada perbezaan significant. tapi kesedapan bunyi tu bergantung kepada penunggang jugak. ada penunggang yg suka bunyi macam 'chopper' (bunyi yg low frequency), ada yg suka bunyi macam ferari (yg confom bunyi dia sedap sebab ada banyak silinder).

      Delete
  22. tak faham.. haha.. tp hensem la moto2 tu.. tp kalau sy xnak suami yg ade moto cam gini.. nnt dia duakan saya dgn moto ni.. ahaha.. :pp

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha.. itu konfom.. tapi x kan la nk jeles dengan moto.. heheh

      Delete
  23. tak tahu sangat pasal mende ni...huhu

    ReplyDelete
  24. serious tak paham topik ni.. apa pun motor-motor tu cantik :)

    ReplyDelete
  25. 2 3 tahun lepas trend bawak fixie, sekarang trend bawak motor besar, 2 3 tahun hadapan trend apa lagi kan. Kita ni mampu tengok sahaja motor besar yang sama harga dengan sebijik kereta proton.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah. biar mahal, tapi puas hati.. hehehe

      Delete
  26. mesti ada sebab kenapa manufactured buat 2 cylinder kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada.. mostly sbb nk cut cost kot... enjin lebih murah.. lagipun, 4 silinder selalu rosak, disebabkan valve yg terlampau kecik..

      Delete
    2. Sebab itu zzr 250 lebih lasak dari zxr 250

      Delete
    3. maybe... sbb saya terbaca zx2r banyak orang komplen valve dia cepat rosak, sebab terlampau kecik. yer la, dah 250cc dibahagi dengan 4 silinder, 1 silinder dalam 62.5cc, lagi kecik dari size diameter silinder moto moped biasa. separuh size dari moto aku kot (wave 125). kalau dah size diameter (bore) kecik, size valve mesti lagi kecik.. maybe sbb tu cepat rosak kot..

      dulu aku minat giler dgn moto ni, siap pasang angan2 nk angkat sebijik walaupun umur moto lebih tua dari umur aku. tapi bila baca komplen tu, dan bila pikirkan balik, mcm x berbaloi balik.. hmm...

      Delete
  27. Teringat weekend tersinggah kdai kat bagan....tgk z1000....

    PS haah, kat kmpp....

    ReplyDelete
    Replies
    1. teddiaaa.. dia skrg layan z1000 ja skrg ni.. tinggi giler taste.. hahaha

      Delete
  28. pergh yang ini anak bongsu KA mmg minat sungguh ler !

    ReplyDelete
  29. Motor enjin 4 stroke ni tahan lama, mahal dan berat. Ini semua adalah sebab pemasaran dan keuntungan. Pada zaman ini kos perlu kurang, maka enjin 2 stroke pilihan terbaik. Enjin murah tapi prestasi sama. Berat dapat dikurangkan utk lebih prestasi. Lagi satu untung sebab minyak 2T boleh jual... Enjin 4 stroke tahan lama dan lasak tidak bagus utk keuntungan kerana jangkahayatnya yg lama membuatkan model baru sukar dijual. Sayarikat untung tapi kerugian kepada pengguna.
    Sekarang ni pun banyak motor pakai buang wujud...made in China!

    ReplyDelete
    Replies
    1. err.. ada perbezaan sikit disini. saya maksudkan tentang 4 silinder, dan bukannya 4 stroke (lejang). lain sikit.
      tapi, betul ke 2 stroke murah? sebab kalau tengok, yamaha 125 2 stroke yang 125cc pun lebih mahal dari yamaha lc 4 stroke yg 135cc tu.. dan setahu saya, sekarang semua dah tukar kepada 4 stroke. hanya beberapa model je yg masih lagi teruskan dengan 2 stroke seperti yamaha 125 dan kawasaki ninja krr150r kips. itu pun, kawasaki dah nk hentikan pengeluaran kips (2 lejang) untuk digantikan dengan kawasaki 250 mono-silinder 4 stroke. sebab nak lebih mesra alam. 2 stroke pembakaran dalam enjin x sempurna. lebih banyak keluarkan gas yg mencemarkan udara.
      dan yg saya maksudkan dalam entri ni berkenaan silinder. lebih kepada berapa banyak pembakarang berlaku dalam enjin, berbanding stroke yg berkisarkan bagaimana pembakaran berlaku dalam enjin.

      Delete
    2. Salah tafsiran lah yer...Ok.
      Sekarang ini zaman peralihan dimana kebanyakan syarikat mula meningkatkan keupayaan kuasa enjin CC kecil kerana ianya lebih ringan, jimat minyak dan mesra alam tetapi tetap memberi prestasi yang tinggi. CC sesebuah kenderaan tidak menunjukkan kuasa...perlu lihat pada nilai hp dan tork. Motor juga tidak terkecuali, pengurangan silinder dan menggunakan 4 stroke adalah pilihan terbaik utk memenuhi kriteria tersebut.
      Selain itu, faktor pengguna generasi masa kini yg tidak pentingkan nikmat dan kepuasan...yang penting adalah berkuasa, jimat minyak, ringan, mudah dikendalikan dan mesra alam.
      Peralihan ini juga berlaku kerana peningkatan kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar serta peningkatan harga bahan bakar dan raw material.

      Delete
    3. boleh jadi.. 2 silinder lebih ringan dan lebih simple, so, maintenance tak tinggi sangat.
      bab alam sekitar tu, mmg betol.. sebab sekarang dah banyak aktivis alam sekitar yg lancarkan kempen boikot jentera 2 stroke, sbb kurang mesra alam.. bab ni kan Bin Muhammad pakar.. hehehe

      Delete
    4. Boleh explain lebih pasal stroke and silinder? Thanks

      Delete
  30. kalau org perempuan mesti nk cari moto yg style saja tp memang dh jarang nmpak org guna moto 4 cylinder.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya banyak je moto yang 4 silinder. seperti benelli tnt600, yamaha xj6, kawasaki z800, z1000, zx6r, dan sebagainya.. tapi kalau tengok, tu semua untuk kelas 600cc keatas. untuk kelas 250cc, sekarang dah tak ada 4 silinder..

      Delete
  31. mungkin ada sebab kot sebab apa jadi macam tu..
    well husna tak berapa taw ilmu permotoran ni tapi kan bila abam2 moto lalu kat highway teruja gila.. brenti sbelah time dok kat traffic light pon ckup dah.. +_+

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan husna sorang, saya pun sama... tapi tengok moto la, bukan tengok orang.. hehehe

      Delete
  32. 4 silinder 250cc, kuasa tork dengan horse power still tinggi walaupun 250cc, sebab apa? sebab enjin 4 silinder dah tentu la 4 piston yang ada tu bakar petrol lebih untuk power dengan enjin yang akan bergerak lebih lancar. Jadi macam tak sesuai la untuk beginner rider terutama awek2 cun yang baru nak belajo main superbike, that's why pengeluar2 beso la ni tumpukan develope 1 atau 2 silinder supaya enjin lebih mudah di kawal, lebih ekonomik dan juga mudah selenggara, rasa2 betul ke tak apa aku bebel kat sini hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. jugak jadi jugak... lagi satu, saya rasa la, sebab kalau 250cc nk dibahagikan dengan 4 piston, 1 piston nanti besar mana la sangat. dah saiz pistin kecik, nnti enjin x tahan lama, cepat rosak. sebab antara yg saya dengar, masalah utama kawasaki zx2r, valve dia cepat rosak. mgkin sbb valve yg terlalu kecik, senang rosak bila enjin rev tinggi2..

      Delete
  33. Harga makin murah x.........???

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah nk bandingkan sbb harga dulu dan harga sekarang nilai dia x sama.. hehehe

      Delete
  34. Ada seorang cikgu di sekolah saya memang minat benar dengan motosikal besar ni. Katanya di rumah ada 3 biji. Ada juga dibawa ke sekolah bertukar-tukar. Kalau dengar saja bunyi motor yang kuat dan berderum tu memang tak syak lagi, dialah orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai 3 biji..? pergh.. saya pun berhasrat macam tu jugak.. hehhe.. nk simpat 4 biji moto kat rumah buat koleksi. 1 moto nakedbike, 1 moto chopper, 1 moto sportbike, dan 1 lagi moto kapcai, buat pakai pi surah kalau pakai kain pelikat. hehehe

      Delete
  35. ayah sy punya fovurite motor2 mcm ni . =)

    ReplyDelete
  36. Saya tak minat bab-bab motor ni :)

    ReplyDelete
  37. Maaf abang pha is.. antara 1 silinder berbanding 2 silinder..saya baru tengok di naza bike.model N5 250 1 silinder dan naza blade naked 250 2 silinder. Mana yang lagi jimat minyak. Sebab harga lebih kurang. Dan model 1 silinder n5 lebih kecil dan ringan berbanding blade

    ReplyDelete
    Replies
    1. secara teorinya, lagi banyak silinder, lagi banyak penggunaan minyak, sebab dalam rpm yg sama, 2 silinder membakar 2 kali minyak berbanding 1 silinder. kalau x silap saya la.. so, kalau tanya pendapat saya yg newbie ni dalam bidang moto, saya rasa yg 1 silinder lebih jimat minyak utk katagori cc yg sama.

      tambah plak dah Pu3 kata n5 lebih ringan, maka lagi la jimat minyak..

      tapi kalau nk cakap macam tu based kepada bilangan silinder dan berat moto semata, macam tak lengkap. sbb rasanya ada lagi faktor lain yg boleh pengaruhi bnda ni.

      again, saya pun bukannya tahu sangat pasal enjin moto ni. sekadar seorang yg minat dengan moto kuasa besar dan masih lagi belajar ttg moto2 ni.

      n sory lambat reply.. baru perasan komen ni..

      Delete
  38. R25 dh nk launch ... hong leong yamaha dh respond .... boleh follow fb/r25 ... hehehe ... persoalannye ... adakah yamaha akn bertukar nme brand? Yang Mahal?? ... sbb desus desus mengatakn harga r25 agk cekik darah ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yamaha dari dulu lagi dah mahal, walaupun moto moped biasa.. hmm..

      Delete
  39. 4 piston lebih kuat mkn minyak...maintanece tinggi..sedangkan prestasi sama sahaja..so skg org cr prestasi tinggi dan penjimatan....

    ReplyDelete
  40. 4 piston lebih kuat mkn minyak...maintanece tinggi..sedangkan prestasi sama sahaja..so skg org cr prestasi tinggi dan penjimatan....

    ReplyDelete
  41. Tumpang tnya, soalan ni xdak mcm offtopic ckit tp still pasal moto. Boleh tak kalau nak beli superbike 251cc ke atas pakai lesen L B? Sebab nak buat lesen B kena la ada moto besar dulu utk belajar. Kalau nk pegi buat lesen terus tp xpndai bawak malu pulak. So, boleh ke beli moto siap dengan road tax dan insurans tp pakai lesen L kelas B je dan taknak register pakai nama orang lain (orang lain pun selalunya ada lesen B2 je). Atau boleh je register pakai lesen B2 atau D. Tp B2 pun aku takde :( ada lesen kete je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jap, nak faham situasi.
      bro nk beli moto 600cc (contoh) tapi tak ada lesen moto langsung walaupun B2?

      tak ada masalah rasanya. nk buat cara yg bro tulis tu pun boleh. buat lesen L B full, lepas tu beli moto. lepas tu belajar, lepas tu ambik lesen P B full.. boleh je...

      tapi x silap saya kalau tak ada lesen langsung pun boleh beli. kalau x silap la.. sebab kawan saya beli moto 250cc, tp dia cuma ada lesen kereta je.. lesen moto sampai sekarang langsung x ada..

      rasanya ada je kes org beli moto atas 250cc, tapi lesen B2 je.. lepas beli moto, baru start nk buat lesen L Bfull.. boleh jugak..

      tapi saya bukannya pandai sangat bab2 lesen ni. saya bukan org JPJ.. yg tu kna tanya org jpj la..

      tak pun cari je mana2 kedai skolah memandu, tanya diorng. mesti diorg tau punya. buat2 macam nk ambik lesen ngan diorg. customer mai tanya, x kan diorg x layan.. jadi x jadi buat lesen belakang kira..

      Delete
  42. 1 cylinder,2 clyinder,4 cylinder pengaruh pada bunyi?tu ada tak faham sedikit bunyi yg mcm mana tu admin?tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. pernah dengar bunyi moto 2 silinder dan 4 silinder..?

      Delete
  43. Aslm bro.. Lari dri tajuk sikit...hehe... Nak tnye moto 250cc ape yg model paling best?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st, kna define dulu apa yg definisi "paling best" di mata bro..
      ada org best dia dekat bunyi, ada org best dia dekat design, ada orang, best dia dekat top speed..

      nk cari moto yg betul2 Ideal, mana wujud.. setiap moto ada kekurangan n kelebihan..

      p/s : aku sekarang pakai R25. so far okay je.. buat pakai hari2 pi kerja plak tu. sehari pi balik 80km. tu baru kerja, x kira jalan2 ride lagi.. mileage mmg makan banyak la, tapi so far mmg puas hati..

      Delete
  44. Sedih dgr bunyi 250 skrg..x ghairah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Nk ghairah macam mna lagi... ? Hehehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...